♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Thursday, March 11, 2010

..:: LAGI budak kecik dikawenkan!!::..


::salam::

kina saje baca mymetro pagi nie nak baca berita2 dalam negara mana tahu ada yg menggemparkan! alih2 ada lah tajuk 'akad sambil pandu kereta'. walaweeeehhhhhh...ape sudah jadi nih? ape citer nih? ingatkan berita2 macam nie x de lagi bila hal ini di siarkan dlm berita baru2 ini. rupanya ada lagi BAPAK yg BODOH dan x ada perasaan!!!

adessss...

kenapa lah ada babak yg kejam macam nie? dia x de perasaan ke? kina betul2 x paham lah ape motif dia sebenarnya. nak DUIT ke? nak PAHALA ke? ish..ish..ish..mengucap panjang kina pagi nih. korang bacalah sendiri yea?

************************************************************
PASIR MAS: “Baba jahat!...Baba jahat!” tangis seorang budak perempuan berusia 10 tahun kepada ibunya selepas dinikahkan secara paksa oleh bapa kandung dengan rakan jemaahnya berusia 30-an di sini. 
BUKTI…Na menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Pasir Mas mengenai perkahwinan anak perempuannya. 

Lebih memeranjatkan, upacara ‘nikah koboi’ itu diadakan dalam sebuah kereta dengan bapa kanak-kanak itu bertindak sebagai jurunikah dan wali sambil disaksikan seorang saksi tanpa kehadiran pengantin perempuan.

Pernikahan diragui itu diceritakan sendiri ibu kanak-kanak terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Na, 33, kepada Harian Metro selepas dimaklumkan anak perempuannya itu.

Katanya, dia terkejut kerana tidak menyangka suaminya tergamak menikahkan anak perempuan mereka yang masih budak dengan rakan jemaahnya tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga pada 22 Februari lalu.

“Mulanya saya terkejut apabila anak perempuan pulang ke rumah pada pagi 23 Februari lalu dengan menangis teresak-esak sambil memarahi bapanya dengan perkataan ‘baba jahat!’.

“Dia mengulangi perkataan itu berulang kali sambil menambah ‘baba kahwinkan saya dengan kawannya’ menyebabkan saya tertanya-tanya maksud di sebalik ayat terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beta, Pohon Buluh di sini, semalam.
Harian Metro difahamkan, proses pernikahan ringkas itu berlaku jam 5 petang apabila si bapa menikahkan sendiri anak perempuannya tanpa mengikut prosedur pernikahan biasa dan berlaku dalam suasana serba ringkas dalam kereta.

Bagaimanapun, ‘pengantin perempuan’ tidak hadir ketika upacara akad nikah itu berlangsung, sebaliknya dia hanya dibawa ke hotel selepas disahkan suami isteri.

Difahamkan, lelaki terbabit menikahkan anak perempuannya itu selepas dijanjikan ganjaran pahala oleh rakan jemaahnya selain ditaburkan janji manis kononnya ia mengikut sunnah Nabi dan pahalanya berlipat ganda.

Dia yang terpengaruh dengan ‘janji syurga’ kononnya mendapat ganjaran berlipat kali ganda kemudian bersetuju mewali dan menikahkan anaknya walaupun baru berusia 10 tahun.

Meskipun pernikahan terbabit mungkin sah mengikut syarak, namun tindakan menikahkan budak berusia 10 tahun menjadi kesalahan mengikut undang-undang syariah kerana masih di bawah umur.

Na berkata, dia segera mendapatkan penjelasan daripada anak perempuannya itu untuk mengetahui perkara sebenar, sebelum anak kedua daripada empat beradik itu menceritakan dia sudah dinikahkan.

“Tergamam saya ketika itu apabila dia beritahu dikahwinkan dengan rakan suami saya tanpa kerelaannya. Perasaan marah terhadap suami meluap-luap. Persoalannya mengapa dia sanggup mengahwinkan anak yang masih mentah.

“Ini menyebabkan saya segera bertemu rakan suami di sebuah masjid kira-kira 200 meter dari rumah untuk mendapatkan penjelasan mengenai pernikahan itu dan dia mengesahkannya,” katanya.

Katanya, berdasarkan pengetahuannya, proses pernikahan itu berlangsung di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak dan suaminya mewalikan pasangan anaknya sambil memandu.

