♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Friday, September 9, 2011

☺dah scan...jeng..jeng..jeng (part 2)

..assalamualaikum..

Selamat pagi semuaaaaaa...
mesti ada yg x sabar kan nak tahu ape citer semalam? 

jeng..jeng..jeng...

keputusan scan hari tue ialah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
V
baby girl

yahoooooooooo...

kita mampu merancang..ALLAH yg menentukan.  harap keputusan scan tue tepat lah yew. 

wat masa nie kina lom lagi beli pape untuk baby nie. ingat nak beli baju kaler putih ataw krim je lah. nanti kalau² dapat hero jugak baju tue sesuai dengan dia.

Hari tue pun kina ada suh dokter print gambar baby tue tapi camera kina x de batery lak. dah x dpt nak amek gambar tue. nanti kalau dah ada batreri kina post kat sini yew.

Thursday, September 8, 2011

☺KEPUTIHAN yg amat menyiksakan☺

selamat petang semua...


kina nak tanya kat korang la. korang pernah kena keputihan tak? 

mcm kinakan..dari anak dara mmg ada keputihan. tapi x byk sgt la.. 

Masa mengandung nie lagi banyak keputihan tue. Naik rimas kina dibuatnye. Kina terpaksa selalu tukar pantis lines jika keputihan banyak sangat. Sekarang nie kina terpaksa 2 hari sekali kena cek tekanan darah disebabkan kina kena kencing kotor dan keputihan nie. 

menyusahkan tul lah... kalaulah boleh kina x nak ada keputihan nie. dah la blh buatkan kegatalan di tempat sulit tue. pastu sen pun kena kuar jugak sebab nak beli pantis lines tue. dulu sebulan 1 kali je beli. skrg 1 bulan 2 atau 3 kali kena beli. Kalau tak mau kina x kuar rumah. sebab x selesa....

korang yg ada keputihan tue..ape cara korang mengatasi masalah nie? share lah dengan kina yg x banyak pengalaman nie.  

boleh kan? 

Tadi kina ada cari maklumat pasal keputihan nie. kalau korang nak baca KLIK sini dan sini

☺dah scan....jeng...jeng..jeng! (part 1)☺

..assalamualaikum..

Hari senen tue kina ajaklah supra pergi klinik swasta tuk scan pewut nie. Kina ajaklah sekali si adam tue ikut. kebetulan org pun x ramai terus nama kina dipanggil. 
Tapi...

Tapi...

yang x best masa tue supra time tue dia x ikut sekali msk bilik dokter tue. Sebab masa nak msk klinik tue dia pergi kedai. Kina pun x sangka org tak ramai masa tue. Udahnye kina dengan si adam je lah yg dapat tgk.

masa tue hati berdebar-debar sangat!

kina rasa semua ibu² rasa mcm tue kan? 

Kedudukan uri pun dah pergi ketempat sepatutnya. Al-hamdulillah dan bersyukur pada Tuhan kerana dengar doa kina dan doa korang semua.

nak tahu ape keputusannyer??
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
V
ESOK KINA BAGI TAHU!!!


Tuesday, September 6, 2011

☺ Raya 2011 ☺

..assalamualaikum..

Rasanya masih belum terlambat kina nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada korang semua. Walaupun dah mula bekerja semalam mood raya korang pasti ada lagi kan?  

Ape macam raya tahun nie? Meriah takkk? 

kina jangan ditanya.... 

harus meriah!!!

Sebabnya raya tahun nie turn raya belah family kina dulu.  Raya kedua malam baru balik kampung belah supra. Walaupun kejap je raya kat belah kina tapi kemeriahan raya pertama tue yg kina paling suka. 

tapi nampak mcm x acikan? yealah... belah kina dua hari je tapi belah supra sampai 4 hari taw. 

pepun... kina hepi. x kisah la raya kat belah mana pun. kedua²nya pun ok.

kisah korang mesti banyak kan?

cer citer..

cer citer...

jOm tgk gambar masa raya hari tue. Kali nie x banyak sangat kina amek. maklumlah... x larat dah nak bergambar. perut dah mcm sarat sangat masa tue. kembung minum air banyak sangat kot.

