♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Showing posts with label B e r i t a H a r i i n i. Show all posts
Showing posts with label B e r i t a H a r i i n i. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

☺baru 1 hari bersalin anak dilarikan si suami keparat☺

Kina nak bagi tahu kat kOrang nie…

Kina dapat cuti!!!

Yeahhhh!!!  Yeahhhhhhh!!!!!!

Tapi…

Ada tapi lagi tue……

Bukan bOs yg luluskan… ketua cawangan yg luluskan cuti tue.

So sedikit sebanyak kina kecik hati jugakla dekat bOs…

Tapi hati kita sedih pun ada dia kesah ke?? Apelah kina nie kan? Nama pun bOs….

bOs kOrang ada yg mcm nie tak??

Kalau ada….kecian kat kita kan?

Ptg semalam kina call kerani bOs tue.. kina tanya 

“sape yg faks balik surat cuti tue kat kina?”   

pastu kerani tue mengaku dia yang faks tapi masa bOs tulis cuti x lulus tue dia tulis sambil gelak².

Kurang asam punye bOs!!

Rupanya dia mempermainkan permintaan kina!! Dia ingat kina nie ape??  Adessss…..

Yg penting kina esok cuti… naseb baik di bagi cuti, kalau tak kina terus call Mr. Ching (Asst Manager HQ) tue…baru padan muka dOrang² tue.

Dah…dah..dah…

Mls nak citer kisah sedih nie lagi…cukup utk hari nie.

Kita citer pasal lain pulak…

Pagi tadi kina ada dengar radio THR gegar taw..DJ tue cerita….

Semalam kan HARI WANITA SEDUNIA… hari nie je ada citer pasal seorang wanita yang baru je 1 hari bersalin tapi telah dianiaya oleh suaminya. Citernye begini…

Suaminya amek anak dia dan cakap nak bawak ke klinik sebab anak dia mungkin kena kuning. Si isteri pun izinkan la… tunggu punye tunggu suami dan anak x jugak balik². Dia pun try  call rumah mak mertuanya…. Mmg betOl jangkaannya… suami dan anak ada kat sana.

Baru dia tahu bahawa anaknya telah dilarikan oleh suaminya sendiri…. Dia pun terus bergegas ke rumah mak mertuanya utk mengambil anak tue balik....x tahulah pulakkan dia pergi dengan siapa. X lak DJ tue cerita….maybe dgn sedaranya.

bila sampai je ruamah tue mak mertuanya x bagi dia tgk anak. Kata mak mertuanya

"anak ko tengah tidor ..x payah la kacau" 

Lepas tue dia x puas hatilah kan? Dah la dia dalam pantang…datang jauh²…dia pun mesti nak menyusukan anak dia kan. Tapi still x dapat jumpa anak dia jugak….

Bila merayu pun x dapat jugak… dia terus pergi buat laporan pOlis bahawa anak dia telah dilarikan oleh suaminya.

Lagi menyedihkan… balik je dari balai pOlis..dia dapat 1 SMS dari suaminya. Dalam SMS tue kata …

“awak diceraikan dan ape² hal lepas nie jumpa kat mahkamah je.”

Rupanya..suami dia yg keparat tue dah kawen lain di luar pengetahuannya. Kiranya mak mertua dia pun bersubahat dalam kejadian ini….

~tamat~

nOtaKaKiKiNa:

Ada jugak suami yang zalim yg mcm gini.... mesti dia sedih giler kan? Harap wanita tue tabah menghadapi dugaan nie dan sentiasa ingat pada ALLAH. Keadaan dia yg mcm nie boleh mendatangkan banyak penyakit.

semOga ia tidak berlaku pada kita ..ahli keluarga kita dan sahabat² kita…. Mintak ALLAH jauhkan kita dari org yg zalim seperti lelaki dalam citer ini.

Aminnnnn……..


Thursday, March 3, 2011

☺Remaja demam dicabul rakan☺

HULU SELANGOR: Seorang remaja yang bercuti sakit dicabul dua lelaki yang juga rakan sekerjanya selepas mereka masuk ke rumah remaja itu kononnya mahu menonton televisyen.
Difahamkan, remaja berusia 17 tahun yang bekerja di sebuah restoran makanan segera di Genting Highlands, di sini, demam sebelum berjumpa doktor dan mendapat cuti sakit.

Menurut sumber, mangsa yang tinggal berseorangan di rumahnya kemudian dikunjungi seorang suspek yang memberi alasan mahu menonton televisyen, pada 23 Februari lalu. “Ketika mangsa sedang tidur di dalam biliknya kira-kira jam 2 pagi itu, suspek yang berusia 30 tahun memasuki bilik mangsa dan mencium lehernya.
“Suspek bertindak meninggalkan gigitan cinta pada leher mangsa dan memegang kemaluan mangsa namun sempat ditepis mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, dua hari kemudian kira-kira jam 11 malam, seorang lagi rakan suspek datang ke rumah mangsa dengan alasan yang sama.

