♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Friday, September 30, 2011

☺Gara² AIR aku x mandi☺

..assalamualaikum..

Gara²  air aku x mandi pagi tadi...
tapi...

tapi..

tapi...

lek dulu... jgn gelakkan kina dulu yew!

kina mandi lah..tapi bukan mandi kat rumah kina lah. kina mandi kat rumah mama kina.  air mmg x de langsung kat rumah kina. nak masak air pun x de taw. belum lagi nak guna air utk yang tut tue.... 
kina takut kina sakit perut pg tadi kina ajak supra cepat² g rumah mama kina. sampai rumah kina je mama kina dah sengih². dia dah paham dah..nie mesti nak tumpang mandi. hehehehehe...

Lepas nie kina kena jugaklah simpan air kat rumah. Ini kina harapkan air tangki je. Igt x delah sampai 2 hari tak de air. Padan muka kina kan??

Tuesday, September 27, 2011

☺Diana Amir Berubah Kerana Sering Mimpi Kiamat☺

..assalamualaikum..

kenal Diana Amir? ala yg berlakon dlm cerita "Aku Masih Dara" tue.. sekarang dia pun dah berhijrah taw. Ikut jejak artis² yg lain... Nak tahu kisah selanjutnya jOm baca citer nie. Kina dpt citer nie dari sumber² dipercayai.

Baru-baru ini paparan mengenai pelakon yang dikenali menerusi filem 'Aku Masih Dara' iaitu Diana Amir yang kini telah pun melakukan penghijrahan menarik perhatian ramai. Dan akhirnya Diana Amir membuka mulut dan mengakui bahawa beliau telah pun melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik di sebabkan beliau sering bermimpi mengenai hari Kiamat beberapa bulan yang lalu. Beliau mengalami mimpi menegnai kematian yang semakin hampir dan hari pembalasan yang akan berlaku.Meski pun beliau mengakui bahawa beliau masih cetek agama tetapi beliau nekad melakukan penghijrahan tersebut.
Diana juga mengakui bahawa beliau berkongsi cerita dengan rakan baiknya mengenai peristiwa mimpi yang dialaminya dan lebih mengejutkan, rakan baiknya itu yang melakukan penghijrahan tersebut terlebih dahulu diikuti dengan Diana sendiri.
 
Selepas beliau berniat untuk berhijrah, Diana bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan beliau dan ianya disambut dengan baik. Irma kemudiannya membawa Diana berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan dari beliau juga.

Kini, Diana mahu penampilannya dikekalkan sebegini selama-lamanya dan bukan sekadar mengikuti fesyen semata-mata. Sekalung tahniah dari kami di THR Gegar kepada Diana Amir yang kini semakin cantik dengan perubahan terbarunya.

Oleh Syakireen Othman dari THRFm

Friday, September 23, 2011

☺siti nordiana dah BERHIJRAH☺

..assalamualaikum..


cantik tak??
kina mmg minat dengan siti nordiana nie. dari sekolah lagi taw... bila igt siti nordiana nie teringat pulak arwah acik spin. mmg orang berdua mmg rapat dan sesuai sangat². Kalau korang nak tahu dulu kina pernah ikut dorang pergi bercuti dekat PD anjuran majalah REMAJA waktu zaman gonjeng kina dulu. masa tue kina siap 1 kumpulan dengan arwah acik spin lagi taw masa tue. mmg kenangan manis yg x dpt kina lupakan...

kini siti nordiana dah berhijrah ke arah kehidupan yg lagi bagus. kina suka perhijrahan dia sekarang nie.

menurut sumber yg blh dipercayai...huhuhuhu

Siti Nordiana membuat kemunculan kepada media yang pastinya terkejut dengan perubahan beliau di sebuah majlis baru-baru ini. Dan menurut beliau, penghijrahan yang dilakukan oleh beliau ini bermula sejak bulan Ramadhan yang lalu dan beiau berharap agar penghijrahan beliau ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata tapi mahu ianya kekal sampai bila-bila.

sumber dari SinarFM

semoga hidup siti nordiana akan bertambah bahagia dan tabah menghadapi segala dugaan yg mendatang. amin.....

