♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Tuesday, July 19, 2011

☺fun fair AGAIN☺

..assalamualaikum..

Selamat pagi semua!
Dah lama x pergi fun fair, hari Ahad baru nie baru pergi.. itu pun dah janji dengan adam dan nana mak enOn yg baru balik dari Serawak, kalau tak mls jugak nak pergi. kOpOm rabak pOket kan? huhuhu..

jOm layan gambar terus la...
v
v

Mmg sOnOk dpt kuar dengan family. So..hargailah masa yg kita ada untuk menggembirakan org yg kita sayang.

ceeeewwwaaaaahhhhhh!!

Saturday, July 16, 2011

☺aku tinggalkan WASIAT jika ape² berlaku dlm diriku☺

..assalamualaikum..

Cuti ke? Kina mcm biasalah... hari Sabtu mesti kena kerja. Melainkan kalau kina apply cuti baru leh cuti hari Sabtu. Hari Sabtu mmg x de kerja nak buat, kiranya dtg opis utk tunjuk muka je. pukul 1.00 chaw.... 
Disebabkan x de kerja nak buat.. Kina pun jln² jenguk blOg kengkawan dan mengemaskinikan  blOg kina. kina tetiba minat pulak satu statement nie.  Dia kata dia suka shopping online. Dan dia ada tulis pengalaman dia bershopping tue. Katanya bayaran dah dibuat tapi 2 week x dpt² jugak ape yg dibelinya. Nak call owner blOgshop tue x blh pulak sebab lupa nak mintak. Mmg silap dia lah.. pastu dia bg email pun x replay..dia pun benganglah. Pastu dia pun tulislah 1 entry pasal tue kat blOg dia. Tetiba ada org maki dia balik. Kata org yg maki tue, owner tue x dpt buat tempahan sebab dia dimasukkan ke hospital. 

Lepas tue.. bila dah sembuh owner mrh pulak pada si dia nie. Dah la kena marah, x mintak maaf pastu owner tue pulangkan balik duit tue. Kiranya x jadilah urusan jual beli tu.

bagi pandangan kina la kan..

Sebagai owner blogshOp  kenalah bertanggungjawab atas ape yg terjadi. Patutnya dia bg tahu kat sesiapa yg dia kenal dlm blog bahawa yg dia ada masalah. kOnon mcm tinggalkan wasiat la. Mintak kwn blOg dia no tepOn. Kalau jadi pape kat diri  dia ada org yg tahu dan kwn tue akan bg tahu kat blOg pulak. Baru la customer owner akan tahu situasi sebenar.

Sebagai pengajaran cerita di atas:

x kiralah siapa kita... kita MESTI ada seOrang kwn rapat dlm blOg. Jika ada ape² berlaku pada kita , kita bagi tahu pada dia agar dia akan mewawarkan ape yg dah jadi pada kita. x kiralah kita nie masuk spital ke.. kita dah meninggal ke.. (bab meninggal tue kan kita bg tahu awal² pada org yg rapat dengan kita bahawa dia kena bg mesej atau call kawan blogger kita tue). 

kOrang paham ke ape yg kina cuba sampaikan nie? huhuhuhu...

kira mcm tuelah ape yg kina nak bg tahu... 

so mulai sekarang cuba kOrang pikirkan dengan siapa kita nak tinggalkan wasiat nie.  Ia nampak mcm tak penting kan? Tapi bagi kina benda mcm nie patut kita buat. x rugipun....

Thursday, July 14, 2011

☺tak dpt memancing tgk org memancing pun jadilah☺

Hari ahad lepas kina balik kampung supra. Asalnya blk kg sebab makcik supra ada wat yasinan (baca yasin), kebetulan pulak ada pertandingan memancing kat area kg supra. Ape lagi kami pagi tue semua pergi pertandingan memancing tue lah. Pertandingan tue mmg setiap tahun dorang buat. Tapi ia hanya terbuka pada emak bapak, anak cucu dan menantu org kg tue je. Kalau nak diikutkan supra mmg nak masuk. tapi kina dah berbadan dua nie kenalah berpantang sikit. kata org tua² x elok. nak tak nak kena ikut jugaklah kata org² tue.  x rugi pun...yew tak?

kalau korang nak tahu... mak mertua kina dia terel memancing taw! Tahun lepas je dia menang sebagai org yg terawal dapat naik ikan. Tapi tahun nie ikan yg dia dapat x berat sangat. so x menang la dia kali nie. Kina respect kat dia jugakla.. walaupun x menang tapi dia dpt jugak dapat naikkan ikan. Ada yg masuk tue langsung x dapat ikan. 

Memang meriah..Ini baru pertama kali kina tgk pertandingan semacam ni. Kalau kg kina nan ado nye wat mcm nie. Kg korang ada?

jOm layan gambar yg kina dan supra sempat amek.



gambar kat atas nie kina amek masa dah nak balik. Kalau diikutkan x habis lagi acara nie. Memandangkan jap lagi ada Yasinan kena balik jugakla. nanti ape kata makcik supra kan. 