: Gambar kat bawah nie ialah nenek kina. Nenek jelah yg tinggal...atok dah lama x ada. Hari tue muka nenek tersenyum je tengok anak dan cucu cicitnya beraya kat rumah dia :


 :ini adik kina yg nombor 5:

: makan time... orang lelaki baru balik dari masjid nie. Kelaparan katanya... :


: ini semua sepupu kina.. termasuk sekali anak² buah :


: Inilah rupa adam pagi raya pertama tue... susah betul nak amek gambar dengan dia. Itupun puas kina panggil. Bila dah dapat amek tak nak lak tgk kemera :


: Bergambar dengan dua org adik kina :

: Yang ini pulak kina bersama dengan mama, sepupu, paman dan bibik² kina :



: aksi adam haziq :



: adam dengan mOkcik dia :

: masa nie kina nak g beraya rumah sepupu kina... Nampak pulak pokok bunga yg cantik nie. ape lagi..kami pun berposing la kat sini :



: mak BuyOng raya 2011... kina amek kesempatan tuk bergambar dengan mak² buyOng. bukan senang dapat bergambar time mcm nie. Satu hari nanti gambar nie akan menjadi value yg tinggi :

: kina dengan supra... adamnye entah kemana masa nie. puas panggil x muncul². rupanya tengah main kejar² keliling rumah sepupu kina nie. Ini pun supra main² je bila org nak amek gambar. sekali kena cubit.... baru dia posing betul². padan muka!! :


: sepupu kina yg paling rapat.. dia tengah tunggu on call je nih. sehingga sekarang dia masih menunggu saat nak bersalin :


: mama kina (dari kanan yg pertama) bersama kakak dan adik dia :


: tiap² tahun kami akan bergambar bersama. Tapi kali nie berlain rupa kami berdua. x sangka kami sama² jadi mak buyOng kali nie :

: Gambar nie adam dengan Qeesya..time nie kami baru je sampai kat rumah mama kina. Kami baru balik dari kg supra. Rindu betul dia dengan adik Qeesya dia nie :


: x lama tue family uteh kina pun dtg. Sebelum nak balik rumah kina yg x tahu mcm ne rupanya kena tinggal seminggu tue kina sempat jugak amek gambar ayah dengan abg dia nie. Rupa dorang sama tak? :

: adik kina dan adam pun nak amek sekali..Kina? dah kena amek gambar kan.  x dela nampaknye :

: inilah kenangan Raya Aidilfitri 2011.. entah tahun depan dpt jumpa lagi ke tak kan.  SemOga kesihatan nenek makin elok dan Tuhan panjangkan lagi umurnya :

Ini sajalah gambar untuk raya kali nie... kina memang x larat nak bergambar banyak².

Korang pulak mcm ne?

Monday, August 15, 2011

☺Hari LahirKu ke 30 Tahun☺

..assalamualaikum..


Hari nie genaplah umur kina 30 tahun. Rasa mcm kejap je dah masuk 30an... lepas nie dah naik pangkat jadi 31..pastu 32... dan 40 tahun pulak lepas tue. Ish... kenapa yew blh rasa mcm tue? korang ada rasa jugak tak? 
Hari ni kerja pun halfday...nak checkup perut nie. SemOga baby dlm kandungan nie sehat dan uri yg kat bawah nie dapat pergi ketempat sepatutnya. Lagipun pinggang kina sakit sangat² nie. Semalam kina banyak buat keje..basuh baju, sapu rumput² yg baru dimesen, menyapu dan mengemop 1 rumah. Bila petang kina dah mula skt pinggang belakang. sampai nak jalan pun x blh... last² kina tawakal je..kina sapu minyak urut buah pala. Al-hamdulillah beransur pulih. Tapi pagi tadi nak bgn sahur. sakit tue dtg balik... dah kina x lalu nak mkn. cuma minum segelas air je. Harap hari nie kina larat puasa sampai petang. 

