♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Friday, January 29, 2010

..:: PLEASE HELP ME!! ::..

assalamualaikum semua!!
nak nangis nih....
*
*
*
*
*
*
*
*
huk..huk..huk...

aku dah lama pendam perasaan aku. hari nie aku nak luahkan perasaan aku pada sape yg sudi membaca n3 aku kali ini. Buat yg sudi terima kasih aku ucapkan. huk..huk..

camnie ceritanya
*
*
*
pada awal bulan nie aku tengok blog aku len macam. x mcm tahun sudah. bila diteliti betOl2 aku tgk My FOLLOWERS aku dah x de gambo. just tittle je... kenapa ek?

(nak tgk lbh dkt klik 2x)

lepas tue...

aku nyer tempat owg dah bagi komen pun x de terpampang kat situ. cuba korang tgk gambo kat bwh nie.
*
*
*
(nak tgk dkt klik 2x)

tittle je tinggal kan? kenapa ek?

mcm tue gak dgn aku nyer Followers kat sini
*
*
*
(klik 2x nak tgk dkt)

kosong je kan? nape ek?

pening2...

yg terakhir...

masalah aku yg terakhir kan... kadang2 aku x leh nak komen owg nyer n3. x tahu kenapa. puas aku klik CATAT ULASAN... mesti x kuar2 kotak nak kena tulis tue. nape ek?
(klik 2x nak tgk dkt)

ape yg aku perlu buat?? x kan nak biarkan menda2 mcm nie terjadi pada diri aku?? x bOleh..x bOleh... bagi aku ini masalah berat. x best la nak membloging tapi aku x leh nak rasa kenikmatann nye semua. nak macam korangggggg!!..semua blh buat!!

so...

sape2 yg cerdik pandai yg boleh ajar aku bagaimana aku nak atasi masalah ini. korang ajar la aku. aku mintak tolong sgt2 dkt korang semua.

bg yg baik hati dan budi perkerti...(huhuhuhu..ayt manis nie!!) TOLONG sama aku yew!! kerjasama dari anda amat saya hargai dan dahului dgn ucapan ribuan TER
IMA KASIH!!


Saturday, January 23, 2010

..:: cOntest TaDika Aulad JaNNah ::..

Pagi nie x tahu kenapa kepala aku pening2.. tapi aku kuatkan hati gak g kerja. Sampai opis bukak blog. terjah punyer terjah aku lepak kat blog Kak Pah. Rupanya dia ada buat contest. aku pe lagi la kan..nak try la contest dia. Tgk syarat2 senang dan hadiah pun LUMAYAN!!. korang kalau nak keterangan lanjut...sila KLIK kat sini yew :~ Tadika Aulad @ Auladjannah



ini lah dialog yg aku cuba naseb....

Boy 1 : wei korang tengok tue..Cikgu Tee Pah pakai kasut sebelah lain sebelah lain lah!!

Boy 2 : Ha'ah la... Jom kita pergi depan! kita cakap dengan cikgu.

Boy 3 : hahahahahaha....mesti cikgu Tee Pah malu-malu nanti. Dia mesti senyum macam aku senyum nie. hehehehehe



Nota penting: Dialog tu tulis di bawah gambar. Kalau ditulis di dalam box kat gambar tu, nanti tulisan jadi kecil tak dapat baca.

Hadiah utama berupa wang
RM 100.00

2 hadiah saguhati
RM 25.00 setiap satu.

Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Januari 2010

Friday, January 22, 2010

..:: aDam Oh aDam!! ::..


Hari Isnin baru2 nie aku ada jengok MAK BUYONG (office mate) dkt Jln Ipoh.. Dah lama x jumpa dia. Perot dia pun dah semakin bulat. Due date dia awal bln 3 nie kot. Aku doakan dia dikurniakan anak yg sihat, bijak dan ank yg soleh atau soleha. Nurul...dah dapat ke nama tuk Baby? kalau blm ssh2 bagi je nama NOR ASMAWATIE....(kalau bb pompuan la!) hahahahaha..kat bawah nie gambo aku amek hari Rabu lepas. Nampak tak benda alah tue? ala yg aDam dan mak enon tgh godek2 tue.. aku x tahu pe nama benda alah tue. tapi aku ckp kat aDam 'tolak-tolak' . hehehehehe.. (korang tahu pe nama benda tue??)
yg 'tolak-tolak' nie aku pinjam kat kakak sepupu aku kak Ayu. kebetulan anak bongsu (areen) dah besor. aku pinjam ler kejap. boleh gak aDam berlajar bertatih..blh cpt jln kan? Tapi yg aku geram (sikit la) si mak enon tue pulak yg sebukkkkk... adesss..naseb bek aDam jenis x kesah sgt. tapi kadang2 mau jgk berebut. ikut time la... (pening..pening...)
tgk tue mak enon..dia bab amek gambo nO. 1!! aDam ikut time....kalau dia rasa nak pandang dia pandang..kalau x nak panggil nama dia 1O kali pun x de nye dia nak pandang camera!! adessss....

