♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Saturday, December 18, 2010

..:: Wanita koma ditikam 19 kali, disimbah asid ::..

::assalamualaikum::

Lagi berita menggemparkan dan menghayat hati hari nie. jOm ikuti berita tersebut.
NURAIN ASHIKIN yang menjadi mangsa tikaman 19 kali dan melecur disimbah asid.

ULU TIRAM: Seorang wanita yang mengandung enam bulan koma manakala bayi dalam kandungannya meninggal dunia selepas dia ditikam bertubi-tubi serta disimbah cuka getah dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, di sini pagi kelmarin.

Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Intensif Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru berikutan cedera di bahagian perut, selain melecur di muka, belakang badan, tangan dan kaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa, Nurain Ashikin Jemedi, 17, didatangi seorang lelaki berusia 42 tahun yang kemudian secara tiba-tiba menikam mangsa sebelum menyimbah cuka getah ke seluruh badan mangsa. 

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berada bersama adik perempuannya berusia 13 tahun dan anak saudaranya berusia 2 tahun, manakala ibunya keluar menoreh getah di kawasan berhampiran rumah mereka.

Suspek dikatakan menyerbu masuk rumah mangsa sebelum menendang pintu biliknya dan menyerang mangsa dengan menikamnya sebanyak 19 kali.

Mangsa cuba melarikan diri ke bilik air, namun suspek mengejar mangsa serta menyimbahnya dengan cuka getah menyebabkan mangsa terjatuh dan pengsan.

Adik mangsa yang berada di tempat kejadian menelefon kakak mereka bagi memaklumkan kejadian itu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, ketika mengesahkan kejadian berkata, suspek ditahan selepas menyerah diri sejurus kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu selepas mangsa yang mengenali suspek sejak berusia 12 tahun, dikatakan keluar bersama lelaki lain.

“Anak dalam kandungan mangsa meninggal dunia akibat terkena tikaman suspek, malah mangsa juga kini koma dan hampir seluruh badannya termasuk bahagian muka melecur akibat disimbah asid.

“Suspek kini direman sehingga 21 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307/326 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, kakak mangsa, Zuraidah Jemedi, berkata dia dan keluarganya tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa adiknya.

“Kami dan tidak menyangka suspek boleh berkelakuan sebegitu. Suspek memang baik dengan keluarga kami, malah dia turut ada hati dengan Ain,” katanya.

PILU...ibu mangsa, Tuminah (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya di HSI, semalam. 
 
berita di petik dari : Berita Harian & MetrO

Friday, December 17, 2010

..:: HUKUM ada ayat al-quran pada kad kawen ::..

.. assalamualaikum ..

pagi tadi kina ada citer pasal kad kawen kan? memandangkan bulan nie bulan mendirikan masjid kina nak share info kat kOrang. semOga kita mendapat pelajaran pada hari nie dengan jayanya! 

perkara yg kina nak share nie bukan citer pasal kawen yew... kina nak cite pasal kad kawen. ramai yg tak tahu pasal nie. Oleh itu mOh kita baca sampai habissss.


n3 nie kina dapat dari blOg 

 
Soalan:
BAGAIMANA jika kad kahwin di dalamnya mengandungi surah al-Quran dan maknanya lalu diedarkan dan ia kemudian dibuang begitu saja? 

Jawapan:
AYAT-ayat al-Quran dan nama-nama Allah hendaklah dijaga supaya tidak tercemar kesucian. Kad kahwin yang mengandungi surah al-Quran dan maknanya hendaklah dijaga dan jangan dibuang begitu saja.

Menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk menjaga kesucian agamanya.Contohnya, ayat berkenaan boleh dilupus secara tertib dengan membakar dan seterusnya ditanam atau dihanyutkan di sungai atau laut.




nOtaKaKiKina: lepas nie kad kawen dah tak bOleh buang mcm tue je. selalunya nak g rumah kawen bukan main lagi pegang je kat tangan. bila dah kenyangggg... tak ingat kad tue dkt mana. kan??

..:: kad kawen MIZA ::..

.. assalamualaikum ..

