♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Showing posts with label zaman G O N J E N G. Show all posts
Showing posts with label zaman G O N J E N G. Show all posts

Friday, September 23, 2011

☺siti nordiana dah BERHIJRAH☺

..assalamualaikum..


cantik tak??
kina mmg minat dengan siti nordiana nie. dari sekolah lagi taw... bila igt siti nordiana nie teringat pulak arwah acik spin. mmg orang berdua mmg rapat dan sesuai sangat². Kalau korang nak tahu dulu kina pernah ikut dorang pergi bercuti dekat PD anjuran majalah REMAJA waktu zaman gonjeng kina dulu. masa tue kina siap 1 kumpulan dengan arwah acik spin lagi taw masa tue. mmg kenangan manis yg x dpt kina lupakan...

kini siti nordiana dah berhijrah ke arah kehidupan yg lagi bagus. kina suka perhijrahan dia sekarang nie.

menurut sumber yg blh dipercayai...huhuhuhu

Siti Nordiana membuat kemunculan kepada media yang pastinya terkejut dengan perubahan beliau di sebuah majlis baru-baru ini. Dan menurut beliau, penghijrahan yang dilakukan oleh beliau ini bermula sejak bulan Ramadhan yang lalu dan beiau berharap agar penghijrahan beliau ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata tapi mahu ianya kekal sampai bila-bila.

sumber dari SinarFM

semoga hidup siti nordiana akan bertambah bahagia dan tabah menghadapi segala dugaan yg mendatang. amin.....

Tuesday, July 26, 2011

☺suatu KETIKA DULU☺

Bulan pose dah nak dekat... bila pose dah dekat kiranya raya pun dah nak dekat jugaklah kan?

bila citer pasal raya... 

kina tetiba teringat masa tecik² dulu. dulu kina org susah... sekarang pun. tapi x delah susah mcm dulu. bila tengok tv banyak tul iklan jajan kan... nak beli time tue x de duit. 

masa rayalah dapat beli itu dan ini. sebab tue kina leh raya keliling taman dan kampung kina. hehehehehe...

time tue teringin nak beli

kalau keluar iklan kat tv teruja betul kina...bukan kemaruk nak makan coklet kat dalam tue. kina teruja nak tgk ape hadiah dalam  kotak tue.  

kat sekolah pulak...kina pergi sekolah naik bus. bila dah naik bus kenalah keluar awal. pukul 6.00 pagi dah kena tunggu bus. lambat tinggal.. sampai sekolah mestilah awalkan? time tue la kina kuar sekolah dengan kawan² pergi kedai makcik tue. kedai dia penuh dengan permainan "tikam-tikam". korang penah main? 


 mcm nie lah betuk menan "tikam-tikam" tue. sekali main 10 sen atau 20 sen. hadiahnya ok jugak taw masa tue. kalau bernaseb bek dapat hadiah yg mahal. 

x silap kina menan mcm nie ada lagi taw..tapi jarang la ada sekarang. x mcm dulu. sekarang nie kina nyk tengok menan yg dalam kaca tue. masuk 50 sen 2x pastu ada pencangkuk. penah nampak tak? kalau tak penah nanti kina snap gambar kina tunjukkan nanti. 

alamak...jam pun dah kul 5.15 ptg...tiba masa dah nak balik keje. nanti kita sambung citer nie lagi...

Thursday, February 17, 2011

☺pengalaman kina kena COLIK☺

..assalamualaikum..

sehat ke hari  nie? kina semalam MC coz sakit gigi. rabak gak la duit nie..tampal je gigi berlObang kena seratus hinggit. mahal tak? org kata "itu kira murah la tuhhh"...yew ker? naseb bek cik abg supra yg bayarkan. tapi x tahulah kena byr balik dekat dia ke tak...senyap je dia semalam. harap² dia x mintaklah kina byr balik kat dia. huhuhuhu.... selalunya dia x mintak. tak tahulah kalau kali nie... ngeeeeee..
pasal tajuk kat atas nie..kina nak cerita pengalaman gOnjeng kina kena cOlik. suspen je kan tajuknya? memang suspen!! ini pengalaman yg sampai sekarang kina x bOleh lupakan. begini ceritanya....

