♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Showing posts with label B e r i t a | d a r i_m a m a_a d a m. Show all posts
Showing posts with label B e r i t a | d a r i_m a m a_a d a m. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

..:: Perubahan ADAM ::..

..assalamualaikum..

Tengok jam dah pukul 5.23 petang. Lagi berapa minit dah boleh pulang. Hari ni Supra x dapat jemput kina Dia kena balik kampung dia untuk uruskan tukar nama kereta. Alhamdulillah bulan nie last kami bayar kereta. Lepas ni 1 hutang sudah selesai. Untuk tukar kerata baru belum terpikir lagi... walaupun kereta tue nampak mcm suruh tukar kami tetap sayangkan kereta tu. 

Baik kepada tajuk di atas... kina nak cerita la pasal tu kat korang. Adam sekarang ni makin lama makin bijak bila bercakap. Kadang² kina sendiri x tahu nak jawab ape kalau soalan dia susah kina nak jawab. 

ayat yang dia sekarang guna ialah:

bila kina marah dia

"mama...jangan la mama marah abg mcm ni"

"mama...jangan cakap mcm tue dengan abg..mama budak baik kan?"

Bila dia ckp mcm tu nak marah pun x sampai hati. Tapi kekadang tue kena jugakkk! Yew la..kadang tue melawan pun ada. 

Tapi nakal² dia tu pun anak kina jugak... kina berdoa pada Tuhan agar adam dia menjadi anak yang baik dan mendengar kata org tua. Semua mak ayah nak anak dia mcm tu. Bukan senang nak didik anak ni. x boleh berlebih dan kurang sangat. Kalau berlebih kang lain pulak jadinya...kalau kurang didikan pulak lain jugak jadinya. 

Kina pun selalu berdoa jugak pada Tuhan agar kina x salah mendidik anak dan kina dan Supra menjadi mak ayah yang berjaya mendidik anak dunia dan akhirat kelak.

amin....

Wednesday, April 18, 2012

..:: Marrisa Hannah berkepala BOTAk ::..

..assalamualaikum..

kina dah janji nak tunjukkan gambar Marrisa Hannah kepala botakkan? 

taraaaaaaa....
v
v
v
v
v

Gambar adam pun ada jugak kat sini...gambar ni betul² yang paling terBARU kina amek.. Time nie mereka berdua baru je bangun dari tido. 




Gambar ni adam yang amek...kina tengok adam makin lama makin pandai amek gamabr yang cantik² untuk kina. ada bakat tak??



sejak dua menjak ni kina dah kureng amek gambar kami seharian. Busy betul la kina yew. hihihihi... lepas ni kina rajin balik la. rasa rugi x abadikan life kina ni dalam blog ni. Kina x nak terlepas kenangan selepas ni utk tatapan satu hari nanti.

buat Marrisa Hannah.cepat² rambut tue tumbuh dengan lepas dan cantik yew. Cian dia x de rambut. hehehehehe...

Monday, April 16, 2012

.:: Cerita Kina secara MARATON - Edisi Khas ::..

..assalamualaikum..

Punye la lama x bukak blOg...rupanya blogger design nya pun dah baru... jakun kina jap. Banyak tul kina ketinggalan. Lepas ni kina kena banyak kena follow balik mana yang kina ketinggalan. Rugi kalau x tahu....

Nama pun dah lama x update kan.. Jadinya banyak la cerita yang kina nak ceritakan kat sini. Untuk tidak buang masa. Ape kata korang follow je cerita kina nie One by One. Hope korang sudi la membacanya....

..:: Besday Qaliesya yang ke-1 Tahun ::.. 

Besday anak buah kina ni.. adik kina buat besday anak dia ni dekat rumah dia sendiri. Tetamu yang dijemput pun x de la ramai sgt. Walaupun x ramai tapi sambutannya amat meriah sekali.






kek ni sedap sesangat.... harga pun berpatutan. Rasa sekali pasti nak lagi. Kan best reti buat sendiri. hehehehehe... Majlis besday anak buah kina ni berakhir dalam jam 11 malam. Badan pun dah benat mata pun dah ngantuk kami pun balik la ke rumah masing². 

Semoga umur anak buah kina si Qaliesya nie dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang Soleha dunia dan akhirat. Amin.

..:: Main Layang² kat Selayang-KepOng ::..

Asalnya kami dah janji dengan adam dah lama taw nak bawak dia main layang². Tapi masa tue cuaca asyik hujan je bila time hari Ahad. Kebetulan cuaca pun ok dan rezeki mak enOn a.k.a Nana (budak yang berbaju biru yang tembam kat bawah ni..) balik rumah mama kina kami pun bawak la dia sekali. 

masa ni mmg meriah...ramai giler org main layang². Bermacam² bentuk layang² ada kat situ. Macam pesta layang² pulak kina tengok.


kebetulan jugak kawan supra nak follow sekali... lagi meriahlah kami hari tue... Disebabkan kina yang pegang kemera..last² gambar sendiri x amek. So kiranya ni si Marrisa Hannah la wakil kina. hehehehe...


comel tak???



Korang pun kalau rasa x de idea nak pergi mana² bila time cuti² tue bawak la anak² korang pergi situ main layang². Kina nak bagi cadangan la..kalau nak main layang² tue baik beli kat kedai biasa. Kalau beli kat situ harga mahal dari biasa. 

Parking kereta pun mmg full je... so pandai² la korang cari parking bila sampai sana. Lagi satu... bawak tikar sekali yew. Larat ke kan nak bediri je bila ada kat situ. Lagi best kalau korang bawak bekal air dan makanan ringan. Rasa mcm pergi bekelah la masa tue...kan seronok!!!

