♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Thursday, October 29, 2009

..:: cOntest sEnyuman cEria si cOmel::..

Contest kali nih bagi aku ia sangat2 menarik dengan hadiah yg sungguh menarik pulak tuh kan. Memang besttttt..!! Contest Senyuman Ceria Si Comel ni adalah anjuran SmileyKidz, sebuah blog fotografi yang memfokuskan fotografi untuk family, babies, kids and friends...
.


Online contest ini di buka dari tarikh:15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.




Jom Review hadiah sekejap!! Hadiah nyer besstttttsss !!!
***********************************
Pemenang Utama x 1 org:Outdoor fotografi selama 1 jam~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~
Pemenang sampingan x 2 org:Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50
***********************************

sebelum aku nak letak gambar2 si aDam, meh tengok cara-cara penyertaan k..?

1. Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda -
Done
2. Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - Done
3. Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda -Done
4. Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai. -Done
5. Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya. -
Done
6. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ . -Done
7. AMARAN: no link back will be disqualified -Done
8. Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.-Done

Haaaaa... nih la gambO2 senyuman ceria aDam. Senyuman2 nilah yang membuatkan aku rasa bahagia sgt2. setiap saat aku pasti rindukan senyuman dia. x kira la malam ke..siang ke.. balik keje tention2 bila dah tgk senyuman dia terus hilang tention tuh.



nama : aDam haZiq Bin maZZni (aDam)

uMor : 9 Bln lebih

p/s dari aku :~ meh pakat ramai2 join contest nih. rugi x join!!! (doakan kami yew supaya menang contest nih...huhuhuhu)






Thursday, October 22, 2009

..::bila si a D a m nak sehat?::..

(lebih kurang cam ginih la muka aDam dmm..muka terbaru x de la. hp x ok lagi..x dpt nak amek gambo)

Dah nak dekat 2 minggu aDam x sht. Dgn demamnye lah...dgn tido merengek2 la... cian aku tgk dia. sampai kan aku x tahu dah nak buat ape!!



igtkan demam panas dia yg dulu tue dah ok. la nih kena demam panas balik. selalu badan aDam mcm dedah sikit. nih rasa panas sgt sampai ke 38.7 'c !! panas kan? aku cukup risau tentang kepanasan badan si aDam nih. sampai bila dia nak tanggung mcm nih? bila makan ubat kejap je sejuk badan dia. lepas 4 jam..badan dia panas blk. sampaikan aku masukkan ubt kat bontot dia lagi tau!! macam itu gak... mcm2 aku buat tuk sejukkan bdn dia. letak air asam jawa la...letak daun bunga raya la.. basahkan kain kat pale dan badan dia la... ok kejap je. pastu jadi balik.



ada gak owg kata aDam dmm sebab nak pandai. ia gak kot... sbb skrg nih dia mmg pandai MERAJUK!! pandai BERDIRI ... pandai senyum2 KAMBING... dan pandai nak ikut aku g kerja. adesssss...kalau dulu aku nak g kerja aku babai dia..heran pun x. hehehehehe...


korang ada idea x nak wat mcm ne? aku g bwk di klinik..doc kata dmm biasa. adesssss....



itu bab dia demam panas. 1 bab len ialah dia menangis je mlm2 skrg nih. aku ada gak g berubat mintak air penawar manalah tahu dgn cara itu dia jadi tenang balik ke kan. tapi mcm gitu gak..cuma ada kurang sikit la. kalau hari 1st dia kena, tido pun dia x nak..lagi2 kalau tido terlentang. mcm dia ada takutkan sesuatu. time aku g mintak air panawar tue kan, akk yg ubtkan aDam tue ckp ada menda HALUS kacau dia. dan menda HALUS tue gak tunjukkan muka dia dpn aDam!! x tahu nak caya atau x...?? if x ada menda tu x kacau x kan aDam berkelakuan pelik macam tue? selama nih aDam x mcm tue pun.
aku siap baca kan surah Yasin, 3 kul.. ayat kursi dan mcm2 ayt aku baca. still dia mcm tuh. Korang ada idea x tentang nih?



tolong bg aku cadangan sikit...nasihat kan aku ker..mana tahu aku ada wat silap atau terlepas pandang ker. huk..huk..huk...



Tuesday, October 20, 2009

..:: TIPS Jadikan Anak Kita Winner::..

