♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Tuesday, April 6, 2010

..:: sampai hati betul mereka ::..

::salam::

pagi tadi kina beli nasi lemak kat kedai Sg. Choh tue..kebetulan ada lak org tue jual surat kabar. kina terkezut lah bila terbaca surat khabar Harian Metro terpampang gambar arwah Din BerambOi. tajuk berita tuh Rentap Kenangan. adesss...ape la pulak kali nih? berdebar2 hati kina bila nak baca isi kandungan nyer. 

:: ini lah rumah arwah Din BerambOi::

rumah arwah dekat je dgn rumah kina.  jln kaki dah blh sampai lah. sampai tue sampai tapi gerak kul 8 pagi sampainye nyer 5 petang agaknye. heheheh... rumah arwah dekat Sg. Buaya..Rawang. 

berbalik tajuk di atas... rumah arwah telah dimasuki penyamunnnnn. penyamun tue lebih kurang mcm penyamun tarbus 6 jahanam tue lah!!. mereka mengambil kesempatan ke atas family arwah. time tue family arwah tiada dirumah. sebab tue lah menyamun nih bermaharajalela lah mlm tue dan mengambil laptop ..barang2 berharga dan yg paling penting brg yg ada kenangan dengan arwah. sungguh sedeh family arwah dengan dugaan ini. 

kina hairanlah ...

penyamun2 tue x de hati perut ker? dah lah org nyer baru meninggal. pastu sanggup merompak rumah peninggalan arwah. sungguh KEJAM! ini mesti kerja mat pet nih.... ?

bawah nie pulak kina baca dari FB kina berkenaaan 

RAFIQIN DARWISY

sape org nih? pelakon baru ker? penyanyi baru ker? 

korang mesti dah tahu sape si Rafiqin Darwisy nih kan? apeeeee? tak tahuuuuuu? 

 

pada sape2 yg tak tahu sape  Rafiqin Darwisy nih meh sini kina kenalkan. dia nie budak paling popular di facebook sekarang !! nape x caya...?

:: inilah budak  oTak paLing dungu tuh::

dia telah menghina arwah Din BerambOi. tapi kina x dapat cari ayat mcm ner dia tulis. yg kina tahu ramai org FB marah2 kan dia. dia kutuk2 arwah...kalau korang nak tahu lebih lanjut korang klik lah nama dia dkt FB mesti korang akan paham ape yg kina tulis nih. nak cakap byk nti tersalah tulis. adesss....x pasal2 kina lak yg jadi popular. huhuhuhu..

lagi kes buat kina marah pagi2 tadi.

v

v

v

:: iBu tikam 2 org anak ::

BATU PAHAT: Akibat menghadapi tekanan perasaan dan sentiasa dirundung kekecewaan termasuk melahirkan anak cacat, seorang wanita yang masih dalam pantang bertindak luar dugaan menikam dua anaknya dengan gunting ketika mereka nyenyak tidur di rumahnya di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah di sini, awal pagi semalam.

Suri rumah berusia 39 tahun itu dikatakan pernah menerima rawatan sakit mental setahun lalu, tetapi pulih hingga melahirkan anak kelima iaitu bayi perempuan tunggal, 26 Mac lalu.

Bagaimanapun, lima hari selepas melahirkan, bapanya meninggal dunia menyebabkan wanita itu dikatakan tertekan, manakala bayi perempuannya disahkan menghidap sindrom Down dan kini masih di bawah jagaan Hospital Batu Pahat (HBP) di sini.

sampai hati mak dia nak bunuh mereka. ini lah manusia yg x ada keimanan dalam diri. sbb itu kejadian mcm nih blh terjadi.  naseb baik kecederaan x serius. kalau mati?

 

20 comments:

Anonymous said...

Salam kina, kak tie cuma nak komen yang last tu...

Kalau dah sakit mental, tertekan lak tu, memang hilanglah iman di dada. Sedangkan kita yang waras ni pun ada masanya jadi gila sebentar, inikan pula yang ada masalah jiwa. Mujurlah anak-anaknya selamat. Tapi kan.. kak tie masih rasa kasihan pada ibu yang tertekan tu... dia yang tiada tempat nak mengadu, amat perlukan bimbingan.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

betul tue kak...

Ibu Mifzal said...

ntah la..dunia ni dah penuh nga manusia2 yg x berhati perut...sedih sgt..

shima said...

org nk mencuri..dia tak peduli ape yg jd kat org lam umah.kan..

psl ibu yg tikam anak tu..dia meroyan tu..stress.sian..

