..assalamualaikum..
kina masih seperti dulu...rezeki Alhamdulillah dah bertambah sikit. Rezeki anak-anak.. Siapa kata anak ramai kita x cukup makan pakai? siapa kata? ada yang kata macam tu ker? Terus terang kina kata.. kina akui memang ada kurang sedikit. Tapi tak banyak...yea la. Anak bertambah perbelanjaan pun bertambahlah. Semua orang rasa macam tu. Tapi kina bersyukur kerana Allah tambahkan rasa kasih sayang kami bertiga dengan kelahiran anak ke 2 iaitu puteri kina yang bernama Marrisa Hannah.
Kina tak kaya.....Kina hanya ada kereta kancil jer...walaupun kereta kami kecik dan rasa sempit ..tapi kami berempat rasa bahagia sangat. Aircond pun dah tak berapa nak sejuk. Adam selalu kata "mama....abang panas la...berpeluh-peluh abang ni mama...". Suami kina mmg nak bela aircond kereta tu..tapi belum cukup duit lagi nak pergi bela. Kalau setakat seratus dua ratus boleh gagahkan lagi la. Tapi kalau dah makan seribu lebih ambil masa sikit la nak kumpul. Kina kecian kat anak-anak kina....bila hari hujan kina kecian dekat suami kina. Sibuk dia mengelap cermin supaya dia nampak jalan. Tapi bila time panas kina kecian dekat anak-anak pulak. Berpeluh-peluh dorang berdua menahan kepanasan. Kina bersyukur sekurang-kurangnya kami berempat tak naik bus dan tidak basah kerana dek hari hujan.
Insyaallah...kalau ada rezeki lebih kina nak bela aircond... walaupun macam tu kami bersyukur kerana Allah bagi kami kasih sayang yang sempurna kami anak beranak. Kina tahu... susah kina ni..ada lagi yang susah dari kina. Sebab tu kina kena bersyukur dan berusahan dan tahankan hati kina supaya tidak merungut.
Tapi kina insan biasa.... sedikit sebanyak ada jugak merungut. Nak jugak macam orang lain. Naik kereta besar dan selesa..ada rumah sendiri.. boleh pergi shoping dengan rasa senang hati. Semua orang nak macam tu kan?
kina jugak ada pernah terpikir....
kadang² dorang yang naik kereta besar...ada rumah besar...ada duit banyak..tak semestinya mereka bahagia dengan ape yang dorang ada. Itu kina nampak hanya luaran...
ape pun kina bersyukur sangat² sekarang ni.... korang pun kena bersyukur ape yang korang ada sekarang. Dan juga jangan lupa berbaktilah kepada kedua ibubapa korang. Walaupun gaji tak banyak atau BESAR!! sekurang-kurangnya hulurlah rezeki kita ni pada mereka. Walaupun duit dalam poket tinggal sikit tapi hati kita lapang sangat...sangat!!!! Insyallah...tapi hati mau ikhlas yew.....
No comments:
Post a Comment