♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Saturday, April 24, 2010

..:: cOntest baca lOndOn : menang lOndOn ::..

::salam::


hari nie kina mmg rajin..rajin nak jOin cOntest. bulan nih jer dah dua kali kina jOin cOntest. nak jOin pun suka suki jer..nak meriahkan majlis la katakan. kalau rezeki kina murah..bOleh menang!! 
cOntest kali nih 

diwujudkan oleh Long Haffiz. Dia adalah seorang pelajar yang sedang belajar di London sekarang dan dia merupakan orang yang di sebalik blog "Coretan Perantau". Dia dengan besar hatinya dan bukak dada luas-luas bermurah hati untuk memberi barang free daripada London untuk pengikut setia dia.(bukan pengikut setia pun boleh) Tapi bukannya dapat free macam tu jerrrrrr....TAPI kOrang kenalah join cOntest dia dulu yang bertajuk "Contest Baca London : Menang London"
cOntest ini akan last 04 May 2010. Jadi, apa yang perlu dibuat?! Ikuti di bawah ini~!!
(kina copy & paste syarat2nya)

Perkara 01 : Buat satu entri yang menceritakan pasal kontest ini dengan tajuk "Contest Baca London : Menang London". Di dalam entri itu, korang perlu pilih satu entri yang paling best dari blog aku ini dan bagitahu kenapa entri itu yang paling best bagi korang. Entri yang korang pilih daripada blog aku nie mestilah terus link ke entri tersebut.
Perkara 02 : Selain itu, di dalam entri itu juga, korang perlu cakap bagaimana korang dapat tahu pasal kontest ini. Daripada sini ataupun daripada orang lain. Terpulang yerk~!!
Perkara 03 : Selepas korang dah siap tulis dan publish entri itu, sila tinggalkan komen di blog entri ini supaya aku tahu yang korang dah join kontest ini dan aku boleh ambil jawapan korang untuk penilaian. 
inilah jawapan yg aku perjuangkan kat cOntest nih.
V
V
v
v
v

Dengan perasaan kina yg berbunga-bunga dan penuh bangga ingin kina umumkan bahawasanya kina ingin menyertai cOntest baca lOndOn : menang lOndOn oleh si sengal tapi bijak iaitu LONG HAFIZZ BIN LONG LONG HASSAN.
~pOster rasmi cOntest nih~

dan ini adalah jawapan kina 

kOmen Aku : kina suka entry nih sebab kina baca jer kina terus suka a.k.a minat kat ko lOng apis. bila baca pengalaman ko mula2 nak fly ke lOndOn kina rasa terharu dan sedih. macam2 pengalaman ko tempuh. semakin panjang kina baca pengalaman tuh rasa macam best sgt!! (kina pun ada komen kat entry tuh). cara dan penulisan ko pun bOleh tahan...rasa jauh di mata dekat di hati.
Referral Contest : Long Haffiz

sekian saja...terima kasih.


adesss...dah siap!! kina harap adalah harapan nak menang. kOrang dOa2 lah kina menang yew? nak jOin sekali pun bOleh. ada rezeki menang lah kita. bukan senang taw nak dapat hadiah dari lOndOn. hadiah2 yg dia nak bagi kita free tue pun bOleh tahaaaannnnn...


nak tahu ape hadiahnyer?
V
V
v
v
Dua Entri Terbaik : Akan menerima GBP 15.00 setiap seorang. Terpulang kepada kita2 samada nak GBP 15.00 cash untuk setiap orang ataupun nak dia belikan barang-barang dari London yang berharga sama.
Kita2 nih yg menang nih :  akan menerima key chain dan mouse pad London bagi setiap seorang yang bernilai lebih kurang GBP 5.00 setiap satu. Selain itu, sekiranya dia sempat siapkan, kita2 juga akan dapat CD E-book London pertama dari lOng Hafizz lOng Hassan
~so ape tunggu lagikkkkkk??~

..:: RAKYAT HULU SELANGOR BANGKITLAH BERJUANG !! ::..