☺hepi besday INTAN☺

..assalamualaikum..

Dipagi yg sungguh sedap kalau nak tido nie...  aku sebagai sahabat ko ingin mengucapkan 

"SELAMAT HARI JADI"


semOga hidup ko dilimpahi rahmat Tuhan..dilimpahi rezeki..disayangi family ko dan ape yg ko impikan akan menjadi kenyataan.

amin...

terimalah kek dari aku yg tak seberapa. baru buat tadi..

ameklah
v
v
v

Tuesday, July 12, 2011

☺SUAMI DAMBAKAN YANG MALU DAN SILU☺

nak kOngsi kina dpt kat fb...

Sungguh pelik? Mengapa harus malu lagi pada suami, bukankah dia telahpun menjadi milik kita? Pendek kata, apa sahaja yang tak dapat dilakukan sebelum berkahwin kini sudah menjadi halal, kenapa mesti malu? apalagi yang mesti dimalukan di hadapan suami sendiri?   Isteri harus pemalu pada suami, itulah petua kekal bahagia yang panjang!   Kekalkan sifat malu yang ada dalam diri seorang isteri, itulah kehendak sebenar seorang suami. Naluri suami menginginkan seorang isteri yang pemalu dengannya, mengharapkan malu itu terus berpanjangan sehingga ke usia tua perkahwinan. Orang dahulu, sampai beranak sepuluhpun masih lagi mempunyai sifat malu mereka kepada suami.   Janganlah menganggap status halal untuk menghilangkan segala sifat malu kepada suami. Kadangkala suami akan bertambah meluat, jika isteri selalu mengada-ngada dan terlalu manja. Ini salah satu angkara isteri yang tertinggal sifat malunya.   MALU YANG MENDATANGKAN SAYANG   Cuba anda bayangkan, apabila suami pulang daripada penat bekerja, si isteri menyambut kepulangan suami dengan berpakaian t-shirt lusuh dan kain batik yang sering digunakan untuk memasak, bau usah dikata. Sambil-sambil terkulat senyum si isteri mencapai briefcase suami lalu beredar. Apa perasaan suami ketika itu?   Di hujung minggu pula, isteri tidak langsung pandai untuk berfesyen, dan masih lagi kekal dengan kain batiknya dan t-shirt lusuh, cara berjalan juga sudah ‘bersepah’ tidak seperti ketika mula-mula diijab-kabulkan, rambut mengerbang seperti Mak Lampir! Jangan terkejut jika suami sendiri tiada selera untuk menatap wajah anda sedangkan wajah itu jugalah yang pernah membuatkan si suami tidak tidur malam dan angau sewaktu bercintan dahulu.   Kalau dahulu sebelum berkahwin, jika bakal suami ingin bertandang ke rumah bakal mertua, si isteri akan mengenakan pakaian yang paling cantik, muka dibedakkan dengan teliti sampai hilang jerawat batu. Tutur katanya pun sopan sahaja, anak matanya walaupun rasa teringin untuk menatap wajah bakal suami, tidak terus-menerus dizahirkan, bahkan hanya mencuri pandang dari jauh.   Alangkah bahagianya ketika itu, kerana setiap tingkah-laku dirapikan dengan sebuah perasaan malu. Malu kalau-kalau bakal suami tahu akan keaiban dan kelemahan diri, lalu setiap pergerakannya disantuni dengan sikap berhati-hati. Pendek kata, malu ketika itu adalah malu yang sungguh perfect! (sempurna).   Ah! Itu semua ceritera malu semasa bercinta dan sebelum berkahwin yang sudahpun berlalu. Bila sudah memiliki, malu sudah tidak ada peranan lagi dalam perhubungan suami isteri. Oleh kerana ramai yang beranggapan beginilah, si suami tidak segan-segan untuk berpoligami, bukan kerana lelaki yang bernafsu tinggi, tapi salah isteri yang kurang menjaga malu.   Alahai..   Tahukan anda, malu seorang isteri itu ibarat perawan, iaitu memelihara kesucian gadisnya agar tidak tercemar. Kesuciannya hanya diserahkan kepada insan yang bernama suami. Jiwa dan raganya jua tidak mudah diberikan kepada sesiapa. Itulah gambaran sifat malu seorang isteri.   Saya percaya dan yakin, apabila seorang isteri senantiasa mengiringi setiap perbuatannya dengan malu, dia pasti akan melakukan apa saja untuk suaminya dengan usaha yang terbaik kerana sayang dan cinta akan suaminya. Apabila mahu menyajikan makanan, maka si isteri akan menyediakan masakan yang paling sedap, dan bimbang jika suami berkecil hati kalau-kalau masakan yang dihidangkan tidak menepati selera suami. Atau dengan kata lain, si isteri malu jika tak mampu menyediakan segala yang terbaik untuk suaminya.   Inilah dia malu yang bakal membibitkan rasa kasih dan sayang antara pasangan.   