Time nie rasanya lebih 5 kali aku panggil nama dia... buat x tahu je taw.. penat aku panggil aku snap je lah gambo dia.
haaaaa... gambo nie aku snap ptg smlm. kebetulan mama aku baru habis solat. mama aku pakaikan la dia anak tudung dia. aku pe lagi cpt2 la amek camera.
yg nie aku x leh tahan nak tergelak!! kelakarkan muka aDam?? dia dah nek rimas pakai anak tudung tue. huhuhuhuhu...
yg nie dia dah ok kejap. lepas je aku snap gambo dia. pe lagi tangan dia cepat je cabut anak tudung tue. nie kan kalau ayh aku tahu kami pakaikan aDam anak tudung nie..mau dia bising. hehehehe.. (ayh x suka sbb aDam kan boy..x mo la pakai macam gurgirl)
si aDam kalau ada iklan kat tv cepat2 toleh kepala...suka dia tgk iklan!!
time nie dia sporting skt..kebetulan dia mmg betul2 dia pandang camera. kan bgs anak mama selalu mcm nie . senang mama nak amek gambo.
yg bwh nie aku amek semalam..saje gatal2 tgn..gambo nie aku nak edit dlm profile Facebook aku. tapi x siap lagi la. kalau dah siap betul2... aku bg tahu korang yew. leh la korang tkr link dgn aku. bg aku lagi ramai kawan luas pengetahuan. betul x?




Si Tanggang moden dari Sarawak?

Salam...sedih dan hiba betul aku bila dgr berita kat radio (SinarFm) pasal anak x mengaku ibunya. dah la ibunya dtg dari jauh(Sabah). sanggup meminjam duit dari saudara mara nak ke sini (Serdang, Selangor). bila dah jumpa anak..anak x mengaku itu ibunya.

nak tahu beritanya lebih lanjut? korang baca la sendiri yg aku dah copy dari Utusan Online nie.


Si Tanggang moden dari Sarawak?







Tumi Wongsoruju ketika berada di Balai Polis Seri Kembangan, Serdang, Selangor, semalam.








SUBANG JAYA 21 Jan. - Sudah tiga tahun, Tumi Wongsoruju tidak bertemu anak perempuan tunggalnya yang membawa diri tanpa sebarang berita ke Semenanjung.
Jarak yang jauh ditambah pula dengan kesempitan hidup, membuatkan wanita berusia 52 tahun yang tinggal di Kuching, Sarawak itu tidak berupaya mencari anak kesayangannya.
Namun kerinduan yang tidak tertanggung lagi, akhirnya mendorong Tumi berhutang dengan saudara-mara bagi membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menjejaki anaknya.
Berbekalkan duit poket RM150 dan alamat sebuah kawasan perumahan di Serdang dekat sini, dia menyusuli anak perempuannya itu.
Membuang rasa malu dan takut, Tumi yang berasal dari Taman Duranda Emas di Jalan Kuching-Serian memberanikan diri menagih simpati orang ramai untuk membantu mencari rumah anaknya yang berusia 33 tahun.

