♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Thursday, November 11, 2010

..:: LAGI bayi tersedak susu ::..

::assalamualaikum::

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan mati dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuhnya di Taman Melati, Wangsa Maju, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, bayi berkenaan, Yusuf Razzin, dihantar pengasuhnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sumber berkata, pihak hospital cuba membuat bantuan pernafasan selama 35 minit dengan menggunakan injap pernafasan ke atas mangsa, tetapi tidak berjaya.
“Bayi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Bagaimanapun, punca kematiannya masih tidak diketahui kerana bapa mangsa yang bekerja sebagai setiausaha menolak untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat anaknya itu,” katanya.

Katanya, bapa bayi lelaki berusia 29 tahun itu juga tidak akan mengambil tindakan perundangan kepada pengasuhnya selepas menyedari tubuh badan anaknya itu bebas daripada kesan lebam atau tanda seperti didera. Difahamkan, bayi itu yang tidur selepas diberi susu dan beberapa minit kemudian, pengasuh berkenaan mendapati bayi itu tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya ke HKL untuk rawatan. Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kes terbabit.

“Pemeriksaan doktor mendapati tiada kesan kecederaan pada bayi berkenaan dan bayi itu mati dipercayai akibat lemas. Kami mengklasifikasikan kematian bayi itu sebagai kematian mengejut,” katanya. Sebelum ini, sepasang suami isteri kematian anak berusia sembilan bulan pada 20 September lalu, dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan di pusat asuhan di Presint 18, Putrajaya.

8 comments:

attyfir said...

sejak akhir2 ni ramai le pulak baby tersedak susu..

shiori_LA said...

ermmm takziah kepada keluarga mangsa...kesiannya kan

Unknown said...

sedih & riso bila dgr berita2 mcm ni kan....

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~atty's~

yew la...kecian pada baby tue. nak bg baby susu pastikan kita perhatikan sampai baby hbs minum. pastu bagi baby sendawa. WAJIB!!

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~shiori_LA~

akk dah lama x singgah sini. terima kasih byk².

yew la kak..kecian kan. moga kita semua dilindungi olehNYA.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~Mohamad Yusrizal Yaakub~

memang sedih. lagi sedih ibu bapa bayi tersebut. kalau kina...urmmm...x tahu la mcm ne jadinya.

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