Ketahuilah, apabila isteri sering bersikap malu dengan suaminya, suami akan sentiasa memerhatikan dan sering mendambakan. Bila berdekatan terasa bahagia, bila berjauhan pula datang rasa rindu, terbayang-bayang wajahnya selalu. Tidak mustahil jika isteri yang pemalu ini, suami sentiasa mengharapkan kehadirannya pada setiap masa untuk mendampinginya, kalau boleh biar ke mana-mana sekalipun suami mahu bersamanya.   Lama-kelamaan, malu ini akhirnya mengeratkan sebuah hubungan. Semakin tinggi malunya, semakin erat kasih dan sayangnya. 'Semakin malu, semakin laku!'   Suami kadangkala tertanya-tanya, mengapa tiada ada lagi suasana seperti dahulu. Semasa mula diijab-kabulkan isteri selalu ‘menjual mahal’, tutur kata tidak menyakitkan, pakainya selalu yang indah-indah untuk suami, kini suasana itu seakan sudah hilang, isteri terlalu murah buatnya, mudah saja mendedahkan segalanya. Adakah malu pada isteri sudah tiada?   Kalau semua perkara mudah didedah, tiada lagilah yang indah. Hambar.   Malu akan menambahkan seri buat isteri, kerana segala-galanya akan dilakukan dengan berhati-hati. Apa tidaknya, bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah di kamar tidur, si isteri sentiasa memelihara tingkah-lakunya, tidak hairanlah jika isteri selalu menjual mahal, maka suamilah orang pertama dan terakhir menjadi pemburu isteri yang setia.   Jika berjauhan, terasa membuak-buak hati suami mahu pulang ke rumah, jika berdekatan seakan tidak mahu berpisah. Ditatap wajah si isteri namun tidak puas, kerana di sebalik wajah itu ada penyeri yang mengindahkannya, iaitu sifat malu.   Anda mesti terasa sejuk, apabila isteri yang mula-mula anda kenal dahulu tidak jauh berbeza dengan dia yang ada sekarang. Sifat malu yang dipelihara dahulu masih lagi dilihat sehingga kini. Kalau dahulu sering berwangian, duduknya dijaga rapi, rambut pula disisir cantik dan segalanya seakan dilihat masih terpelihara. Seperti baru semalam mengenali si isteri. Cantik isteri dipelihara dan dihiasi dengan sikap malunya.   Hati suami mungkin berkata: ‘kalau beginilah isteri-ku, dialah bidadari dunia dan akhirat-ku!’   RASUL ITU PEMALU ORANGNYA! Rasulullah seorang yang pemalu. Dalam sebuah hadith ada menyebutkan: ‘Malu Rasululullah saw itu melebihi seorang gadis. Jika ada sesuatu yang kurang menyenangkan baginya, kami dapat melihat melalui raut wajah baginda’ (Sahih Bukhori)   Kata Nabi saw lagi: ‘Apabila kamu tiada malu, lakukanlah segalanya’ (At-Tarmizi).   Lalu tidak hairanlah, seandainya hilang sikap malu dalam diri seorang muslim, maka akan terjadilah perilaku yang tidak boleh diterima akal kerana dia bisa melakukan segalanya tanpa segan dan silu.   Bila tiada rasa malu antara pasangan, samada isteri mahupun suami tanpa rasa malu mendedahkan cerita-cerita yang seharusnya menjadi rahsia dalam rumah tangga. Isteri mencanangkan keburukan suami kepada orang lain, suami pula sering memperlekehkan kemampuan isteri dan kelemahannya. Sedangkan jika malu yang menjadi pegangan antara pasangan, mereka akan meletakkan rasa saling menghargai. Kelemahan dijadikan guru dan pengalaman untuk diperbaiki.   Para isteri, ingat-ingatlah saat indah sebelum berkahwin, anda menjadi buruan kerana ketika itu anda seorang yang pemalu. Pakainya dijaga kerana malu, tutur-kata dipelihara kerana malu, akhlaknya disantuni kerana malu, semuanya dijaga kerana malu. Kerana itu anda menjadi buruan suami yang sentiasa diperhatikan. Cantik itu bukan sahaja pada paras rupa tetapi pada keelokkan adab dan rasa malu. Itu lebih mahal daripada segala-galanya.   Mahal harga seorang isteri pada sifat malunya, murah harga dirinya setelah hilang malunya.   PENUTUP Selagi malu yang menjadi pedoman antara pasangan, kebahagiaan akan terus berpanjangan dalam rumah tangga. Isteri yang pemalu adalah idaman semua lelaki. Tiada yang lebih berharga selain dikurniakan dengan pasangan hidup iaitu seorang isteri yang pemalu. Kerana malu, seluruh kehidupan suami isteri akan terjaga.   Malu diibaratkan seumpama sebutir permata yang disimpan rapi, siapa saja yang mahu melihatnya perlu membukanya dengan berhati-hati. Ia tidak mudah dibuka oleh sebarangan orang. Kerana ia terlalu berharga maka ia disimpan dengan jagaan yang baik.   Malu itu dipelihara dan akan memelihara tuan empunya diri.

