♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Showing posts with label d a r i_m a m a_a d a m. Show all posts
Showing posts with label d a r i_m a m a_a d a m. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

..:: ABANG PANAS LA.......!!! ::..

..assalamualaikum..

kina masih seperti dulu...rezeki Alhamdulillah dah bertambah sikit. Rezeki anak-anak.. Siapa kata anak ramai kita x cukup makan pakai? siapa kata? ada yang kata macam tu ker?  Terus terang kina kata.. kina akui memang ada kurang sedikit. Tapi tak banyak...yea la. Anak bertambah perbelanjaan pun bertambahlah. Semua orang rasa macam tu. Tapi kina bersyukur kerana Allah tambahkan rasa kasih sayang kami bertiga dengan kelahiran anak ke 2 iaitu puteri kina yang bernama Marrisa Hannah.

Kina tak kaya.....Kina hanya ada kereta kancil jer...walaupun kereta kami kecik dan rasa sempit ..tapi kami berempat rasa bahagia sangat.  Aircond pun dah tak berapa nak sejuk. Adam selalu kata "mama....abang panas la...berpeluh-peluh abang ni mama...". Suami kina mmg nak bela aircond kereta tu..tapi belum cukup duit lagi nak pergi bela. Kalau setakat seratus dua ratus boleh gagahkan lagi la. Tapi kalau dah makan seribu lebih ambil masa sikit la nak kumpul. Kina kecian kat anak-anak kina....bila hari hujan kina kecian dekat suami kina. Sibuk dia mengelap cermin supaya dia nampak jalan. Tapi bila time panas kina kecian dekat anak-anak pulak. Berpeluh-peluh dorang berdua menahan kepanasan. Kina bersyukur sekurang-kurangnya kami berempat tak naik bus dan tidak basah kerana dek hari hujan.

Insyaallah...kalau ada rezeki lebih kina nak bela aircond... walaupun macam tu kami bersyukur kerana Allah bagi kami kasih sayang yang sempurna kami anak beranak. Kina tahu... susah kina ni..ada lagi yang susah dari kina. Sebab tu kina kena bersyukur dan berusahan dan tahankan hati kina supaya tidak merungut.

Tapi kina insan biasa.... sedikit sebanyak ada jugak merungut. Nak jugak macam orang lain. Naik kereta besar dan selesa..ada rumah sendiri.. boleh pergi shoping dengan rasa senang hati. Semua orang nak macam tu kan?

kina jugak ada pernah terpikir....

kadang² dorang yang naik kereta besar...ada rumah besar...ada duit banyak..tak semestinya mereka bahagia dengan ape yang dorang ada. Itu kina nampak hanya luaran...

ape pun kina bersyukur sangat² sekarang ni.... korang pun kena bersyukur ape yang korang ada sekarang. Dan juga jangan lupa berbaktilah kepada kedua ibubapa korang. Walaupun gaji tak banyak atau BESAR!! sekurang-kurangnya hulurlah rezeki kita ni pada mereka. Walaupun duit dalam poket tinggal sikit tapi hati kita lapang sangat...sangat!!!! Insyallah...tapi hati mau ikhlas yew.....

Monday, April 22, 2013

..:: Lesen memandu PART 1::..

..assalamualaikum..

Bab citer pasal ambik lesen x habis lagi tau. Yea la... baru habis kursus 6 jam... Lesen L pun belum dapat lagi. Kata sekolah memandu tu 7hb. 05.2013 nanti baru dapat. Masa tu jugak nanti baru dapat jadual untuk belajar memandu dkt litar dia.

Rasa x sabar pulak...

Baru kina tahu rupanya nak ambik lesen P ni makan masa yang lama. Selama ni dengar jer dorang citer. Tapi tak amek tahu sangat. Konon tak terpikirlah nak amek lesen pun.. Tetiba lak teringin nak ada lesen macam orang lain. Itulah... dah tua-tua baru nak amek.

Tua sangat la sangatttttttt.....

Berbalik pada cerita di atas,  masa kursus 6 jam tue korang mmg sedia maklumkan. Kelas dibahagi kepada 2. 3 jam yang pertama dengar ceramah. 3 jam berikutnya pulak pergi ke litar dia belajar asas memandu. Belajar basic memandulah.... Tengok enjin, minyak hitam kat mana duduknya, tangki air dan banyak lagi. Selama ni tahu naik jer la kan..so sekarang dah tahu banyak perkara yang sebenarnya kena tahu. hihihihi....

Tapi ...

Ada cerita kelakar tau sepanjang hari tu. Kina pinjam kasut adik kina yg bertutup depan. Tapi bukan kasut jenis sport la.  dia jenis kasut karipap? tahu kasut karipap macam mana?


haaaa..mcm ni lah kasut karipap....Nak beli tengah² bulan tak ada lah kan... Sebab kina pikir bukannya nak pakai selalu pun kalau beli kasut sport. Masa kursus ni jer. Kebetulan kami mempunyai saiz kaki yang sama, tak salahkan kina pinjammmmmm? Orang bukan tahu pun!!! hahahaha...