Mlm tadi suami kina hanya bawak balik McD dan wish kat kina. Hadiah tak dok!! x tahulah kalau hari nie dia bg ke kan..walaupun dia x bagi hadiah sekurang²nya dia org yg ke-2 wish kat kina. 1st adik kina..itupun mlm tadi kina keluar dengan dia pergi Danau kota. (bak kata supra.."aik..nak jalan terus ok ke?")...

hehehehe... 

sakit mmg sakit. tapi kina gagahkan jugak. Sebabnya nak tgu supra bawak x tahu lagi bila. Dia wat masa nie mmg x de cuti... lagipun kina setiap tahun akan keluar mlm² mcm tue dengan adik² kina kalau nak raya. tak beli pun x pe janji pergi. Kalau x pergi rasa mcm ada je yg tertinggal. huhuhuhu...

Wednesday, August 10, 2011

☺Gara² ABC dan Otak² budak sekolah 11 tahun meninggal☺

(ehsan dari pOkcik gOOgle)

MERU - Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.

“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

notakakikina: Sedih kina bila terbaca berita nie dkt blog MEJA BULATKU . Satu Family kena...tapi yg tak bernaseb baik dah meninggal gara² nak mkn makanan  yg idam²kan. Semoga family nie tabah menghadapi dugaan besar nie. kalau kinalah..x tahu dah nak ckp ape. x tertanggung kesedihan nie.

Al-Fatihah...

☺Betul ker bulan pose blh berhentikan TABIAT MEROKOK?☺

..assalamualaikum..

Tajuk kina kat atas nie ada kena mengena dgn kina... kenapa kina ckp mcm tue? Sebab suami a.k.a supra pengisap rokok. Bagi dia kan...x mkn x pe jgn x isap rokok!! 
huh!!!

ada² je orang lelaki kan? 
(tapi x semualah)

Yg kina perhatikan dialah kan... mkn sahur cepat² nie sebab takut x sempat nak isap rokok. Begitu jugak time berbuka... mkn cepat²..pastu cepat² isap rokok. Bukan cepat² nak g solat ke kan. 

adehhhhh...

suami korang mcm tue tak??

Tengah update blOg kina bukak FB jugak. Tertarik dengan status wall hamba ALLAH nie. jOm hayati ayat nie... Ia hanya untuk renungan bersama.... 

kan best supra dpt baca blOg kina. Biar dia tahu...  (dah ckp byk kali dah.. tapi wat jugak)
Lelaki yg Baek -->Lelaki yg bole bimbing wanita ke jalanNYA
Lelaki yg Comel -->Lelaki yg brpakaian baju Melayu dan menuju ke masjid
Lelaki yg Sweet -->Lelaki yg selalu bercakap dgn nada yg rendah
Lelaki yg Romantik-->Lelaki yg menghadiahkan sebuah D0A setiap hari
Lelaki yg Charming-->Lelaki yg mengingatkan si dia ttg IBADAT
ada lagi satu!! 
Jika anda melihat rokok adalah
rahmat dari Allah, mengapa anda
mematikannya dengan kasut anda?

Jika anda melihat ia sebagai sesuatu yang biasa,
mengapa tidak anda merokok di hadapan
ibu bapa anda?

Jika anda lihat rokok adalah
HALAL
mengapa tidak anda katakan
Bismillah sebelum merokok?
&
Alhamdulilah selepas merokok?

Tuesday, August 9, 2011

☺BABYku.... puasa ke-9 hari nie☺

..assalamualaikum..

Lama jugakkan kina x update...? sebenarnya bukan x nak update. bukan x ada masa..cuma kina x ade idea.  Sebab bulan pose nie kepala mcm blur² je kina rasa. Tapi bab BW rajin pulak kali nie. kina byk bg komen dari biasa.... 