☺tanye diri ko ape bakti ko pade negare...jgn tanye negare berbakti pd diri ko...☺

..assalamualaikum..

jOm hayati vidieo nie. cukup berkesan dihati kina...

Saturday, July 9, 2011

☺kerana AKU riak☺

..assalamualaikum..

kina pagi nie nak kOngsi 1 cerita. mana tahu ia blh membawa kebaikan pada diri kita semua. jOm layan...

Kisah benar dari seorang rakan. Hanya sebagai perkongsian untuk sama- sama kita renungi...   Aku sebagai seorang wanita, semuanya mahu nampak sempurna samada pada pandang sendiri mahu pun orang lain. Apatah lagi di mana saja aku pergi aku akan menjadi perhatian dan banyak menerima pujian. Sebagai seorang wanita yang berkarier aku kena menjaga persenaliti dan image syarikat. Ekoran dari perhatian orang lain pada aku, aku juga punyai sikap sombong dan bangga diri. Sehinggalah aku membeli sebuah jam rolex yang mahal yang mana menjadi kebanggaan, apa lagi bila ada yang menegur, dan ada ketika sewaktu memakainya memang sengaja mahu menunjuk- nunjuk.    Sehinggalah pada satu hari aku dapati jam itu yang aku simpan di dalam laci boleh hilang, aku menjadi keliru bagaimana ia boleh hilang, sedangkan di dalam bilik aku tiada siapa pun yang masuk, aku sentiasa teringatkan jam itu, untuk membeli yang baru, aku dah rasa ralat. Aku cuma pasrah.   Setahun  telah berlalu, pada satu hari ada new staff yang mulai bekerja di bawah aku. Memang aku bersikap kasar dan sombong padanya. Walau- pun sikit kesalahan dia buat aku akan memarahi dia walau pun di depan staff yang lain. Tapi dia tak pernah melawan walau pun kesilapan dari staff yang lain. Setiap kali aku memarahi dia, dia akan minta maaf kerana dia kira bersalah. Dia di kenali sebagai "S". Tapi apa yang aku perhatikan S di sukai staff-staff yang lain, kerana suka membantu, S agak pendiam, tak banyak bercakap.    Pada suatu pagi aku ternampak S keluar dari surau, S memberi salam  pada aku, sebenarnya sejak aku bekerja di sini tak pernah menerima salam, dari sesiapa pun walau pun dari orang bawahan aku. Lantas aku bertanya apa yang S buat pagi-pagi kat surau. Dengan teragak-teragak untuk memberitahu yang beliau solat sunat. Tapi sejak S bertugas di department aku setiap hari tika masuk kerja dia akan memberi salam pada semua dan good morning pada bangsa lain. Sebelum ni masing-masing dengan hal sendiri. Leka dengan tugas tanpa mempedulikan orang lain. Dan juga S kerap juga membawa kuih untuk sarapan pagi, ini membuatkan hubungan S bertambah rapat dengan staff yang lain.    Sejak itu perhatian aku tertumpu pada S, seorang wanita yang bersopan santun, lemah lembut, suara yang lunak dan mempunyai rupa paras. Kebanyakan senang dengannya termasuk vendors dari luar negara yang berpuas hati dengan hasil kerja S.    Sebelum aku tidur aku selalu fikirkan tentang S, orangnya penyabar, tidak seperti aku, bila agaknya aku akan berubah perangaiku. Satu hari aku mengajak S keluar makan, dia tak tolak, aku tahu aku waktu tu berpakaian sexy, dan S berbaju kurung bertudung. Kebetulan hari jumaat. Aku kagum melihat sifat S, sebelum masuk kereta membaca bismillah....juga ketika masuk membuka pintu cafe membaca bismillah. Walau pun S nampak moden dan dapat pendidikan di luar negara, tapi sifat wanita ketimuran terserlah. Malah aku lihat pakaiannya lebih bersopan dari sfaff melayu yang banyak tidak bertudung.   Tentang diri aku usah cakaplah, sejak aku berada diluar negara dan jadi seperti minah orang barat.  Hampir enam bulan aku sering mengajak S keluar makan, S tak pernah menegur tentang apa yang aku pakai, tapi aku seringkali terlihat ada buku agama diatas mejanya dan aku akan pinjam, sehinggalah satu hari S menghadiahkan buku asas fardhu ain pada aku. Selepas setahun berlalu aku mulai berubah, sehinggalah hati aku teringin untuk ke tanah suci. Dan sebelum aku ke tanah suci banyak yang aku pelajari, terutama dari sifat S yang banyak merubahkan hidup aku. Aku mulai mendekatkan diri pada Allah. Aku juga telah ceritakan pada S tentang kehilangan jam aku, S cuma berkata, buat solat hajat dan pohon pada Allah, insya-Allah kiranya  menjadi milik kita pasti akan kembali pada kita.   Sebelum aku berangkat ke tanah suci, salah satu doaku adalah kiranya jam yang telah hilang masih menjadi rezeki aku, kembalikan pada aku. lagi pun aku pasti jam itu masih berada dalam rumah. Syukur pada Allah selang beberapa hari sebelum aku pergi kerja untuk mengambil kunci kereta dalam laci aku terpaku jam yang hilang ada di dalam laci. Aku begitu terharu sehingga menitis air mata, betapa Maha Agung Allah, Maha Pengasih telah menerima doa aku. Ya aku mahu menjadi wanita solehah, memang susah untuk berubah, kena kuatkan semangat. Aku bersyukur kerana di temukan Allah dengan S yang mana telah membuat aku mulai melalui jalan yang lurus. Tapi sayangnya S telah berhenti kerja, kerana mendapat tawaran yang lebih baik.    Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan  janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak  menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18)

