Setiap pasangan yg berCINTA sudah tentu mahukan hubungan yg terjalin itu berkekalan selamanya. Apatah lagi jika sudah menjalinkan hubungan yg agak lama dan sudah saling mengenali antara 1 sama len.
Di sini...
aku nak kongsi tips agar PERCINTAAN korang lebih indah dan bermakna. bg sedang bercinta elok la korang baca tips nih. pada yg dah kawen...pun boleh. supaya hubungan korang dgn suami bertambah erat. mudah-mudahan...aminnnnn.
1. Elakkan dari berperangsaka.
Jika si dian berada dlm keadaan marah, ini tidak bermakna di dia memarahi korang, bukan itu saja, jika si dia x pernah mengucapkan kata cinta, bukan bermakna si dia tidak cintakan kamu.
2. Biarkan si dia tentukan hala tuju hidupnya.
Jgn bersikap 'Queen/King control' meski pun korang berjaya menawan hatinya. Biarkan si dia melakukan apa yg disukainya. cuba bersikap bertolak ansur dlm sesetengah perkara.
3. Lakukan yg terbaik.
Fikirkan apa yg terbaik untuk diri korang dan jgn sesekali memaksa diri menyukai sesuatu yg sememangnya korang tidak suka. Jgn hanya kerana mahu mengambil hati si dia, dgn perasaan yg tidak ikhlas korang terpaksa menyukainya. Hipokrit nama tue!!!
4. Likungan Kehidupan.
Walaupun korang mempunyai kekasih. ini tidak bermakna korang harus melupakan 'dunia' kehidupan korang yg sebelum ni. Korang harus tetap menjalani kehidupan seperti biasa, cuma ia diserikan lagi dgn kehadiran si dia dlm hidup korang. contohnya kawan rapat korang...jgn la sebab dah couple dgn si dia, korang tinggalkan kwn rapat. cik adik ooiii... kekasih hilang boleh cari len..kwn rapat hilang, mn nak cari?
5. Jangan bandingkan dia dgn orang len.
Setiap couple pasti nak kesempurnaan dlm perhubungan. Oleh sebb itulah korang dan dia harus saling berfikiran terbuka. Apa yg penting, jgn sesekali bandingkan si dia dgn bekas kekasih korang dulu. Terima dia seadanya. jika awal2 lagi korang tahu byk perbezaan dia dgn kekasih lama, bek cari len. huhuhuhuhu..tul x?
6. Luahkan yg kamu rasa.
Jgn sesekali menyembunyikan apa yg korang rasa. cuba berbincang dengannya. Jgn pula korang memendam rasa. Sebab dia bukan tahu apa isi hati kita sebenar-benarnya. kalau dia tahu...terel nyer dia!!! takut nak couple dgn orang mcm tuh.....
7. Jgn cuba ubah di dia.
Apa perasaan korang jika si dia mahukan korang berubah dan mengikut cita rasanya? Begitu juga si dia. Jgn sesekali korang cuba mengubah kehendaknya agar sama dgn korang. Biarkan dia dgn cara dia dan korang dgn cara korang.
kesimpulannya di cini...
Cuba bersikar jujur dan jgn berlakon utk menambat hari si dia. Nanti lambat laun temberang korang pecah gak. cayalah cakap aku nih. hehehehehe...
2 comments:
Wah..berguna2...terima kasih byk2 akak..huhu..
tq akk...berguna nie..hiks...^_^
Post a Comment