♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Thursday, November 12, 2009

:: campak a n a k dlm perigi::

LOrrrrr.... ada saje berita yg menghayat hati aku pagi2 nih. mukan nyer ape, sanggup maknye buang ank dia yg baru berusia 2 bulan dalam perigi kat umh dia. Di pahamkan mak dia nih kena gile meroyan!! kesiannyer anak dia nih kan? mcm ne boleh kena gile meroyan nih x de lak diberitahu. so..bg ibu2 yg nak menerima cahaya mata nih berpantanglah betol2. jgn igt dah ada anak 2 atau 3 orang sebelum nih bila dah dpt ank baru jgn la gituh2 jer berpantang. salah tuh....!!! bila dah kena meroyan mcm ne? rosak masa hadapan, dah x normal mcm dulu.... nti ank2 dan suami terabai. cian kat dorang. tul x? adesssss.... jom bc berita tergempar hari nih....


KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan nyaris bersemadi dalam sebuah perigi selepas dicampakkan ibu kandungnya sendiri ke dalam telaga berkenaan berhampiran rumahnya di Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam di sini, kelmarin.Bagaimanapun, ajal belum menjemput bayi berkenaan apabila dia tidak tenggelam dalam perigi berisi air sedalam enam meter berkenaan, sebaliknya terapung di permukaan sambil bertarung dengan maut sejurus dibuang kira-kira jam 5 petang.Malah, keajaiban Tuhan terhadap bayi yang tidak berdosa itu menyelamatkannya apabila dia sempat diselamatkan datuknya, Raja Ibrahim Raja Ali, 64, yang menyedari perbuatan ibu berusia 26 tahun itu.Terkejut dengan perbuatan anak perempuannya, warga emas berkenaan yang tidak sanggup melihat cucu keempatnya terkapai-kapai dalam perigi, nekad turun ke dalam telaga berkenaan dengan hanya berpaut pada dindingnya.

Tindakan itu diambil kerana warga emas berkenaan tidak sanggup melihat bayi tidak berdosa itu terkapai-kapai dalam perigi walaupun menyedari tindakannya itu membahayakan diri jika pautan pada dinding perigi berkenaan terlepas.
Nenek bayi berkenaan, Hasnah Mat Ali, 50, berkata sebelum kejadian, wanita berkenaan yang juga anak angkatnya yang tinggal di rumah sewa berhampiran memberitahu dia geram melihat bayi berkenaan.Katanya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku selepas anaknya yang menghidap penyakit meroyan itu melakukan sesuatu terhadap cucunya, dia cuba menenangkan perasaan wanita berkenaan dan menyuruhnya bersabar.


Bagaimanapun, kebimbangan warga emas itu menjadi kenyataan apabila anaknya yang menghadapi tekanan perasaan mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan.“Mujur saya sedar dan segera mengejutkan suami yang ketika itu sedang tidur. Tanpa berlengah, suami turun ke dalam perigi dengan berpaut pada dinding sebelum mencapai bayi berkenaan yang terapung di permukaan air yang jaraknya lebih satu meter dari muka perigi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.Sementara itu, sumber polis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada datuk bayi berkenaan jam 5 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika diselamatkan, muka bayi berkenaan yang hanya memakai lampin pakai buang kebiru-biruan dipercayai kesejukan selepas dibuang ke dalam perigi berkenaan.“Bagaimanapun, bayi berkenaan sihat dan polis segera mengarahkannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.Siasatan awal polis mendapati wanita berkenaan bertindak demikian kerana dipercayai menghadapi tekanan perasaan dan meroyan selepas melahirkan anak ketiga.Katanya, ketika kejadian, wanita berkenaan turut mengakui tidak menyedari perbuatannya mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan.

“Ketika kejadian suami wanita itu tiada di rumah kerana bertugas di sebuah kilang di Kuantan dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.





7 comments:

giGGLe said...

ish2...rugi je susah2 nak beranak kalo buang anak..

Ummi Hanie said...

astaghfirullah...

takot btol sy dgn bnde2 meroyan nih

mmg time brpntg tu kite stress lbey sket,tmbh plak xleh smayang..lg le sng setan2 nk merasuk..mintak simpanglahhh...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~ giggle ~
betol tue giggle, nti bila dah kawen betol cara sah. pastu x dpt ank halal dah susah. baru padam muka dia!!

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~ Ummie Hanie ~

ha'ah kan? dah lah time tuh badan kita semua nyer tgh KOTOR. setan mmg suka mendampingi kita dan anak kita. kalau x jaga betul2 mmg sng nak kena.

deeja said...

ish...ish ,.macam2 dunia....Ya ALLAH kuatkan iman kamiii

syaf said...

thanks update news....
wow x sangke..dayst nye minah..wisau plak kat my sister..die dah ler x jage pantang langsung...woo cian baby 2..bagi aku je lah kalu x nak..
**sambil mengetap gigi kemarahan..mampu? heehhe

intan_blur said...

sbb tu kene jg betul time pantang...bahaya kalau meroyan..huhuhu..pandai tol aku nih bcakap

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