Kina pakai kasut masa pagi tu tak perasan pun ada kekurangan dia. Hari tu pakai ok jer. Second time mcm tu pulak. Nak tahu ape jadinya? Kasut tue jahitannya dah terbukak tepi belah kiri. aduhhhh...blh pulak kan? dah potong stim kina pagi tu. Dalam kepala otak ni asyik terpikir jer tahan ke kasut ni sampai balik rumah? Dah la kejap lagi nak bawak kereta lagi.. kang tetiba kasut tue hilang tapak pulak, lagi lah blh jadi kes. Kes berattttt.....

Kina berdoa jer agar mimpi ngeri tu jadi kenyataan. mana nak letak muka kan? hihihihi... Alhamdulillah la... doa kina menjadi kenyataan. Tak ada ape² yang berlaku. Kasut tu mampu bertahan.

Pengajaran cerita ni...

Sebelum nak pakai kasut atau selipar kita kena cek dulu. Jika ok baru boleh pakai. Mood pun tak spoil bila keluar nanti. Betul tak? hahahahahaha.... 


Friday, April 19, 2013

..:: Selamat Hari Jumaat ::..

..assalamualaikum..

Selamat Hari Jumaat...korang sehat ker hari nie? Kina harap korang sehat dan ceria selalu. Kina pulak hari ni badan x berapa nak sehat. Rasa nak demam je badan ni. Nak ambil MC semalam dah cuti. Mesti nak tahu kenapa kina cuti semalam kan? Kina semalam ada Ujian Komputer Lesen L. Alhamdulillah LULUS kina!! Agak cuak jugak masa ujian tu. Mana tak nyeee.... kina x ada masa nak baca buku panduan tu. Bila nak baca jer anak kacau...bila nak baca jer nak itu nak ini... sudahnya masa tengah tunggu bus sekolah memandu tu sempat la kina habiskan 1 buku.

Korang pulak mcm mana masa ambil ujian Komputer tu? Senang ke susah?

Suami kina pesan nak jawab tu cari jawapan yang logik la... kalau dulu² dia kata jawapan yang panjang tu lah jawapan yg betul.

naseb baik x dengar cakap dia. hahahahaha.....kalau x mesti kantoi!!!

Esok kina ada kelas amali dan teori selama 6 jam... aduaiiii. mcm mana lak keadaan esok.

itulah....

dah tua² baru nak ambik lesen kereta. amek kaaaauuuuu!!!

Friday, April 12, 2013

..:: Belum tiba masanya aku MATI!!! ::..

..assalamualaikum..

Semalam kina baik kerja mcm biasalah balik naik bus kalau en somi keje. Bila sampai jer bus stop Sg. Choh bus turunkan penumpang yang nak turun. Tetiba mcm ada kekecohan dekat tangga depan pintu bus. Agak lama jugaklah bus berhenti. Kina tinjau² lah ape kes ni kan.. rupanya ada seekor anak kucing yang comel ada dekat tayar depan bus. Siap dia peluk tayar bus lagi kau! Anak kucing tu sebenarnya baru dapat melintas jalan, tetiba bus pulak berhenti. Naseb baik penumpang yang turun tu perasan ada anak kucing kat tayar. Kebetulan budak² sekolah ada lalu situ, lagi kecoh laaaaa. Puaslah dorang memujuk anak kucing tu keluar. sampaikan driver dan konduktur bus pun turun padang sekali.

Akhirnya si anak kucing tu termakan jugak pujukan driver bus tu.... 10 minit jugaklah masa berlalu masa tu. Kina yang dekat dalam bus ni rasa bersyukur sangat anak kucing tu selamat. Budak² sekolah tu pun bertepuk sakan bila kucing tu selamat. Alhamdulillah....

itulahkan.... mesti anak kucing tu kata "belum tiba masanya aku MATI!!!"

Kina ada terdengar ada akk yang baru naik bus tersebut kata sebelum tu anak kucing tu melintas dari seberang sana. Sepanjang dia nak melintas tu kereta banyak sangat. Siap kereta bagi anak kucing tu melintas lagi. Dia tak kena langgar pun. Kuasa TUHAN kan? Urrrrmmm..mmg ajal dia belum tiba. Betul tak??

AJAL kita kawan²? tak tahu bilaaaaaa......

Gambar Kina Yang Paling TERBARU...






Thursday, April 11, 2013

..:: TERLALU RINDU ::..

..assalamualaikum..

Alhamdulillah Ya Allah kerana panjangkan umurku dan memberi ku peluang untuk aku meneruskan  berblOging bersama rakan²ku ini. Aminnnn....

Hai kawan²ku semua!!!

Tak tahu nak kata ape..tapi hati kina tersangat² hepi.

Hepi kerana hati kina dah kembali ingin berblOgging seperti dulu. Sebelum ni kina nak aktif tapi hati ni berat jer nak bukak. Rasa malas² jer...tapi setelah kawan kina tanya kenapa x update blOg? baru kina terasa teruja. Rasa jeles kat kawan² kina sebab sebusy-busy dorang tapi dorang blh jer update blOg dorang.Kenapa kina tak boleh pulak kan?

OK lah..kina nak balik umah dulu. Ada masa esok kina update OK?

Tuesday, November 20, 2012

..:: Nak Tambah Anak..Boleh ker sayanggggg??::..

..assalamualaikum..

Selamat Petang???

dah ada yang balik kerja ker? Ker baru nak masuk kerja?

kina jap lagi dah nak balik dah...