Wednesday, July 6, 2011

☺opisku ada HANTU☺

hari nie kina rajin sikit nak update blOg... huhuhuhu

kali nie kina nak citer pasal HANTU kat opis kina. 

time kina tulis nie pun pintu belakang dok buka tutup je. x tahulah angin ke.. atau mmg ada org kat belakang ke. x berani kina nak tgk.

mula² kina ada jugak dengar pakcik citer pasal benda nie. tapi bg kina selagi x kena pada kina. takut kina tu x de la sgt. tapi bila dah jadi pada diri kina sendiri. ape lagiiiii..... TAKUT LA MOKCIKKKKK!!!

1st tue pakcik citer kat kina..dia pg toilet. pastu dgr tapak kaki org kat dpn pintu toilet. pakcik keluar x de pulak sape². dia pun tanya la kina ada ke kina pg blkg. kina ckp la x de. dah suspen kan? sape pulak tue? 

citer tue kira dah lama la jugak... kami pun buat x igt je la citu tue. baru² nie lak pakcik kata nak letak senjata kat opis. masa tue dah pukul 6.45 ptg la. kebetulan dia x tutup pintu so dia dgr la org naik tangga. dia igt guard yg duduk asrama yg balik. pakcik pun buat tak reti jelah.. tapi yg dia pelik step org tue mcm penat sgt. dia diam lagi. masa pakcik dah nak bla tue dia dgr bunyi nafas org yg betul² dlm kepenatan. kuat sgt bunyinya masa tue. tapi bunyi tue kat sebalik pintu asrama. bila pakcik tolak je pintu tue...terus bulu roma pakcik naik. ape lagi..org tue tue canglibut la. kalau kina pun..rasanya kina terus nak lompat dari tangga atas sampai ke bawah. huhuhuhuh

itu satu hal..yg jadi kat kina pulak.

masing² ada kat opis. kina ckp la nak g toilet.. bila dlm toilet tue kina tgh nak cebuk kan..(hehehehehe) kina dgr tapak kaki dlm 2 3 step la. pastu ada org nak bukak pintu. tombol pintu tue dia tgh pulas nak bukak. kina bengang la..sape lak nie. x tahu ke aku ada kat dlm. cepat² la kina pakai seluar lepas tue. kina bukak pintu. tgk x de org. kina msk opis balik tgk semua ada kat situ. kina tanya la dorang ada sape² ke tadi g blkg? dorang kata  x de... 

mak aiii..sape lak tadi tue kan? terus kina rasa takut masa tue. skrg pun kina masih rasa takut. x bestla keje dlm ketakutan kan? mcm² hal la...

skrg nie pun kina sampai je opis pagi² kina bukak surah kursi kuat². tapi still ada bunyi²  kat belakang tue. takut sioooottttt.

jgn kina kena cekik sudah....hehehehehe

☺sedapnye tido☺

..assalamualaikum..

lama jugak rasanya kina x cerita pasal adam kan? 
dia sekarang dah byk berubah. Org kata kalau nak jadi abg nie mmg perangai mcm nie. nak kata jeles pun ada. huhuhuhu...

ape yg adam tahu sekarang, dia dah pandai ckp la. blh la ckp dlm 5 atau 6 patah perkataan sekali ckp. pastu dia garang sungguh.... kalau dia mrh org mesti dia akan tunjuk siku dia yg kontot tue. katanya " tgk siku abg..tajam ni ". x kiralah tua ke muda ke... mesti dia akan tujukkan siku dia tue. kOnOn nampak garang la... kelakar kan?

lagi tue.. dia mlm² suka sgt meragam. dulu nak susu dia cuma ckp nak susu je...rengek pun pelan-pelan je. skrg nie ..lambat sikit terus mengamuk atau menangis kuat². paling dasat suruh bukak lampu pastu bila buka dia suruh tutup. pendek kata..semua x kena. semua salah... kadang² tue yg kina mrh sgt..mata pejam mulut meraung kakinye pulak menyepak. ada tue sampai terkena perut kina yg tengah sibuk nak memujuk dia. 