Assalamualaikum..

aku nak kongsi TIPS yg berguna tuk kita kongsi bersama. Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak kita dengan nama panggilan yang baik .
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari
ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari dri seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
pandangan ini akan membuatkan anak kita lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak.Namanya pun budak kan??…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak korang
cerita itu tak akan dapat kita dengari lagi pada masa akan datang.Tunggu giliran kita untuk bercakap. Ini akan mengajar anak kita tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap.

9. Tenangkan anak korang setiap kali mereka memerlukannya
ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telahTuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah hari jadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak kita belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak kita diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan kita suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka
jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak kita .
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan kita. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg ..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna .
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang kita pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak kita mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti kita .
hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.

aminnn.....


..:: Mamak..oh Mamak... ::.

Salam semua!!

dah lama aku x update nih. mukan nyer ape..aku just nak biarkan owg tahu yg aku baru2 nih bg followers aku award. aku nak entry pasal award aku tuh still ada kat blog list korang... lebih kurang 1 minggu sudah. cukup2 la aku mengwar-warkan pasal award aku tuh. tapi lps nih sape2 followers aku x kiralah baru ker..lama ker..sila2 la jemput mengambilnyer. aku x kisah punyer..lagi byk ada kat blog korang lagi aku suka. huhuhuhu...

berbalik kepada tajuk di atas... (huhuhuhu..ayt skema lakssss)




aku tetiba rajin lak nak baca email aku yg dah berlambak2 dlm inbox tue..aku terbacalah kisah restoran mamak nih. Dan aku terpanggil gak utk dikongsikan kepada korang. aku bukan nak menghina retoran mamak nih.. tapi dah byk aku dgr cerita pengalaman2 kwn2 aku pasal restoran mamak nih. aku sendiri pun suka mkn kat restoran mamak nih. aku rasa korang pun suka kan?? jgn ckp x suka la... aku tahu dlm masyarakat kita melayu nih mmg suka sgt mkn kat restoran mamak nih. antara sebab2 kita suka mkn kat situ ialah:~

1. Order x sampai 5 minit makanan kita order dah sampai.

2. Roti canai sodapppppp....

3. Makanan yg len pun sodapppp...

4. Kedai nye yg meriah..bak kata budak sekarang hepening la...

5. Dekat dengan tempat kita tinggal. senang nak cari kedai mamak nih. berlambak2...

Betul x?

So..meh ler kita sama2 baca pengalaman2 org yg telah mengalami trauma setelah makan di restoran mamak!


RESTORAN MAMAK PENGOTOR


Mangsa 1
Ini satu lagi kisah benar pasal mamak ni. Ianya berlaku di PRESINT 9, PUTRAJAYA dekat Avon. Seorang makcik ni lalu belakang kedai mamak ni. Dia nampak mamak ni na la punye tengah menguli tepung. Kalau uli dengan tangan takpe jugak.

Ini dia uli dengan KAKI!!. Eeee uwekkks. Kedai mamak kat situ ada 2. Satu pekerja2 dia pakai apron merah, satu kedai lagi apron putih. Yang makcik tu nampak ialah di kedai pekerja2 yang pakai apron putih.

Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan kebanyakan mamak ni pengotor. So sendiri mahu ingatlah ye. Seelok-eloknya elaklah makan di kedai yang diragui kehalalannya. Banyak lagi kedai melayu. Kedai melayu pun ada jugak jual roti canai dan teh tarik.



Mangsa 2
Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu saya juga terperasan ketika tengah makan di salah satu kedai MAMAK depan apartment tempat saya tinggal di PUTRA PERDANA PUCHONG.. Saya ternampak salah sorang pekerja dalam kedai mamak buat kerja2 kat dapur dan tiba2 keluar dukung anak ANJING lepas kat luar kedai then masuk ke dapur balik.

Terus saya berhenti makan dan tanya pekerja tu.. You ISLAM? Dengan takut2 dia jawab saya hindu tapi BOSS saya ISLAM. Saya suruh dia panggil BOSS dia and BOSS dia datang minta maaf. Saya cakap "maaf kepala hotak you!!!"

