♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Tuesday, November 20, 2012

..:: Nak Tambah Anak..Boleh ker sayanggggg??::..

..assalamualaikum..

Selamat Petang???

dah ada yang balik kerja ker? Ker baru nak masuk kerja?

kina jap lagi dah nak balik dah...

Alkisah pagi tadi...

kina: Sayang... bila tengok muka Marrisa comel macam ni rasanya nak tambah lagi sorang anak la. Boleh tak??

en. supra: .....(dia diam jap..tengah pikir kot!!?) urrrmmmmpp..

kina: boleh ker? kalau boleh, tunggu 2 tahun lagi yew?

en. supra: ok.... 

yeah!!! yeah!! yeah!!

mulai hari ni kina nak buat persiapan dari sekarang untuk nak tambah anak yang 2 tahun akan datang ni. Persiapan dari segi keewangan, kesihatan dan mental. Kalau tak ada ketiga² persiapan ni kina tak boleh nak tambah anak. Kina tak nak la anak² kina yang ada ni terabai segalanya kerana semata-mata kina nak tambah anak lagi. Cukupla kina dan en. supra dah pernah hidup susah masa kecik² dulu. Sekarang nak kata kami dah senang sangat tu tak ada la. Cukup-cukup je... 

itulah sebabnya....


..:: Semakin Pandai Berkata² ::..

..assalamualaikum..

Baru dapat nak update blOg. Tadi pagi kina ada wat keja kat luar. Mula² pergi P.J dulu patu pergi Shah Alam pulak. Ni baru sampai opis balik... penat mmg penat tapi nak wat mcm mane kan? Dah tak sape nak buat! kina la yang kena. Tak pe... kina sOnOk wat keje ni... hihihihi

Dah lama tak cerita pasal adam kan? 

sekarang adam semakin pandai berkata². Jangan la salah cakap... pasti kina balik akan kena. Bukan kena belasah dengan dia je.. tapi kena tanya lagi sehingga dia puas dengan jawapan yang kina berikan. 

Tapi bab kena belasah tu mmg x boleh blaaaa la.. walaupun tangan dia kecik tapi padu tau. Bila belasah tu tak de la dia belasah betul². Belasah cara budak kecik la. Kalau dia rasa nak jadi atOmen time tue dia buat la atOmen belasah raksasa. Kalau dia rasa nak jadi Ben 10..dia jadi la Ben 10.

jOm layan gambar terbaru dari adam. Ini mOk uda dia yang amek aksi dia ni. Time ni kina tengah susukan marrisa. hihihihi...

 Gambar kat TV ni adam yang tangkap. Tak ada kerja la tuh..... sekarang sejak en. supra  dah beli pekej Astro Beyond.. dah tak de cerita lain dah. Asyik cerita dia je memanjang!!! Naseb baik boleh rakam. So kina boleh la tengok citer Adam & Hawa bila adam dah tido. Kadang² sampai terlepas 5 episod, baru kina ada chan nak tengok. 

Ape nak buat???? dah naseb badannnnn..



Hensem takkkk saya??

Monday, November 19, 2012

..:: Belum jumpa jalan PENYELESAIAN ::..

..assalamualaikum..

Kina dah lama x update blOg... tup² ada je perubahan baru kat setting. Sekarang nak tepek gambar kat Layout x boleh la... kebanyakannya kina banyak edit gambar tue melaui PICASA. Dulu boleh je nak upload pun. Sekarang x boleh pulak... mesti keluar reminder mcm ni
v
v
v
 v

macam mana nak settlekan masalah ni yew?

Nak tepek gambar biasa boleh je..tapi saje gatal nak kasi lagi lawa la bila korang datang tengok. hehehehe..

Monday, November 5, 2012

..:: Makan² sambut besday Marrisa Hannah::..

..assalamualaikum..

SELAMAT HARI ISNIN....

Nak cerita la kat sini, malam tadi kina dan family ada wat makan² sambut besday Marrisa Hannah kat Kg. Baru. Puas kina pikir kat mana nak wat makan² tu. Akhirnya pilih kat Kg. Baru jugak. Ingatkan nak cuba makan kat tempat lain. Tapi disebabkan mama dan ayah kina x pergi sama² dengan kami, nak tak nak terpaksalah pilih kedai makan yang selalu kami pergi. Kang pilih kedai lain takut mama dan ayah kina tersesat pulak. Kebetulan mama dan ayah kina ada hal malam tadi so dorang settle kan hal dorang dulu baru la dorang datang jumpa kami.

pepun makan malam tadi memang best!!

ini dia gambar yang sempat kina snap.














ini anak buah kina...Qisha...

Thursday, November 1, 2012

..:: Besday Marrisa Hannah ::..

..assalamualaikum..

Salam hari khamis.... hari nie (01.11.2012) genaplah Marrisa Hannah  1 tahun.


Hepi besday anak mama!!!

semoga Marrisa Hannah menjadi anak yang soleha. Anak yang berjaya dalam dunia dan akhirat dan dikurniakan bakat dan kesihatan yang baik².

amin.....

mama sayang sgt kat Marrisa Hannah.

muuuuuuuaaaaahhhh!!!

nOtaKaKiKiNa: tengah pikir hadiah ape nak bagi si kecik ni. Ada cadangan tak?

gambar² Marrisa Hannah
v
v
v
v
v






 

Tuesday, October 30, 2012

..:: Berhari Raya kOrban 2012 ::..

..assalamualaikum..

ini dia gambar yang terbaru dari kina. dah lama x tepek gambar kat blog ni kan? 

jom layannn...

 






ini lah saje gambar masa raya korban baru² ni... nak cerita banyak kina tengah banyak kerja. maklumlah hujung bulan. kang kerja tak siap lak kan?

daaaa.......

..:: Sambungan cerita lepas ::..

..assalamualaikum..

kita sambung cerita yang lepas...

kan kina sebelum ni ada pernah cerita pasal pakcik yg sama kerja dengan kina dulu tu kan? dia dah berhenti keje dah...tapi anak dia lak yang ambil alih. tapi bukan sama position la..tapi kira pegawai jugak la. disebabkan itulah anak dia tue belagak sikit. tak boleh la komplen pasal dia. mula la nak marah... bukan sahaja marah siap kurang ajar lagi dengan orang tua dari dia. 

kina selama nie tahan kan aje perangai dia. tapi sampai ke satu tahap kina dah x tahan lagi dengan sikap dia. dia nie buka malas buat kerja tapi x reti buat kerja. jadinya dia banyak menyusahkan orang yang bekerja dengan dia. 

agak² la kan kalau yew pun cousin kau bos. tapi jangan la belagak mcm bos. lepas tue lagi mau kata kita lak yang mcm bos!!! itu yang kina x blh blaaaa dgn dia ni. dalam minggu lepas la kina cerita semua perangai dia dengan bos. Bila bos tahu dan dah terkena sendiri atas perbuatan cousin dia nie. terus bos suh dia kerja dibawah 1 bumbung dengan bos. tapi sampai sekarang dia x de pun datang serah diri. lepas tue dia bg mesej dekat bos dan dia kata dlm mesej tue yg dia nak berhenti kerja. 

lepas bos dpt je mesej tue bos terus forward dekat kina. 

yes!

yes!!!

yessssss!!!!

akhirnya.... sepandai² tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

kina bukan nak kacau periuk nasi orang lain... jangan la korang pikir mcm tue. 

salah kina ke?? betul ke tindakan kina pergi mengadu dekat bos?

kina dah lama bersabar dengan kerenah dia. kerja kalau ada 10..1 kerja je dia blh buat. Itu pun x semenggah. banyak kerja dia kina dah tolong. yang dia goyang kaki je..dtg opis kul 10.30 setiap hari. x sampai 30 minit dah keluar. kata nak pergi ronda la ini la...jumpa org tu la org ini la... tapi bila disiasat mana ada dia pergi pun. so ke mana dia menghilang? minyak company dah bagi..top up company dah bagi. tapi x buat kerja..... kina yang kerani cikai ni jugak la yang banyak buat kerja. kina ikhlas buat kerja kina..tapi lama kelamaan kerja kina bertambah banyak disebabkan dia x buat kerja dia langsung. 

so salah kina ke??

cer korang bg pendapat korang.. kina nak tahu sangat ape pandangan dan pendapat korang tentang masalah ni.

huk...huk....

Tuesday, October 23, 2012

...:: salam mesra ::..

..assalamualaikum..

lama sudah tak update ni... banyak cerita nak cerita kat sini. insyaallah kalau ada kelapangan akan kina update kat sini. tapi tang paling penting kina nak bagi tahu kat korang...

org tu dah berhentiiiiii!!!

sape org tu?

nanti kina cerita.

salam sayang dari kita

muaaaahhhh!!!

Wednesday, May 9, 2012

☺ ALLAH maha besar....☺

Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH... Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar utk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yg disediakan....Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut...kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tmpat asl nya...lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dgn perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan...sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yg lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...pemuda tersebut berasa hairan...lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....
MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kpd ALLAH S.W.T...PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...
Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ... Jangan lupa untuk klik SHARE sebagai saham kita di akhirat kelak...
inshaallah...wallahualam...

Tuesday, May 8, 2012

☺ berPARTY dengan Kawan² ☺

..assalamualaikum..

Dah lama x dapat jumpa kawan² bila sekali sekala jumpa rasa mcm x nak balik je. Maklumlah dah kawin masing² dah ada kehidupan sendiri. Dengan kerjanya..dengan familynya...untuk bersama kawan²  mcm masa sekolah dulu dah x ada dah. Kina rasa bukan kina je rasa mcm tu..pasti semua org pun rasa ape yang kina rasa. 

Betul tak??

Time sekolah bukan main lagi nak cepat habis sekolah...tapi bila dah habis sekolah dan dah kerja mesti nak pergi ke alam sekolah tu balik.

Ada rasa mcm ni jugak tak??

sila jawab dengan jujur yew....

kalau x de tue..maknanya korang manusia yang x ada perasaan!!

hahahahahahaha... 

ish..mana ada org mcm tu. mesti semua rasa ape yang kina rasa. betul tak?

Hari ahad lepas kina jumpa kawan² sekolah kina. Walaupun x lama tapi kami hepi sangat²!! Time ni kawan kina INTAN ada buat besday party anak dia. 

Jom layan gambar !!



cian anak mama kena gigit nyamuk..... 



kek ni kawan kina sendiri yang buat... sOdapppppp.... kalau kina la yang buat, mesti x jadi. hehehehehe..

bila dpt buat kek hari jadi untuk anak sendiri. adehhhh....

kena belajar jugak ni.



 sebelum nak balik kami amek gambar untuk kenangan....  yew la kan. bukan selalu dpt jumpa mcm ginih.

time ni bagus...separuh pandang kemera belah kiri separuh pandang kemera belah kanan. pepun gambar tetap cantikkan? hehehehe

pepun hepi jumpa korang!!!

nanti kita deal lagi yew!!

Thursday, May 3, 2012

☺ Murtabak Maggi Kina ☺

..assalamualaikum..

Dah lama kina x letak resepi kina dekat blOg. Hari ni kina nak tepek resepi yang kina masak hari pagi Ahad baru nie. Resepi kali ni ialah

" MURTABAK MAGGI KINA"

Bahan² nya ialah 

1 bungkus maggi perisa kari

1 genggam daging kisar

(Bahan A)
*1 gengam sayur campur

*1 biji bawang merah besar

*3 ulas bawang putih

*2 biji telur ayam

sedikit minyak untuk menggoreng

sedikit perisa secukup rasa.


masak magginya sahaja sehingga masak. Lepas tu tos kan yew.. Lepas tu ketepikan dulu maggi tu. Kemudian tumis bawang putih dan merah. Bila dah naik bau masukkan daging kisar. Biarkan dia masak sehingga empuk. Bila dah empuk masukkan serbuk maggi kari tu. tak payah lama sangat, nanti hangus pulak.





Bila dah masak daging tu angkat dan ketepikan dulu... Lepas tu masukkan jagung dalam mangkuk maggi yang di tos tadi bersama telur.









Dah campurkan bahan tadi kemudian letak daging yang telah masak tadi dengan sedikit perisa secukup rasa.  Gaul sebati dan dah boleh masak. Ia seperti macam kita nak masak telur dadar la. 



masak sehingga kulitnya garing sedikit. Sebab bila rangup lagi sedap.

Ini lah rupanya bila dah masak. Lagi sedap makan panas² dan cicah dengan sos cili thai.


semoga mencuba...

sedap taw. kos pun x mahal. Anak² mesti suka!!

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