Alkisah pagi tadi...

kina: Sayang... bila tengok muka Marrisa comel macam ni rasanya nak tambah lagi sorang anak la. Boleh tak??

en. supra: .....(dia diam jap..tengah pikir kot!!?) urrrmmmmpp..

kina: boleh ker? kalau boleh, tunggu 2 tahun lagi yew?

en. supra: ok.... 

yeah!!! yeah!! yeah!!

mulai hari ni kina nak buat persiapan dari sekarang untuk nak tambah anak yang 2 tahun akan datang ni. Persiapan dari segi keewangan, kesihatan dan mental. Kalau tak ada ketiga² persiapan ni kina tak boleh nak tambah anak. Kina tak nak la anak² kina yang ada ni terabai segalanya kerana semata-mata kina nak tambah anak lagi. Cukupla kina dan en. supra dah pernah hidup susah masa kecik² dulu. Sekarang nak kata kami dah senang sangat tu tak ada la. Cukup-cukup je... 

itulah sebabnya....


..:: Semakin Pandai Berkata² ::..

..assalamualaikum..

Baru dapat nak update blOg. Tadi pagi kina ada wat keja kat luar. Mula² pergi P.J dulu patu pergi Shah Alam pulak. Ni baru sampai opis balik... penat mmg penat tapi nak wat mcm mane kan? Dah tak sape nak buat! kina la yang kena. Tak pe... kina sOnOk wat keje ni... hihihihi

Dah lama tak cerita pasal adam kan? 

sekarang adam semakin pandai berkata². Jangan la salah cakap... pasti kina balik akan kena. Bukan kena belasah dengan dia je.. tapi kena tanya lagi sehingga dia puas dengan jawapan yang kina berikan. 

Tapi bab kena belasah tu mmg x boleh blaaaa la.. walaupun tangan dia kecik tapi padu tau. Bila belasah tu tak de la dia belasah betul². Belasah cara budak kecik la. Kalau dia rasa nak jadi atOmen time tue dia buat la atOmen belasah raksasa. Kalau dia rasa nak jadi Ben 10..dia jadi la Ben 10.

jOm layan gambar terbaru dari adam. Ini mOk uda dia yang amek aksi dia ni. Time ni kina tengah susukan marrisa. hihihihi...

 Gambar kat TV ni adam yang tangkap. Tak ada kerja la tuh..... sekarang sejak en. supra  dah beli pekej Astro Beyond.. dah tak de cerita lain dah. Asyik cerita dia je memanjang!!! Naseb baik boleh rakam. So kina boleh la tengok citer Adam & Hawa bila adam dah tido. Kadang² sampai terlepas 5 episod, baru kina ada chan nak tengok. 

Ape nak buat???? dah naseb badannnnn..



Hensem takkkk saya??

Tuesday, October 30, 2012

..:: Sambungan cerita lepas ::..

..assalamualaikum..

kita sambung cerita yang lepas...

kan kina sebelum ni ada pernah cerita pasal pakcik yg sama kerja dengan kina dulu tu kan? dia dah berhenti keje dah...tapi anak dia lak yang ambil alih. tapi bukan sama position la..tapi kira pegawai jugak la. disebabkan itulah anak dia tue belagak sikit. tak boleh la komplen pasal dia. mula la nak marah... bukan sahaja marah siap kurang ajar lagi dengan orang tua dari dia. 

kina selama nie tahan kan aje perangai dia. tapi sampai ke satu tahap kina dah x tahan lagi dengan sikap dia. dia nie buka malas buat kerja tapi x reti buat kerja. jadinya dia banyak menyusahkan orang yang bekerja dengan dia. 

agak² la kan kalau yew pun cousin kau bos. tapi jangan la belagak mcm bos. lepas tue lagi mau kata kita lak yang mcm bos!!! itu yang kina x blh blaaaa dgn dia ni. dalam minggu lepas la kina cerita semua perangai dia dengan bos. Bila bos tahu dan dah terkena sendiri atas perbuatan cousin dia nie. terus bos suh dia kerja dibawah 1 bumbung dengan bos. tapi sampai sekarang dia x de pun datang serah diri. lepas tue dia bg mesej dekat bos dan dia kata dlm mesej tue yg dia nak berhenti kerja. 

lepas bos dpt je mesej tue bos terus forward dekat kina. 

yes!

yes!!!

yessssss!!!!

akhirnya.... sepandai² tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

kina bukan nak kacau periuk nasi orang lain... jangan la korang pikir mcm tue. 

salah kina ke?? betul ke tindakan kina pergi mengadu dekat bos?

kina dah lama bersabar dengan kerenah dia. kerja kalau ada 10..1 kerja je dia blh buat. Itu pun x semenggah. banyak kerja dia kina dah tolong. yang dia goyang kaki je..dtg opis kul 10.30 setiap hari. x sampai 30 minit dah keluar. kata nak pergi ronda la ini la...jumpa org tu la org ini la... tapi bila disiasat mana ada dia pergi pun. so ke mana dia menghilang? minyak company dah bagi..top up company dah bagi. tapi x buat kerja..... kina yang kerani cikai ni jugak la yang banyak buat kerja. kina ikhlas buat kerja kina..tapi lama kelamaan kerja kina bertambah banyak disebabkan dia x buat kerja dia langsung. 

so salah kina ke??

cer korang bg pendapat korang.. kina nak tahu sangat ape pandangan dan pendapat korang tentang masalah ni.

huk...huk....