Saya tanya dia "you ISLAM???" Dia jawab ya! Saya bayar dan terus blah. Sejak hari tu aku dah tak jejak lagi ke kedai MAMAK! Yang aku marah sangat kat kedai tu ada frame Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar-besar. .

Baru aku perasan tak semua MAMAK tu ISLAM, RAMAI PEKERJA HINDU dan tak semestinya ada Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar -besar tu HALAL .. dan RAMAI yang ISLAM selamber je makan... So yang tak perasan lagi berhati2 !!!....
Rosmi Subject:
AWAS DAN BERHATI-HATI KALAU NAK MAKAN DI KEDAI MAMAK...!!!! !





Mangsa 3
Subject: Fw: kedai2 mamak sluruh negara..
Restoran Mamak DI ALOR SETAR. Di suatu ketika dahulu..... kami ada membuat satu program di salah satu hotel di tengah bandaraya Alor Star. Kami menjemput seorang ustaz dari Majlis Agama untuk membacakan do'a pembuka tirai.
Kebetulan ustaz itu diberikan kerusi sebelah dengan saya dan kami pun berbual2. Ustaz itu meminta saya menyampaikan kepada kawan2 muslim dan muslimat akan satu perkara yang menghantui hati dan perasaannya, iaitu pihak Majlis Agama telah menjalankan siasatan dan serbuan dan mendapati bahawa SEMUA KEDAI2 MAMAK DI ALOR STAR DAN SEKITARNYA ADALAH 'CONFIRM' HARAM DIMAKAN kerana TAUKE2 CINA ADALAH PEMBEKAL AYAM kepada restoran2 mamak tersebut!


Terkejut! Saya bertanyakan kepada ustaz itu...mengapakah perkara ini, dgn kuasa yang ada pada Majlis Agama, tidak disebarkan kepada umum? Jawapan ustaz ....... mamak2 tu telah mengikat kontrak bekalan ayam dengan tauke2 cina dan sekiranya Majlis Agama membuat tindakan drastik dan kontrak bekal ayam terjejas maka tauke2 akan saman mamak2 dan mamak2 pula akan saman Majlis Agama....."
Permintaan ustaz, "Tolonglah anta sebarkan kepada kawan2! Itu sahaja yang ana mampu"


Mangsa 4
Shahril wrote: ----
RESTORAN INSAF, JLN TUANKU ABD RAHMAN
-Kisah Benar-Nasi Beriani-
Assalamualaikum. Last week kawan saye gi makan kat RESTORAN INSAF kat Jln TAR.. Lepas makan tu, dia nak gi basuh tangan kat belakang kedai. Lepas selesai membasuh & menyabun tangan yang bau kari tu....dia gi kat tempat lauk untuk tapau sebungkus nasi beriani lagi untuk member.
Nak dijadikan citer......kawan saya ni ternampak bekas nasi beriani yang digunakan disaluti dengan SPENDER LELAKI CAP BUAYA BERWARNA PUTIH.. TANG GETAH SPENDER DIIKAT NGAN GETAH...apa lagi........ dia terus mintak cancel dan bayar nasik yang telah ditelan tadi........ sampai kat opis..... dia terus muntahkan nasik tadi dan sebarkan kat kengkawan lain yang tak pergi.......



Mangsa 5
Satu lagi sesiapa yang suka makan makanan mamak, AWASLAH! BUKAN SEMUA MAMAK TU ISLAM!! Jangan asal nampak macam mamak jer terus pergi makan. Contoh paling jelas, sesiapa yang selalu ke Wisma Central, ada satu stall bawah accelator/tangga, dekat2 dengan kedai2 handphone tu...
Tengok satu stall namanya "BK CORNER" (mungkin Bala Krisnen Corner!!). Kalau terlalu lapar dan tengok sekali imbas nampak OK! Yang kerja kat situ ada dua orang pompuan Indon! TAPI CUBA TELITI SIKIT...!

Tengok pada dua orang India/Mamak tu... tengok kat tangannya ada ikat benang kuning??!! Dan kalau datang awal2 pagi 7.00-7.30 , mereka akan pakai 'calit sarjan' kat dahi...??? MAMAK ISLAM KE TU??
Lagi 1 sesiapa yang selalu ke pasar PUDU, ada satu stall kat belakang stesen minyak ESSO . Kat situ ramai kita tengok orang Melayu singgah makan roti canai! Buta ke mereka?? Cuba perati. Sah-sah pompuan India tu pakai benang merah kat lengan dan kekadang dia laki-bini pakai 'calit-sarjan kat dahi'!!
Kenapa tak mau susah sikit, cross jln. Kenapa makan makanan yang was-was macam tu???