Sumber berkata, suspek berusia 19 tahun itu kemudian bertindak memasuki bilik mangsa dan memberi alasan kononnya mahu membantu memicit kepala dan mengurut mangsa yang sedang sakit.

“Lelaki miang itu bertindak mencabul mangsa dengan memegang payudara dan kemaluan mangsa serta mencium lehernya.

“Mangsa yang sedang demam tidak berdaya untuk melawan dan hanya mampu memarahi suspek. Selepas itu, mangsa tertidur dan hanya tersedar keesokannya,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang ketakutan mengambil keputusan tinggal di rumah abangnya, namun abang mangsa yang menyedari adik perempuannya mengalami kemurungan bertanyakan apa yang berlaku.

Mangsa kemudian membuat laporan di balai polis.

nOtaKaKiKina:
adesss...ko dah tahu kawan tue lelaki dan tinggal sOrang² dalam keaadaan demam. kenapa kO bg lelaki tue masuk?? cari penyakit betul la..pastu dah jadi mcm nie kan dah malu. naseb bek x kena rOgOl!!! ape nak jadi daaaaa..... yg lelaki tue pulak org tue tgh sakit nak amek kesempatan! x guna betul lelaki mcm nie...!!

bg kaum perempuan kat sana...jgn percayakan lelaki 100% lagi² lelaki yg x de kena mengena pertalian darah dgn kita. Ia akan mengundang bahaya kepada diri sendiri.

Wednesday, February 2, 2011

☺ cerita yg HARUS disebarkan...jOmmm!! ☺

..assalamualaikum..

kOrang mesti dah tahukan pasal negara Mesir sekarang ni kan?. kina rasa terpanggil utk buat n3 pasal nie. walaupun kina cOpy n paste je kina rasa ia dah memadai dari buat bOdOh je. 

kina dpt infO nie dari NADD

Krisis darurat di Mesir, doakan pelajar Malaysia selamat. Haruslah anda sebarkan berita ini.

 

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
huru hara di mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 6000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

7. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

8. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakanlah kejap nak cari resepi ape nak masak hari nie...lupakan nak bershOping on9..lupakan benda²  itu seketika untuk memandang serius isu ini.
Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera.
Sekian, entri khidmat masyarakat dari NADD di JomPHP.
dan KINA yang copypaste sesukahati entry ni dari NADD. T___T

CREDIT : here and here. =) 
APE LAGI KAWAN² JOM LA KITA SEBARKAN BERITA NIE 'N' BANTU APE YANG PATUT. MARI KITA SAMA² DOA AGAR RAKYAT KITA KAT SANA SELAMAT PULANG DAN RAKYAT MESIR AKAN DISELAMATKAN.

Saturday, December 18, 2010

..:: Wanita koma ditikam 19 kali, disimbah asid ::..

::assalamualaikum::

Lagi berita menggemparkan dan menghayat hati hari nie. jOm ikuti berita tersebut.
NURAIN ASHIKIN yang menjadi mangsa tikaman 19 kali dan melecur disimbah asid.

ULU TIRAM: Seorang wanita yang mengandung enam bulan koma manakala bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas dia ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, di sini pagi kelmarin.

Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Intensif Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru berikutan cedera di bahagian perut, selain melecur di muka, belakang badan, tangan dan kaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Nurain Ashikin Jemedi, 17, didatangi seorang lelaki berusia 42 tahun yang kemudian secara tiba-tiba menikam mangsa sebelum menyimbah cuka getah ke seluruh badan mangsa. 

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berada bersama adik perempuannya berusia 13 tahun dan anak saudaranya berusia 2 tahun, manakala ibunya keluar menoreh getah di kawasan berhampiran rumah mereka.

Suspek dikatakan menyerbu masuk rumah mangsa sebelum menendang pintu biliknya dan menyerang mangsa dengan menikamnya sebanyak 19 kali.

Mangsa cuba melarikan diri ke bilik air, namun suspek mengejar mangsa serta menyimbahnya dengan cuka getah menyebabkan mangsa terjatuh dan pengsan.

Adik mangsa yang berada di tempat kejadian menelefon kakak mereka bagi memaklumkan kejadian itu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, ketika mengesahkan kejadian berkata, suspek ditahan selepas menyerah diri sejurus kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu selepas mangsa yang mengenali suspek sejak berusia 12 tahun, dikatakan keluar bersama lelaki lain.

“Anak dalam kandungan mangsa meninggal dunia akibat terkena tikaman suspek, malah mangsa juga kini koma dan hampir seluruh badannya termasuk bahagian muka melecur akibat disimbah asid.

“Suspek kini direman sehingga 21 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307/326 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, kakak mangsa, Zuraidah Jemedi, berkata dia dan keluarganya tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa adiknya.

“Kami dan tidak menyangka suspek boleh berkelakuan sebegitu. Suspek memang baik dengan keluarga kami, malah dia turut ada hati dengan Ain,” katanya.

PILU...ibu mangsa, Tuminah (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya di HSI, semalam. 
 
berita di petik dari : Berita Harian & MetrO

Friday, November 26, 2010

..:: KURANG HAJAR PUNYER PEROMPAK!! ::..