Tuesday, October 23, 2012

...:: salam mesra ::..

..assalamualaikum..

lama sudah tak update ni... banyak cerita nak cerita kat sini. insyaallah kalau ada kelapangan akan kina update kat sini. tapi tang paling penting kina nak bagi tahu kat korang...

org tu dah berhentiiiiii!!!

sape org tu?

nanti kina cerita.

salam sayang dari kita

muaaaahhhh!!!

Tuesday, May 8, 2012

☺ berPARTY dengan Kawan² ☺

..assalamualaikum..

Dah lama x dapat jumpa kawan² bila sekali sekala jumpa rasa mcm x nak balik je. Maklumlah dah kawin masing² dah ada kehidupan sendiri. Dengan kerjanya..dengan familynya...untuk bersama kawan²  mcm masa sekolah dulu dah x ada dah. Kina rasa bukan kina je rasa mcm tu..pasti semua org pun rasa ape yang kina rasa. 

Betul tak??

Time sekolah bukan main lagi nak cepat habis sekolah...tapi bila dah habis sekolah dan dah kerja mesti nak pergi ke alam sekolah tu balik.

Ada rasa mcm ni jugak tak??

sila jawab dengan jujur yew....

kalau x de tue..maknanya korang manusia yang x ada perasaan!!

hahahahahahaha... 

ish..mana ada org mcm tu. mesti semua rasa ape yang kina rasa. betul tak?

Hari ahad lepas kina jumpa kawan² sekolah kina. Walaupun x lama tapi kami hepi sangat²!! Time ni kawan kina INTAN ada buat besday party anak dia. 

Jom layan gambar !!



cian anak mama kena gigit nyamuk..... 



kek ni kawan kina sendiri yang buat... sOdapppppp.... kalau kina la yang buat, mesti x jadi. hehehehehe..

bila dpt buat kek hari jadi untuk anak sendiri. adehhhh....

kena belajar jugak ni.



 sebelum nak balik kami amek gambar untuk kenangan....  yew la kan. bukan selalu dpt jumpa mcm ginih.

time ni bagus...separuh pandang kemera belah kiri separuh pandang kemera belah kanan. pepun gambar tetap cantikkan? hehehehe

pepun hepi jumpa korang!!!

nanti kita deal lagi yew!!

Wednesday, March 21, 2012

☺LAMA SUDAH....mcm² hal-BAB 2☺

..assalamualaikum..

Huk..

Huk..

Huk..

rasa mcm nak menangis pun adaaaaaaa

uuuuwwwwwaaaaaaaa!!!

kina sedih sgt..igtkan citer pasal pakcik dan anak dia tue dah habis taw. rupanya lagi terukkkk!!!

korang mesti nak tahu ape dah jadi kan?

semalam kina pagi² lagi dah kena marah dengan pakcik tue. dia call kina dengan suara yang terjerit-jerit tahu x? ape salahnye tanya kina elok²..x payah la nak tengking-tengking. Betul tak?

tak habis kat situ....

kina tanya pasal masalah tadi tue kat anak dia melalui mesej. kina just tanya dia

"dah bg ke dkt dorang name tag tu? K.as dah pesan kan bg dkt dorang. Kat advance dah potong duit. tapi name tag x bg lagi. Ape citer?".  

bila mesej kina dah dia received tetiba mesej dia sampai kat kina. kina bukak dia kata 
(kebetulan kina hantar dia pun hantar mesej)

"kalau k.as nak ambil komputer esk kt pg la ye" 

Kina pun tgh hangin dkt dia pasal pakcik call kina tu kan...Lagi pun asyik² x jadi je nak g amek kat hq kina bls la balik

"suka hati la nak amek bila"

x lama lepas tue dia bls ape??

"k.as sy nak tya la..apa kerja sy ni ah?? Sape yg mengarah sy skrg ni bos ke k.as?? sape yg handle kt rawang dgn tm? sy ke k.as?? x pe nti sy tnye bos k.as yg mengarah sy ke bos yg arah...sy tahu wat keje sy"

kina bls blk

"mmg la dia yg arah awk. btl la k.as ckp "suka hati awk la nak amek bila" bkn k.as tetapkan bila nak amek. Yg awk ckp mcm ni dgn k.as knp. So skrg x blh arah kan la. X pe...k.as bt kerja k.as je. tapi bila melibatkan kerja k.as jadi lambat k.as kena ckp jgk la kan"

lepas tue TUHAN saje yg tahu bertapa sedihnye hati kina. selama nie kina anggap dia adik taw tak? blh dia keluarkan kata² mcm nie. hancur hati kina.... kina terus je mesej bos pasal hal nie. terus bos call kina blk dan ckp kina bykkan bersabar. biasalah budak baru dpt pangkat mcm ni la. lepas nie kalau ada benda nak suruh dia bg tahu kat bos nanti biar bos call dia. 