“Saya dapat tahu anak saya diperdaya suami kononnya mahu membawa dia membeli-belah di sebuah pasar raya di Kota Bharu bersama saya yang sedang menunggu di situ.
“Bagaimanapun, semua barang yang dibeli dibayar rakannya sebelum dia dibawa ke sebuah hotel dekat Kota Bharu. Mereka menyewa dua bilik hotel. Sebuah untuk anak dan ‘suaminya’, manakala sebuah lagi untuk suami,” katanya.

Na berkata, selepas mengetahui dia sudah dinikahkan, anaknya menggunakan helah untuk tidur dengan tukang sapu wanita hotel terbabit sebelum dibawa pulang keesokannya.

Berikutan itu, Na ke Balai Polis Pasir Mas pada 25 Februari lalu untuk melaporkan mengenai perkahwinan anaknya dengan lelaki terbabit.

Pada masa sama, ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan di Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) selepas mendapat nasihat daripada ahli keluarga.

Berikutan itu, katanya, anaknya dikenakan perintah mufarakah (dipisahkan) dengan lelaki yang mengahwininya oleh Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, minggu lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sebelum akhbar mendedahkan mengenai seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, namun lokasinya berbeza iaitu di sebuah madrasah berhampiran masjid besar di Machang.

17 comments:

Diyana said...

byk lg sunnah nabi yang boleh diikut..huhu.inila rumitnya kehidupan bile,ilmu kurang di dada..
damn u,bapak bodoh!

eeii,sgt geram jg la dgn prangai gila masyarakat kita skrg ni..hmm

SiQaH HuSSiN said...

br bc metro gak rini..

mmg x betullah ayah dia, karut je nikahkan anak sbb pahala.xkanlah x terpk langsung, x kan pahala boleh dtg dgn nikahkan anak tanpa persetujuan anak, 10 tahun lak tue..ish2..dunia skrg..geram je baca..

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam dunia akhir zaman...macam2 hal....nak tiru nabi...tu nabi...dinikahkan dengan aisyah oleh allah sendiri....

mamaarifakeemaisy said...

Masyaallah...apa nak jadi ye dunia skrg ni..makin zalim dan kejam! dan makin songsang! haish mintak simpang jauh2 la dr berlaku dlm sanak sedara kita!

NAZLIANA SI CUTE said...

ishh mcm2 dah terjadikann gila kot bapak dia tu..x waras..huhuu dunia nk kiamat ker..

shila ariff said...

ini semua kes ajaran sesat ni...hmmm...teruk tul laki tu..tak reti pikir tu..sesat...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~Diyana Zulkifli~

sunnah nabi konon! bapak dia mmg bodoh!

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~Cutiesifa~

bapak dia mengarut lah...!! budak 10 tahun ape tahu? naseb bek mak dia x bodoh mcm bapak dia kan?

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~alimaz kembara terasing~

wslm kak!

mmm..mmg dah akhir zaman kita nih. mcm2 hal pelik dah berlaku.

dgr kata suara DAJAL dah semakin hampir dgn kita!!

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~mamalieyna~

tue la pasal kak...manusia zaman sekarang makin maju tapi OTAK dah banyak menyimpang!

kejam sungguh bapak budak tue!

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~ana Yg Ceria~

bapak dia x gila ana..tapi bapak dia BODOH!

adesssss..

nOtaKaKiKiNa: marah sungguh kina!

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~shila arif~

ajaran sesat kan? adessss...

shiori_LA said...

semuanya di kelantan negeri serambi mekah kan....
kalau bab kawin semuanya nak ikut sunnah nabi..kalau bab lain ada ikut sunnah nabi?
memang la nabi kawin dengan aishah masa umur 10 tahun(kalau salah tolong betulkan)tapi nabi bersama dgn aishah bila aishah dah bersedia bukan main angkut masuk hotel macam lelaki nih...nampak sangat tak sabar2 nak meratah pucuk muda....hiii...geramnya kan kina

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~shiori_LA~

ha'ah kak kan? geram betul kina!
nak ikut sunnah nabi konon! mana tOk guru? bila bab mcm nih dia syp lak...

nOtaKaKiKina: sori lah kalau sape2 owg kelantan. kina bab mcm nie kina geram lah..

Ummi Hanie said...

dunia dan manusia dah semakin ngokngek...huhuuu..
mmg le nabi nikah dgn aisyah masa umur aisyah 9 tahun , tapi bila umurnya dah meningkat ke 12 tahun , baru le 'rasmi' jadi suami isteri...itu nabi tak pe le

Aini said...

dah kenape? Bagi la peluang anak tu hidup macam kanak2 lain.

Unknown said...

huh! kecik2 lagi dh kena kwin! sian.. tunggu la dia besar dulu...

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