::salam::

fuh..fuh..fuuuuuhhhh..bersawang la pulak umah alam maya kina nih!! dah lama x masuk..betul lah kata org tua2. bila dah lama rumah x bau org...blh cepat bersawang. betul x? 
kina walaupun x msk blog..tapi kina still igt kat kOrang. x caya? caya lahhhh...ikhlas nie! huhuhuhu...

tgk pada tittle kat atas  mcm berupa politik..blh ker citer pasal politik kat sini? boleh kan? 
mcm nie...kina bukan nak emo kat sini hari nie. cuma kina nak luahkan perasaan kina, sejak tempat kina dijelajahi parti pembangkang. kita tgk x de pun ape2 perubahan. mcm2 cerita kina dgr..lebih2 lagi masa pilihanraya nih. masing2 ada pendirian masing2...mereka ada hak nak memilih sape pemimpin dorang. kadang2 sungguh taksub perjuangan dorang, sampaikan adik beradik..jiran2 pun boleh bermusuh. ada yg kina x suka kan..masjid pun dorang nak gunakan tuk politik. kadang2 tue kalau pak imam nye pembangkang..org pembangkang je blh sembahyang kat situ...kalau BN dipandang serong. kenapa leh jadi macam tue yew? politik tue politik la..x kan sembahyang pun nak mcm tue. elok ker? 

(kita buat mcm tue...ada pihak lain bertepuk tangan lompat2 ..guling2...korang tahu sape? tekalah....)

kina bkn nak blame pembangkang...bukan..kina cuma meluahkan rasa hati. ada sape marah ker? mintak maaf banyak2. ini bukan sudut utk kina nak menjatuhkan sesiapa...harap maklum.

lagi satu..x kira lah sape yg menang masa bertanding tue nanti. TOLONG lah bersikap Jujur...Bertanggungjawab..Amanah..Adil dan Cekap!! x nak lah sekarang cakap lain nanti cakap lain... yg merana RAKYAT. 

andai kata BN menang...UITM akan dibina di Serendah, Hulu Selangor (KHAS UNTUK BUMIPUTRA SAHAJA).  kina x sabar nak tgk perubahan yg akan berlaku di sini. pada sape2 rakyat HULU SELANGOR korang balik la MENGUNDI. TUNAIKANLAH TANGGUNGJAWAB korang... PILIHLAH mana yg MENGHARGAI RAKYAT. bukan nak MENGHANCURKAN RAKYAT.

lu pikirlah sendiri!!

nOtaKaKiKina:
andai kata2 kian mengguris hati kOrang..kina mintak maaf. kina hanya bersikap jujur untuk luahkan ape yg kina rasa. tiada kena-mengena antara hidup dan mati. kalau ada hanya kebetulan.....kui..kui..kui...

TAHNIAH buat penduduk Sg. Buaya. perjuangan korang selama 
15 tahun berbaloi-baloi. so ape lagi...jOm lah belanja kina!! kepci pun boleyyyyy!!

Tuesday, April 20, 2010

..:: be my 19,099th visitor http://mamasygaina.blogspot.com/ ::..


::salam::

rasa dah lama kina x msk ape-ape contest nih. rasa rindu lak..nak cuba lah!!  tapi tuk kali ke berapa tah kina dah lupa. korang nak try x? try lah...kalau korang nak KLIK sini yew?
 tuan rumah cakap ..(nak kasi hadiah babe, kena lah bersyarat :P)

jadi..inilah syaratnya... 

[1] mesti lah warganegara MALAYSIA :)
[2] berumur 18tahun ke atas, tak kesah lah lelaki atau perempuan, saudara-mara ataupun tidak, yang dikenali ataupun tidak.
[3] mesti jadi follower belog saya. *blush*blush*
[4] letakkan banner seperti di atas di belog anda, dan link-kan balik kepada belog saya ;)
[5] kalau dah cukup syarat-syarat-nya, dan jika ditakdir-kan anda-lah visitor yang ke 19,099 itu, sila lah capture (print screen or snap) the required number seperti di atas be dengan gambar belog saya, dan emailkan kepada saya di faryn_farhana@yahoo.com

nOtaKaKiKiNa: 
harap2 ada luck kina kali nih....aminnnn..

Monday, April 19, 2010

..:: acik spin dah tinggalkan aku buat SELAMANYA::..

