♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Thursday, July 28, 2011

☺adam maafkan mama syg.......☺


Malam tadi situasi yg cukup mencabar emosi kina. Entah kenapa perangai adam menjadi-jadi mlm tadi. Puas kina bersabar dengan tingkah lakunya… puas kina marah dan nasihatkan dia. Tapi …. Mcm tu jugak.

Mulanya kami bertiga tengok tv mcm biasa… tak lama tue dia merengek suruh kina bukak cd magic English. Kina ckplah pada dia..

 ‘tunggu dululah abg…lepas citer nie habis mama pasanglah…’ start pada tue dia dh mula buat perangai. Merengek x henti-henti.

Tak lama tue dia dah lupa…tapi kerjanya nak belasah kina dan papa dia. Lagi disuruh duduk dan tido lagi dia menjadi-jadi. Ada tue dia tetiba tampar muka papa dia. Automatic papa dia tampar muka dia balik. Adam ape lagi… terus menangis dengan kuat sekali. Kina pun ckp la dekat papa dia…

 ‘papa kalau nak marah adam atau ajar adam jgn la pukul muka… pukul la kaki atau bahagian lain. Mama tak pernah tampar atau pukul muka adam’..

pastu papa adam ckp..

 ‘ kalau x de sape yg pukul biar aku yg pukul…biar ajar dia sikit. Jgn suka² hati nak pukul org…’.

terus hati kina tersentap. Tak tahu kenapa…. Selama nie papa adam x pernah ckp mcm tue… untuk sedapkan hati kina, kina ckp dlm hati

‘mungkin dia mrh sgt kot adam tampar muka dia’…

Walaupun kina sejukkan hati kina dengan rasa mcm tue…tapi perasaan kina masih rasa sebak. Bila kina dah pujuk adam… adam diam kejap je. Pastu terus buat aksi otomen balik. Bila dah jadi otomen kina lah jadi mangsa dia. Kina bukan ape..kina risau dia himpap perut kina je. Dah kina rasa x sedap badan..pastu ditambah pulak kena belasah dengan adam. Lagilah perasaan geram tue timbul… last² kina ambek bantal terus masuk bilik dan kina kunci. Dengan tetiba air mata kina jatuh… rasa sedih dan geram menusuk hati dan jantung kina. Entah kenapa kina rasa sesedih itu. Walhal adam buat ape je kan..mcm lah kina x biasa kena belasah mcm tue. Belasah budak 2 tahun bukannye sakit mana pun kan.  Kena rasa pelik sgt dengan perasaan kina mlm tadi.

X lama leps tue kina dengar dia masih terpekek² menyanyi dan bising kat luar. Kina pun ada dengar papa dia bercakap dengan dia… dalam hati kina bercakap dia x pelik ke kenapa kina msk bilik. Mcm biasa je….

Tapi… x lama tue baru kina dengar dia tanya papa mana kina. Pastu dia ketuk² dan cuba buka pintu bilik dengan memanggil

‘mama….oooo mama…bukakla pintu nie, abg nak masuk’.

Banyak kali jugaklah dia buat mcm tue… tapi entah kenapa kina still mendiamkan diri dan rasa sedih.  Yg papa dia pulak x de pun suruh kina bukak pintu. Mungkin dia pikir kina nak ajar adam. Sebab tue dia biarkan…

Bila kina wat x tahu..adam nyanyi dan buat bising kat luar. Aik… kejapnye pujuk kina. Ingatkan nak nangis ke kan… sejuklah hati kina nie sikit. Tapi dia buat tak tahu je lepas tue…

Masa kina dlm bilik tu tetiba kina teringat adik kina pernah ckp ..

‘ k.as ko nie jgn la bg dia tgk otomen..nanti aku takut dia akan belasah org je bila dia dah sekolah. Nanti dia kejenya nak pukul org je…’

Terus kina berdOa pada Tuhan..

“Ya Allah… takutnya kalau perangai adam tak berubah. Bukan aku x nasihatkan dia. Bukan aku tak pukul dan ajar dia… Tapi dia masih x berubah. Ape yg harus aku lakukan Ya Allah. Tolonglah hambamu ini untuk aku mendidik adam agar dia menjadi anak yg soleh dan anak menyenangkan hatiku dan orang lain.”

Mengalirlah air mata  kina lepas tue..sebak dihati Tuhan je yg tahu… x lama tue kina tertido. Kina terjaga bila adam panggil kina kat luar. Kina x terus keluar… kina cuba dengar ape yg dia nak buat lepas tue. Pastu dia senyap je..igtkan dia dah tido. Kina pun pergilah bilik air…bila kina kuar je dari bilik air..dia dah ada depan puntu dan tersenyum manja pada kina. Perasaan tue terus rasa kecian pada dia. Terus kina peluk dia… kina cium pipi dia.. pastu kina ajak dia tido.

Dia kata x nak.. dia nak tgk tv lagi. X lama tue dia kata nak susu… alahai…kecian anak aku nie. Rupanya dia dahagakan susu… cepat² kina buatkan dia susu. Lepas tue igt dia nak terus tido..rupanya x..  dia buat perangai balik. Dah nangis balik…. Tgk jam dah pukul 12 mlm.  