Mangsa 6
Wallahuaklam. . BANYAK lagi kisah yg saya telah dengar dari kekawan
Restoran mamak SHAH JAHAN MAJU di SETIA WANGSA . Kawan kpd kawan saya telah terjumpa benda yg berketul di dalam kuah roti
canai.
Pada mulanya dia sangkakan ianya biji asam jawa tetapi setelah diamati betul2 rupa-rupanya adalah NAJIS yg beku(mungkin kepala taik krn ianya keras sedikit). Tuan restoran tersebut mahu menutup mulut kawan saya dgn memberi RM2000.00. Mungkin pekerja restoran tak tahu dan telah mencedok di peringkat paling bawah dlm periuk kuah dal atau kari. Sekarang restoran ini tak berapa maju jika dibandingkan dgn sebelumnya. Hanya org yg tak tahu sahaja yg terus makan di restoran tersebut.
Ini semua adalah manderam ataupun sihir dgn tujuan utk melariskan makanan mereka walaupun pada hakikatnya tidak sesedap jika dibandingkan dgn tempat lain. Makanan yg bersih jika dicampurkan dgn bahan kotor akan menjadi kotor secara automatik

DI LEBUH AMPANG KL, ada sebuah restoran mamak yg baru dibuka iaitu RESTORAN MAJU CURRY HOUSE IAITU rangkaian SHAH MAJU.
Kemana perginya nama Jahan itu? Sama juga spt yg berlaku di kedai NASI LEMAK ANTARABANGSA yg terletak di KG BARU, KL.
Satu hari seorg lelaki yg alim telah dipelawa oleh kawannya utk belanja makan di kedai tersebut.
Tiba2 beliau ternampak seekor TOYOL sedang kencing di dalam periuk nasi lemak.
Dia pun menyuruh kawannya cancel order dan menceritakan kenapa sebabya dia tak nak makan di kedai itu. Mungkin tuan punya kedai telah meminta pelaris dari tok bomoh tanpa mengetahui tentang toyol tersebut krn bomoh sememangnya takkan beritahu. Tambahan pula
tuan kedai tidak boleh melihat toyol dengan mata kasar....

Wallahualam. ...


huhuhuhu...ape perasaan korang bila baca pengalaman2 mereka di atas? geram? geli? marah? menyesal? mcm2 ada kan? meh cini aku tunjukkan gambo2 yg berkaitan entry aku kali ini.

sempoi je restoran mamak ni kan? mcm nih pun org kita nak mkn...x kisah tempat nyer kat ner. men bedal jer!!
sodap nyer teh tarik dia kan? nyam....nyammm...lor...cian nyer adik nih. dia mukan tahu bersih ker...kotor ker kan? kita sebagai ibu bapa harus la kena amek tahu lepas nih.
P/s : Mencari rezeki biarlah yang halal, baru berkat hidup kita, Insyaallah.


Wednesday, October 14, 2009

..::Jom amek a w a r d::..

Assalamualaikum korang semua!!
hari nih aku gumbira tersangat2 coz followers aku mencecah 100 orang!! adesss.... korang la yg byk memberikan aku inspirasi dlm kehidupan aku. sungguh2 aku ckp nih.... maknanya x de korang x lengkap la blog aku. hehehehe...

x tahu nak bg korang ape. nak wat award cantik x reti.... aku harap korang gantung award aku nih tuk diabadikan dlm blog korang.

Monday, October 12, 2009

..:: 5 tips hadapi PERPISAHAN::..


Haaa..yg nih sesuai tok owg yg kecewaaaaa.... x kisah la yg dah kawen ke belom kawen..dua2 sesuai!!

Walau ape pun alasan mengapa korang berpisah dgn sahabat ker..pakwe ke...makwe ker...suami ker..isteri ker...pastikan ia tidak menghalang korang untuk bangkit semula untuk teruskan kehidupan. maybe ada yg mengatakan ia agak 'sukar', lebih2 lagi lagi pada ikatan yg agk lama terjalin. namun korang harus berani berhadapan dengan kenyataan bahawa korang tidak mampu untuk teruskan lagi hubungan itu!!




so...

kat cini aku bg korang tips yg bgs korang guna pakai...mudah-mudahan lps nih korang tahu bagaimana nak buat lps nih. aminnnn...