::salam::

kina terperanjat mlm sabtu hari tu bila kina dapat mesej dari seorang kawan..dia nih kawan rapat arwah acik spin. dia kata dia dpt mesej petang tue yg acik spin dah meinggal dalam kemalangan dekat highway. arwah pulang dari Angkasapuri time tue...adesss...terkezut kinaaaaa...

kina ingat lagi...kina pernah join majalah REMAJA buat trip ke P.D bersama2 kumpulan SPIN..NOR DIANA dan ELYANA. tahun bila tue kina dah x igt lagi. sbb citer nih dah lama...nak tunjuk gambo pun x de..sbb zaman tue camera digital pun blm ada lagi. cuma ada gambo biasa dan ada dlm majalah REMAJA je. majalah tue pun ke mana tah perginya. kalau x leh tunjuk kat korang.

masa tue mmg best sgt2...sbb dorang adalah artis yg paling kina minat. sanggup tue kina pergi trip tue untuk nak tengok dorang dengan mata kepala kina sendiri. selalu tgk kat TV je... kebetulan lak kina masa tue group acik. ape lagi...lompat sakan lah kina masa tue!! 

itulah kenangan kina bersama arwah..kina suka lagu2 dia..bila karaoke mesti kina pilih lagu dia. kina suka sgt tgk muka dia..suara dia dan lagu dia. 

kina harap arwah  acik akan berada kalangan orang2 yg beriman. kini tiada lagi gelak tawa dia...guru senda dia... dan lagu2 dia. 

sob...sob..sob...

x leh tahan kesedihan kina hari ini. nti kalau kina ada masa...kina sambung lagi.

Friday, April 16, 2010

..:: Nak Kaya? jOm ikut saya ::..


::salam::

mmm...dah ramai yg bertanya pada kina 
kenapa x update?
bz sgt ker?
rindu... lama x dengar citer?
pe citer sekarang?
kina sakit ker?

dan

ada biz baik ker?

adesssss...byk tul yg bertanya kan? kina suka!! sekurang2 kurangnyer ramai yg perihatin pada kina dan sayang kina...huhuhu (ada ker syg kina?)

kina suka soalan yg last tue ' ada biz (bisnes) baik ker?'..

hehehehe..mmg ada!! skrg kina buat biz kecik2 jer tpi untung BAPAK BESAR!!


mesti korang tertanya2..biz ape yg kecik untung bapak besar tu kan? kalau nak tahu....


senang jer...

YM kina atau pergi FaceBook kina. mesti korang akan tahu jawapannye.


mcm nie lah...mesti korang malas punye....kina tunjukkanlah gambo2 yg kina ada nih untuk korang. pastu korang decide sendiri mcm ne.

::mana yg x nmpk tue..korang klik 2x yea ::..
pape YM kina...kina pasti akan layan soalan korang!!


kinakoyu2@yahoo.com.my

nOtaKaKiKiNa: 

MEMBE$ARKAN
INCOME UTK MEMENUHI IMPIAN???
ATAU MENGECILKAN IMPIAN UTK MEMENUHI INCOME???

Saturday, April 10, 2010

..:: HANG TUAH...betul ke wujud? ::..

::salam::
:: sumber dari google::
tadi kina jalan2 kat blog


di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya. 

 cerita nih kina dpt dari pakcik yg bekerja dgn kina..Pakcik Zainal... 

dia kata 

pakcik tak percaya Hang Tuah tue wujud. sbb arwah bapak pakcik citer pada pakcik mana ada pahlawan yg terel dekat Melaka pada masa tue. Tiba2 datang pahlawan dari negara cina bersama2 dengan Puteri Hang Li po. disebabkan pahlawan itu telah berbakti dan sebagai tanda penghargaan pada Puteri Hang Li Po, sultan telah menamakan mereka dgn loghat melayu. 

contohnya 

Hang Tuah - Hang Too Ah
Hang Jebat - Hang Jee Fatt
Hang Likir - Hang Lee Ker
Hang Lekiu - Hang Lee Kiew
manakala Hang Kasturi pula diragui kerana ada 4 suku kata. sbb nama dia ada berbaurkan loghat melayu.

kiranya si Hang jebat nih pahlawan telah yg diMELAYUkan oleh Sultan. Dan dia sebenarnya anak cucu keturunan rombongan Puteri Hang Li Po.
Berdasarkan cerita di atas bererti orang-orang Melayu kita telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

so mcm maner? korang rasa betul ker Hang Tuah tue wujud? kalau benar2 wujud mana perginya semua keturanan Hang Tuah. Mana Ibu bapa dia? dari mana asal dia? tak kan Hang Tuah hilang semuanya hilang? 
mmm...bg sape2 yg ada jawapan sila terangkan pada kina. mesti ramai yg kat luar sana nak tahu jawapannya jugak.