Sampai bila nak nangis nie… terus kina rasa geram dan sedih balik. Dlm hati kata…

‘tahu tadi …x nak aku kuar bilik….’

Kina pujuk punyer pujuk…baru dia dah x nangis… kina pun tanya adam..

‘abg…abg syg mama x? kalau syg mama abg kena dengar ckp mama. Abg kena tido dan peluk mama’…

Pastu..

‘abg cyg mama…’ sambil pandang mata kina dan peluk kina…rasa sedih sangat masa tue.  Kalau ikutkan dia x nak tido lagi.. pastu kina ckp pada dia ..

‘abg mama nak tido dah..kalau abg nak tido abg tidolah yew.esk mama nak g work’…

‘ok mama…..’

Mcm tue lah al-kisahnye… harap adam x ulangi perkara yg sama malam nie dan hari² yg lain. Kina bukan ape…kina takut kina x dapat kawal perangai adam. Sekarang kina dah x bg dia tgk citer otomen lagi. Bila dia nak tgk bermacam-macma alasan kina ckp pada dia. Kina x lekang berdoa pada Tuhan agar ubah perangai ganas adam dan menangis malam tanpa sebab.

Selagi nyawa dikandung badan..kita x akan rasa serik untuk menjadi seorang ibu kepada adam. Insyaallah….

: mcm nie lah adam setiap pagi bila kina nak pergi kerja...kalau mood ok je dia baru tak nangis. mungkin dia perangai mcm nie sebab nak dapat adik kot:

: maafkan mama sayang...mama terpaksa tinggalkan adam kerana utk sesuap nasi :



11 comments:

Vee El-Dina said...

x sangka mencabar gak kan jg anak nie , insya Allah vee x bagi ank2 vee tgk citer gado2 nie.. kina sabar k.

akubersamaCahya said...

bukan senang jadik seorg mak kan.. huhuhu kagum dengan mama abc yg jaga kami 8 beradik.

sabar ye Kina. biasalah budak nak membesar, nakal! hehehe

lia said...

Adam nak main dgn kina & hubby kot...

sabar yer, jadi mak ni mmg mencabar...

sarah mohamad said...

biasa lah kak, bebudak tengah membesar kan. macam2 perangai dia nak try. tapi harap2 nanti besar tak lah ganas gituu ye :D

Unknown said...

Anak2 memang mcm ni..

tp memang ade kesannya tgk citer otomen tu.. fikri dulu x pernah tgk otomen.. umur dah 5 tahun baru tgk otomen..

pastu ade masa dia 'main gaduh2 otomen & raksasa' dgn adik2.. siap dia campak nya si ALiya.. mujur la jatu atas tilam, tp sakit la jugak kan, tilam nipis.. sejak tu..memang x kasi dah tgk otomen & power rangers...

so now only mickey mouse & disney cartoon plus learnign CD jer... local animasi like upin ipin & boboiboy..

Unknown said...

mencabar sungguh kehidupan bila ada anak nie kan,
apapun wnaie harap kina tabah lalui semua ini yer.....

wahida said...

salam dear, anak2 saya pun mcm tu jugak...suka tgk aksi lasak...sis kena byk sabar, sbb anak lelaki mmg lasak dia lain mcm...sabar yer..

dear, nampak komen sis kat blog munna..sis komen kat blog dia seolah2 sis duk kat rawang...betul ke? kalau betul sonok lah saya sbb jumpa lg sorang blogger duk rawang..rawang kat area mana?

salam kenal dan saya follow u sekali yer...

shima said...

sy faham perasaan kina..anak shima akmal pun suka mcm tu..tp dia sllu wat adik dia.kita geram..kalau sekali dua dia tak dgr..mmg kita akan tampar kaki ke tangan dia..tp sekali je lah..tkde la sampai berkali2.
kdg rasa menyesal jugak.tp dh byk kali kita pesan dia wat derk je...kina..tp dia tak tgk otromen pun.dia tak minat...rasa nya sbb terpengaruh dgn kwn yg sebaya di umah pengasuh.dulu dia tak buat mcm ni ..

liennasts said...

wah.. terharunya baca post ni. saya pun ada anak dah nak masuk 3 tahun umur dia. kekadang tu mmg la geram bila dia x nak ikut cakap. lagi satu dia mmg tak takut ngan sesapa. even ngan ayah dia pun dia buat dek je.. Suka gak tengok kartun. Tapi mmg saya tak biasakan dia tengok kartun yang ganas2 ni.

tapi tu lah kan, budak nak membesar mmg macam tu. mak mertua saya cakap jangan selalu pukul anak. tapi kalau nak pukul biar sekali kena tu berasa. baru dia takut.

NAZLIANA SI CUTE said...

gitu la kot yer mak kita jaga kita dgn adik-adik kita sampai besar..cabaran n dugaannya sgt besar..kalau ana memng sentap la suami tampaq muka anak..nak ajar anak pun ada caranya bukan naikkan tangan..

Cyda Acme said...

sabar jeklah kina. nama pun budak. lelaki plak tuh. Mama pun sama, lagik plak hero dah 2. adussss kekadang tuh mmg mama amik short term decision, kurung dorg dlm bilik barang 10saat. pehtu kompem dorg tak brani nak buat dah. tp kejap jek ... 2-3 hari buat balik huhuhhuh

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