Thursday, September 22, 2011

☺besday adik Mucukkk!!!☺

Hari Sabtu baru nie kami buat kejutan besday tuk adik kina yg paling bOngsu tue. Kalau ikutkan besday dia 14.09.11 hari tue. Hari Jumaat kina dpt mesej dari aweks adik. Dia kata nak wat kejutan tuk adik... so dia mintak tolong aturkan masjlis tue. Org dah mintak tolong kan.... kena lah buat. 

nak citer panjang kina x nak...hehehehe. kasi layan ini gambar.

jazzzzzzzssss...

:menu hari tue kek coklat strawberi secret recipe + sate ayam & daging + air manggo: 

 : aweks adik kina.... time nie adam yg amek gambar dia. malu lah pulak kan?? :

: masa nie aweks adik dah nak balik...so adik pun amek la gambar tuk kenangan:

: masa nie adam pun cebuk nak potong kek dan tiup lilin :

: nama pun makan sate..habis baju si adam comot. adam dia HANTU sate taw kalau korang nak tahu..tapi muka masam daaaaaa.... :
 
kek tue aweks adik yg beli... sate kami tongtong beli. walaupun x ramai yg ada masa tue masjlis tetap meriah. Buat adik mucukkkk... semOga menjadi anak yg sOleh dan bahagia dunia dan akhirat. amin....

☺TERIMA KASIH..love u ALL!!☺

..assalamualaikum..

N3 kina yg bertajuk "kina takuttttt" mendapat perhatian yg diluar jangkaan. x sangka ramai kakak² dan kawan² sebaya kina memberi semangat dan doa kepada kina. Kina amat terharu atas perhatian yg diberikan.


LOVE U ALL!!!

lepas je baca ape kata² semangat tue hati kina dah lega sikit. x mcm sebelum nie. 

tgk sape kata berblOgging nie membuang masa? 

banyak kita blh belajar dan dpt menambah pengetahuan. 

betul tak??

sape yg x de blog je yg pandai ckp mcm tue. 

huhuhuhuhu...

wat Pn. Stoberi kina nak ucapkan terima kasih bebanyak coz sudi wat n3 khas tuk kina. 

Wednesday, September 21, 2011

☺kina takuttttt... ☺

..assalamualaikum..

makin dekat dengan due makin takut perasaan kina nie. mcm² kina terpikir.  Paling kina takut adalah AJAL.
kina takut.....

hati tue tertanya² je adakah kina selamat bersalin?

adakah baby kina ok?

mcm mane keadaan kina bersalin kali nie?

soalan tue semua asyik bermain² dalam kepala kina.

lagi kina berambah risau...kina risau tentang adam. perangai dia makin hari makin lain. dia terlalu nak manja sangat dengan kina. ada tue dia saje cari pasal buat kina marah pada dia. dia suka kina ambik perhatian lebih pada dia. dia buat mcm tue sampai kina rasa lain semacam je. Itu lagi buat kina rasa sedih... 

kenapa?

kenapa kina rasa mcm nie??

kina takutttttt...

Ya Allah kuatkanlah semangatku ini...semOga aku selamat melahirkan anak yg sehat dan semOga Allah panjangkan umurku.

aminnn...

p/s: hari nie kina x sehat tapi still dtg kerja.

Tuesday, September 13, 2011

☺Jawapan semalam☺

..assalamualaikum..

Maaflah terlambat bg jawapan tuk soalan semalam. Hari nie mmg bz...la nie barulah x bz sgt. Baru dapat update blOg kesayangan kina nie. 
Mesti ramai yg x sabar nak tahu jawapan tuk soalan semalam kan?

persamaan gambar kina hari Sabtu dan Ahad tue ialah
v
v
v
v
v

kina pakai BAJU YANG SAMA dan TUDUNG YANG SAMA!!!

hahahaha...

permenangnye adalahNURUL . Dia jawap soalan tue dengan cepat dan tepat. So NURUL nanti kak as tOpup kan hp awk yew. nanti k.as bg nombor tOpup tue yew..tgu taw. x hari nie esk k.as bg....

mesti pelikkan kenapa kina pakai baju dan tudung yg sama.. masa kina pergi open house pada malam Sabtu tue kina baru je pakai baju tue. Balik rumah terus tukar baju lain. Tetiba kina dpt mesej dari supra yg dia x dpt nak balik umah mlm tue. Sebab pagi esok dia kena keje. So kina x balik rumah kina mlm tue dan kina tido rumah mama kina. Hari Ahad tue lak kina ajak family pergi umah cousin kina kat Cheras tue. Nak balik rumah kina malas sangat². Pe lagi??? pakai la baju mlm tadi (Sebelum nak pakai kina cium dulu taw... TAK bau ok!!) Sebab tue la kina pakai baju dan tudung yg sama.... 

korang penah wat mcm tue takkkkk??

jgn tipuuuuu...mesti ada jugak kan????

hahahahahahahaha...