Friday, April 9, 2010

..:: hargailah jasa Ibu kita selagi dia ada ::..


::salam::

Jasa ibu cukup besar dalam hidup kita, semoga kita menghargainya dan membalasnya jika berkesempatan. ..insyaAllah. ..

Selagi Dia Masih Hidup.......

- Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Ibu sanggup berjaga mlm bimbang nanti anknye digigit sang nyamuk.. Kita pula
membalas budi ibu dengan menangis sepanjang malam...itu balasan kite pd ibu.


- Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai. Namun ibu tetap terhibur dgn kerenah nakal kite...

- Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon dan bermacam alatulis.., agar kita nanti jadi insan intelek. Kita pula membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah.
ada pulak tue bila dah besar sanggup menconteng arang di muka ibu kita.

- semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya..Supaya kite dapat bergembira b'sama rakan2 dgn m'gayakan baju baru b'warna-warni. .. ibu sendiri kekadang tidak mampu membelinye utk diri ibu sendiri. Namun tak kisahlah...itu kate ibu... Kita pula membalas budi ibu dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.


- Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah.. dengan niat mendidik minda dan jiwa si anak.. Kita membalas budinya dengan menjerit , "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH". memukul2 ibu..merajuk dengan ibu...

- Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.walhal ibu korbankan masa terluangnye. ...korbankan masa utk ibu rehatkan tubuh yg sudah skian lama mnahan penat..


- Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV..bimbang nanti ter'effect prestasi belajar krn terlalu asyik.. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah. seakan ibu mengongkong kita utk hiburkan hati kite...


- Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. ibu bimbang.. gusar anak ibu nanti terpesong arah... Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa "Ibu tak ada "TASTE"..jgn campur peribadi saya!!!"
. kadang2 ada yg cakap ' ibu nih ketinggalan zaman betul lah!!'

- Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. kite tak langsung reti utk hiburkan ibu sekali sekala... Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.. malas nak mlayan ibu yg pasti menanyakan itu ini...

- Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.. gembiranya ibu tak terkata... "alhamdulillah yaAllah.. anak yg Kau kurniakan kini berjaya dlm ujian hidupnye..." Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana sebok enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.


- Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita. sedih hati ibu utk berpisah dgn kita sbagai si anak utk smentara waktu... Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu nanti dilihat kawan-kawan.


- Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada boyfriend/girlfrien  ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!" suke hati sayalah!!! ade ke..takde ke..bukan ibu yg nak kawin!!"


- Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya akan cuba jadi yg terbaik sehabis saya boleh ..dan yg pentingnye ibu...saya tak mahu jadi macam ibu!!" ibu pasti tersenyum kelat.

- Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan..taste ibu taste org dulu2...takde class langsung!


- Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu. mals takut nanti ibu m'ganggu rumahtangga kite..hm...ade ke patut...


- Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..tak sama dah dgn cara ibu besarkan saya!!!!!"


- Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan kata " saya sibuk!!!! i'm very sorry..."


- Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera ke pejabat...


Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu.. dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.doakan kesejahteraan ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.

>skiranye kita masih punye ibu dlm menjalani hidup ini....hargai ibu...jage hati ibu...hadiahkanlah keperibadian yg baik utk ibu...agar ibu puas dgn apa yg ibu korbankan..agar ibu bangga krn punye anak soleh/ solehah yg akan mendoakan ibu di akhirat kelak...

TIADA YANG LAIN SELAIN IBU YANG SANGGUP DAN MAMPU BERKORBAN UTK ANAKMU INI.

sahabat..doakanlah kebahagiaan ibu kite... bukan sahaja ibu semata2..kerna b'sama ibu itulah AYAH....yg jua turut sama berusaha mendidik, mentarbiyyah dan membesarkan kite...SANGUPKAH. ..sanggup sanggupkah kite jika ditakdirkan esok masanye kita b'pisah dgn ibu and ayah utk slamanya di dunia ini....

Betapa Deritanya Ibu Kita Melahirkan Kita

Apakah Perasaan Anda setelah Membaca ARTICLE INI BEGITU MENYENTUH HATI berhenti lah seketika dari ngadap pc ni ... doa kan ibu anda ..

..:: tido x pakai bra ::..

::salam::

nak tengok org tidor x pakai bra? meh sini kina tunjuk...

amacam? sexy x?

