♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Wednesday, August 10, 2011

☺Gara² ABC dan Otak² budak sekolah 11 tahun meninggal☺

(ehsan dari pOkcik gOOgle)

MERU - Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.

“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

notakakikina: Sedih kina bila terbaca berita nie dkt blog MEJA BULATKU . Satu Family kena...tapi yg tak bernaseb baik dah meninggal gara² nak mkn makanan  yg idam²kan. Semoga family nie tabah menghadapi dugaan besar nie. kalau kinalah..x tahu dah nak ckp ape. x tertanggung kesedihan nie.

Al-Fatihah...

10 comments:

LYAfrina said...

lya ada baca kat paper td.. itu la..kdg2 makanan kat bazar bkn bersih sgt.. kalo nk beli kna cari tmpat y btul2 bersih...

al-fatihah buat arwah

eB said...

alfatihah utk arwah anak istimewa tersebut... alhamdulillah dier pegi dlm bulan yg baik ini... takziah kps keluarga arwah.. smoga tabah mengahadapi ujian dariNYA walopn eB sendiri x tau camner nk hadapi kalo berlaku pd diri sendiri.. nauzubillah

azlina said...

asmlkm kinah...
terima kasih kerana sudi sgh blog akk memberi semangat dan doa...

btw...sedih baca cerita keracunan makanan....semuga roh aruah di cucuri rahmat

puanstoberi said...

Err.. terkejutnya.
taktau nak kata la kan. Akak thn ni masih tahan tak beli lagi barang2 kat pasar ramadhan. Bila pegi cam tatau nak beli apa. Sudahnya beli kuih kat gerai umah je.
Lauk pauk, mmg akak gigih masak je. Huhu

lia said...

seriau baca...

lebih2 lagi kami ni mmg tetiap hari p bazar ;(

shiori_LA said...

ya Allah kesiannya....ermm tu la kan peniaga ni kadang2 nak untung je tanpa mengambil kira kebersihan makanan yang dikendalikan.....akak sepanjang ramadhan nih baru sekali je beli kuih kat luar lain semua masak sendiri...nasib la balik awal sempat la masak juadah berbuka walaupun tak semewah orang lain....lebih terjamin kebersihannya.....

wanez collection said...

antar la kat umah sikit.heheheh

wahida said...

ya allah..sampai meninggal? sepatutnya peniaga bazar amek iktibar dari kes mcm ni...kebersihan patut diutamakan..

al fatihah pada arwah..
semoga keluarganya kuat hadapi dugaan besar ni...

sal ya said...

peniaga kdg2 nk fikir untung je.
takziah utk keluarga arwah.

rs2nya, itu satu2nya anak perempuan dia orang kan? takdir Allah...

Zura Tahir said...

kesian sesgt kat budak nie..

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