Dulu kini pernah kerja kilang SONY kat Bangi. masa tue kina baru je habis amek SPM. kOnOn kina saje nak cari pengalamanlah..sambil tue kina saje nak duduk dengan nenek kina. Nak ke kilang tue kena naik bus..bus pulak memang telah disediakan oleh kilang tue sendiri. sO x payah la kina pening² pikir mcm ne nak pergi kerja. di pendekkan cerita... (kalau citer semua kat sini, kOmpOm sampai seminggu x habis..citer! hehehehe) ... kejadian tue berlaku masa bulan puasa, keluar je pintu kilang kina terus dapatkan bus yg selalu kina naik tue. kebetulan bus kat situ semua kepalanya ke depan. kiranya nampak bOntOt bus je lah kan. kina dengan tak pandang nombor bus kina terus je naik. maklumlah penat kan... bulan puasa pulak tue. menOnOng je lah masa tue. bila je kina naik bus kina dah perasan kenapa muka² yg kina tengOk tue semuanya org yg kina x biasa nampak. Tapi...kina kata dlm hati "maybe org² nie syif lain kOt..sebab tue x biasa nampak". Tak lama tue bus tue pun jalan...hati kina dah tak sedap lagi lepas tue, sebab bus tue lalu jalan yg kina x pernah lalu. "dah sudahhhh!! bus nie nak pergi mana nie?? bus mana yg aku naik nie??" kata kina dalam hati. jantung dah dup dap dup dap dah masa tue. kina terus ckp kat pakcik tue kina nak turun. dari kina terlajak jauh..bek kina berhenti je kat situ. mana tahu pakcik tue terus balik rumah kan..kina nak balik mcm ne pulak nanti. 

kebetulan masa kina turun dari bus ada masjid dekat situ. azan pun berkumandang...neseb baik kilang memang bekalkan air dan kurma untuk pekerja berbuka dalam bus. adalah benda untuk kina berbuka puasa masa tue. dekat masjid tue pulak ada kedai makan, tapi kina x de duit pulak nak makan. Al-maklumlah baru kerja kan. dah berbuka tue baru kina pikir..mcm ne nak balik? kat situ sorang pun kina tak kenal. dengan muka tak malunya kina tanya sekumpulan lelaki mkn.. (tgk jugak perempuan kat situ..x de pulak. itu yg terpaksa tanya lelaki) .. "bOleh tanya.. kat sini ada tak sesiapa nak lalu kilang SONY nanti? saya sesat la..kalau bOleh saya nak tumpang". ada sorang tue pun jawab sambil tunjukkan kawan dia tue "abg nie kejap lagi dia ada lalu..tumpang la dia". kina pun senyum je lah..pastu kina pun jawab balik "tak pe ke bang...saya mintak tOlOng sgt²...nie dah mlm saya takut kena tinggal kat sini sOrang²..abg hantar saya kat kilang tue pun jadilah. nanti pandailah saya balik sendiri". 
Bila abg tue dah selesai makan... kina pun naik la kereta dia. dalam kereta dia ada ajak kina pergi jalan² dulu. tengOk wayang ke.... tapi kina ckp la tak nak. bila kina tOlak permintaan dia..dia seakan mcm marah. tak lama tue kami dah nak sampai kilang tue taw..abg tue x berhenti!!! alamakkkkk!! ape kes abg nie?? kina pun ckp dekat dia "bang...dah sampai kilang saya kerja nie. nape tak berhenti?" sambil tue kina try bukak pintu kereta... x bOleh pulak bukak!! dia dah lOck!!! adesss..... lepas tue abg tue kata..." releks la dik..kan abg ajak g tgk wayang dulu. nanti abg hantar la kat rumah adik nanti. jgn risaulah..abg akan hantar punyer". kina dah risau time tue.. tapi kina pikir balik, baik kina ikut je ckp abg tue dari berkasar. kalau dkt mall tue nanti kina akan cari jln mcm ne nak lari dari abg tue, kat situ mesti kina bOleh mintak tOlong dengan org ramai. betOl tak? 

Tak lama tue kami berhenti dekat Warta Bandar Baru Bangi. naseb bek la kat sini je dia nak pergi. x de lah jauh sangat dia larikan kina. bila nak masuk je mall tue kina mintak izin nak pergi tandas. abg tue bagi taw..tapi dia tunggu dekat tepi pintu masuk tandas tue  la pulakkk. kina masuk je tandas kina cari idea mcm ne nak lari. lama jugakla kina dekat tandas tue taw. kina amek keputusan kina nak tgk abg tue ada kat luar ke tak. kalau x de kina nak call kawan kerja kina..kebetulan ada telepon awam kat situ. tup...tup... abg tue x de. kina pun terus call kawan kina "wei...aku nak mtk tOlOng nie..aku kena cOlik..amek aku kat Warta cepat. aku tgu ko kat area tandas. cepat tawww!!". naseb baik abg tue x perasan,tak lama tue kina nampak dia. dia dtg kat kina dan ajak kina jln². kina ckp dekat dia yg kina nak jalan² kat area situ² dulu.(kOnOn nak melambatkan dia la)... tak lama tue kawan kina dtg. terus kina pegang tangan dia. kina ckp dekat abg tue "bang terima kasih tumpangkan saya tadi...kawan saya dah dtg amek saya". muka abg tue terus berubah... nampak mcm marah! sebelum kina nak blaaa tue. dia sempat bgi kina duit RM50.00 kat kina. dia ckp..."abg bagi ikhlas..terimalah". kina pun pelik jugak..nape dia nak bg duit kan? dah org bagi kina pun amek la dengan muka tak malu. malas nak lama² kina pun ajak kwn kina tue blaaaa cepat². Fuuhhhhhhh....selamat kina!!!

