♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Friday, November 13, 2009

..:: kOpitiam byk x HALAL::..

salam semua...



korang pasan x sekarang nih berlambak-lambak kOpitiam tumbuh bagaikan cendawan kat MALAYSIA nih??(cewahhh ayat aku!!). aku nak cerita skt la pasal kOpitiam nih. kat Rawang je dah byk. sampaikan kOpitiam yg sama ada 2 kat pekan Rawang. punya la hebat tauke kOpitiam nih!! Masalah nye dia cini.. korang rasa la kan... HALAL ke makanan yg dorang jual? adesssss...



kat bwh nih aku tunjukkan la makanan yg selalu ada dlm menu kat kOpitiam. x caya nti korang cek la yew!! aku pasti korag mmg suka pg minum dan lepak kat kOpitiam nih dari warung kOpi melayu. konon-kononnye x gelemer la nak minum kat warung kOpi kan?? hehehehe...



nih mee megee (betul ker ejaan aku nih?) yg dijual di pasaraya T**CO. dah terang2 tulis NON HALAL kan? ok..pastu kan....

Boleh lak campur dgn barang makanan HALAL....nih nak salahkan sape? fikirlah sendiri yew...


gambar kat bwh nih lak kedai kOpitiam yg NON HALAL. nampak macam biasa je kan? siap ada gambar besar lagi dpn kedai pekerja yg pakai TUDUNG..lagi sekali...PAKAI TUDUNG!! adesss... sebab ape aku kata NON HALAL?? jap...cuba korang scroll ke bawah ...
nih menu yg ada dkt kedai nih. terang2 ada NISSIN RAMEN with chicken Ham & egg. NISSIN RAMEN nih megee yg aku tunjuk kat pasaraya kat atas tuh.

Yg nih lak kOpitiam yg sama..NON HALAL gak.

kat menu dia pun ada NISSIN RAMEN... yg gambo di bulatkan tuh kan..itu la megee yg ada kat pasaraya tuh.
Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages. -Minyak yang digunakan di dalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain? -Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)
Apa yang membuatkan UMAT ISLAM di Malaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK.
Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan. Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut.
Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.
Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan. Begitu juga yang berlaku di T**CO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tanpa kelulusan.
Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya. Di T**CO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit. Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).
Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti?
Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM? Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL.
Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM. Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:- -WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam, - NEWTOWN Kopitiam -WHITE HOUSE Kopitiam -PAK HAINAN Kopitiam -JOM BALI Kopitiam adalah 'TIDAK HALAL'
For HALAL issues, kindly ask or surf www.hdcglobal.com.my So mcm ner korang rasa? aper yg perlu kita buat? kalau ada cadangan sila kemukakan di cini yew... marilah kita bersama2 memikirkan masalah ini.











12 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Kopitiam ni slalunye sediakan tpt makan yg selesa n best sbb tu org rajin singgah. siap ade wifi lagi kan utk beronline.huhu..tkt jugak klu2 tpt yg kite singgah tu non-halal. ntah2 order nasi lemak tp stil bahan2 tu dr sumber yg betul ke tak gamaknye..=(

giGGLe said...

lah..yeake..punya la byk kopitiam di merata2 tempat..ingt halal...boleh pulak pihak berwajib buat derk je..x wajar ni....

giGGLe said...

lah...betul ke?punya banyak la kopitiam kat negara kte..parah la camtu...dah la tengok ramai islam layan kedai nih..student pun mampu makan situ...mana pihak berwajib nih?x wajar..

Ummi Hanie said...

aisehh..
seb bek laa sy xpenah lg menjamu selera di mana2 kopitiam pown walopun WCOK ade sebesar2nya di kampung saya,Ipoh..rase mcm xlalu jer..
satu lg info,WCOK ni xde pekerja melayu dan biz depa ni ANTI ISLAM!! so pliz don't support ok !!

Ummi Hanie said...

aisehh..
seb bek laa sy xpenah lg menjamu selera di mana2 kopitiam pown walopun WCOK ade sebesar2nya di kampung saya,Ipoh..rase mcm xlalu jer..
satu lg info,WCOK ni xde pekerja melayu dan biz depa ni ANTI ISLAM!! so pliz don't support ok !!

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~lily @ mamazara~
mmg decoration kedai tuh mmg menarik. kdg2 wat ala2 melayu lagi tau. mana mkcik2..pakcik2..yg x tahu pape pasal kes nih igt kedai tuh owg melayu kita yg punyer!!

~giggle~
Makan mmg murah..tapi sedap x sedap belakang cerita. tapi kebayakkan nye sadap la kot. sbb dah letak minyak B**I kan?

~Ummie Hanie~
mmg pon..dorang nih ANTI ISLAM tapi suka owg ISLAM mkn kat kedai dia!!

Huhhhh..menci tullllll!!!

Aujinz said...

memang tak suka pegi kopitiam. Sekali jer la kot masa lepak kat Melaka, member beriya iya ajak makan roti bakar Old Town..

Kak Lia said...

tk payah le susah² carik kedai minum/makan yg diragui statusnye....warung kite pun byk tepi jalan.... :P

ayip said...

salam...

lama tak jenguk...
blog sy pong dah lama tak update...
ada 2-3 menda nak story...tp kengkangan masa sket...tmbahan dengan keje yg berlambak2...

pastu..opis lak block memana yang pakai blogspot...cuma time waktu rehat ajer leh jenguk2...

anyway...insyaallah...dalam seminggu-dua nie...ada stori baru...nnti kupas kan lar ek...

salam dari saya...

attyfir said...

NASIB JRG MAKAN KT KOPITIAM.

Kong Jaya said...

salam kenal mamaadam aku langsung follow aja biar tambah akrab. tolong follow balas follow yah tank's.

Unknown said...

kopitiam x halal ker? alamak! sy pnh pi sana tp minum air jer... er... er... klu air pun katogori x halal jgk ker kak? alamak!!

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