Monday, September 12, 2011

☺Beraya lagi ☺

..assalamualaikum..

Semalam rata² jalan kat KL semuanya jem... maklumlah semalam semua org pergi beraya. Family kina pun x lepaskan peluang nie tuk berkunjung rumah sedara. Kebetulan x kemana semalam kina ajaklah family pergi rumah cousin kina dekat Taman Shamelin, Cheras.
Mak aiiii...Jln memang jem giler. Dari depan zoo sampailah Cheras. Bayangkan dari Rawang ke Cheras leh sampai 1 jam je... tapi semalam 2 jam lebih. Naseb bek bukan kina yg drive. Kalau kina...rasanya blh terberanak dibuatnye. 

Sebelum kina nak kOngsikan gambar kina beraya semalam kina nak tepek gambar kina pergi beraya kat rumah cousin kina pada hari Sabtu hari tue. jOm layan...

..:: gambar pada 10.09.11 ::..
 
 
 


..:: Gambar pada 11.09.11 ::..
 ..:: yang baju merah tue la cousin kina ::..
 
 
 

tapi..

sebelum tue kina nak tunjukkan aksi otOmen nak pergi beraya. 
 
 
 

seksi kannn? 

masa nie seluar yg kina nak match dengan baju nie ada kat rumah mama kina. Sebab tue dia pakai mcm nie. 

hehehehe...

p/s: kalau korang perasan ape persamaan gambar kina hari Sabtu dan Ahad tue? sape dpt jawab dengan cepat dan tepat kina tOpupkan line hp korang RM10 hinggit.

lagi satu..segala komen dan jawapan kina hold dulu sehingga pagi esok jam 10.00 pagi (tgk keadaan la...kina blh dilanjutkan lagi masa tue). 

Friday, September 9, 2011

☺dah scan...jeng..jeng..jeng (part 2)

..assalamualaikum..

Selamat pagi semuaaaaaa...
mesti ada yg x sabar kan nak tahu ape citer semalam? 

jeng..jeng..jeng...

keputusan scan hari tue ialah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
V
baby girl

yahoooooooooo...

kita mampu merancang..ALLAH yg menentukan.  harap keputusan scan tue tepat lah yew. 

wat masa nie kina lom lagi beli pape untuk baby nie. ingat nak beli baju kaler putih ataw krim je lah. nanti kalau² dapat hero jugak baju tue sesuai dengan dia.

Hari tue pun kina ada suh dokter print gambar baby tue tapi camera kina x de batery lak. dah x dpt nak amek gambar tue. nanti kalau dah ada batreri kina post kat sini yew.

Thursday, September 8, 2011

☺KEPUTIHAN yg amat menyiksakan☺

selamat petang semua...


kina nak tanya kat korang la. korang pernah kena keputihan tak? 

mcm kinakan..dari anak dara mmg ada keputihan. tapi x byk sgt la.. 

Masa mengandung nie lagi banyak keputihan tue. Naik rimas kina dibuatnye. Kina terpaksa selalu tukar pantis lines jika keputihan banyak sangat. Sekarang nie kina terpaksa 2 hari sekali kena cek tekanan darah disebabkan kina kena kencing kotor dan keputihan nie. 

menyusahkan tul lah... kalaulah boleh kina x nak ada keputihan nie. dah la blh buatkan kegatalan di tempat sulit tue. pastu sen pun kena kuar jugak sebab nak beli pantis lines tue. dulu sebulan 1 kali je beli. skrg 1 bulan 2 atau 3 kali kena beli. Kalau tak mau kina x kuar rumah. sebab x selesa....

korang yg ada keputihan tue..ape cara korang mengatasi masalah nie? share lah dengan kina yg x banyak pengalaman nie.  

boleh kan? 

Tadi kina ada cari maklumat pasal keputihan nie. kalau korang nak baca KLIK sini dan sini

☺dah scan....jeng...jeng..jeng! (part 1)☺

..assalamualaikum..

Hari senen tue kina ajaklah supra pergi klinik swasta tuk scan pewut nie. Kina ajaklah sekali si adam tue ikut. kebetulan org pun x ramai terus nama kina dipanggil. 
Tapi...

