♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Tuesday, March 9, 2010

..:: budak melayang ::..

:: salam::

kina sedih bila terbaca berita ni kat metro online... budak 3 tahun terjatuh dari tingkat 15 dan jatuh dekat atas kereta lepas tue. aduhhhh.... sakitnya dada kina untuk menahan kesedihan. berita2 macam nie lah kina x sanggup nak dengar x sanggup nak baca ape lagi nak tengok kejadian itu. kesian betul budak tu.... bila terjadi sesuatu yg buruk dekat bayi atau kanak2 mesti kina terus terbayang muka aDam. kina terbayang mcm benda tue terjadi kat adam... x tahu kenapa kina boleh terbayang sampai ke situ. sebab tue lah kina sebak dan sedih semacam je...adesssss.

ini pertikan berita tue

 KUALA LUMPUR: “Saya nampak seorang kanak-kanak melayang sebelum menghempap sebuah kereta, disusuli dentuman kuat.

“Kejadian itu membuatkan saya tergamam dan hanya mampu menjerit meminta tolong,” kata seorang penjual nasi lemak yang hanya mahu dikenali sebagai Siah, 40-an yang ternampak kanak-kanak terbabit terjatuh dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Plaza Prima, Kepong di sini, malam tadi. Menurutnya, ketika itu orang ramai hanya mampu melihat kanak-kanak terbabit yang terjatuh di atas kereta sebelum tubuhnya terpelanting di atas jalan.

“Dia masih bernyawa ketika itu, namun keadaannya yang lembik dan hanya bertarung dengan maut membuatkan orang ramai tak berani menyentuh tubuhnya.

“Tidak lama kemudian ambulans datang dan membawa kanak-kanak itu ke hospital,” katanya.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa Monalisa Khder Safwan, 3, maut sejurus tiba di Hospital Selayang akibat cedera di beberapa bahagian badan.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, mangsa sedang tidur manakala ibunya pula membasuh kain di bilik air.

Malah, ibu mangsa sempat mendengar anaknya itu yang terjaga dari tidur dan memanggil bapanya sebelum keadaan menjadi sunyi.

Wanita terbabit cuba meninjau dan terkejut apabila mendapati tingkap rumahnya terbuka dan sejurus memandang ke bawah dia hanya mampu melihat sekujur tubuh anaknya yang terjatuh.

Mangsa adalah anak tunggal manakala bapanya pemilik kedai roti Arab dari Lubnan dan ibunya Umi Shara, 30-an, warga Indonesia.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan masih diteruskan.
“Siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan ketika itu berada bersama ibunya yang sedang membasuh kain dan mangsa mati sejurus tiba di hospital,” katanya.
Sementara itu, pasangan terbabit yang ditemui di Hospital Selayang enggan ditemubual dan ibu mangsa dilihat hanya mampu menahan kesedihan.

sedih kan? kesian kan? 

sob..sob..sob... 

marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Monalisa Khder Safwan semoga rohnya aman dan bahagia di sana.

lagi berita yg mengemparkan hati kina lagi kan... budak 11 tahun kalau sekolah tue dalam darjah 5 lah..bapak dia kawenkan dia dgn lelaki tua yg berumur 41 tahun. hek' elehhhhhhhhh....ade ke patut? kina  tahulah ape perasaan budak tue dan ape perasaan bapak budak tue. kina rasa budak tue sedih kot... yealah..kawan2 semua sebok nak pergi sekolah yg dia tue macam mane lah kehidupan dia selepas berkahwin. di sekolahkan ke x kan?

kina x boleh nak cerita panjang pasal benda nie. sbb kina sendiri x baca lagi berita nih. cuma dgr kat radio sinarfm je pagi tadi.

yang kina tahu
v
v
v
v
terkejut sehhhhhhh!!

10 comments:

cobraeite said...

kinak..bagus blog nie..maintain jer

Abd Rahim said...

kasihannya budak tue...sedihnya..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~cobraeiti~

terima kasih kenapa jengok sini.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~Mr. Kamikaze~

ha'ah..mmg kecian. dah tahu umh 15 tingkat buatlah pagar ke kan? dah anak panjat tingkap.

bila dah terjadi sesuatu barulah nak buat...buat ape kan?

Mak Su said...

innalillah, budak tu sleepwalking ker?

yg pasal kawin tu, tak tahu ler nak cakap apa.... :(

mamaarifakeemaisy said...

Memang sedih dgr berita2 melibatkan anak2 ni..huhu..tk sggup nak tengok keadaanya camna, terbayang je pun dh terasa pilu..huhu..

weii siannya kt budak tu, dipaksa kawen gamaknya! eeii tak pttlah bapak budak tu..! haish..!

p/s pasal masak sotong tu kan, tak perasan lak bape minit tp dekat2 nak kering sket air sotong tu kira dh lembut lah tu..sotong kan kuarkan air.. ^_^

shiori_LA said...

kina kat mana tu budak 11 tahun kena kawin dgn lelaki 45 tuh...hmm memacam skang mak ayah macam nak jual anak je tuh...sedih dengar berita camni kan?

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~Mak Su~

x mak su...dia main sorang2 kat depan. entah mcm ner leh panjat tingkap. tue yg jatuh ke bawah..

yg pasal kawen tue..kina pun dah x tahu nak ckp pe..terkezut sehhhh!

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~mamalieyna~

sedeh kan...mintak simpang lah benda2 mcm tue terkena dkt anak kita.

aminnn...

pasal budak kena kawen tue..kina rasa bapak dia terdesak la.

pasal sotong tue..tq..hik..kina selalu msk sotong tue liat lagi. lepas nie kina nak wat mcm tue lah..

hehehehehe...(x terel masak)

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~shiori_LA~

bukan 45 tahu la kak...41 tahun(hehehehehe).

kejadian nih jadi kat kelantan.

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