geram sungguh kina.. sampaikan makcik sebelah tue tanya kina kenapa si adam menangis mlm². mesti makcik tue igt kina x bg adam susu. mana taknye...adam menangis sambil ckp nak susu...x nak susu..nak susu..x nak susu..

lagi... si adam kalau suruh mandi bukan main lagi susah. tapi bila dah mandi susah nak keluar pulak. mama kina lah yg kecian... tgu la mama kina kat luar bilik air. nak ditinggalkan bahaya. nak tak nak kenalah tunggu...

yg paling kina geram kat adam kan... dia suka sgt nak duduk kat atas perut kina. x blh la tgk kina baring terlentang. mesti nak duduk sambil buat aksi otomen dia tuh. risau kina..kadang² terperanjat kina. kina bukan x bg tahu kat dia yg dlm perut ada adik. tapi nak buat jugak. bila time baik..bukan main lagi dia cium perut kina. katanya " adik abg.... nak cucu ke? "

mmg time tue rasa hepi je tgk adam buat mcm tue. huhuhuhu... 




gambar kat atas nie kina baru amek pagi tadi. bila dah mlm² asik menangis je kan. bila kina nak pg keje dia x nak bgn lagi. ni ngantuk sangat la ni..... tido sambil duduk pun jadi.

Monday, July 4, 2011

☺ gambar masa hari bapa ☺

Baru² nie kina dan family ada kuar makan untuk sambut hari bapa dekat Kg. Baru. Kami siap makan kat atas bot tue. nape? x caya? betul....kat tengah² Kg. Baru tue ada bot besar taw. x caya jugak??jOm layan gambar kat bawah nie
v
v
v





 gambar kat bawah nie lak..adam yg amek. 
v
v



 disamping itu.. kat restoren tue menyediakan pelbagai makanan western Food .. kat situ ada jugak sediakan pelbagai makan dengan pemandangan yg menarik, ada org nyanyi main gitar, service yg laju dan paling penting makanan kat situ semuanya berpatutan. 

kalau yg suka amek gambar.. mmg byk tempat menarik nak berposing. salah satunya mcm budak tecik nie
v
v




 restoren tue mmg bestla kalau nak bwk family dan anak² mkn. sesuai sgt...  sebelum nak balik tue sempat ugak kami amek gambar beramai² utk dijadikan kenangan manis. walaupun sekarang mcm x bernilai..tapi ia akan bernilai pada masa akan dtg.


kina dah sampai? kOrang dah?

..:: penat...tapi sOnOk! ::..

..assalamualaikum..

fuhhh.....
penat semalam x hilang lagi

bukan penat main tawwww....

x mo...x mo...jgn nakal!

huhuhuhuh...

penat wat kenduri cukur jambul Qaleesya, tahlil dan sambut nak puasa kat rumah mama kina. Walaupun kina x berapa sehat tapi hati serOnOk sgt sebab ramai sedara dan jiran² yg dtg. Penatnye mcm buat kenduri kawen ..padahal kenduri biasa je. 

tapi memang taw.. al-hamdulillah sgt² pada Tuhan kerana buatkan impian kami sekeluarga tercapai. setiap kali buat kenduri mesti ramai yg dtg memeriahkan.

nak citer banyak... kina pun x sehat lagi. so..layan je lah yew gambar kat bawah nie.







gambar candid kat atas nie... masa nie kami x ready lagi. orgnye dah amek gambar. kelakar kan? hehehehe...

Friday, July 1, 2011

☺BETUL ke Shah Rukh Khan pakai rantai SALIB??☺

..assalamualaikum..

Tadi pagi kina baca nOvelOg "Awk Suka Saya Tak? Part 94" kat blog kak MELUR JELITA. akhir sekali utk part 94 tue kak MELUR ada letak You Tube lagu Hindustan yg kOnOn si Shah Rukh Khan  menyanyi tue. best punyer pasal kina pun klik lagu lain pulak. mmg bestla layan lagu hindustan sesekali kan.. tetiba ada part tue dia nyanyi kina terpandang rantai yg dia pakai tue. bila tgk kina terperanjat rantai yg dia pakai tue persis lambang salib. biar betikkkkkkkkk???

cer cuba kOrang tgk pulak. 
~ tekan ketat² utk penglihatan yg lebih jelas~

yew ke??

kalau yew kan... mak aiiii.. ape nak jadi dengan dia tue?? nanguzubillah

Tuesday, June 28, 2011

☺sape tahu makna nama MIA?☺

..assalamualaikum..

kali nie kina teringin nak anak perempuan. sebab tue dah start cari nama baby girl. kalau blh kina nak letak nama MIA MAISARA
ok tak?

tapi kina x tahu ape makna MIA tue... 

ada sape² tahu tak? dah puas cari maknanye...tapi x jumpa.

dan kalau blh kina nak baby kina cOmel mcm 
v
v
v
MIA SARA NASUHA....