Baru hati kina lapang sikit. kalau x sakit je hati. sesak dada kina... 

kalau ikutkan hati nak je kina citer pasal kina accident hari Sabtu lepas. tapi kina masih lagi jaga hati dan perasaan org. tapi dia?? 

pagi nie dia kata nak g amek komputer kat hq kan? mana ada pergi.. kina tunggu je dia ajak. tapi x pun. pakcik driver tue siap nak belanja kami makan taw pagi tadi. konon pakcik driver tue nak kami berbaik-baik semula la.. dia suh kina lupakan segalanya..anggap perkara nie x berlaku. Dia senang la ckp kan..hati kina nie dah hancur taw. untuk maaf kan dia kina dah maafkan... tapi utk rapat mcm dulu seperti kakak dan adik dah x blh da. Dia kini kina ibaratkan DURI DALAM DAGING.

kina dah mesej kat bos pasal dia x nak bwk kina g hq amek komputer. tak tahu la ape respond bos dan dia. senyap je ..dah pukul brp dah ni. kalau hq tanya kina nanti kina suh hq tanya dia. habis citer....

sekarang nie kina mmg buat kerja kina je...tapi kalau kerja kina x siap itu tandanya dia yg x bagi kina kerja dia. sebab kerja dia mmg bersangkut-paut dgn kerja kina. so kalau pape jadi pasal kerja kina lambat. kina suh hq je yg call dia. SENANG KAN??

notakakiKINA: Ya Allah kau tabahkan lah hatiku untuk mengharungi dugaan ini. Amat beratku rasa Ya Allah. Jangan la ada masaalah sepanjang aku berkerja Ya Allah. Kesiahanilah diriku ini aku hanya ingin mencari rezeki untuk aku, family, suami dan anak².


Monday, March 19, 2012

☺LAMA SUDAH....mcm² hal☺

..assalamualaikum..

hai korang semua.. LAMA SUDAH kina tak buka blOg ni. kina rasa rindu sangat². rindu pada korang sekali taw! Nak citer kat sini mmg panjang giler... sampai esk x hbs kalau nak ceritakan kat sini. Jadi...kina pendekkan je lah yew.

sebenarnya mcm nie...

start bulan 2 company kina dpt project besar. Dah kerani sorang je kat branch ni so kina kena buat semualah sorang². Bila kerja pun bertambah jadinya dah x de masa lapang untuk kina nak berpoya-poya nak buka tenet. lagi² nak bukak blOg dan FB. langsung x de masa... 

Pastu pulak PAKCIK yang kerja dengan kina tue pun dah berhenti dari tarikh dia sepatutnya berhenti. Nak tahu ape jadi pada dia? dia dah jatuh sakit dan lama dia kena duduk kat spital. Bila bos dah tgk keadaan dia mcm tue. bos pun bagi surat utk dia berhenti notis 1 bulan. Tapi memandangkan dia ada byk lagi cuti tahun dia pun habiskan la cuti tue. Ingatkan ini berita baik buat kina. Tapi rupanya lagi teruk dari tue..

selepas pakcik tue berhenti anak dia pulak yg ambik alih. Anak dia pulak baru je umur 20an. Sebelum nie dia hanya driver je...bila pakcik ada dia blh la masuk lambat.. x dtg hari sabtu pun x pe gaji tetap jalan mcm biasa. Tapi bila pakcik dah x de.. igtkan perangai dia blh berubah. tapi tidak sama sekali. serupa je... 

bila dah perangai dah mcm tue... kerja byk yang tertangguh. kadang² kerja dia pun kina terpaksa buat. baru² nie kina accident taw. Ikutkan dia yang kena pergi ambik document tue hari jumaat lepas. Tapi dia xblh nak ambik. kina suruhla budak lain ambik. Kina pulak cuti pulak masa tue... kina hantar abg kina 1 family kat KLIA. abg kina kena posting dekat Sabah selama 5 tahun. Bila balik rumah kina igtkan anak pakcik tue sbb esk kena ambik jugak. sbb hari Isnin nak kena hantar dekat HQ dan ambik PC baru. Tapi..dari kul 8 mlm sampai kul 12 mlm kina call dia dan bg msj x de respond. kina siap bag msj lagi dkt kakak dia. pun x de respond. Tak cukup mlm tue..kina call dia pagi sebelum kina nak pergi kerja. x jugak angkat call kina. kina pun terpaksa la pergi dengan pakcik driver. 

(Gambar yg sempat kina ambil beramai² sebelum abg kina berlepas)

tak di sangka-sangka. kina hari Sabtu tue accident..terlanggar kereta Nissan baru. naseb bek  x de pape...cuma bercalar skt je. kami terpaksa byr ganti rugi tue sebanyak RM150 sahaja. kalau kena beribu mana nak cekau duit. 

x lama kejadian tue kina bg msj dkt dia.. kina bg tahu dia yg kami accident. "disebabkan ko x dtg k.as terpaksa naik dgn pakcik driver nie. susahlah mcm nie. patutnya ko yg pergi. ini k.as pulak... (lebh kurang mcm nie tu la ayt kina hari tue). sejam kemudian dia bls blk...kata dia "k.as tahu tak abh sesak nafas. naseb bek sy tido lambat, sy yg sedar abh sesak nafas. nie sy kat spital la ni. igtkan dah settle baru nak g ambik". bila kina baca je mesej dia kina bengang giler. kata tido lambat tapi kenapa kina call n msj dia mlm tue dia x de respond. pastu bila dah jdi mcm nie baru nak msj kina. 

