.. salam semua ..
korang pe macam hari nie? sht? ape...? demam? flu? batok? sakit pale? badan panas? adesss...jgn dibiarkan. cepat pergi spital ke..clinic ke..kalau dibiarkan melarat lak.elok2 kena 2 @ 3 hari jadi 2 @ 3 minggu.macam adam...sob..sob..sob!!
sekarang adam dah ok skt la dari minggu lepas. hari nie aku nak cerita sepanjang aku x update nie. bukan x nak update..aku bz skt la selepas kembali bekerja. byk menda nak buat. huhuhuhuhu...
kat bawah ni gambo terbaru aku. baru je aku amek hari nie.hik...saje jer nak tunjuk kat korang. gatal tangan!! (eh gatal ker?)
hari sabtu lepas aku nak g kenduri kawen kawan adik aku kat Batu Arang. mulanya nak bawak adam sekali. bila sampai rumah mama aku. dia kata x payah bawak adam. coz takut adam merengek je bila sampai sana. gambo kat bawah nih aku snap masa ondeway g rumah mama aku. tersengih je dia..suka sangat la sebab nak bawak dia pergi berjalan.
Tapi sebelum sampai rumah mama teringat lak kami bertiga x sarap lagi. jadi kami pergi lah tapau roti canai kat kedai atas. masa tengah tunggu supra g tapau aku pun saje snap gambo kami berdua. tengok muka adam....
cian kan? bila nak gerak g batu arang macam x sampai hati jer tinggalkan dia. dia dah beria2 nak ikut. tapi x dapat ikuttttttt. naseb bek mama aku tido kan dia. so.. dia x nampak lah kami pergi tinggalkan dia.
inilah pengantinnyer... LINDA LATIF. yg macam mak datin tue adik aku. hik...
aku pun x ketinggalan nak naik pelamin orang. hik..rugi lah kalau x mengambil kesempatan kan? bila lagi dapat naik pelamin bila dah kawen ni kan? time nie lah....!
haaaaa....bawah nie aku amek selepas aku balik dari rumah pengantin tadi. tengok dia semakin sehat..nampak sikit cerianya. naseb bek dia x leh cakap. kalau dapat cakap mesti dia cakap 'mama nape x bawak adam??' hehehehehe..
time nie si adam tengah tolong nenek dia menyapu. rajin kan adam?
senyum sikitttttt...macam tue lah anak mama!
yang nie gambo hari ahad lepas. kami sekeluarga g meru mok cik aku kawen daaaaa... time nie kami tengah tunggu pengantin bersanding. naseb bek kat situ ramai budak2 kecik..so adam x de lah mohsan (bosan). tgk adam tu... mcm kenal je abang tue.
yang nie aku x boleh tahannnnn!! tengok budak nie.. siap bersilat depan aku. untuk tidak menghampakan dia aku pun pe lagi amek je lah gambo dia. yang si adam tengok macam pelik je kan?
ini lah pengantinnyer.... mok cik aku. nama dia sape yew? adesss..lupa nak tanya. boleh gitu? (aku lupa sebab ramai sangat mok cik yg aku ada) sori yew mok cikkkkkk...
sementara aku amek gambo pengantin si adam pandai lak cari kawan. aku rasa adam ni jenis peramah la.(macam mama dia lah nie...hehehehehe)
aku kat meru x lama la. coz lepas je pengantin bersanding kami terus balik kampung Sekincan. niat di hati nak bawak adam berubat kat kampung. mana tahu serasi ke kan? aku hanya mencuba..kalau x cuba x tahu kan?
pagi hari ahad tue kau pergi rumah tukang urut,nama nenek tu aku lupa nak tanya. sori nek..kalau x leh wat iklan x berbayar kat sini. popular nenek nanti... huhuhuhu. mula2 adam menangis gak lah bila nenek tue urut. bila lama2 senyap lah pulak!! sedap kot.... uhuhuuhuhu..
ingat mlm tue nak g berubat adam lak. tapi nenek tue cuti raya daaaa.... mmmmm x pe lah. try malam esok.
petang isnin tue aku saje call dulu sebelum nak datang. tup..tup..bukan nenek tue yg angkat. sekali cucu dia daaa... aku suh la dia panggilkan nenek dia. dia tanya aku nak tanya ape. aku cakap la nak tanya nenek barang ape nak bawak kalau nak tgk2 kan budak menangis malam dan tolong tengok2 kan rumah. pastu budak tue kata bawak limau nipis paling koman 10 biji, limau purut 5 biji, garam kasar 4 kilo dan kemenyan RM2. aku pun canglibut la cari barang2 tue sebelum petang. puas la aku mencari limau2 tue. banyak tul nak cari nih....cari punyer cari last2 jumpa gak. naseb bek kakak ipar aku tolong carikan. kalau nak harapkan aku? 1 biji pun x de. silap hari bulan aku bawak limau kong ci fa chai kang..!! dah lah supra x de..dia g mancing la pulak petang tue dgn mak dia. dah aku terkontang kanting mencari..kalau kg aku x pe gak..adessss...
aku pergi rumah nenek tue lepas maghrib..igt kami yg paling awal..rupanya ada lagi orang paling awal. adesss...naseb bek kami orang yg ke-4 dari 20 orang. ramai kan? punyer lama aku cerita lupa lak nak bagi tahu nama nenek tue. nama dia nenek UBEH dekat sg. NIBONG. naseb bek adam time tue adam x meragam. alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar. harap2 adam serasilah nenek ubeh tue ubatkan adam.
aminnn...