Dalam perjalanan nak balik tue...kawan kina tue tanya mcm ne kina blh keluar dengan org tue. kina pun ceritalah dari A-Z...dia pun tergelak!! katanya "dah besar pun blh salah naik bus!!..padan muka!!. len kali nak naik bus tgk² la dulu, jgn main naik je taw!"...

sejak tue kina dah fObia. Nak naik bus kena pastikan dulu bus tue betul ke tak bus yg kita nak naik tue. igt bila tgk bOntOt bus je dah tahu dah itu bus ape. huhuhuhuhu....kina masih bernaseb baik masa tue. kalau lah abg tue buat yg bukan² pada kina...merana kina selamanya! Al-Hamdulillah ALLAH x kejam pada umatnya. Dia masih sayangkan kina... bersyukur sangat²!!

itulah pengalaman kina kena cOlik... buat kawan² kat sana. kOrang pun kena berhati² sebelum nak naik bus. x semua org yg kita jumpa tue semuanya baik. kalau naseb kita x baik kita terjumpa lak dgn org jahat. betOl tak?? amek iktibar yew...

Thursday, January 6, 2011

☻☺ Kenangan panjat memanjat zaman GONJENG ☺☻

::assalamualaikum::

Ape kabar? Harap semua sehat semua... kat sana hujan tak? kat Rawang hujan lebat giler tadi..sekarang pun masih hujan. sedap tidO nie kalau kat rumah kan? Hari nie kina nak kOngsi cerita zaman gonjeng kina. Dulu² hObi kina panjat memanjat gunung. sampai sekarang hObi tue masih ada dalam hati. Cuma sekarang jangan mimpilah nak pergi panjat memanjat tue. huhuhuhuh...antara faktOr² kina x dapat panjat memanjat ialah
v
v
v
> Badan dah macam tangki air mcm kat atas syiling rumah
> Dah tak fit mcm dulu kina rasa
> Dah ada papa ADAM dan ADAM... 

Maknanya sekarang nie bukan kina yg kena panjat...cuma dipanjatkan jerkkkk!!!
Over lak kina ni kan? maklumlah hujan² nie sedap kena pelOk. hahahahaha..

Gunung² yang kina pernah naik 

> Gunung dkt dengan Waterfall kOta Tinggi, JB..lupa lak namanyer.
> Gunung Ledang 
> Gunung kOrbu
> Gunung Tahan
> Gunung Ayam

dan banyak lagi..dah tak ingat dah nama gunung² tue.

Kat bawah nie antara gambO² kina dapat tepek kat sini. Ini pun kina amek kat FB yg kawan kina tag hari tue. Maklumlah zaman tue kina x de kemera digital. semua kemera biasa jerk. Nak tepek kat sini x de scanner lak. Jadi ini je lah yang adOoooo...

( gambO nie kina dkt Gunung kOrbu)

(Gunung Tahan yang tak Tahan...... tinggi gilerrrrr gunung nih! Cuba carik kina. Jumpa tak yg mana satu? kina pakai cap kaler hitam dan tengah duduk)

(Gambo nie kina dekat Gunung Tahan jugak...kami saje jer turun bawah sikit pagi tue sebab nak tengOk matahari terbit. Sungguh cantik pemandangan tue... x bOleh lupa sampai sekarang. Time nie kina dengan abg kina... jangan salah sangka yew)

(GambO nie lak masa kami dah balik dari Gunung Tahan x silap kina.  Ni dekat Stesen Keretapi JB. Kalau ikutkan ramai lagi nie..tapi nie jerk yg nak enter frame )
  
Memang best zaman² gOnjeng dulu... kina rindu sangat nak panjat gunung lagi.Tapi apekan daya... kini ku tidak berdaya. sOb..sOb..sOb.. Insyaallah..kalau anak dah besar sikit. Kina nak sambung kembali hObi kina nie... supra pun x kisah kOt masa tue. Sbb masa kina cOuple dengan dia dulu..dia tahu hObi kina ape dan masa tue kina suh dia janji...kalau kina dah kawen kina nak pergi panjat gunung dia kena izinkan. dia kata Ok...sO x de masalah la kan nanti kalau kina nak pergi lagi.

Kalau nak pergi lagi kena kuruskan badan balik la nampaknya. hehehehehe...

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