Kejadian nie terjadi pada hari Sabtu petang...
kina pergi rumah jiran yang pandai buat rawatan tradisional.. adam balik dari Ipoh dia pulak yang kena demam. Si adam dah la takut nak makan ubat.. jadinya nak mintaklah jiran kina air jampi. kOt² bila minum tue demamnye cepat kebah.
Kedudukan rumah jiran tue dengan rumah mama kina x delah jauh sangat. cuma rumah tue lorong lain. bOleh la jalan kaki.. tapi berpeluh jugaklah kalau nak diikutkan tue. huhuhuhu.. dik malas nak susahkan orang nak hantar, kina amek keputusan jalan kaki je lah dengan adam petang tue. blh exercise sikit kan?
Bila dah selesai... kami pun balik la. Pada mulanya si adam jalan dengan kina..tapi bila selang 2 rumah dia jalan semakin laju pulak. Kina ckp la dengan dia
"abangggg..janganlah jalan laju sangat. Jalanlah dengan mama"
si adam pandang kina sambil senyum... geram je kina masa tue. Makin lama makin laju pulak dia jalan. Dah mcm tue keadaannye kina ape lagi kejarlah dia. Makin kina kejar laju makin laju pulak dia lari sambil pandang belakang sengih². Kina panggil dia...dia lari lagi laju. Dah sudah!!! adam dah semakin hampir dengan simpang besar ... kereta memang banyak giler. lagi pulak dekat dengan trafic light. Ape lagi...kina bukak langkah seribu. Lebih kurang mcm org lari pecut 100 meter tue... mcm tue lah keadaan kina masa tue.
dah tak kira ape dah..dlm kepala nak selamatkan adam. Ape nak jadi jadilah!!
betul² depan simpang msk lorong tue kina dpt tarik baju dia. Terus kina cubit dia!!
kina ckp dekat dia
"abanggggg!!!...mama dahlah x leh lari. kenapa lari tinggalkan mama?"
ape lagi... nangis lah dia.Dalam perjalanan balik rumah mama kina tue dia menangis x henti². samai je rumah mama kina terus kina cerita dengan family kina. dorang boleh gelak²...dengar dari cerita mcm kelakar kan?
tapi TUHAN je tahu bertapa sakitnye pinggang kina dan celah peha kina masa tue. Time tue perut x sakit lagi. Bila malam... baru semua sakit. nak jalan g bilik air pun x boleh taw. Rasa mcm jalan dalam pantang kina rasa. Nak tak nak...paksakan jugak berjalan.
Mama kina malam tue cukup risau tgk keadaan kina. siap kata jangan balik rumah kina malam tue. Tido je kat situ... mama kina takut kina bersalin..byk kali tanya kina ok ke tak. x ok boleh terus bawak g hospital katanya...
kina pun risau jugak kan.. kalau boleh tak nak lah bersalin awal. baru 8 bulan...
malam tue supra pun x balik. Sebab dia keje awal pagi esk. dia tido kat rumah bujang tempat kerja dia. Dia ada kata jugak nak balik ke? kina cian kat dia nanti esk x keje pulak kalau dia balik. time mcm nie byk duit nak pakai pun... kina cuma kata kat dia kalau pape kina call dia. nanti dia akan balik cepat.
ALHAMDULILLAH....
malam tue x de pape berlaku... cuma badan kina sakit sana sakit sini je. Paginye kina ajak ayah kina hantar kina berurut dekat rumah jiran kina yang kina pergi ptg tue. Dia pun terkejut bila kina dtg balik dengan keadaan mcm tue. Nak dekat 2 jam jugak dia urut kina. Katanya badan kina dah masuk banyak angin... Bila dah sudah urut baru badan kina rasa ringan sikit. Syukur ...
Ingatkan hari Isnin kina x larat pergi kerja.. rupanya dah boleh bangun. Cuma pingganglah sakit sikit.
Pepun... kina x leh la nak marahkan adam. dia tahu ape kan? Rasanya dia saje ajak kina dengan adik dia main lari². Lagipun kina jarang bawak dia main² kat luar rumah. Bahaya kawasan rumah mama kina tue. Rumah berdepan dengan jalan besar... takutlah nak bawak dia berjalan. Bila dah sekali bebas... ape lagi berlarilah dia lepaskan gerammmmmmmm.