::assalamualaikum::
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. (teringat lahu arwah P.Ramlee dan Saloma) itulah perumpamaan kehidupan alam rumah tangga yg tidak lari daripada melakukan kesilapan. namun kesilapan itu boleh dihindari dan diperbaiki jika ada kemahuan. berikut 10 kesilapan dalam perkahwinan yg kina nak kOngsikan hari nie. semOga ia blh dijadikan rujukan kelak.
1. TIADA RASA HORMAT
Jgn memburukkan pasangan dihadapan rakan² dia. INGAT!! kita perlu hOrmati antara satu sama lain.
2. KURANG PERHATIAN MENDENGAR
Bila pasangan ada bersama kita, elakkan memberi perhatian kepada hal lain, seperti TV,kOmputer atau sbgainya. Fahami bahasa tubuhnya agar kita tahu apa sebenarnya dia inginkan.
3. KURANG GHAIRAH
Tiada kemesraan dan keintiman, maka hilanglah ghairah atau keinginan bersama. ini sgt bahaya..jgn tunggu, SEGERA dapatkan nasihat pakar.
4. SENTIASA BETUL
Sifat selalu ingin menang dan betul suami isteri menunjukkan sifat mengarah dan mengajar pasangan. ini bahaya kerana tidak ramai pasangan dapat bertahan. sekali sekala cubalah terima cakapnya kerana kita jugak lakukan kesilapan. betOl tak??
5. CEREWET
Suami atau isteri banyak cakap atau berleter amat membosankan dan menyakitkan. biar lebih banyak bertindak dari bercakap. kita sendiri pun x suka kalau org terlampau cerewetkan kat kita kan??
6. SINDIRAN
Bila pasangan bercakap dalam bahasa menyakitkan, fikirkan baik², bertenang dan jgn terus menyerang balas. kalau kita serang balik keadaan akan bertambah buruk.
7. TIDAK JUJUR
Menipu dan berahsia dlm hubungan suami isteri hanya akan menjarakkan hubungan. mulakan kehidupan rumah tangga jujur dan ikhlas...baru BEST!!
8. MEMBEBEL
Tabiat buruk yg terus menerus dilakukan akan membuatkan pasangan bosan. INGAT!! tahap kesabaran seseorang ada batasnya. jgn sampai dia beralih arah kepada orang lain. lebih baik berbicang dari membebel...
9. EGO...PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Ini lagi satu penyakit yg bahaya... kan? jgn pentingkan diri sendiri sehingga sanggup kecewakan pasangan. contohnya :- sanggup membelanjakan wang yg besar utk diri sendiri dari memikirkan keperluan pasangan. asyik beli barang dia je.... kedekut pun ada nie!!! no..no..no...jgn mcm tue yew? x baik tawwww!!
10. PANAS BARAN
Setiap pasangan perlu mempu menghadapi dan menangani konflik dgn positif. jgn nak marah jer..org lain pun ada perasaan. kan? kan? kan?
sebelOm si dia kawen lain...bek kita ubah perangai kita untuk kebaikkan bersama. jgn dah terkena baru nak menyesal. time tue masa dah time...x leh nak patah balik. nak buat sesuatu ingat kat anak² . kecian naseb dorang nanti...
INGAT!!
yg buruk datang dari kita sendiri..
3 comments:
hhmmmm, itulah tu
btol...kenalah paham n memahami...bukan mau isteri/suami je paham...
salam
nice post and info
Post a Comment