..assalamualaikum..
ape khabar semua?
kina hari nie x sehat lagi. Still batuk kahak yg tahap melampau (sampai nak terkencing taw!). dah mkn ubt pun mcm nie jugak...
mmg x selesa...
tapi kina amat bersyukur kerana ALLAH bagi kesihatan yg lain.
Al-hamdulillah...
Bila dah batuk nie makan pun kureng la seleranya. Cuma kina minum air masak jer yg banyak. Bila citer pasal mkn kina nak kOngsi citer yg kina dpt kat fb pagi tadi
sape kat sini suka makan ikan keli a.k.a ewak lele (versi jawa)?
kina pun suka jugak..lagi² goreng garing atau masak sambal cili api. mmg mabeles!!
tapi..
tapi..
tapi...
korang tahu tak ape perbezaan ikan keli haram dengan ikan keli halal?
tak tahu kan?
jOm kita baca info nie.
Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.
Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal
Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak
Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup
Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.
Oleh: tOk wan