Setelah puas bertanya, dia yang tiba di Semenanjung kelmarin berjaya menemui anak kesayangannya itu hasil bantuan orang ramai dan anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, malam tadi.
Namun, perasaan teruja dan gembira bertemu anak yang cukup dirindui bertukar menjadi kenangan pahit yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayatnya.
Tumi bukan sahaja dihalau bahkan tidak diakui sebagai ibu oleh anak perempuan dan menantunya.
Biarpun bersungguh-sungguh meyakinkan mereka dengan menunjukkan sijil kelahiran anaknya, wanita itu dan suaminya tetap berkeras enggan mengaku Tumi sebagai ibu.
Terkilan dengan sikap anaknya itu, Tumi yang tidak mempunyai saudara-mara di sini akhirnya berputus asa dan bersetuju mengikut anggota polis ke Balai Polis Seri Kembangan.
Simpati dengan nasib Tumi, wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! bersama jurugambar sepakat berkongsi mengeluarkan wang untuk membeli tiket penerbangan dan duit belanja bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya hari ini.
Dengan kerjasama anggota dari Balai Polis Seri Kembangan, Tumi berjaya mendapat tiket penerbangan pulang ke Kuching menaiki pesawat AirAsia pukul 7.40 malam ini.
Sementara itu, Tumi ketika ditemui dengan berlinangan air mata memberitahu, selain mengubati kerinduan, tujuan dia datang ke Semenanjung adalah untuk memujuk anaknya itu supaya pulang bersamanya ke Kuching.
Katanya, ini bagi menyelesaikan urusan tuntutan hak penjagaan cucu lelakinya hasil perkahwinan anak perempuannya itu dengan suami pertama.
"Sebelum berkahwin dengan suami sekarang, anak saya pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki berketurunan Bidayuh.
"Mereka mempunyai seorang anak yang kini berusia 13 tahun. Kanak-kanak itu dijaga oleh saya selama 11 tahun sebelum diambil oleh bekas menantu yang mendakwa sudah memeluk Islam selepas mereka bercerai," katanya.
Tumi berkata, dia nekad menuntut hak penjagaan cucu kesayangannya itu kerana bimbang akidah kanak-kanak itu terpesong memandangkan cucunya kini tinggal bersama keluarga bekas menantunya yang beragama Kristian di Kampung Tijirak, Kuching.
Katanya, anak perempuannya itu merupakan anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan suami pertama. Perkahwinannya dengan arwah suami kedua yang merupakan bekas tentera berasal dari Lenggong, Perak, tidak dikurniakan cahaya mata.
Tumi yang tinggal seorang diri dan menghidap sakit buah pinggang memberitahu, mereka tidak pernah berselisih faham namun dia terkejut apabila anaknya menghilangkan diri bersama suami barunya ke Semenanjung tiga tahun lalu dan langsung tidak menghubunginya sehingga kini.
"Biarpun sedih mengenangkan anak kesayangan yang dikandung selama sembilan bulan enggan mengaku saya sebagai ibu tetapi saya tetap memaafkannya dan berharap dia kembali ke pangkuan saya satu hari nanti.
"Malah, saya ada membawa sepasang baju kurung baru dan sehelai selendang untuk dihadiahkan kepadanya," katanya yang tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan dengan kejadian itu.




Thursday, January 21, 2010

..:: TOLONG bg idea PLEASE!! ::..

salam semua...

tajuk macam tgh susah je kan? huhuhuhuhu... jgn panik..jgn panik... mcm nie aku nak mintak TOLONG kat u all bg idea dkt aku. ingat ada rezeki sikit nie nak beli LAPTOP. budjet aku bwh RM1800.00 ke bwh la. aku nak laptop yg yg ada 1GB @ 2GB.. pastu byk function la. Dan yg paling PENTING!! senang nak repair kalau rosak. kang beli mahal2 pastu nak repair x de spearparts. macam ner? huhuhuhuhu...

itu bab hati gumbira la.. tapi nie ada citer sedeh sikit la. huk..huk..huk...

hari Ahad mlm Isnin aku pergi bilik belakang nak menyapu (nie kalau mama tahu aku menyapu mlm2 mrh dia nie!! sori yea mama..). aku saje tengok sangkar pOpO..(hamster kesayangan aku)rupanya pOpO dah x gerak. igt dia tido..x puas hati aku usik badan dia pakai tangan..x bangun2 gak.. rupanyaaaaa..pOpO dah MATI!!!

UUUuuuWWWWaaaaaa!!!!...

byk2 hamster yg aku penah bela dan tengok x sebaik pOpO. mula2 aku beli dia pada May 2008. time tue nana pun x de lagi.... aku rasa pOpO x sakit atau kena gigit dgn semut. aku rasa dia mati sebab dah TUA kot!! harap2 mcm tue la. x de lah aku terkilan sgt. takut dia mati sbb aku x jaga dia betul2 ke kan. tapi ada rasa sedikit serba salah dlm hati aku. sejak aDam dilahirkan, aku dah jarang gilerz tengok pOpO. bila aku teringat je baru aku tengok. CIAN pOpO kan? aku baru nak mandikan dia dlm minggu nie. rupanya... x sempat!!

adessss..... pagi2 Isnin tue aku suruh supra tanam pOpO kat belakang rumah. x mo tgk pun time tue. aku x sampai hati tgk pOpO x bergerak. sedih sgt2!!! kalau aku tahu pOpO dah nak pergi tinggalkan aku.. aku belai dia hari2... gambo untuk kenangan2 pun aku x ada. tapi sampai bila2 pun aku akan igt rupa pOpO!!! sebab pOpO adalah yg aku penah SAYANG.


huk..huk..huk...

