..assalamualaikum..
Petang nie baru ada idea nak update blOg...sunyi sepi je kan kalau blOg tak berupdate. tak ramai yang menyinggah...huk..huk..huk.. kina akui kina pun x bertandang ke blOg korang sangat. sebab tue la kan... tapi bukan saje² x mO bertandang, disebabkan kerja banyak bertimbun nak update pun x ada masa.
Terima kasih banyak² pada sape yg sudi datang bertandang. sayang kOrang sangat²!!! rasa diri ni masih dihargai rasanya....
citer pasal dihargai ..kina nak citer sikit pasal adam. dah seminggu adam kena ceret beret dan muntah². badannya pun dah semakin melidi dah. mula² adam meraung kata perutnya sakit... tak lama tue dia demam panas pulak. suhu badannya mencecah sehingga 39.90c dah masa tue... terus kina bawak adam pergi klinik swasta. dokter ckp perut adam kembung. sebab tue perut dia sakit... balik rumah igt adam nak mkn la ubat. rupanya susah bukan main lagi. mcm² cara kina sekeluarga buat tapi dia still muntahkan balik ubat tue.
adam semakin parah... ceret beret x henti²... badan semakin lemah... makan minum langsung x nak. dia cuma nak minum air kosong je masa tue. air kosong mana ada khasiat sangat dengan keadaan dia mcm nie kan. mulut adam pulak tak henti² cakap perut sakit.
hari jumaat tue kina bawak adam pergi spital Selayang pulak..mana tahu adam ada sakit lain ke kan. tapi...bila dokter cek adam x de pape. mmg dia kena kembung perut. dokter kata lagi..nak tak nak kena paksa jugk dia makan ubat. kalau tak sakit dia x kan kurang.
hari sabtu tue kina dah tak tahu nak buat ape.. call kakak ipar dia kata bahaya kalau adam berterusan mcm nie. ia blh membawa maut. lagi la kina rasa takut!!! kebetulan sabtu tue kan cuti besday agong..kina pun bawak adam pergi rumah mama kina. x sanggup kina berdua dengan adam je kat rumah kina. suami kina pulak terpaksa pergi kerja jugak. katanya kalau pape cal dia terus... kina pun izinkan je lah dia pergi kerja.
sampai rumah mama... kina ajak adik ipar kina peluk adam kuat² dan kami ngangakan mulut adam kuat² dan pancutkan ubat tue dlm mulut dia. mmg masa tue adam menangis meronta². kalau tgk mmg tak sampai hati...tapi kami terpaksa buat mcm tue. itupun dia nak jugak muntahkan ubat tue balik. walaupun x semua yg msk dlm perut dia..janji ada masuk. tak lama tue adam pun dah semakin ok. mengadu sakit perut dah kurang dah. tapi ceret beret tue ada jugak la sekali sekala.
emak mana yang tak risaukan? semalam adam dah jadi otomen balik dah. tapi x de lah selincah sebelum nie. Al-hamdulillah pada ALLAH kerana telah sembuhkan adam dari penyakit.
lepas nie kina akan paksa dia mkn ubat jugak..dia nak menangis menangis la... janji dia sembuh cepat. biarlah dia menangis sekarang dari kami menangis kemudian hari.
inilah pengalaman yang x dapat kina lupakan sampai bila²..
tapi kan..mcm ne nak bg adam ada selera makan yew? sekarang nie dia banyak minum susu dari makan nasi. kina nak tgk adam chubby mcm dia kecik² dulu. sekarang nie badan dia pun nampak mcm gitar jer. adessss....