So..tunggujelah kedatangan kina kat blOg korang. Mana yg kina sempat singgah kina singgah. Bukan selalu rajin mcm nie. huhuhuhu

Hari nie dah 9 hari baby kina dan kina berpuasa... Al-hamdulillah kandungan kina x de pape kot. Ingatkan bila pose dia baby tidur je kan..rupanya aktif lak dia dlm perut nie. menendang² lah dia... mmg sonok je bila rasa tendangan tue. huhuhuhu... 

Tapi... 

kalau takat adik adam je tendang kina x pe...(tendang² manja) nie dengan adam² sekali tendang² kina (tendang² otomen). adussss.... mmg dia lasak sekarang nie. sabo jelah..nak marah sgt kang terbatal lak pose. kalau x marah kang lagi dia buat.  

urrrmmmm.....

Kalau dia dah lebih sangat kena jugak cubit dari kina. Tangan kina nie cepat je taw nak cubit dia...ada tue sampai biru peha dia. Bila tukar pempes dia baru kina nampak. Kecian pulak rasanya..sampaikan mama kina pun dah sound kina... kalau nak cubit adam jgn la sampai lebam². Kecian dia...

aduhhhh... 

p/s: semalam kina ada terbaca 1 blOg nie..dah tak igt sape yg tulis. kina tertarik pasal isu nie...
"Adakah kamu memulas telinga kanak-kanak? Jika ya...baik hentikan..sebab dengan memulas telinga kanak-kanak tidak akan mengurangkan kedegilan atau kenakalan kanak-kanak itu malah menambahkan lagi kenakalan dia. Jadi baik hentikan....SEGERA!!!!"
dan terbaru kina dpt kat FB kina kan..
AWAS!!!!! Pemberian CD percuma yang bertajuk AHMAD'S DREAM motifnya untuk memurtadkan orang melayu ISLAM!!!! Watak lakonan oleh orang melayu yang berjaya dimurtadkan....Sebarkan kalau sayangkan ISLAM!!! Bahayanya kartun POKEMON. bermaksud' SAYA YAHUDI'. PIKACHU bermaksud ' JADILAH ORANG YAHUDI'. CHARMANDER bermaksud 'ALLAH ITU LEMAH'. (NAUZUBILLAH). 
 Jadi tolong Copy & Paste kepada semua umat islam yang baik jdikan panduan dan yang kurang baik jadikan ikhtibar.....

NAUZUBBILLAHMINZALLIK...

Monday, August 1, 2011

☺BABYku.... puasa pertama hari nie☺

..assalamualaikum..

Jam sekarang 04.05 petang.... wah anak kina dalam perut nie masih larat lagi dia berpuasa. Bagus anak mama!
kali nie kina nak pose penuh. x mcm adam dulu..kina mmg x larat pose. dah sebulan x pose taw masa tue. 

mmg kecian kat baby..tapi kena kuatkan jugaklah. ada jugak yg nasihatkan kina.. kalau x larat jangan paksa. ada tue jugak membakar semangat kina. ada yg kata "akk 4 org anak pose x penah tinggal..x de pun ganti pose". 

Harap kina dapat pose sampailah sebulan... 

amin...

sape yg ada pertua tue bg la tahu kina kat sini... mana tahu kina blh gunakan untuk bertahan. Janji ia x menggangu kandungan kina dan kesihatan kina.

Thursday, July 28, 2011

☺adam maafkan mama syg.......☺


Malam tadi situasi yg cukup mencabar emosi kina. Entah kenapa perangai adam menjadi-jadi mlm tadi. Puas kina bersabar dengan tingkah lakunya… puas kina marah dan nasihatkan dia. Tapi …. Mcm tu jugak.

Mulanya kami bertiga tengok tv mcm biasa… tak lama tue dia merengek suruh kina bukak cd magic English. Kina ckplah pada dia..

 ‘tunggu dululah abg…lepas citer nie habis mama pasanglah…’ start pada tue dia dh mula buat perangai. Merengek x henti-henti.