Monday, January 18, 2010

..:: Iman...Oh Iman!! ::..

salam...aku rasa gumbira nak ceritakan kat korang hari nie. coz aku nak cerita pasal owang baru kat korang. owang baru tue ialah ank buah aku sendiri(anak abg aku) ..nama dia IMAN...nama penuh aku lupa laaaa...(jgn marah yew bang!!). nama si Iman tue panjang sgt la. itu sebabnye!!

tapi....

sebelum tue aku nak tunjukkan la gambo besday aDam kat korang. sori lah lambat nak update. aku buat besday aDam pada 30.12.09..buat cepat dari tarikh sebenar. besday aDam patutnya 02.01.10..disebabkan kami dah ada kat kampung..buat teruslah. kalau nak buat pada tarikh sebenar anak buah supra masing2 dah start sekolah. masing2 mesti x dapat datang kat Rawang untuk meraikan besday aDam.
ok..dah habis cerita pasal besday aDam. kita g cerita Owang Baru lak!

gambo kat bawah nie gambo kami tengah siap2 nak pergi Ipoh. Yg baju oren tue lah kakak kepada Iman. nama dia nana (mak enon) aku suka ejek dia nama mak enon kalau korang nak tahu! marah tul dia kalau aku panggil nama tue. hikkk.... ada penah tue aku panggil mak enon dia ckp pe? 'jgn panggil nama kita mak enonnnnn!!!'...tapi yg aku pelik tue kalau owg len panggil dia x marah lak. itu yg lagi membuatkan aku suka sakat dia. hahahahaha...mak enon..mak enon!
tengok si aDam dgn mak enon tue..dorang memang x leh nak duk diam, ada je keje nak buat. time nih si aDam dgn mak enon main masak2. (nape lak si mak enon tue menonggeng yew?)
haaaa.....

yg nie gambo aku dah sampai umh abg aku. tgk la si aDam.. jeles!!
cak....

nie lah mak enon dgn Iman... time nie ummi dia tgk nak bg Iman ubat. mak enon pun menyibuklah!!

aku zoom dkt sikit. kalau korang nak tahu, si Iman nie budak x cukup bulan. patutnya dia kuar dari perut ummi dia 21.01.10 nie..tapi dia x sabo nak kuar lak. dia kuar pada 18.12.09 rasanya. (aku lupalah!! hehehehe). berat dia dalam 1.3kg (rasanyelah...) kecik kan? comey sungguh aku tengok si Iman. segalanya kecik....
Gambo nie time aku dah nak balik Rawang... ringan tul si Iman nie. Comey giler...geram tul aku!! korang tgk muka si aDam tue... masam je!! jeles la tuh!!

mak enon pun sebuk nak amek gambo....hahahahaha...
nak tanya korang la... ada x sape2 ada pertua dan pengalaman mcm maner nak bagi budak lahir x cukup bulan cepat besar, sihat dan kuat? mana tahu ada pertua yg boleh guna pakai kat si Iman nie. kalau ada kongsilah pertua dan pengalaman korang kat kina yew?

Friday, January 15, 2010

..:: BENGANG tul AKU!! ::..

Align Centercuba korang perhatikan gambo ini...ape yg korang nampak?? Korang BENGANG sama mcm aku BENGANG x? adesss.... berani betul perempuan durjana nih!! dia x takut hukuman dari ALLAH ker nanti?

aku doakan supaya perempuan durjana ni akan dikenakan hukuman dunia dan hukuman dari ALLAH. supaya owg kapir mcm dorang nie akan takut nak mempermainkan khalimah ALLAH lagi.


Thursday, January 14, 2010

.. :: cOntest Sweet piCture Anak Bersama Ibu :: ..

Jeng..jeng..jeng...dah lama x join mana2 contest nih. kali nih aku x lepaskan peluang yg ada. mana tahu rezeki aku dan adam menang ke kan? kalau kalah tue adat lah.. aku join contest nih pun menambah kenalan.

jOm pakat ramai2 join cOntest nih!!
Syarat2 adalah seperti berikut...