Thursday, April 8, 2010

..:: sLeepinG Cutie cOntest ::..


::salam::

dgn hati yg berbunga-bungaa kina nak join lah cOntest nih. mana tahu ada rezeki adam kali nih.. 

cOntest 
alamak? dah nak hbs tarikh cOntest nih..x pe tinggal lagi bape jam je nih.

syarat2 contest nih ada....mana leh x de kan?


::nampak x? kalau x nampak sila tekan 2 x untuk kejelasan yg maximum ::

gambar ini ku pertaruhkan


Nama : Adam Haziq Bin Mazni
Umur : 02.01.2009 (1 tahun 3 bulan )


lagu DoDoi

Adam lah Haziq...Adam Haziq buah hati mama
tidurlah sayang mama dodoikan siang dan malam
wahai sayangku....
lekaskan pejam matamu 
agar kamu mimpi yang indah2..
jangan kamu bimbang mama sentisa disisimu sayang...


Tuesday, April 6, 2010

..:: sampai hati betul mereka ::..

::salam::

pagi tadi kina beli nasi lemak kat kedai Sg. Choh tue..kebetulan ada lak org tue jual surat kabar. kina terkezut lah bila terbaca surat khabar Harian Metro terpampang gambar arwah Din BerambOi. tajuk berita tuh Rentap Kenangan. adesss...ape la pulak kali nih? berdebar2 hati kina bila nak baca isi kandungan nyer. 

:: ini lah rumah arwah Din BerambOi::

rumah arwah dekat je dgn rumah kina.  jln kaki dah blh sampai lah. sampai tue sampai tapi gerak kul 8 pagi sampainye nyer 5 petang agaknye. heheheh... rumah arwah dekat Sg. Buaya..Rawang. 

berbalik tajuk di atas... rumah arwah telah dimasuki penyamunnnnn. penyamun tue lebih kurang mcm penyamun tarbus 6 jahanam tue lah!!. mereka mengambil kesempatan ke atas family arwah. time tue family arwah tiada dirumah. sebab tue lah menyamun nih bermaharajalela lah mlm tue dan mengambil laptop ..barang2 berharga dan yg paling penting brg yg ada kenangan dengan arwah. sungguh sedeh family arwah dengan dugaan ini. 

kina hairanlah ...

penyamun2 tue x de hati perut ker? dah lah org nyer baru meninggal. pastu sanggup merompak rumah peninggalan arwah. sungguh KEJAM! ini mesti kerja mat pet nih.... ?

bawah nie pulak kina baca dari FB kina berkenaaan 

RAFIQIN DARWISY

sape org nih? pelakon baru ker? penyanyi baru ker? 

korang mesti dah tahu sape si Rafiqin Darwisy nih kan? apeeeee? tak tahuuuuuu? 

 

pada sape2 yg tak tahu sape  Rafiqin Darwisy nih meh sini kina kenalkan. dia nie budak paling popular di facebook sekarang !! nape x caya...?

:: inilah budak  oTak paLing dungu tuh::

dia telah menghina arwah Din BerambOi. tapi kina x dapat cari ayat mcm ner dia tulis. yg kina tahu ramai org FB marah2 kan dia. dia kutuk2 arwah...kalau korang nak tahu lebih lanjut korang klik lah nama dia dkt FB mesti korang akan paham ape yg kina tulis nih. nak cakap byk nti tersalah tulis. adesss....x pasal2 kina lak yg jadi popular. huhuhuhu..

lagi kes buat kina marah pagi2 tadi.

v

v

v

:: iBu tikam 2 org anak ::

BATU PAHAT: Akibat menghadapi tekanan perasaan dan sentiasa dirundung kekecewaan termasuk melahirkan anak cacat, seorang wanita yang masih dalam pantang bertindak luar dugaan menikam dua anaknya dengan gunting ketika mereka nyenyak tidur di rumahnya di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah di sini, awal pagi semalam.

Suri rumah berusia 39 tahun itu dikatakan pernah menerima rawatan sakit mental setahun lalu, tetapi pulih hingga melahirkan anak kelima iaitu bayi perempuan tunggal, 26 Mac lalu.