Tak lama tue dia dah lupa…tapi kerjanya nak belasah kina dan papa dia. Lagi disuruh duduk dan tido lagi dia menjadi-jadi. Ada tue dia tetiba tampar muka papa dia. Automatic papa dia tampar muka dia balik. Adam ape lagi… terus menangis dengan kuat sekali. Kina pun ckp la dekat papa dia…

 ‘papa kalau nak marah adam atau ajar adam jgn la pukul muka… pukul la kaki atau bahagian lain. Mama tak pernah tampar atau pukul muka adam’..

pastu papa adam ckp..

 ‘ kalau x de sape yg pukul biar aku yg pukul…biar ajar dia sikit. Jgn suka² hati nak pukul org…’.

terus hati kina tersentap. Tak tahu kenapa…. Selama nie papa adam x pernah ckp mcm tue… untuk sedapkan hati kina, kina ckp dlm hati

‘mungkin dia mrh sgt kot adam tampar muka dia’…

Walaupun kina sejukkan hati kina dengan rasa mcm tue…tapi perasaan kina masih rasa sebak. Bila kina dah pujuk adam… adam diam kejap je. Pastu terus buat aksi otomen balik. Bila dah jadi otomen kina lah jadi mangsa dia. Kina bukan ape..kina risau dia himpap perut kina je. Dah kina rasa x sedap badan..pastu ditambah pulak kena belasah dengan adam. Lagilah perasaan geram tue timbul… last² kina ambek bantal terus masuk bilik dan kina kunci. Dengan tetiba air mata kina jatuh… rasa sedih dan geram menusuk hati dan jantung kina. Entah kenapa kina rasa sesedih itu. Walhal adam buat ape je kan..mcm lah kina x biasa kena belasah mcm tue. Belasah budak 2 tahun bukannye sakit mana pun kan.  Kena rasa pelik sgt dengan perasaan kina mlm tadi.

X lama leps tue kina dengar dia masih terpekek² menyanyi dan bising kat luar. Kina pun ada dengar papa dia bercakap dengan dia… dalam hati kina bercakap dia x pelik ke kenapa kina msk bilik. Mcm biasa je….

Tapi… x lama tue baru kina dengar dia tanya papa mana kina. Pastu dia ketuk² dan cuba buka pintu bilik dengan memanggil

‘mama….oooo mama…bukakla pintu nie, abg nak masuk’.

Banyak kali jugaklah dia buat mcm tue… tapi entah kenapa kina still mendiamkan diri dan rasa sedih.  Yg papa dia pulak x de pun suruh kina bukak pintu. Mungkin dia pikir kina nak ajar adam. Sebab tue dia biarkan…

Bila kina wat x tahu..adam nyanyi dan buat bising kat luar. Aik… kejapnye pujuk kina. Ingatkan nak nangis ke kan… sejuklah hati kina nie sikit. Tapi dia buat tak tahu je lepas tue…

Masa kina dlm bilik tu tetiba kina teringat adik kina pernah ckp ..

‘ k.as ko nie jgn la bg dia tgk otomen..nanti aku takut dia akan belasah org je bila dia dah sekolah. Nanti dia kejenya nak pukul org je…’

Terus kina berdOa pada Tuhan..

“Ya Allah… takutnya kalau perangai adam tak berubah. Bukan aku x nasihatkan dia. Bukan aku tak pukul dan ajar dia… Tapi dia masih x berubah. Ape yg harus aku lakukan Ya Allah. Tolonglah hambamu ini untuk aku mendidik adam agar dia menjadi anak yg soleh dan anak menyenangkan hatiku dan orang lain.”

Mengalirlah air mata  kina lepas tue..sebak dihati Tuhan je yg tahu… x lama tue kina tertido. Kina terjaga bila adam panggil kina kat luar. Kina x terus keluar… kina cuba dengar ape yg dia nak buat lepas tue. Pastu dia senyap je..igtkan dia dah tido. Kina pun pergilah bilik air…bila kina kuar je dari bilik air..dia dah ada depan puntu dan tersenyum manja pada kina. Perasaan tue terus rasa kecian pada dia. Terus kina peluk dia… kina cium pipi dia.. pastu kina ajak dia tido.