1) Mestilah gambar tersebut IBU BERSAMA ANAK..umur dari baby sehingga 3tahun..
bilangan anak tidak kisah janji xmelebihi umur yang d'inginkan..(done)
2) Nama anda & your anak beserta tarikh lahir..(done)
3) Letak picture satu SAHAJA yer...coz byk2 nnt pening juri(mmg ltk satu pun!!)
4) Ceritakan kenapa gambar tersebut d'anggap SWEET utk korg..(done)
5) Jadi follower untuk blog IBU & blog MYTOMEIOUTLET (done)
6) Letak banner yang dicipta khas (gambar d'atas) diruang sidebar korang semua (done)
7) Letak tajuk sperti d'atas jugak yer..Make sure ur entry link back to mine (done)
8) Tarikh tutup penyertaan 29hb Januari 2010 (ok!!)
9) Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..
itu jer...senang je.. (done)
nama anak : aDam HaziQ Bin Mazni
Umor aDam : 1 tahun 13 hari

aku mmg suka sangat gambar ini. time gambar ini diambil semasa kami pergi bercuti di LANGKAWi sempena hari jadi aDam yg pertama dalam hidup dia. ia amat bermakna dan SWEET bagi aku, suami dan semua family aku . sebab ini lah aku memilih gambar ini untuk contest ini. huhuhuhuhu

bg sape2 nak join KLIK sini

Monday, January 11, 2010

..:: 5 hari 4 mlm di LANGKAWI ::..

Salam semua... lama benar aku tidak update blog aku nih. al-maklumlah owang baru balik bercutilah katakan. aku ambil cuti dari 6hb ~ 10hb.01.2010 aku pergi ke LANGKAWI bersama family aku yg tercinta. hari nih aku akan ceritakan sepanjang percutian aku pada korang. kan aku dah janji nak cerita kan? ok.... aku berangkat dari rumah pukul 4.15 pagi..singgah perhentian Sg. Perak pukul 6.15 pagi untuk breakfirst. mana yg sembahyang subuh tue sempat la buat. haaa..ckp pasal sembahyang ni, adik aku si Kerol boleh hp dia tertinggal kat dlm surau. dia sedar pun ada seorang hamba Allah call ayah aku. dia kata dia ada jumpa hp dlm surau. kalau nak ambil dari dia adik aku kena berjalan sikit kat h.way sebab dia dah keluar dari perhentian. nak tak nak adik aku pun pergilah dengan adik aku yg kecik sekali.

wah....masih bernaseb baik adk aku hari tue. kalau la hamba Allah tue x jujur mesti dia dah amek hp tue kan? kalau korang mcm mana? nk pulangkan ke x? (tepuk dada tanya hati yew?). Lepas adik aku dah amek hp tue kami pun terukanlah perjalanan kami.. tepat kul 11 pagi sampailah kami di Jeti Kuala Perlis.

ini lah muka kami yg dlm kepenatan. naseb baik kami sampai tepat pada masanya. pukul 11.30 pagi feri akan tiba. kalau x...alamatnya kena tunggu lama lagi la nampaknya!!bawah nie kami dlm feri.. perjalanan amek masa dlm 45 minit. mmg cantik pemandangan semasa dlm perjalanan tue. sori lah aku x amek gambo pemandangan tue pulak. hehehehee...
ini gambo kami dah sampai ke jeti Langkawi. masa nie kami sedang menunggu abg Rizal. dia nie owg yg bertanggungjawab menjaga kami selama kami di Langkawi.
abg Rizal jemput kami, kami terus pergi apartment yg telah di sediakan. mmg selesa lah apartment tue. berbaloilah dengan harganya, nak sewa hotel..adessss....MAHAL!! Bila dah siap letak beg masing..kami terus jalankan aktiviti kami. tempat yg pertama kami pergi ialah Makam Mahsuri.
atas nie perigi Mahsuri kalau korang nak tahu.

ini rumah Sri Tama..jiran nye si Mahsuri. betul2 depan rumah Mahsuri.
Lepas tue kami terus ke Galeri Mahathir. Perasan betul la awek tue. anak sapa lah la tue? hehehehehe... dah habis pusing keliling galeri tue kami pulang ke apartment.
ini adalah hari yg ke 2 dlm sejarah kami ke Langkawi. pagi2 lagi kami nak pergi Jln ke Pulau2. memandangkan cuaca x berapa elok. hujan pulak pagi tue... kami ambil keputusan tukar plan. last2 kami pergi ke Beras Terbakar.
ini lah beras terbakar tue.
Cuaca pun dah ok...kami pun terus pergi ke Jeti untuk naik bot yg kami sewa untuk pergi ke Pulau2.