SELAMAT HARI JUMAAT. Bertemu kita lagi ini hari. Syukur Al-Hamdulillah ALLAH masih panjangkan lagi umur kita. Kan? Ada sehat ka adik manisssss ?? abg hensemmmmm?? semOga kOrang sehat dan hepi selalu. 

wah hari nie kina rasa hepi sangat² sebab hari nie sahabat maya kina a.k.a blogger nikah hari nie. x silap kina lah. sebab majlisnya 18.12.2010 dah tentu nikah hari nie kan? kina nak mintak maaf kat miza sebab x dapat hadir ke majlis dia. x dapat cuti la sayangggg... maklumlah hujung² tahun susah nak cuti. nak kira bOnus la...nak kira gaji lah.. time mcm nie lah bos nak tgk kita punyer performance kan? nak tak nak kena kerja la nampaknya. 

nak tgk tak kad kawen miza?? cantik taw..
v
v


 yg uniknya kad kawen dia nie kan...siap ada kelender taw. wah....mcm² dah bentuk dan rupa kad kawen masa kini kan? bertuah budak² sekarang. tapi..jgn membazir sudah la yew...
 memandangkan kina x dapat datang..kina nak mengambil kesempatan pada hari nie iaitu 

kina nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi jemput. SELAMAT PENGANTIN BARU semoga bahagia ke akhir hayat. Semoga mendapat anak yg soleh dan soleha. Semoga cik abang awk sayang giler kat awak sepertimana awk sayangkan dia. Hidup berumah tangga nie banyak dugaannya. jadi..bersabarlah meredahnya. akhir kata... Semoga menjadi isteri sOleha selamanya.

Thursday, December 16, 2010

..:: YEAH!! YEAH!! dapat HADIAH!! ::..

..assalamualaikum..

sedap tul tido pagi nie...jam menunjukkan 11.53am , tapi tgk cuaca kat luar mendung lagi. kalau la dkt rumah nie.... dah cari bantal dah!  hehehehe... cuaca kat sana mcm mane pulak??

ingat lagi tak..pasal kina ada menang 1 giveaway dari aainaa.. hadiah dah dapat semalam. patutnya hari selasa dah dapat. tapi kena amek dkt pejabat pos lak. sbbnya masa org pos laju dtg x de sape dekat rumah. dah satu kerja nak pergi amek sendiri. hehehehe...

pagi smlm supra hantar kina kerja kebetulan dia off..supra lah pergi amek. kina tanya dia lepas tue, hadiah ape yg kina dapat? dia kata nak tgu kina balik bukak sendiri. baru besttttt...katanya. yea x yea jugak kan? 

taraaaaaaaa........
 cantikkan kOtak dia...cOmel sangat² mcm tuan yg bagi hadiah nie.

nak tahu kina dapat hadiah ape?? kina dapat shawl yg cantik dan beg yg cOmel!!


 tadaaaaaa......

terima kasih kak aainaa nadirah!
inilah tuan yg bagi hadiah nie!
(akk sori kina amek gambo akk)

Wednesday, December 15, 2010

..:: BERTUNANG lagi?? ape kes?? ::..

.. assalamualaikum ..

Pada 11.12.2010 yg lepas sepupu kina bertunang dekat Sungai Besar, SelangOr. kami pergi adalah dalam 8 kereta 1 van. ramaikan? x sangka lak ramai yg nak menghantar... ini semua gara² nak tgk sawah secara live la nie! maklumlah org key ell la katakan. jakun sikit bila tgk sawah² nie. huhuhuhu

gambO kat bawah nie time orang tua² dOk bincang. yg kami lak sebuk bergambO. untuk buat kenangan yew..utk buat bukti kami pergi pun yew gak. x nak la nanti kata kami x menghantar. org zaman sekarang nie suka balas membalas. kalau kO x datang kenduri aku..aku x nak dtg masa kenduri kO. uiksss...ada yg terasa ker?? sori yew..kina bukan nak cari salah sape². ini realiti pesen orang zaman sekarang. kalau kOrang x buat mcm tue bagus la!

kina dgn mak mertua kina..sayang Omakkkk!!
 adesss....gambOr dah ok kina rasa. tapi ... alamakkkkk muka berkilat giler!! 
bOleh gOreng telOr nie!!
tgh sebuk² amek gambOr...si adam pun amek tugas sepupu kina. dia pulak nak amek gambOr. ini lah hasil kerja tangan adam.



 ok tak??

ok gak la tue kan??

kat bawah nie la TUNANG sepupu kina.
v
v
 sesi sarung menyarung cincin.
 antara hantaran yg ada...

bab hantaran nie paling best!! sepupu kina lelaki taw... so kami byk la dapat hantaran berupa makanan. itu untung tue kan??
 ini sesi tawar menawar... sepupu kina sebenarnya dah bincang dgn bakal tunang dia. mereka setuju hantaran hanya RM6000.00 jer. tapi entah nape tetiba belah pompuan mintak RM7000.00..aikk..naik seriban?? adesss.....pening pale sepupu kina. nak tak nak...kena setuju je lah. kO nak kawen kan?? haaaa...cari le duit yewwww!!


 
sesi bertunang dah habis... lepas tue kami pergi rumah baru adik ipar kina kat area² situ jugak. memandangkan kami x pernah pergi..kami ramai² serbu rumah dia. kebetulan rumah adik ipar kina nie dkt dgn sawah. masing² x sabar nak amek gambOr. termasukla kina nie haaaaa.....
v
v
v
 cantikkan?? luas pemandangan...sejuk mata memandang! kina suka sangat²!!

kalau kOrang nak tahu..kina suka rumah dekat dengan sawah. itu yg jakun giler masa nie.

 siap bOleh mancing lagi taw...mancing dalam rumah tue.



l
 hari makin petang...perjalan kami jauh lagi. ada yg dari negeri 9 pun ada, sO kami x leh lama².. kami pun berangkat la pulang. dah x de pemandangan yg cantik menghijau lagi lepas nie. huhuhuhukkk....
dalam perjalanan..adam pun sibuk nak amek gambOr kami. ini lah hasilnya
v
v
v


  dah penatttttttt...tidO sudah!

muka org kepenatan nie kOnOnnya
v
v
 dalam perjalanan kami terjumpa Fun Fair..betul² dekat area TESCO Kuala SelangOr. mana yg jauh tue dOrang dah gerak dulu. tinggal kami sekeluarga je. jadilah....
  Fun FAir mmg fun! permainannya semua best²!! macam permainan yg ada dekat Genting pulak. kan best Fun Fair nie ada dkt Rawang. bOleh pergi lagi habiskan duit supra. hahahahaha...
 mmg tinggi giler benda alah nie...
v
v
v
 ni yg kina bg tahu tue...sebijik mcm ada dkt Genting tue
v
v
 time nie spupu kina yg baru bertunang tue tgh naik benda nie.
ini  lah sepupu kina tue! naseb bek x de pape OOOiiii. dah tengah manis giler nie!! suka² je nak naik kan?? kina kalau ikutkan nak ikut jugak naik...tapi pakai baju kurung daaa... lupakan je lah!! nanti mau ramai org tgu kat bawah melOpOng pandang atas!
 ala..gambOr x berapa nak nampak la. time nie mama, ayah, mak enOn dan adam naik benda nie. tgk adam suka tul..


kami sampai rumah adalah dalam kul 9 malam. penat mmg penat... tapi sOnOk dapat berjalan. segala kenangan masa tue x dapat kina lupakan sampai bila².

buat sepupu kina: EJAM..lepas nie kO dah jadi tunang orang. cari duit banyak² yO. huhuhuhu.. aku dOakan kOrang akan bahagia selamanya. aminnn.....

..:: SELAMAT HARI JADI AYAH!! ::..

.. assalamualaikum ..

baru² nie besday ayah kesayangan kina. inilah rupa kek yg kina buat beli hari tue. sedap tul... kina x dapat nak belikan ayah kina nyer hadiah. ini je yg mampu untuk kali nie. Insyaallah...kalau ada rezeki tahun depan kina nak bg hadiah special untuk ayah!
masa nie pakcik dan makcik kina dtg..sbb esok sepupu kina bertunang. kebetulan dOrang semua berkumpul dulu kat rumah kina pagi esOk. sO meriah la sikit masa ayah kina nak tiup lilin tue. ok gak tu kan?? 
 si adam pun tak ketinggalan jugak..dia pun nakkkkkkk jugakkkkkk tiup lilin. kina siap pasang balik lilin tuk bagi dia tiup. dia tak tahu lagi tuh bulan depan besday dia pulak. kina x tahu nak beli hadiah ape tuk si adam ni nanti. kek pun x tahu nak yg mcm mana. yg pasti kek kena besar..sbb adik² sepupu kina ramai. kalau kecik kOmpOm x cukup kan?
 malam tue kina hepi sangat² sebab ALLAH masih panjangkan lagi umur kami semua. terutama sekali ayah dan mama kina. ayah tahun nie dah 56 tahun. dah setahun dia pencen. naseb bek badan ayah x bertambah bulat. heheheheh... 

rasanya dia kurus sebab jaga cucu dia yg sOrang nie
v
v
v
V

p/s: mana yg masih ada ayah dan mak lagi..kOrang sambut la besday dOrang. selagi mereka masih ada. walaupun x de duit nak beli kek atau hadiah. wish kat dOrang je pun x pe. janji dOrang tahu kita sayangkan dOrang. kita bila dah jadi mak... kata² ucapan tue lebih bermakna dari hadiah yg harga beribu-beribu! kan? kan? kan?

" SELAMAT HARI JADI AYAH"

Tuesday, December 14, 2010

..:: perkembangan ADAM yg TERKINI ::..

.. assalamualaikum ..

kina dah lama x cerita pasal perkembangan adam kan? asyik update menda dan citer lain je kan? ok..hari nie kina nak kOngsi cerita pasal adam. sekarang nie adam umurnya dah 1 tahun 11 bulan. kejap lagi dah nak masuk 2 tahun kan?pejam celik pejam celik dah besar anak kina kan?jOm kina nak citer ape perkembangan adam kali ini.

perkembangan terbaru adam ialah 
  • dia dah pandai cakap sekit². tapi yg kelakarnya kebanyakkannya perkataan tue bermula dgn huruf 'K'. cOntOhnya : tolong = Koyong , tak nak = ka nak
  • dia dah pandai mandi sendiri..tapi kina ada la kat situ perhatikan dia.
  • dah paham ape yg kina ckp pada dia. kiranya dia dah bOleh di suruh² kalau kina perlukan pertOlOngan dia.
  • sekarang nie adam dah bOleh duduk kat sebelah papa dia bila naik kereta. sO kina terpaksalah duduk dekat belakang. kadang² kina saje je nak menyelit kat depan. tak bagi dia... (boring dok belakang sorang² sebenarnya..hehehehe)
  • dah pandai keluar dari buai. ini yg kina risau...takut terjatuh je. dulu time x pandai turun sendiri dia  tepuk tangan jer. hehehehe...
  • makan sendiri dgn garfu dan sudu. x nak dah suap² sekarang nie.... kalau bOleh dia nak mkn sendiri. kalau kat rumah kina mmg ajar dia makan sendiri. tapi kalau kat restoren kina segan la nak bg dia mkn sendiri. time mkn x pe sgt..time nak blaaa tue. makaiiii...meja kami yg paling bersepah. itu semua adam punyer keje!! hehehehe...
  • Dan yg terbaru.....pandai amek gambar guna kemera!.  gelihati kina tgk dia amek gambar orang. Dan org pun gelihati tgk gelagat dia. mcm pandai sgt je taw. 
jOm layan gambar adam amek....
v
v
v
 ini bukan adam amek..kina yg amek. heheheheh.... yg kat bawah nie dia yg amek.
v
v
v

byk lagi sebenarnya. dalam n3 yg lain kina tunjukkan yew...

naseb bek kemere digital. kalau kemere zaman guna KODAK mau kepala x BOTAK? hehehehe... teringat zaman tue. kalau nak amek gambar poyo² berpOsing. nak kan gambO yg cantik je kan. bila cuci mesti kadang² bengang sbb ada jer gambO x jadi.. lagi bengang beli kOdak 12  punyer jadinya 6 jer. mau x HOT?

zaman semakin canggih kan? tapi kenangan dulu jangan dilupakan. ia cukup manis bila dingat-ingatkan kan? ada tu pulak kina pernah jumpa seseorang tue. dia x suka ingat zaman yg lepas²nya... rugi kan itu orang? mungkin prinsip hidupnya x nak lagi pandang belakang kOt. urrrrmmmm... x pe lah. itu dia punye pasal. hikkkk..... ada mama kisah??

p/s: adam dah pandai mintak adik sekarang nie. heheheheh..ape nak buat yew?

Monday, December 13, 2010

..:: kOrang ada TIPS HILANGKAN KELEMUMUR?? ::..

::assalamualaikum::

hai..selamat petang semua! kina nak mintak TOLONG sangat² kat kOrang kalau ada sape² tahu pasal mcm mana nak hilangkan kelemumur. kina dah banyak kali cuba syampu anti kelemumur. tapi masih x hilang². untuk pengetahuan kOrang...kina nie berambut panjang dan pakai tudung. lepas tue kina ada lagi satu masalah rambut iaitu rambut gugur. setiap kali basuh rambut, sikat rambut dan ikat rambut mesti rambut akan gugur. sekarang nie kina kumpul rambut² kina tu taw. kalau kOrang nak tahu rambut kina tue dah nak dekat 1 pelastik taw.... 

huk..huk..huk..
(hati dalam kesedihan...tapi stil bOleh amek gambO mcm gitu)

ada tak syampu yg boleh berhentikan rambut gugur dan kelemumur sekali serentak? 

ada tak tips atau pertua?

sekarang kina tengah guna syampu sunslik yg botol gold tue. TAPI TAK HILANG PUN!! lagi bertambah ada lah!!!

kina takut lama² nanti rambut kina semakin nipis dan gegatalan rambut makin bertambah.

TOLONG kina yew...kina harap sangat kOrang bg kerjasama. keciankan lah kina nie... 
(ayat muka sposen ni taw...huhuhuhu)

sebelum ni kina dah dapat 1 pertua yg telah diberikan Oleh CEMPAKAMELATI iaitu

Mula-mula ambil segenggam daun inai (sebaik-baiknya daun inai tua) dan satu sudu teh (yang telah direndam dengan air panas selama sepuluh minit), digiling halus dan lumat.  Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan perap selama satu jam kemudian dibersihkan.  Amalkanlah petua ini tiga minggu sekali, insyaallah masalah kelemumur akan berkurangan sikit demi sedikit.

Friday, December 10, 2010

..:: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! ::..

::assalamualaikum::

hari nie kina giler update.... kali ni kina nak jOin 1 GA yg special dari MAMA KEMBAR 3 


Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets 

due date:
06.01.2011

3 orang yg kina TAG ialah

..:: tahu tak makna DOA antara @ sujud?? ::..

::assalamualaikum::

kita selalu baca dOa dalam bahasa jawi..tapi kita kebanyakkanya x tahu makna dOa tersebutkan? kalau silap baca dah lain makna pulak. betOl x? 

kita nie kalau tahu makna mesti kita akan menghayati dOa tue kan? hari nie kina nak kOngsi satu 
pelajaran iaitu mengenai makna dOa...
doa pilihan kina kali ini : bacaan duduk di antara dua sujud :

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (sihatkan aku)

Wa’fuannii (maafkan aku)




nOtaKaKiKiNa:~ bertapa cantik makna dOa nie kan? dOa nie bukan hanya blh baca masa sembahyang je. ia pun blh digunakan setiap hari, di mana² dan bila masa je. sO...ape lagi mOh le kita sebarkan info nie.

P/s: terima kasih buat nazirulhazwa kerana sudi bagi kina share. kina hargai sangat². benda baik harus dikongsi bersama kan?








..:: 9 cara hargai isteri ::..

::assalamualaikum::


Dalam kehidupan suami isteri kesefahaman dan saling memahami antara satu sama lain adalah kunci kebahagiaan. Oleh itu tidak kira suami atau pun isteri, kita perlu menghargai pasangan masing². Berikut adalah tip yg kina nak kOngsikan pada KAUM SUAMI iaitu bagaimana cara suami menghargai isteri . 

x kan KAUM ISTERI jer perlu hagai suami kannnn?? 

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Fitrah manusia suka diberi perhatian, dikasihi dan dibelai mesra, apa lagi yg memberi perhatian itu si suami. Suburkan perasaan sayang dan cinta itu kepada isteri sebagaimana kOrang menyayangi diri sendiri.

2. Isteri bukan pembantu rumah
Ramai suami anggap kerja rumah tugas isteri sOrang.Sedangkan dalam agama tidak menyatakan demikian sebaliknya menyuruh isteri selain mentaati Allah adalah mentaati suami, menjaga maruah dan harta suami. Mungkin di sebabkan budaya bahawa wanita itu tempatnya didapur sehingga ramai isteri tidak berkira menguruskan kerja rumah walaupun bekerja.

3. Ingat tarikh penting
Jadikanlah rutin memberikan hadiah kepada si isteri pad hari² istimewa seperti pad hari ulang tahun perkahwinan dan besday. harga bukan persoalan taw...... janji hadiah tue bermakna buat isteri.

4. Bantu ringankan beban tugas isteri.
TIdak jatuh ego atau salahnya suami bantu isteri dalam urusan dapur dan anak² kerana rata² isteru sekarang bekerja. Keperihatinan ini membuatkan isteri menghargai pertolongan kOrang sebagai suami. cewaaaahhhhhhh.....(betul tue!! kina sOkOng!!)

5. Bawa isteri berehat. 
Sentiasa luangkan masa bawa isteri dan anak² bersiar dan sesekali bercuti kerana peluang bersama ini boleh mengeratkan hubungan. ketahuilah...isteri memang suka giler bila suami menghargainya dgn cara begini. betOl x isteri² kat luar sana??

6. Ciuman istimewa
Bila last cium isteri? tahun lepas? haaaaahhh?? x leh jadik nie. hampeh tOl..... Cium la isteri tue, cium dahi dia bila kOrang nak pergi dan balik kerja. Buat ciuman kejutan sebagai hadiah atas kejayaan sesuatu yg dia lakukan. TAHUKAH ANDA... ciuman nikmatnya seperti menghilangkan penat seharian bekerja dan kepuasan bila dihargai. 
7. Pujian
Jangan ler kedekut nak puji isteri beb! TAHUKAN ANDA kerana pujian itu boleh menaikkan semangat terutama bila dia tiada keyakinan diri. 

8. Dengar pandangannya
Suami isteri perlu bertukar-tukar pandangan dalam apa juga hal berkaitan rumahtangga dan anak². Tak kita background si isteri apa. dia berhak memberikan pandangan dan kOrang HARUS mendengarnya sebelum membincangkannya dan mencari persetujuan bersama.

9. Penuhi keinginannya
Biarpun bukan semua kemahuan isteri dipenuhi, sekurang-kurangnya kOrang berusaha utk memenuhinya kerana isteri cukup menghargai dan bangga dengan pemberian suami.


ada betOi kaaaaa adik manisssss??


..:: abc's 1st contest! ::..

::assalamualaikum::

kina nak join 1 cOntest yg sesenang abc. due datenya 10.12.10/jam 10 malam nie. jOm ler jOin sekali. mana tahu kali nie kOrang menang ke?

cOntest nie cuma teka berapa bijik kueh karipap yg ada dkt dlm dulang hijau nie.
senang kan?


 jawapan kina
v
v
 v
bismillahirrahmanirrahim.

80 bijik

pastu  3 perkataan tentang blog abc.
padat, manarik ...MANTOP!

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