KURANG AJAR!!

itu yg mampu kina katakan.... 
:: BERITA DIPETIK DARI HARIAN METRO ::

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
 
- Mohd Firdaus Ibrahim

Friday, November 12, 2010

..:: SHAMRIN FOTOGRAF Rebah ketika bermain bola ::..

::assalamualaikum::

BERITA INI DI PETIK DARI HARIAN METRO ONLINE

gambar kenangan ARWAH SHAMRIN (Mohd Shamrin Abdul SamaD) 

ZIARAH...sanak-saudara menziarahi jenazah Allahyarham Shamrin di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, semalam.

KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Fotograf, Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pada jam 6.30, petang semalam.
Shamrin yang popular menerusi lagu Di Alam Fana Cinta dan Ke Pintu Kasihmu dikatakan tidak langsung menunjukkan sebarang tanda atau sakit sebelum rebah secara tiba-tiba di tengah padang ketika perlawanan persahabatan berlangsung di antara teman-teman artis.
Menurut rakannya, Shaful Azry Mohd Ariffin, 38, atau lebih dikenali sebagai Riot daripada kumpulan Kool yang berada di tempat kejadian, semuanya berlaku terlalu pantas hingga sukar untuk diingatkan semula.

“Sekitar jam 5.45 petang Shamrin ada mengangkat tangannya seolah-olah menunjukkan tanda dia kepenatan dan meminta pemain lain menggantikannya. Kemudian, dia tunduk seperti hendak membetulkan kasut dan ingin duduk. Namun, tiba-tiba rebah dan terbujur di tengah padang. Saya dan teman-teman yang sedang bermain terus meluru kearahnya.

“Kami lihat dia menggigil dan kemudian tidak sedarkan diri, namun jantungnya masih berdegup. Kami buat pelbagai cara yang termampu untuk menyelamatkannya kerana bimbang mungkin serangan jantung. Namun, semuanya tidak berhasil dan terus mengangkat Shamrin untuk dibawa ke hospital di Kampung Baru. 
“Ketika dalam perjalanan ke hospital, wajah dan tubuhnya sudah kebiru-biruan dan ketika itu denyutan jantungnya sudah berhenti,” katanya.

Jenazah Shamrin kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Selain menyifatkan kejadian yang menimpa sahabatnya itu bagai sukar dipercayai, Riot langsung tidak menyangka pertemuan petang itu yang terakhir antara mereka.

“Siapa sangka, dalam sekelip mata saja saya kehilangan seorang sahabat. Bukan saja kami berdua sering membuat persembahan bersama, malah kami berkongsi minat sama iaitu bermain bola sepak seperti kami lakukan hari ini,” katanya.


Shamrin meninggalkan balu, Jasrizatul Akhmar Abu Saman, 29, yang sarat mengandung anak ketiga serta dua anak iaitu, Akmal Danish, 5, dan Akmal Shamim, 1. Dia juga mempunyai anak perempuan Siti Najwa, 17, hasil perkahwinan pertama dengan Noreda Mohd Razali.

Jenazah Shamrin dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Selangor, sebelum solat Jumaat hari ini.

Sebelum itu, Shamrin sempat membuat persembahan di Balai Seni Lukis Negara sempena Pelancaran Syiling P Ramlee dengan menyampaikan sebuah lagu seniman agung itu berjudul Bila Larut Malam.

nOtaKaKiKiNa:~ marilah kita sama² sedekahkan surah AL-FATIHAH dan kita doakan dia akan dimasukkan dikalangan org² yg beriman.

Thursday, November 11, 2010

..:: LAGI bayi tersedak susu ::..

::assalamualaikum::

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan mati dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuhnya di Taman Melati, Wangsa Maju, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, bayi berkenaan, Yusuf Razzin, dihantar pengasuhnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sumber berkata, pihak hospital cuba membuat bantuan pernafasan selama 35 minit dengan menggunakan injap pernafasan ke atas mangsa, tetapi tidak berjaya.
“Bayi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Bagaimanapun, punca kematiannya masih tidak diketahui kerana bapa mangsa yang bekerja sebagai setiausaha menolak untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat anaknya itu,” katanya.

Katanya, bapa bayi lelaki berusia 29 tahun itu juga tidak akan mengambil tindakan perundangan kepada pengasuhnya selepas menyedari tubuh badan anaknya itu bebas daripada kesan lebam atau tanda seperti didera. Difahamkan, bayi itu yang tidur selepas diberi susu dan beberapa minit kemudian, pengasuh berkenaan mendapati bayi itu tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya ke HKL untuk rawatan. Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kes terbabit.

“Pemeriksaan doktor mendapati tiada kesan kecederaan pada bayi berkenaan dan bayi itu mati dipercayai akibat lemas. Kami mengklasifikasikan kematian bayi itu sebagai kematian mengejut,” katanya. Sebelum ini, sepasang suami isteri kematian anak berusia sembilan bulan pada 20 September lalu, dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan di pusat asuhan di Presint 18, Putrajaya.

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