tgk muka adam... x takut dia bila naik bot. aku pakaikan dia Life Jacket kat dia. naseb bek dia nak pakai. kalau x..ssh gak aku.
Tempat yg pertama kami tuju ialah Pulau Dayang Bunting. Aku pun amek la kesempatan untuk mandi kat situ. mmg best!! time tue aku mandi di kolam untuk kanak2. nak bawak adam mandi kat tempat dlm aku x berani. tgk air dia..Ya Allah dalam nyer!!

bwh nie gambo adam bersama PEMINAT dia!! huhuhuhuhu... aku rasa owg nie owg Taiwan la. ckp dia len mcm.. dia tgk adam mandi terus dia terjun dlm kolam tue semata2 nak pelok adam dan amek gambo. aku pun pe lagi snap la gambo adam bersama peminta dia tue.
lepas 1 jam... kami tuju ke Pulau len. nama pulau tue aku x tahu lah. hehehehe... kami singgah pun x lama. boring la pulak. igt nak mandi pantai kat pulau tue. tapi dah panas jegang! sampai situ mmg matahahari tepacak kat atas kepala. x nak lah aku!! hitam pulak adam nanti. lepas tue kami pergi tempat bayang HELANG tue. x amek gambo pun... kalau x blh tunjuk kat korang kan?
ini aku kat ATLANTIK..heheheh. acah mak enon..aku kat Under Water World.
muka keletihan. Byk betul ikan yg comey2. rugi sape dah sampai Langkawi x singgah sini.
muka supra poyo! hehehehe..
Balik dari situ kami pergi ke Porta Malai..ini tempat kapal2 persiaran berlabuh.


Hari pun dah senja... kami x balik apartment lagi masa tue. kami terus pergi makan...kang dah balik rasa mls pulak nak kuar. alang2 kuar terus la pergi makan dulu sebelum blk.

bwh nie muka owg kelaparan!! tgk muka adam tue x leh tahan tue. Lapor betul dia!!
Ini hari yg ke 3 dlm sejarah... kami pagi dah kuar. pergi sarap jap pastu terus ke Cable Car.
masa menunggu wan beli tiket.
ini pemandangan dari atas. nampak x yg gambo bintik kecik2 tue? itu lah kapar layar.
gambo di dlm Cable Car. aku tgk adam x takut langsung. Bgs lah adam nie!!

bwh nie ganbo kami kat atas puncak dlm ketinggian 710 kilometer.
yg nie mmg aku x pergi. bukan takut..cuma x larat je. sbb kan dukung adam.. yg sampai sana kerol, adik dan ayh aku je yg pergi.
ini kami tgh nak turun.tgk muka adam.... sukanya dia!!
kalau korang nak tahu kat situ ada mcm zoo kecik la. untuk tidak membuang masa, kami pun lepak la situ jap. melayankan si adam dgn kak nana dia.
sempat gak tuh aku, supra dan adam men kayuh sampan. x mhl la nak sewa...cuma RM10.00 tuk 15 minit.
ini gambo kami nak pergi makan mlm. Lpeas tue kami pergi ke Pantai Chenang.
yg nih shoping time!! nie kami kat Idaman Suri. Ya Allah rambang tul mata. kalau bwk duit byk2 nie mau x cukup ruang nak letak dlm kete. silap hari bulan campak je beg baju dlm laut. hehehehehe...
ini gambo dekat jeti

feri nih la kami naik nak blk ke Kuala Perlis nanti.
kat Padang Besar..

Muka adam di pagi hari..hari yg terakhir di Kedah. Yg aku x tahan nak gelak tue kan bila aku kata nak amek gambo. dia punyer senyummmm..comey sungguh. lagi2 ada air liur basi! hahahahaa...



mengigit dan menghisap barang itu lah hobi dia!!
yg nie kami di perhentian Sg. Perak. singgah lunch kejap.. kami sampai Rawang pukul 5.30 ptg.
adam kalau dpt minum air ais... air kita boleh habissss..
sekian saje citer perjalanan aku semasa bercuti. hope lepas nih kami dapat bercuti lagi.

'jom cuti2 1 Malaysia!!'

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