Tapi...

yang x best masa tue supra time tue dia x ikut sekali msk bilik dokter tue. Sebab masa nak msk klinik tue dia pergi kedai. Kina pun x sangka org tak ramai masa tue. Udahnye kina dengan si adam je lah yg dapat tgk.

masa tue hati berdebar-debar sangat!

kina rasa semua ibu² rasa mcm tue kan? 

Kedudukan uri pun dah pergi ketempat sepatutnya. Al-hamdulillah dan bersyukur pada Tuhan kerana dengar doa kina dan doa korang semua.

nak tahu ape keputusannyer??
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
V
ESOK KINA BAGI TAHU!!!


Tuesday, September 6, 2011

☺ Raya 2011 ☺

..assalamualaikum..

Rasanya masih belum terlambat kina nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada korang semua. Walaupun dah mula bekerja semalam mood raya korang pasti ada lagi kan?  

Ape macam raya tahun nie? Meriah takkk? 

kina jangan ditanya.... 

harus meriah!!!

Sebabnya raya tahun nie turn raya belah family kina dulu.  Raya kedua malam baru balik kampung belah supra. Walaupun kejap je raya kat belah kina tapi kemeriahan raya pertama tue yg kina paling suka. 

tapi nampak mcm x acikan? yealah... belah kina dua hari je tapi belah supra sampai 4 hari taw. 

pepun... kina hepi. x kisah la raya kat belah mana pun. kedua²nya pun ok.

kisah korang mesti banyak kan?

cer citer..

cer citer...

jOm tgk gambar masa raya hari tue. Kali nie x banyak sangat kina amek. maklumlah... x larat dah nak bergambar. perut dah mcm sarat sangat masa tue. kembung minum air banyak sangat kot.

: Gambar kat bawah nie ialah nenek kina. Nenek jelah yg tinggal...atok dah lama x ada. Hari tue muka nenek tersenyum je tengok anak dan cucu cicitnya beraya kat rumah dia :


 :ini adik kina yg nombor 5:

: makan time... orang lelaki baru balik dari masjid nie. Kelaparan katanya... :


: ini semua sepupu kina.. termasuk sekali anak² buah :


: Inilah rupa adam pagi raya pertama tue... susah betul nak amek gambar dengan dia. Itupun puas kina panggil. Bila dah dapat amek tak nak lak tgk kemera :


: Bergambar dengan dua org adik kina :

: Yang ini pulak kina bersama dengan mama, sepupu, paman dan bibik² kina :



: aksi adam haziq :



: adam dengan mOkcik dia :

: masa nie kina nak g beraya rumah sepupu kina... Nampak pulak pokok bunga yg cantik nie. ape lagi..kami pun berposing la kat sini :



: mak BuyOng raya 2011... kina amek kesempatan tuk bergambar dengan mak² buyOng. bukan senang dapat bergambar time mcm nie. Satu hari nanti gambar nie akan menjadi value yg tinggi :

: kina dengan supra... adamnye entah kemana masa nie. puas panggil x muncul². rupanya tengah main kejar² keliling rumah sepupu kina nie. Ini pun supra main² je bila org nak amek gambar. sekali kena cubit.... baru dia posing betul². padan muka!! :


: sepupu kina yg paling rapat.. dia tengah tunggu on call je nih. sehingga sekarang dia masih menunggu saat nak bersalin :


: mama kina (dari kanan yg pertama) bersama kakak dan adik dia :


: tiap² tahun kami akan bergambar bersama. Tapi kali nie berlain rupa kami berdua. x sangka kami sama² jadi mak buyOng kali nie :

: Gambar nie adam dengan Qeesya..time nie kami baru je sampai kat rumah mama kina. Kami baru balik dari kg supra. Rindu betul dia dengan adik Qeesya dia nie :


: x lama tue family uteh kina pun dtg. Sebelum nak balik rumah kina yg x tahu mcm ne rupanya kena tinggal seminggu tue kina sempat jugak amek gambar ayah dengan abg dia nie. Rupa dorang sama tak? :

: adik kina dan adam pun nak amek sekali..Kina? dah kena amek gambar kan.  x dela nampaknye :

: inilah kenangan Raya Aidilfitri 2011.. entah tahun depan dpt jumpa lagi ke tak kan.  SemOga kesihatan nenek makin elok dan Tuhan panjangkan lagi umurnya :

Ini sajalah gambar untuk raya kali nie... kina memang x larat nak bergambar banyak².

Korang pulak mcm ne?

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