1. Ambil masa untuk menyesuaikan diri.
Jika korang masih baru berpisah, jgn terburu2 untuk cari pengganti dia. sebaiknye korang tenangkan fikiran dulu demi menyesuaikan diri dgn situasi baru. (kang dah tersalah pilih lak. coz x nak org ejek korang x ada pasangan hidup. adesss...)

2. Jadikan pengajaran
Adakah perpisahan ini terjadi oleh disebabkan korang? atau dia? korang harus renungkannya!! korang harus mencari keputusan bagi persoalan itu sebelum korang mengambil untuk mencari pasangan baru. (x nak la couple putus...couple putusssss...sakit OOoooo)

3. Berkongsi bersama kawan-kawan
Jangan pendam masalah ini. cari kawan tuk meluahkan perasaan. jgn sesekali ambil brg2 yg terlarang. (igt tu!!!...igt TUHAN lagi bagus....)

4. Bersedih berpada-pada
Perpisahan mmg sedih giler...tul x? so nak bersedih tuh berpada-padala...korang tentu merasakan seolah-olah diri korang tidak diperlukan dan dibuang. no..no..no..jgn fikir mcm tuh. x bek tau...!! sape kata korang tidak diperlukan?? (masih ada lagi org yg sayang....)

5. Tiada istilah 'SERIK'
Setelah korang berada dlm situasi mcm ginih....jgn ragu2 tuk mencari pasangan baru. Jgn segan untuk meminta pendapat dan pandangan dari individu terdekat dengan korang.

nasihat dari aku...
Pastikan kesilapan lalu tidak akan berulang lagi. korang belajarla dari pengalaman lalu. insyaallah....


..::antara KAWAN dgn KEKASIH??::..

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...KAWAN menghulurkan bantuanKEKASIH menghulurkan sokongan.
Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...KAWAN sekuntum senyuman,KEKASIH sepenuh perhatian

Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?
KAWAN sejujur kata,KEKASIH setulus setia KEKASIH silih berganti
Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan" tapi sayang...KEKASIH tetap KEKASIH...KAWAN tetap KAWAN...perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

..::10 LELAKI perlu DIJAUHI!!::..



Berdasarkan kajian yg dilakukan di Universiti Calfonia, berikut adalah ciri2 lelaki yg perlu dijauhi:-

1. Suka mengongkong.
2. Pendendam
3. Tidak berdikari dan suka mengeluh
4. Tidak boleh memberikan komitmen
5. Sering mengungkit kebaikan yg dilakukannya
6. Ego yg terlampau dan hanya berasaskan hanya dirinya saja yg betul
7. Manja dan mengada-ngada mcm anak emak
8. Terlalu pentingkan gaya dan penampilan
9. Kedekut

yg last sekali kena tinggalkan jugak SUDAH BERPUNYA!!!

Friday, October 9, 2009

..::A w a r d _D a r i _I h s a n::..


tq ihsan... ctk tul award awk nih.


Tuesday, October 6, 2009

..::10 Sebab Si cantik masih SINGLE::..

(sekadar gambar hiasaan..x de kene mengena dgn owg nih pun. hehehehe.)

Ada owg kata CINTA sering dikaitkan dgn paras rupa. Ramai yg sangka dgn adanya rupa cantik mcm MODEL atau ARTIS terkenal mudah tok seseorang tersebut dpt pasangan hidup. Owg cantik nih sememangnya menjadi perhatian namun sebenarnya x ada pakwe lagi. Meh cini aku kupas punca2 KENAPA AWEKS CANTIK x ada PAKWE.

