♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Wednesday, October 5, 2011

☺RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR☺

..assalamualaikum..

Hari nie kina nak share ilmu agama sikit kat korang. Nak kata pandai agama 100%  tue x de lah. Kina pun masih belajar nak mencari ilmu² agama nie. Mana yg kina rasa best nak share kina mesti share dekat FB atau kat blOg kina nie. Harap ia dapat membantu kOrang semua. Org kata kalau banyak membaca banyak dapat ilmu. Dan kalau kita baca pasal hal² agama kita selangkah demi selangkah dekat dengan ALLAH. 

Subhanallah...

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

4 comments:

Salina@IbuAqil said...

TQ dear share this.. Apa kabar dik hari ni? ;)

Suhaini Saperan said...

Thanks As... Ilmu jgn jemu dicari... dan jgn lupa di kongsi krn ilmu yg dipjgkan akan berterusan pahalanya selagi mana ada org yg mengamalkannya.. Insha Allah.... :)

Unknown said...

tq yunk sbb sudi share,
<3<3<3

blog-tips-kurus said...

menariknya info ni. Surahnya pendek je, tapi banyak khasiatnya.. thanks! :-)

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