☺citer terbaru....yg menyedihkan☺

..assalamualaikum....

kina rasa mmg dah lama x updatekan? bukan malas tuan-tuan dan puan-puan yew, kina x update disebabkan oleh pc yg semakin lembab mcm kura² laaaaaa. tak tahulah ape kono dengan pc kina kali nie. x satu² problem...
mula dulu mabuk tersangat-sangat la... pastu aircond la... sekarang nie pc pulak. ada je.... rasanya pc kina kena virus la. asyik kuar warning mcm nie je
v
v
~sila tekan berkali-kali utk penglihatan yg lebih jelas..huhuhuhu~

tapikan...x kan la ada virus? kina selalu scan pc kina nie. nak kata memori dah full rasanya x de pulak kina byk simpan menda kat pc. urrrmmmm...x tahulah pasal ape. korang tahu pasal ape pc kina jadi mcm nie? kina nie tahu guna je... bab² pc nie mmg x arif. 

disebabkan masalah mcm ginilah kina x update dan x bukak blog orang. rasa tension pulak bila mcm nie. 

nak tgu company tukar pc baru...x de lah. ini pun dah dengar dah branch kina nie nak tutup. so kina maybe diberhentikan atau ditukarkan ke branch lain.

ape nak jadi la lepas nie...

ciankan kat kina?

Wednesday, June 15, 2011

☺aku jatuh CINTA semula☺

..assalamualaikum..

dah berapa hari kina x update kan? maaf la ...bukan bz buat keje sebenarnya. bz pasal lain. sejak kina nie dah JATUH CINTA semula.. rasa nak berblOgging tue mcm x de masa dah. huhuhuhuhu... ini baru 3 hari jatuh cinta..belum sebulan dua. lagi langsung x berblOgging kang kan. 
sebenarnya mcm nie citer nye...

kina dah lama x JATUH CINTA....  tapi bila dah TER...JATUH CINTA semula rasa hati dah x senang duduk dah. siang malam asik teringat je. 

mkn pun dah x lalu....

ape lagi nak buat keje...

nak tahu kina JATUH CINTA pada sape?
v
v
v
v

hehehehe.. bukan JATUH CINTA pada sesiapa. cuma TERJATUH CINTA dengan novel "awk suka saya tak?" jer..... 

novel nie hasil nukilan Norlaili Salleh dan Melurjelita.com.

sebab ape kina kata JATUH CINTA semula? ini kerana kina sebenarnya dah lama x baca novel. tapi bila dah baca novel kak melur nie hati kina dah JATUH CINTA balik pada novel. perasaan dulu tue dah dtg balik. 

buat suspen je kina ni kan??

Friday, June 10, 2011

☺susah kerja dengan org tak ada perasaan☺

..assalamualaikum..

selamat pagi semua... pagi nie kina nak mengadu kat kOrang blh? citer nie pasal semalam. kina pulak yg kena cirit beret dan muntah²... rasanya lebih 10 kali kina g toilet kat opis tue. badan dah betul² lemah dan rasa seram sejuk. perut pulak semakin sakit... pukul 1.00 tgh hari kina minta la izin dgn org tue yg kina nak balik. 
kina: as ingat nak balik blh tak? tak tahan la... 

org tue: ko nie kan suka² je nak balik cepatkan? ko nak balik..balik la...(dengan nada kasar dan muka mcm taik!)

kina: habis tue? (kina bla sambil jeling pada dia)

kalau korang kan kat tempat kina...marah tak? bengang tak? mcm tak ada perasaan kan? bukan dia x nampak kina pergi toilet banyak kali. bukan dia tak tahu kina dah lemah badan.... blh dia nak suruh kina kerja sampai petang. 

kina msk bilik kina dan terus sms adik kina suruh jemput kina. kina dah tak kira..nak marah..marah la. org dah x sehat kan? dia nak tgu kina pengsan baru nak bg kina balik kot!!!!

sementara tunggu adik kina dtg... dia ada msk bilik kina taw. dia ckp "nak balik...balik la.." dengan nada separuh keras la. kina buat x tahu je...kina diam.  x lama tue dia dtg balik...dia ckp benda yg sama. tapi kali  nie nada dah slow la... pastu kina jwb " nanti adik as amek"..terus dia blaaaa... padan muka dia!!!!

geram betul!!! 

lepas je adik kina amek kina terus sms bos kina yg kina MC..bos pun x marah...inikan pulak dia nak marah. bila la dia nak benti kerja pun kina tak tahu.... adesssss.

pagi nie msk² je opis tgk dia x sampai lagi. mybe dia pergi meronda dulu la tue. kina terus faks MC semalam kat bos kina. tak lama tue dia pun msk opis..selalu ada jugak dia bagi salam. hari nie tak pulak. hai org nie... patutnya aku yg marah. patutnya aku yg naik hangin..ini terbalik pulak. 

ko tak nak tegur aku lantak ko la.... 

nak tgk sampai bila dia nak mcm tue... kina peduli ape. tak rugi ape pun. 

susah kan kerja dengan org tak de perasaan nie kan????

sabau je lah!