1. JUAL mahal.
Kebiasaannya owg cantik nih agk jual mahal bila ada lelaki nak ngorat dia. Walaupun kadangkala si CANTIK sebenarnya suka dgn lelaki tersebut. Keegoannya agak tinggi kerana itulah lelaki perlu berusaha lebih skt.
2. SUKAR didekati.
Lelaki biasanya menanggap wanita CANTIK agar sukar didekati. Kerana mereka merasakan bkn mudah nak pikat wanita CANTIK nih. Byk cabaran yg perlu dihadapi dan byk saingan2 yg nak ngorat dia.
3. MAINTENANCE tinggi.
Betul x? kebiasaanya la kan...wanita CANTIK nih maintenance tinggi. coz brg2 makeup dia je dan cecah beratus ringgit. pakaianya la...jam nyer la..kasutnye la... oleh kerana itu, lelaki agk berhati2 tok dkt dgn mereka.
4. PERNAH dikecewakan.
Oleh keana terlalu serik bercinta lagi, si CANTIK lebih bahagia bersendirian. Bagi dia...bek sendiri x de pakwe daripada menderita kerana CINTA.
5. SUKAR mencari pasangan IDEAL.
Pipit sama pipit...enggang sama enggang. Mana boleh terbang sama.Cam gituh la pepata owg tua2. owg CANTIK nih pastinya nak cari owg yg TAMPAN gak.
6. TERLALU byk pilihan.
Dah pulak....aduh peninnnn!! nak pilih yg mana satu nih? Owg CANTIK la katakan. dia sering dikerumun dgn pelbagai jenis lelaki. Dik terlalu byk pilihan....akhirnya 1 pun tidak berkenan.
7. TERLALU komited dgn kerjaya.
Sibuk dgn kerja..terlupa lak nak bercinta. Owg CANTIK nih biasanya fikir mereka mudah nak dpt pakwe pada bila2 masa, Oleh kerana itulah CINTA sentiasa no2. Kerana terlalu komited...hingga ke hari nih masih sendiri lagi.
8. BERHATI-hati memilih pasangan.
Setiap kali si CANTIK sudah biasa berhadapan dgn perlbagai kata2 dan janji2 manis lelaki yg ingin ngorat dia. Oleh itu mereka agk sukar mempercayai kata2 lelaki lagi. kerana mereka tahu lelaki yg mendekati mereka adalah kerana PARAS RUPA bukan kerana HATI.
9. PERFECTIONIST
Terlalu inginkan kesempurnaan. Si CANTIK akan menilai lelaki dari hujung rambut hingga hujung kali. kesemuanya diambil kira. Citarasanya terlalu tinggi sehinggakan sukar tok dapatkan lelaki yg dicarinya.
10. TERLALU yakin.
Owg CANTIK nih biasanya yakin tul akn memeemui Mr. Rightya... Biarpun terpaksa bersendiri tok beberapa lama namun si CANTIK sanggup menunggu kerana dia tahu dgn paras rupa yg ada pastinya suatu hari nanti dia dapat menambat hati Mr. Rightnya.

Hakikatnya..bkn semua wanita CANTIK nih bahagia dan mudah tuk bertemu dgn CINTA SEJATI mereka. Bagi sape2 yg perasan diri korang CANTIK..agak2 la. Jgn terlalu memilih. Nanti jadi ANAK DARA TUA..hehehehehe...


..::10 Cara PIKAT si Dia::..





Tips nih aku kasi khas tok kaum LELAKI...tips ini boleh korang cuba tok memenangi hati aweks korang. Ini berdasarkan kajian yg telah dilakukan berdasarkan kesukaan aweks yg mmg sentiasa mahukan perhatian.

1. Masa korang jln sama2..pegang dan pimpin la tangan dia. supaya dia rasa selamat bila kuar dgn korang.

2. Persiapkan diri korang tok menyelesaikan masalahnya,tunjukkan sifat memahami korang.

3. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa-parasnya. if dia x cantik sekalipun..puji2lah skt. tapi jgn lebeh2 lak. nti dia terperasan lebeh...adesssssss.

4. Bawakan kepadanya hadiah yg mengejutkannya pada bila2 masa. Jgn tgu besday dia je cik abg oiii... itu kedekutzzzz namanye!!

5. Call dia setiap kali korang nak tido atau nak keluar supaya dirinya rasa dihargai.

6. Korang perlu sentiasa berterus-terang dan berfikiran terbuka supaya si dia tidak risau dgn setiap tindak tanduk korang dan dia tidak menyangka yg bukan2. tul x?

7. Katakan 'Aku Cinta Padamu' sekurangkurangnya sekali sehari. Boleh ker?

8. Bila si dia mahukan sokongan korang dgn bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan 'ya' atau 'tidak'. Jgn jadikan dirinya rasa bersalah @ menyesal kerana bertanya.