..:: Pemergian Abg Kesayangan ke Negeri Orang ::..

Sedih tul kina masa ni... abg kina kena posting ke Labuan, Sabah pada awal bulan 
 3 hari tue, Asalnya abg kina mula² dulu dapat posting kat KL. Tapi dorang tolak sebab kos kehidupan kat KL terlalu tinggi. Dengan gaji dia yang x berapa nak tinggi  rasanya mmg payanh nak berdikari kat KL pada masa tu. Bila kali kedua untuk di postingkan tu kan kena tukar kat Labuan pulak. Mak aiii...jauhnya. Nak tolak dah x boleh da kan... Lagipun kalau abg kina pindah kat Labuan dia akan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan.. Lepas tu pulak abg akan dibagi alaun yang tinggi lepas ni. Nak tak nak kena jugakla posting. Kata dia x lama....5 tahun jeekkkkkkkk!!!

mak aiiii...

5 tahunnnn??

lamanya...

lepas ni dapat jumpa dorang 1 tahun sekali la nampaknya. Nak buat mcm mana kan. dah tugas katanya. Sebelum ni abg kina kerja kat kem Ipoh je. Kalau balik hari pun hanya 3 jam je nak ke Rawang. Sakarang..... setahun sekali. Itu pun time raya je lah.

Sape x sedihkan bila berpisah dengan adik beradik dan family kan?

jOm layan gambar yang kina sempat ambik sebelum dorang naik kapal terbang.







masa dorang dah masuk ke balai berlepas tu...si mak enOn a.k.a nana meraung dia menangis. sebelum tu dia senyum² je..bila dah jauh dari kami baru dia start menangis. masa tu perasaan kina rasa sedih sangat nak melepaskan dorang pergi. Hanya Tuhan je yang tahu bertapa kina sedih nak berpisah dengan abg n family dia. 

Alhamdulillah dorang selamat sampai tepat pukul 8.30 malam.

..:: Majlis cukur jambul Marrisa Hannah ::..

Wah betul² cerita secara maraton ni... sudi baca lagi x? Thanks sebab masih sudi lagi baca cerita suka dan duka kina sepanjang ini.. sayang kOrang!!

Majlis ni baru je berlangsung 2 minggu yang lepas. Kina buat dekat kampung supra. Majlis mmg meriah sangat². Sambutan orang kampung sana mmg meriah dan mereka semua mmg peramah dan mesra. X rugi kina buat kat sana..Lagipun family kina pun semua datang masa tue. Lagi lah meriah majlis kina hari tue. 

Masa ni mata kina sakit pulak...lepas je kina cabut gigi garham hari tu terus kina kena sakit mata. Tuhan je yang tahu bertapa sakitnya mata kina. Mata kina ni x blh tgk cahaya masa tue. Sampai sekarang nie mata kina mcm ni. cuma dah x cepet la sekarang ni...


Yang ni cousin supra...dia tumpang majlis. Kebetulan kami buat kat kg dia pun tumpang sekali. Bertambah meriahlah majlis kina hari tue dipenuhi sanak saudara. Bukan selalu dapat kumpul ramai² mcm ni...sonok sgt²!!!






Yang ni adam tetiba nak melekat dengan kina... dia takut adik dia kena amek dengan orang. Biasalah kan...





Tengok mata kina..cemeh je. Walaupun sakit tapi kina tahan kan je masa ni. Kalau ikutkan kena pakai kaca mata hitam. Tapi ape orang cakap lak kan. Glamour la pulakkan...hehehehehe





Ini gambar Marrisa Hannah sebelum dia dibotakkan.... nak tgk tak dia botak??  kalau nak tengok..tunggu kina update gambar dia terbaru nanti.... x sempat pulak nak amek skrg ni.


ok la...ini saja cerita kina kali ni... kang citer panjang² kang korang mesti penat nak baca. tul tak? 

teima kasih sekali lagi coz sudi baca...

Jumpa lagi nanti!!



Wednesday, August 10, 2011

☺Gara² ABC dan Otak² budak sekolah 11 tahun meninggal☺

(ehsan dari pOkcik gOOgle)

MERU - Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.

“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

notakakikina: Sedih kina bila terbaca berita nie dkt blog MEJA BULATKU . Satu Family kena...tapi yg tak bernaseb baik dah meninggal gara² nak mkn makanan  yg idam²kan. Semoga family nie tabah menghadapi dugaan besar nie. kalau kinalah..x tahu dah nak ckp ape. x tertanggung kesedihan nie.

Al-Fatihah...

Tuesday, March 15, 2011

☺Laungan AZAN di ejek..memang kurang ajar!!☺

..assalamualaikum..

Jalan punyer jalan kina ternampak pulak video nie...
memang kurang ajar org cina nie...

memang cukup kurang ajar!!


nak citer panjang kina malas. kOrang tengOk sendirilah yew..




Terjemahan apa yang dikatakan di dalam U-tube.
 
 Tajuk : Rupanya Umat Islam suka mee wantan dan pau besar. 
 
" Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yang menjerit tak tentu fasal, macam orng nak order mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, nak kuih pau besar pula! "
 
nOtaKaKiKiNa:
ko dah duduk sini...ko kena lah terima adat orang Islam dan Melayu. kalau tak suka pergi balik china la. dah bagi duduk agak² la...jgn kurang ajar!!

kalau kOrang nak tahu berita nie selanjutnya KLIK sini.


♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