Mak Su said...

2) tak kenal ler itu rafiqin... eloklah maksu tak kenal.... ek.

3) sakit mental - perlukan sokongan tanpa sindiran atau kata2 sinis terutama dari keluarga, akibatnya buruk dan fatal. seperti pengidap skizofrenia :(

Syafiq Kadiran said...

manusia kalo da terdesak camtu la...
bia dorang kene sambar petir...

Ju@Lucky^Mummy said...

Hmmm.. dah tgk2 budak Rafiqin Darwisy td kt FB.. tulah budak ni.. org tua2 dah kata.. cakap siang pandang2.. cakap malam dengar.. sebab mulut badan binasa... lg nak gatal2 tgn kutuk2 org..

Pasal cerita ibu tikam anak.. sy rasa simpati gak kt dia.. mungkin tertekan sgt.. sampai x leh nak fikir apa.. meroyan kot.? Isk.. Nauzubillah.. mintak2 kita di jauhkan..

LyNn HaMzAh said...

huhuhu...memang kejam betul pencuri tu...x der hati dan perasaan...moga2 diorang yg mencuri tu dapat balasan on the spot di dunia nie...

kenapa la seorang mak sanggup nak buat anak2 dia mcm tu yer...x sangka sungguh...dia tak terkenang ke macam mana pengorbanan dia mengandungkan dan melahirkan anak dia dulu...huhuhu...

myQza said...

1. dapat penyamun tu, tanam hidup2.

2. budak tak cukup umur ni senaraikan je sbg pesalah juvenil

3. nak salahkan mak pun x boleh gak. mak dia diluar sedar!

attyfir said...

manusia skrg..byk yg takde perasaan..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~Ibu Mifzal Arsyad~

itulah..kina pun sedih..kenapa manusia dah semakin hilang pertimbangan? nti nak kuar rumah pun rasa x selamat lagi dah. lagi dasyat dlm rumah sendiri pun dah x selamat.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~sandal kecik~

gila meroyan?cian kak kan? tapi mana pergi mak bapak ibu budak tue. x kan x de org jaga dia. dah tahu dia ada sejarah sakit jiwa. blh lak biarkan anak mcm tue.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~Mak Su~

hik..elokgak mak su x kenal. buat poning pale jer mak su.

bab sakit mental tu kan..kina hairan la mak su...mak bapak ibu yg sakit mental tue nape lah x pantau. ah tahu anak tue mcm tue...ke amek ank2 dia kejap..dah ok barulah bg blk. naseb baik ank2 dia x teruk.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~Syafiq Kadiran~

itu lah tue..kena sambar petir baru tahu!!

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~Ju@Lucky^Mummy~

mmg budak tue kan? hbs la dia x leh dok diam lepas nie. itu pun kalau dah sedarlah kesilapan dia. kalau x?

pasal ibu tikam anak tue..kina mmg simpati. pada masa sama geram gak. dah tahu x leh nak hendle masalah dia..tertekan..bagilah anak2 kat sedara mara tolong jaga kejap. dah ok amek blk.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~LyNn HaMzAh~

itulah pencuri tue..geram kina!

ibu tikam anak tue kina simpati gak kak. kita doakan dia sht seperti sediakan. kecian kat anak2 dia...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~sI tEDI~

1. mmg!!

2. baru dia tahu...sesedap rasa je kan nak kutuk org.

3. itulah...kita doakan yg terbaik utk keluarga dia.

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

~atty's~

itulah..kina dah rasa dunia kita dah x selamat.

shiori_LA said...

tu la kan kina ada jugak manusia yg jenis ambik kesempatan time manusia lain dilanda musibah...kesian kat keluarga arwah mesti sedih yg teramat bila barang2 peninggalan arwah hilang begitu saja kan...pasal ibu yg tikam 2 anak dia tu kan mak dia tu ada mental problem kan...plus mungkin jugak gila meroyan...kan baru habis pantang...kalau tak takkan tergamak dia tikam anak2 dia huhuhu...sian budak2 tu...

Bieaz said...

kesian keluarga arwah..baru saja arwah Din meninggal..penyamun pulak wathal xada hati kemanusiaan betol...insyAllah tak lama lagi tertangkap la penjenayah tuhkan kasi pengajran setimpal...

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