9. Bila korang tgh tention atau ada masalah. Katakan pada dia yg korang akan menelefonnya nanti dan korang perlukan sedikit masa tok berfikir mengenai sesuatu. Jgn sesekali mrh2 pada dia yg x tahu pape.

10. Luangkan masa korang pergi bersamanya ke tempat yg dia suka pergi dan bukan yg korang suka pergi. tapi sesekali bwk gak la dia. baru dia tahu life korang mcm ne. if dia x leh terima...ape lagi cari la aweks len!!!! senang citer....

last sekali aku nak pesan kat LELAKI2 nih..
Layanilah si dia sebagaimana korang melayani semasa awal2 bercinta dulu. Berubah tok kebaikan x pe..jgn lah berubah sampai CINTA korang pun berubah.

Monday, October 5, 2009

..::7 tips kunci CINTA si Dia::..


Setiap pasangan yg berCINTA sudah tentu mahukan hubungan yg terjalin itu berkekalan selamanya. Apatah lagi jika sudah menjalinkan hubungan yg agak lama dan sudah saling mengenali antara 1 sama len.





Di sini...

aku nak kongsi tips agar PERCINTAAN korang lebih indah dan bermakna. bg sedang bercinta elok la korang baca tips nih. pada yg dah kawen...pun boleh. supaya hubungan korang dgn suami bertambah erat. mudah-mudahan...aminnnnn.






1. Elakkan dari berperangsaka.
Jika si dian berada dlm keadaan marah, ini tidak bermakna di dia memarahi korang, bukan itu saja, jika si dia x pernah mengucapkan kata cinta, bukan bermakna si dia tidak cintakan kamu.


2. Biarkan si dia tentukan hala tuju hidupnya.
Jgn bersikap 'Queen/King control' meski pun korang berjaya menawan hatinya. Biarkan si dia melakukan apa yg disukainya. cuba bersikap bertolak ansur dlm sesetengah perkara.


3. Lakukan yg terbaik.
Fikirkan apa yg terbaik untuk diri korang dan jgn sesekali memaksa diri menyukai sesuatu yg sememangnya korang tidak suka. Jgn hanya kerana mahu mengambil hati si dia, dgn perasaan yg tidak ikhlas korang terpaksa menyukainya. Hipokrit nama tue!!!


4. Likungan Kehidupan.
Walaupun korang mempunyai kekasih. ini tidak bermakna korang harus melupakan 'dunia' kehidupan korang yg sebelum ni. Korang harus tetap menjalani kehidupan seperti biasa, cuma ia diserikan lagi dgn kehadiran si dia dlm hidup korang. contohnya kawan rapat korang...jgn la sebab dah couple dgn si dia, korang tinggalkan kwn rapat. cik adik ooiii... kekasih hilang boleh cari len..kwn rapat hilang, mn nak cari?


5. Jangan bandingkan dia dgn orang len.
Setiap couple pasti nak kesempurnaan dlm perhubungan. Oleh sebb itulah korang dan dia harus saling berfikiran terbuka. Apa yg penting, jgn sesekali bandingkan si dia dgn bekas kekasih korang dulu. Terima dia seadanya. jika awal2 lagi korang tahu byk perbezaan dia dgn kekasih lama, bek cari len. huhuhuhuhu..tul x?


6. Luahkan yg kamu rasa.
Jgn sesekali menyembunyikan apa yg korang rasa. cuba berbincang dengannya. Jgn pula korang memendam rasa. Sebab dia bukan tahu apa isi hati kita sebenar-benarnya. kalau dia tahu...terel nyer dia!!! takut nak couple dgn orang mcm tuh.....


7. Jgn cuba ubah di dia.
Apa perasaan korang jika si dia mahukan korang berubah dan mengikut cita rasanya? Begitu juga si dia. Jgn sesekali korang cuba mengubah kehendaknya agar sama dgn korang. Biarkan dia dgn cara dia dan korang dgn cara korang.






kesimpulannya di cini...

Cuba bersikar jujur dan jgn berlakon utk menambat hari si dia. Nanti lambat laun temberang korang pecah gak. cayalah cakap aku nih. hehehehehe...

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