Dia kata x nak.. dia nak tgk tv lagi. X lama tue dia kata nak susu… alahai…kecian anak aku nie. Rupanya dia dahagakan susu… cepat² kina buatkan dia susu. Lepas tue igt dia nak terus tido..rupanya x..  dia buat perangai balik. Dah nangis balik…. Tgk jam dah pukul 12 mlm.  

Sampai bila nak nangis nie… terus kina rasa geram dan sedih balik. Dlm hati kata…

‘tahu tadi …x nak aku kuar bilik….’

Kina pujuk punyer pujuk…baru dia dah x nangis… kina pun tanya adam..

‘abg…abg syg mama x? kalau syg mama abg kena dengar ckp mama. Abg kena tido dan peluk mama’…

Pastu..

‘abg cyg mama…’ sambil pandang mata kina dan peluk kina…rasa sedih sangat masa tue.  Kalau ikutkan dia x nak tido lagi.. pastu kina ckp pada dia ..

‘abg mama nak tido dah..kalau abg nak tido abg tidolah yew.esk mama nak g work’…

‘ok mama…..’

Mcm tue lah al-kisahnye… harap adam x ulangi perkara yg sama malam nie dan hari² yg lain. Kina bukan ape…kina takut kina x dapat kawal perangai adam. Sekarang kina dah x bg dia tgk citer otomen lagi. Bila dia nak tgk bermacam-macma alasan kina ckp pada dia. Kina x lekang berdoa pada Tuhan agar ubah perangai ganas adam dan menangis malam tanpa sebab.

Selagi nyawa dikandung badan..kita x akan rasa serik untuk menjadi seorang ibu kepada adam. Insyaallah….

: mcm nie lah adam setiap pagi bila kina nak pergi kerja...kalau mood ok je dia baru tak nangis. mungkin dia perangai mcm nie sebab nak dapat adik kot:

: maafkan mama sayang...mama terpaksa tinggalkan adam kerana utk sesuap nasi :



Tuesday, July 26, 2011

☺suatu KETIKA DULU☺

Bulan pose dah nak dekat... bila pose dah dekat kiranya raya pun dah nak dekat jugaklah kan?

bila citer pasal raya... 

kina tetiba teringat masa tecik² dulu. dulu kina org susah... sekarang pun. tapi x delah susah mcm dulu. bila tengok tv banyak tul iklan jajan kan... nak beli time tue x de duit. 

masa rayalah dapat beli itu dan ini. sebab tue kina leh raya keliling taman dan kampung kina. hehehehehe...

time tue teringin nak beli

kalau keluar iklan kat tv teruja betul kina...bukan kemaruk nak makan coklet kat dalam tue. kina teruja nak tgk ape hadiah dalam  kotak tue.  

kat sekolah pulak...kina pergi sekolah naik bus. bila dah naik bus kenalah keluar awal. pukul 6.00 pagi dah kena tunggu bus. lambat tinggal.. sampai sekolah mestilah awalkan? time tue la kina kuar sekolah dengan kawan² pergi kedai makcik tue. kedai dia penuh dengan permainan "tikam-tikam". korang penah main? 


 mcm nie lah betuk menan "tikam-tikam" tue. sekali main 10 sen atau 20 sen. hadiahnya ok jugak taw masa tue. kalau bernaseb bek dapat hadiah yg mahal. 

x silap kina menan mcm nie ada lagi taw..tapi jarang la ada sekarang. x mcm dulu. sekarang nie kina nyk tengok menan yg dalam kaca tue. masuk 50 sen 2x pastu ada pencangkuk. penah nampak tak? kalau tak penah nanti kina snap gambar kina tunjukkan nanti. 

alamak...jam pun dah kul 5.15 ptg...tiba masa dah nak balik keje. nanti kita sambung citer nie lagi...

☺makan lunchKU☺

..assalamualaikum..