Bagaimanapun, lima hari selepas melahirkan, bapanya meninggal dunia menyebabkan wanita itu dikatakan tertekan, manakala bayi perempuannya disahkan menghidap sindrom Down dan kini masih di bawah jagaan Hospital Batu Pahat (HBP) di sini.

sampai hati mak dia nak bunuh mereka. ini lah manusia yg x ada keimanan dalam diri. sbb itu kejadian mcm nih blh terjadi.  naseb baik kecederaan x serius. kalau mati?

 

Monday, April 5, 2010

..:: dapat kad kawen dari MAMA KITER ::..


::salam::

minggu lepas kina dapat kad kawen dari mama kiter.. kina ingatkan mama kiter lupa nak jemput kina. mama kiter kawen?? eh x lah...anak dara kesayangan dia yg kawen. 

nOtaKaKiKiNa : mama insyaallah kina dtg. kg kina pun dkt2 situ gak.. 

::salam::

jOm kita selami perangai2 si LELAKI kali ini. mesti ramai kat luar sana ramai nak tahu kan? kina bukan nak menyebelahi si LELAKI nih. cuma nak berkongsi ilmu....mana tahu elok untuk kita? 


1. Bila si dia sibuk....... .Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik.... .....
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.


4. Bila si dia panas baran....... .
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... ....
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong. ....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba..... ..
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.


so macam maner? tepuk dada tanya hati. kalau korang ada pandangan boleh ler kongsi dgn kina. 

..:: kisah ibu yg BERDENDAM terhadap menantunya ::..


Ibu, Anak Dan Menantu

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman

sekolah..mereka sering kelihatan bersama  di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di  

sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ .tetapi dalam setiap
percintaan  mesti ada dugaan nya.. ‘

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya supaya mengikuti sgala kehendak nya..

Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang  lelaki iaitu Razman.

Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan  mereka.


Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa

 akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah  setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .

tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah

kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya  tersiat. Malah
meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...

tambahan mengetahui berita tentang wajah anaknya akan menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan

cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya

dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat
kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk

pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar
tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka
anaknya berkali-kali.

............ ......... ....

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk

pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu
yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua


*HAHAHAHAHA :)



NotaKaKiKiNa: ape pengajaran cerita nih? jOm lah kOngsi...


Saturday, April 3, 2010

..:: Sesapa nk ganti aku tahun depan... Dah x larat lagi nk buat klakar ~ kata2 terakhir Din BerambOi ::..


::salam::

hai kOrang... kina tadi belek FB kina..pastu terbaca wall FB mamat nih... baca punyer baca kina tertarik dgn gambo dan ayat nih..

mamat nih dapat dari tweeter arwah Din BerambOi. macam dia tahu2 jer dia akan meninggalkan kita semua. sehingga hari nih..kina masih rasa kehilangan dia. 

pagi sabtu nih kina x tahu nak buat ape kat opis. masuk2 terus bukak FB dan tgk blOg. rasa nak balik cepat. boleh? hehehehe....
 

Friday, April 2, 2010

..:: DIN BERAMBOI DAH MENINGGAL ~ kini tinggal kenangan ::..


::salam::
 pagi Jumaat yg cukup tenang rupa2 nya ada seorang hamba ALLAH telah meninggalkan kita semua. Din Beramboi telah meninggal dunia mlm tadi di Spital Selayang. ALLAH lebih menyayanginya...


kina x tahu kenapa bila kina dgr je berita kat radio Sinar tentang kematian Din Beramboi kina rasa sebak dan nak menangis. Tapi kina x leh nak menangis.... nanti kang Supra pelik lak kenapa kina menangis pagi2 nih. Dah x jadi nak menangissssssssss..... huk..huk..huk...

pastu pulak bila dgr pendengar2 radio Sinar luahkan perasaan dorang tentang kehilangan Din Beramboi lagi lah kina sebak. kina tahan je..kina tahan je....sampai sekarang nie kina rasa sedih. x tahu kenapa begitu sekali perasaan kina. Nak kata kina peminat NO. 1 dia x jugak..tapi kina betul2 rasa kehilangan dia. macam ne lak dgn orang yg lebih rapat dgn dia kan? mesti mereka lebih sedih berbanding kesedihan kina nih. Walaumacammanepun... kita akan kehilangan seorang PENGHIBUR yg disayangi orang ramai. kina salah satunya....

huk..huk..huk...

Apepun...marilah kita beramai2 sedekahkan Al-fatihah kepada arwah. semoga dia ditempatkan dikalangan org2 beriman.

aminnnnnn...

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