Tuesday, June 7, 2011

☺aDam kena ceret beret dan muntah²☺

..assalamualaikum..

Petang nie baru ada idea nak update blOg...sunyi sepi je kan kalau blOg tak berupdate. tak ramai yang menyinggah...huk..huk..huk.. kina akui kina pun x bertandang ke blOg korang sangat. sebab tue la kan... tapi bukan saje² x mO bertandang, disebabkan kerja banyak bertimbun nak update pun x ada masa. 

Terima kasih banyak² pada sape yg sudi datang bertandang. sayang kOrang sangat²!!! rasa diri ni masih dihargai rasanya....

citer pasal dihargai ..kina nak citer sikit pasal adam. dah seminggu adam kena ceret beret dan muntah². badannya pun dah  semakin melidi dah. mula² adam meraung kata perutnya sakit... tak lama tue dia demam panas pulak. suhu badannya mencecah sehingga 39.90c dah masa tue... terus kina bawak adam pergi klinik swasta. dokter ckp perut adam kembung. sebab tue perut dia sakit... balik rumah igt adam nak mkn la ubat. rupanya susah bukan main lagi. mcm² cara kina sekeluarga buat tapi dia still muntahkan balik ubat tue. 

adam semakin parah... ceret beret x henti²... badan semakin lemah... makan minum langsung x nak. dia cuma nak minum air kosong je masa tue. air kosong mana ada khasiat sangat dengan keadaan dia mcm nie kan. mulut adam pulak tak henti² cakap perut sakit. 

hari jumaat tue kina bawak adam pergi spital Selayang pulak..mana tahu adam ada sakit lain ke kan. tapi...bila dokter cek adam x de pape. mmg dia kena kembung perut. dokter kata lagi..nak tak nak kena paksa jugk dia makan ubat. kalau tak sakit dia x kan kurang.

hari sabtu tue kina dah tak tahu nak buat ape.. call kakak ipar dia kata bahaya kalau adam berterusan mcm nie. ia blh membawa maut. lagi la kina rasa takut!!! kebetulan sabtu tue kan cuti besday agong..kina pun bawak adam pergi rumah mama kina. x sanggup kina berdua dengan adam je kat rumah kina. suami kina pulak terpaksa pergi kerja jugak. katanya kalau pape cal dia terus... kina pun izinkan je lah dia pergi kerja. 

sampai rumah mama... kina ajak adik ipar kina peluk adam kuat² dan kami ngangakan mulut adam kuat² dan pancutkan ubat tue dlm mulut dia. mmg masa tue adam menangis meronta². kalau tgk mmg tak sampai hati...tapi kami terpaksa buat mcm tue. itupun dia nak jugak muntahkan ubat tue balik. walaupun x semua yg msk dlm perut dia..janji ada masuk. tak lama tue adam pun dah semakin ok. mengadu sakit perut dah kurang dah. tapi ceret beret tue ada jugak la sekali sekala. 

emak mana yang tak risaukan? semalam adam dah jadi otomen balik dah. tapi x de lah selincah sebelum nie. Al-hamdulillah pada ALLAH kerana telah sembuhkan adam dari penyakit. 

lepas nie kina akan paksa dia mkn ubat jugak..dia nak menangis menangis la... janji dia sembuh cepat. biarlah dia menangis sekarang dari kami menangis kemudian hari.

inilah pengalaman yang x dapat kina lupakan sampai bila².. 

tapi kan..mcm ne nak bg adam ada selera makan  yew? sekarang nie dia banyak minum susu dari makan nasi. kina nak tgk adam chubby mcm dia kecik² dulu. sekarang nie badan dia pun nampak mcm gitar jer. adessss....

Thursday, June 2, 2011

☺sudah kembali maaaaaa☺

..assalamualaikum..

 ape khabar semua.... al-hamdulillah syukur pada Tuhan kerana telah kurniakan permintaan kina. aircond kat opis dah ada taw! baru semalam org hq dtg pasang. 
barulah kina nak pergi kerja rasa hepi... kalau tak kan, pagi² lagi kina dah mengeluh. 

mcm nie muka org dah hepi
v
v

kina kat sini pun nak ucapkan terima kasih pada kOrang semua yg telah mendOakan kina dan mengambil berat tentang kina. sOnOk dapat kawan mcm kOrang nie taw!!!

sejak x de aircond hari tue jerawat mudah betul menapak kat muka. ish..... 

lepas nie blh la kina berblOgging mcm dulu. x sabar nak terjah blOg kOrang.

ini lah rupa aircond baru tue
v
v

hOpe lepas nie kejadian yg lepas tidak berlaku lagi. x sanggup rasanya nak tempuh hari² nak pergi kerja. ngeeeeeeeee....

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