Tak tahu nak makan ape time lunch tadi..maklumlah kat area opis kina byk kedai makan cina dan mamak. ada kedai org penang..tapi lauk lebih kurang mcm mamak jugak. balik² kari... sesekali blh la..kalau hari² mau ketiak mcm bau bangla kina rasa.

igt blh la thn lapar sampai ptg... tapi kecian kat baby kan? kina pun pg la kedai runcit dkt² sini. kina pun belilah
v
v
v

total kat atas tu semuanya RM6.70 sen...

harga itu kalau mkn nasi campur kenyang sampai mlm kan?

kalau dulu kalau kuar RM10 mcm² leh beli. ini baru amek mcm tue dah duit tinggal skt. zaman dah berubah...harga pun berubahlah kan.
kalau 10 tahun lagi entah² RM10 hanya dpt 2 barang je kot.

Monday, July 25, 2011

☺adam dan TEH TARIK☺

..assalamualaikum..

selamat ptg semua!
kina nak citer kelakar kat kOrang nie..

mlm tadi adam main cawan pelastik, padahal kina dah ajak dia tido sama². katanya "x mo tido lagi". kina pun mls la nak ckp banyak kali. kalau ditunggu pukul berapalah kina nak tido. pastu dia tarik tangan kina...

kina : abang nak ape nie?

adam: jOm la ma g dapur....

kina: nak wat pe g dapur?

adam: jom..jom... (sambil tangannyer seakan mengajak kina ikut dia)

kina pun dengan perasaan yg malas ikutkan jelah kata dia.  sampai dapur dia terus menuju ke sinki. pastu terus tunjuk cawan yg kina x sempat nak susun tue. 

kina: abang nak buat ape cawan nie?

adam: abang nak wat nie.... 

kina pun x paham ape yg dia cuba nak lakukan. hehehehe... sampai depan dia duduk dan ambik cawan yg lagi satu dan dia buat mcm org tengah buat teh tarik. bila kina tgk betul² rupanya dlm salah satu cawan tue ada span yg berwarna hijau yg telah di kecai-kecaikan kecik-kecik. rupanya.... itu span peluru pistol dia. 

mak ai...sape la yg ajar dia buat mcm tue. bila masa lah dia tgk org buat teh tarik. nak marah x jadi nak marah. geli hati kina dibuatnya. gaya lagaknya mmg sebijik mamak buat teh tarik...

hehehehehe...


gambar x de la beb. lupa nak tangkap!! kalau tak kOmpOm korang tersenyum sendiri. mcm org besar je...

Tuesday, July 19, 2011

☺kenduri kawen AGAIN☺

Memandangkan bulan pose dah nak dekat...ramai pulak org buat kenduri kawen. Yew tak?? Kali nie kina pergi kenduri kawen yg langsungnye belah malam. Jarangkan org buat malam? Walaupun org tue wat malam.. ramai jugak tetamu yg hadir. Meriah betul... kebetulan kami nak pergi tue nana mak enOn baru je balik dari serawak.  Kami pun ajak la dia sekali.. 

: kina suka gambar nie..sweet kan? nana mak enOn nie mmg pandai bergambar :

: tembam tak pipi nana mak enOn nie? kina mmg geram dengan pipi dia. Sebelum pergi Serawak 20 kilo lebih je..balik je sini 25 kilo. mmg x larat nak dukung dia!! :

: adik kina nie... muka ada rupa kina x? :

gambar kat bawah nie turn adam yg jadi cameramen. 
v
v
v

gambar kat bawah nie lak pipi sape yg paling tembam??

of course nana mak enOn kan? 

perasan tul aku nie....

x sedar pipi sendiri pun tembam. itu baru 5 bulan pregnant. kalau 9 bulan cam mane la muka kina kan?

kOrang jangan pelik lak kat sini x de gambar pengantin langsung. Kami sampai² je terus makan. Lepas makan amek gambar sikit lepas tue terus balik. Maklumlah bawak anak kecik. Mana leh lama²..nanti meragam pulak kat majlis org. Dah haru biru semua org. huhuhuhuhu...

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