(ini lah kereta yg kereta pkcik driver tue langgar)

hari nie pun dia x msk opis.. kata dia ganti guard cuti. pada hal ada document yg penting nak bg kat hq ni. dah la pg tadi call byk kali pun x angkat. lagilah buat kina bengang dgn dia.... kina siap bg msj kat dia. kalau hq call tanya knp x hntr hari nie dia kena jawab sendiri dgn hq. pastu baru terhegeh² bls balik yg dia akan call bos. bos kata esk blh bg dkt bos. korang nak tahu dia dgn bos tue sape??? SEPUPU!!!!

patutlaaaaaaaaaa...

mesti korang kata mcm tue kan?

kina sabar je dulu. kalau lebih² kina bg tahu je terus dgn bos besar dkt hq. baru padan muka dia. lepas nie kina buat kera kina je. kerja dia ...dia buat sendiri. kina baik² je buat kerja ..tolong dia..tapi berlebih² pulak. dah bagi betis nak peha pulak!

sabau je lah...

naseb bek pc baru yg kina mtk dkt hq dah ada..cuma tinggal nak amek je. bila dah jadi mcm nie hari nie x de la dpt amek hari nie. hari lain la kot. sejuk sikit hati nie bila dpt pc baru..so lepas nie nak berblOg x de la tenet slow sgt sbb pc lama nie akan jadi ringan. sbb file dlm pc nie akan di transfer ke pc baru.

yeah!!


yeah!!!!!

Monday, January 30, 2012

☺Habis Baju Baby☺

..assalamualaikum..

Semalam kina bangun agak lewat sikit. Maklumlah hari Ahad kan...time tue lah dapat bangun lambat. Kina pun lambat la basuh baju. Kebetulan ada kawan kina bagi baju baby dia yg dah x pakai lagi. Baju pun masih baru dan baru pakai beberapa kali sebab baby dia cepat montel..so mana baju yg dia beli new born semua dah x muat. ape lagi dia kasi lah dekat hannah. Kina nie kalau org bagi..kina amek je. Rezeki kan...wat pe nak tolak. 

yew x?

Berbalik citer pasal baju tadi tue kan.. Kebetulan ptg semalam hujan gerimis. Dah tentu baju baby x kering. Dan..dan lak pekerja umah asuhan kanak² sebelah rumah bakar sampah. Nak berbulu hati kina ni taw!!! Habis semua baju baby bau asap. Dah tahu ada baju kat belakang tu jgn la bakar sampah. tunggulah kina x de dekat rumah...mcm x de hari lain la... banyak² hari kan hari ahad jugak dia nak bakar sampah. dah la kina hari tue je basuh baju banyak. 

menyirap tahap gaban dah taw ptg semalam. ikutkan hati kina je sound dorang semalam. Tapi hati masih sabar lagi... naseb bek taw!! kalau tak mesti mkn dalam dorang punyer hati.

Tapi lepas nie kalau jadi mcm tue jugak kina kena sound jugak la kan? Janganah pikir diri sendiri je. Kena lah tgk² skt jiran².  

Terpaksalah kina spray baju² tue dgn febrezz..kalau x hilang jugak kena cuci balik la baju tue. 

urrrmmmmm...

p/s: hannah demam dah 2 hari...demam nak besar la kot. Mintak² la hannah cpt sembuh...amin.

Friday, January 20, 2012

☺hip..hip..horeyyyyyyy☺

..assalamualaikum..

skrg nie kina bz tgk citer korea kat TONTON... dulu time sekolah mmg minat tgk citer korea dan cina. pasti dah hbs sekolah dah x layan..bila dah jadi mak budak baru layan blk. hehehehe... rupanya citer korea bertambah best. Pastu pulak  pelakon dia hensem dan cantik.Mmg terujalah nak tengok. Bila dah hbs citer tue...tgk citer lain pulak. itu yg sekarang nie jarang nak berFB dan berBLOG... 

tapi ..

kina sebuk mcm mn pun tetap akan bukak BLOG... sebab blog nie dah sebahagian dlm hidup kina. Tak sah kalau x ada... 

kat sini kina nak kongsi citer hepi kat korang...korang tahu.. pakcik tue dah nak berhenti taw!! dia last kerja 31.03.2012 nie.. x sabar nak tgu saat itu. 

heheheheh

kah..kah..kah..

hihihihihihihi

jahat tak kina gelak mcm tue??

kina rasa hepi sgt bila dengan perkabaran tue.  lepas nie aman la hidup kina sikit. x de rasa susah nak mtk cuti..x de rasa nak jg hati dia setiap hari..tak de rasa sakit hati bila tgk dia tidor ..dan mcm² lagi lah. 

harap org yg menggantikan tempat dia perangainye x de la seteruk pakcik ni. korang tolong doakan kina yew. kina cuma nak bekerja dlm suasana yg aman dan selesa sampai bila². kina x nak ada perasaan mls bila nak pergi kerja. 

ok lah...kina nak sekodeng² kat blog korang pulak. rasa mcm bersalah pulak org jengok blog kita tapi kita x pergi membalasnye...


p/s: skrg nie marrisa hanna dah pandai berborak dan tgk tv dengan kina. hihihi..comel je bila tgk! 

Tuesday, January 10, 2012

☺PENIPU betul la...☺

Malas betul nak bercakap dengan pakcik tu... kina pun letakla invoice dan buku yang perlu didatangani oleh pihak bank petang semalam. Pagi tadi sampai je opis kina pergi la amek buku tu dkt bilik dia. Invoice dah x de... bila kina bukak je buku tue x bersain lagi. Eh..kalau dah bagi buku nie mesti dah sain. Teruk betullah..ikut la arahan yang HQ suruh. Bukan suka² kina nak suruh dia mintak org bank sain buku tue. dengan perasaan marah sikit tue kina letak la balik buku tue atas meja dia... x lama tue dia msk opis... kina pulak nak bg dia duit petty cash kat dia. kina tanya la dia dah sain ke buku tu..pastu dia kata dah. Bila kina tgk je buku tue dah di sain. 

sah la dia yang sain selama nie!!!!

kurang asam betullah org tua nie. mmg buat kina hot pagi² walaupun cuaca kat luar tue mendung. Senang tul buat kerja...kalau dah tak larat kerja tue x payah la kerja lagi. bg la org muda pulak amek alih. kalau x susahkan org tak pe...ini menyusahkan!

kalau la ada audit dtg... kalau kantoi mcm ne?

x pasal² semua kena marah...

berbalik kisah kina masa nak cuti bersalin tue kan.. hari last kerja tue kina pergi jumpa bos taw dengan pakcik tue. masa kina nak balik bos tue blh ckp "as lepas nie ko ikat je lah..x yah mengandung lagi lepas nie..susah la ko cuti panjang²" pastu pakcik tue pun menyelit jugak.. dia ckp "yew la.. pening kepala aku nak buat kerja kau.dah la 2 bulan ko cuti".. kina dengar je kina terus jawab balik "kalau mcm tue korang carilah kerani tua..tentu org tua dah x mangandung dah"... lepas tue dorang dua² diam. 

bengang tul kina dorang ckp mcm tue...

dorang siapa nak suruh kina buat mcm tue??

suami kina pun x suruh ikat..dorang pulak yg mengarut!!

naseb bek kina x mencarut!

mmg kina kecik hati...sakit hati masa tue. sabar je lahhhh...

kalau dah 1 keturunan tue sama je lah perangainye..pakcik dgn anak buah sama je!!!


Thursday, January 5, 2012

☺mcm² hal masa cuti berpantang☺

..assalamualaikum..

Selamat Petang! 

masa kina pantang hari tue mmg kina tension kejap...mcm² hal dtg. Tapi bukan pasal rumah tangga la.. tapi pasal work!!!

kan kina ada citer sebelum ni yg kina nak cuti bersalin susah. kejap kata ada yg nak gantikan la..kejap kata x de la. sampaikan esk nak cuti pun masih x tahu lagi. Dalam hati kina pikir "janji aku dah siapkan ape yg patut sebelum cuti.." pasal sape nak ganti sementara kina cuti tue pandai² la bos nak buat mcm ne. lagipun dia dah ckp jangan risau nanti tahulah dia nak suruh sape.

Alih²... korang tahu tak sape yg buat kerja kina? kerani lain dan anak pakcik pegawai yg buat. itu kina dah lega la kan. tapi mcm² hal jadinya. system payroll dah lari.. systems invoice pun problem x blh nak copy dlm disket. tak jumpa itu ini la... padahal kina dah letak 1 folder khas lagi. itu pun x blh buat kerja. 

Naseb baik kerani branch lain tue dtg, kina rasa lega masa tue. kiranya kerja kina dah siap la sikit. Yg kina rasa marah dan tension kan. ada ke patut si pakcik tue suruh kina dtg opis masa kina pantang 23 hari.!!! 

giler ke ape???? 

org x hbs pantang lagi dah suruh buat kerja!!

masalahnye HQ x de pun call kina dtg kerja..bos kina pun x. ini dia suka² je nak perintah kina buat kerja. Lagi kina mrh kan..dia mcm paksa kina taw. sampaikan dia sanggup citer dkt bos lain yg dia ada nampak kina pergi shopping pastu dia siap tegur kina lagi suruh dtg kerja. dia kata kina siap ckp kina x dpt tolong. Pastu dia ckp lagi kat bos tue yg kina nie jln blh buat kerja dtg opis x blh!!

GILERRRRR!!

kurang SOPAN tul la itu org!!!

hati kina mendidih je bila dengar pasal nie taw! utk kepastian kina call bos tue. bos tue ckp jgn risau..dia tahu perangai pakcik tue mcm ne. jgn amek hati katanya. (sebenarnya pakcik tue pakcik dia...nak cover la tue!!)

Bukan kina x nak tolong... mmg x blh nak tolong. ajar guna tepon blh la. ini nak naik tangga lagi la..nak turun la. kang bentan kang dia nak tanggungjawab? mcm bini dia x pernah pantang je!! x kan x tahuuuu. lain la dia tue budak 18 tahun..nie dah 60 lebih da...da ada cucu dah. itu yg kina geram tue....

ada tue kina dengar ada org sampai  tumpah darah pun ada taw. siap rahim kena buang lagi kalau dah bentan. kina tak nak la jadi pape kat kina. kalau dah jadi mcm tue kina nak jadi ape lepas ni. dia sedap la x pening pale buat kerja. tapi kina??

x patut betul kan?

ini bila kina msk kerja nie dia buat mcm x de pape je taw! kalau korang jadi kina la kan. korang nak tanya pasal nie ke tak kat dia sendiri? blh tahu dia jawab ape kan? 

nie betul² kina tanya pendapat korang. kalau x payah tanya ape alasan korang kenapa x payah.

TOLONG YEW!


☺Besday ADAM ke-3 Tahun

..assalamualaikum..

Hari Isnin baru² besday adam.. kina x de lah buat besar-besaran sgt. kebetulan makcik dan sedara² kina dari kg nak tgk baby, kina pun buat la sekali mkn². 

kina dan anak sedara yg sama baya dgn Marrisa.

Bergambar sebelum tiup lilin...si adam malu² pulak.

kek pandan layer... sedapppppp!!

malu lagi si adamnyer. susah betul kalau dah rasa bujang nie! baru 3 tahun kan? dan malu².

mama dia yg lebihhhhhh...

Antara tetamu yg dtg...tq sis coz sudi dtg besday adam n tgk Marrisa k.as!



besday boy kena buli....hihihihi. muka nak nangis yg x blh bla tuuuu!

x jadi nangis...

semoga anak mama adam haziq jadi anak yg solleh dan berjaya dlm dunia dan akhirat. Insyaallah...

aminnnn

Friday, October 28, 2011

☺DOAkan saya☺

..assalamualaikum..


Hari nie kina last keje... maknanya last la kina berblogging dan berFB buat sementara. Al-Hamdulillah keje semua dah settle sebelum nak cuti panjang nie. wasiat² pun dah tulis. cewahhhhhh!! Kina ingin mengambil kesempatan untuk mohon maaf jikalau kina ada buat kesilapan kat korang tanpa kina sedari. Kalau umur kina panjang kita akan berjumpa lagi. Halalkan makan dan minum sekali yew... 

kalau kina selamat bersalin kina akan inform pada kwn rapat kina dan suruh dia post berita gembira tue nanti. Doakan kina dan baby selamat yew...doa korang semua amat kina hargai. 

salam sayang dari kina.....muaaaaahhhhh!!!


Thursday, October 20, 2011

☺SILA KOMEN☺




aduiiiii.... mcm nie pun ada kan?

berhati² la adik²..kakak²..mOkcik²..nenek² kat luar sana dengan pakaian yg korang pakai. Jgn sampai kita jad mcm org yg dalam gambar kat atas nie yew.

malunyer....

x kan dia x perasan kan? ke dia perasan tapi x de perasaan?

☺Hukum suami isteri menggunakan nama panggilan MAMA dan PAPA☺

..assalamualaikum..

Ptg semalam kina halfday...ada check up utk minggu ke 36. Waaaaa..dah nak dekat due date kina nie kan? tinggal berapa hari je lagi.

Disebabkan cepat balik..kina singgah la ada 1 kedai makan bawah pokok nie sebab kina dengar kedai tue mmg ramai org makan. Dah lama kina nak singgah tapi bila dah petang kedai tue dah tutup. Entah semalam supra blh nak singgah pulak. Kina pun suka lah... mcm² org tue jual. Mcm² gak la kina beli.. . Kina tgk semalam mmg betul pun. lagi² masa kina dtg tue semalam time lunch. 

Berbalik dengan tajuk kat atas tue... ada akk sorang nie,toke kedai kina rasa. dia ckp kat kina

toke: adik....akk nak tanya lah. adk nie ngandung anak 1st ker?

kina: x la kak...nie anak yg kedua. kenapa?

toke: akk ckp nie jgn amek hati pulak. sebenarnya akk terdengar adik panggil suami "papa"... so dia panggil adik "mama" la yew? 

kina: ha'ah kak...kenapa yew?

toke: akk hari tue pernah dengar kat radio Johor..ustat tue ckp isteri x blh panggil suami tu "papa" dan suami x leh panggil isteri "mama". Sebab ustat tue ckp panggilan tu hanya kita blh guna utk  mak ayah kita dan anak je. So bila kita panggil suami kita "papa" maknanya dia ayah kita la. dan begitu sebaliknya.... ape hukumnya tue akk takut nak sebut. takut tersalah info. tapi mcm tue lah ustat tue ckp kat radio.... nie akk dah dengar adik panggil suami tadi "papa"..akk dah tahu benda tue x blh akk pun tegur la. lain la akk x dengar kan... dosa lak akk kalau dah tahu x tegur. Jangan amek hati yew dik....

kina: la..yew ke kak? x pe kak. saya x kisah kalau akk tegur benda betul. kalau x..saya pun x tahu. terima kasih kak...

panjang x dialog kat atas tadi? hehehehe...

so ape pendapat korang tentang persoalan nie? ada yg dah tahu ker? 

bila dah bayar makanan yg kami beli tue kami pun balik la. dlm perjalanan nak balik ke rumah mama kina, kina tanyalah supra... lepas nie nak panggil kina ape? sebab kadang² kina panggil dia "sayang" jugak. tapi lebih kerap "papa" la. kina rasa x de masalah nak panggil dia "sayang". tapi dia nak panggil kina ape tue dia x tahu lagi. masalah jugak tue... x kan nak panggil dua² "sayang" pulak? 

urrrmmmm.... sampai pagi nie kina masih pikir ape panggilan yg sesuai utk dia panggil kina. Ptg semalam pun kami tersasul² lagi taw..dah terbiasakan?..

Kesimpulannye... x kiralah mama papa ke..ibu ayah ke, abah emak ke...semua tak blh guna untuk kita suami isteri. Ape hukumnye kina pun x tahu... kalau ada sape² yg ada info pasal ni share² la kat kina. Yang lain pun baca nanti kan....


♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