♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Wednesday, May 25, 2011

☺nak ckp byk hati sakit pulak... x ckp pun skt hati jugak☺

..assalamualaikum..

hari nie baru ada mood sikit nak berblOgging.... bukan ape, keadaan persekitaran opis kina masih dalam keadaan kritikal lagi. dah nak dekat sebulan aircond masih tak elOk. kalau kOrang la... dengan keadaan cuaca tak menentu  sekarang ni, kOrang bOleh tahan ke? terus terang kina bagi tahu kat kOrang ni...kina dah tak tahan dah nak kerja kat cOmpany mcm nie. tak bertanggungjawab langsung pada staff² dorang.... 

masuk semalam dah 2 kali kina call HQ... tapi still mcm ni. siap kina bagi tahu taw yg  kina nie pregnant..kina rasa pitam bila panas.. tapi tak ada perubahan pun! x kecian langsung taw!!! sampai bila nak berpanas mcm nie?? aduiiiiii....

nak ckp byk hati sakit pulak... x ckp pun skt hati jugak. 

ishhhhhh......

mengeluh je kina nie kan? 

kalau kina x dtg blOg kOrang tue jgn le kata kina nie sOmbOng yew. kina mmg x de mood nak bukak blOg. insyaallah... kalau keadaan dan tenang seperti dulu. kina akan kembali memeriahkan dunia blOgging.

kOrang tOlOng dOakan kesihatan kina yew... 



Wednesday, May 18, 2011

Sapa Nak FM dari Kuching,Sarawak???





jOm jOin ramai²!!

kalau nak jOin klik je banner nie yew.


Tarikh last: 10.06.2011

Thursday, May 12, 2011

☺1st day check up.... ☺

..assalamualaikum..

selamat ptg semua... semalam kina keje halfday. 1st appointment kina semalam tue... alhamdulillah x de pape masalah pasal kandungan kina nie. cuma....cuma...
kina kurang sel darah merah la. HB kina semalam 9.6 jer... dokter kata yg ok 11 ke atas. so kina kena makan makanan yg blh tambah darah merah lepas nie. kalau tak tambah jugak... dia kata ada risiko akan datang blh berlaku.. iaitu kemungkinan akan tumpah darah dan takut lahir tak cukup bulan. bahaya kan?

kina amat berharap darah kina akan stabil dan kembali normal. kenalah makan ubat kaler coklet tue 3 kali sehari. pahittttttt tul!!! pahit pun kena telan jugak la... ia utk anak kina jugak. dari kina menangis kemudian hari baik kina telan je ubat yg pahit tue. betul tak kengkawan??

kalau antara korang ada masalah mcm kina hadapi nie...ceritalah kat kina. leh kOngsi pengalaman. mana tahu ia berguna utk kina. 

p/s: kina ada citer kelakar nak kOngsi pasal semalam.. nanti kina citer. tgu......

Monday, May 9, 2011

☺rasa mcm nak BOGEL je hari nie☺

..assalamualaikum..

Dah berapa hari dah opis x de aircond. dua tiga hari blh la sabar...tapi ini hari dah x blh sabar dah!! rasa mcm nak BOGEL je kina hari nie kat opis. OOOppppssss...statement berani nie!! statement je berani...tapi nak berBOGEL betul² nan ado berani nye. nak berblOgging pun x de mood..ape lagi nak buat keje. 

ada sape² reti betulkan aircond tak? x nak mahal...nak yg murah je. ngeeeee....budjet x banyak la. bos kede**t!!

dah la tgh berbadan dua... tgh mabuk yg kejap on..kejap off.!!!!

kalau kOrang nak tahu muka kina tgh mcm ni
v
v

muka marah tak? 

muka marah taaaaakkkkk??

ada kan?? 

tengah sabar ni....kalau tak sabar dah balik dah!!

Friday, May 6, 2011

☺Pasal... Aku Noi The Joy of Motherhood Contest☺

tertarik cOntest dari nOi nie.. kalau kOrang nak jOin sila klik banner kat bawah nie yew.


bismillahirohmanirohim...
Kerana adanya CINTA mereka berdua ...
 maka lahirla anak yang cun lagi tembam yang bernama Asmawatie a.k.a kina
 Dengan CINTA kina dan suami lahirla putera kami yg cOmel yang bernama adam haziq
 adam dilahirkan pada 02.1.2009 tepat pukul 10.30 malam di spital Selayang. alangkah gembiranya hati kami sekeluarga dengan kelahiran adam. sekarang adam sudah berumur 2 tahun 4 bulan. banyak kenangan manis sepanjang kina membesarkan dia. kina seronok membesarkan adam dan banyak belajar dari dia bagaimana menjadi ibu yang terbaik dalam dunia. bila balik kerja badan cukup penat tapi bila tgk gelagat adam terus kina akan hilang rasa penat tue. dia lah penghibur kina dan sekeluarga. kenangan sedih sepanjang hidup dengan adam..masa dia kecik² dulu adam selalu menangis. dia selalu diganggu makluk halus. bermacam cara kina ubatkan dia... masa tue Tuhan je yg tahu bertapa kina keciankan dia. bila adam dah berumur 2 tahun adam dah x mcm tue lagi. al-hamdulillah... dan akhir skali kina geram pada adam kadang²..sebab ape? dia selalu buat kina marah..bila kina marah kina akan pukul dia. bila dia menangis baru kina menyesal kerana buat dia mcm tue.kina bukan ape...kina nak dia tahu ape yg dia buat itu salah. tapi x de lah kina sampai mendera dia.. SemOga adam menjadi anak yg sOleh dan akan berguna pada keluarga, agama, bangsa dan negara. amin....


adam..terima kasih kerana memberi peluang kepada mama untuk membesarkan adam.

☺jOm shOpping☺

Kawan kina nie ada stOk barang baru sampai... kalau nak order sila pergi ke kedai on9 dia yew..

peralatan melukis dan mewarna 4 in 1
rm 35 sekotak...

chubby house rm 80
termasuk postage

chubby house : rm 55
termasuk postage
bentuk segitiga

Thursday, May 5, 2011

Berhati2 melawat orang meninggal

citer nie kina dapat kat wall FB minggu lepas... naseb bek masih ada lagi dekat wall. dapatlah kina share citer nie dgn korang. agar ia menjadi pedOman untuk kita semua..insyaallah.
**************************************************************************
Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.    Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org ...tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.  Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.  Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).  Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.  Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.   Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kamitersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.  Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.  Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.  Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.  Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.  Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.  Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.  Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.   See More

Wednesday, May 4, 2011

☺Adni Turns 2 Giveaway☺

sempena besday Adni Zahirah yg ke-2..mamanye ada buat GA. kalau kOrang nak jOin klik je banner yew. 

Tarikh akhir : 10.05.2011

ucapan dari kina utk Adni Zahirah ialah:

selamat  hari jadi Adni..untie dOakan kamu akan menjadi anak yg sOleha.. murah rezeki dan dipanjangkan umur.

☺anak BUAH kawen☺


Sempena cuti Hari Buruh hari tue mesti ramai orang menjadi raja sehari kan? begitu jugak anak buah kina nie... saje je pilih tarikh tersebut. kunun bila 1 May je anniversary perkahwinan mereka genap setiap tahun. bijak..bijak...

jOm layan gambO yg kina sempat ambik. maklumlah dah x selarat dulu. ngeeeeee

.. gambar kat bawah nie masa malam berinai... kina masa nie sampai² je terus makan. kebetulan kina sampai tu dorang tengah katam al-quran. masa dorang katam al-quran tue kina lupa lak nak amek gambar ..


.. inilah gambar berinai tue, nampak meriah kan?yg buat lagi meriah, siap ada penari lagi. dOrang tgh jOget tarian piring masa ni ..


.. mama kina pun tak lepas nak menepung tawar pada cucunya ..


malam tue kina x lama kat situ...maklum la masing² ada anak kecik. masing² semua nak tido dah. dari anak² semua mengamuk bek kami angkat kaki dulu. esOk blh datang awal...

kunun blh dtg awal..rupanya idak ler. kina bukan pergi rumah sepupu tue dulu, kina pergi umah pengantin lain, kira sedara jugak la yg kawen tue. naseb baik dekat jer kalu jauh jenuh jugak la.

masa pergi rumah kawen yg pertama tue kina x amek gambar pun. bOleh lupa pulak.. lapar punyer pasal la nie. hehehehehe

lepas je kenyang terus salam mak pengantin..

x nak lama² kat situ nanti terlepas pulak nak tgk anak buah kina bersanding. jam pun dah pukul 12.30 ..naseb bek jugak la pengantin lelaki x sampai lagi. kira kina sempat la tengOk..

jOm layan gambar dOrang jOm!





.. anak buah kina jugak nie ..

.. adam pun ada ..















itu je yg kina sempat amek.. adam pun mata dah kuyu. ape lagi? kena lah balik... sebelum nak balik tue kina sempat amek gambar berempat. ngeeee...yg lagi sorang tue yg dlm perut tue la. hehehehe..itu kena kira jugak kan?

pepun mmg best bila dpt jumpa ramai sedara. bukan selalu dpt kumpul ramai² mcm nie. ingat nak lepak sampai ptg. tapi muka supra dah mucung semacam. terpaksalah kina akur. maybe dia pun dah ngantuk sama mcm adam. itu yg muka mucung sampai mcm tue.


buat anak BUAH kina anis dan helmi a.k.a kuntum... cik as ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA KORANG BAHAGIA SELAMANYA...amin.

☺ petai GERGASI☺

..assalamualaikum..

lama tul kina x update kan? 
bukan ape..kina nie x larat nak berblogging dan melawat blOg kOrang buat masa sekarang. tapi dalam hati TUHAN je yang tahu. kina rindu nak berblOgging.

hari nie kina nak share 1 picture dengan kOrang. kina dpt kat wall FB kina hari nie. kOrang mesti x pernah tgk petai sebesar ini kan?
v
v
v

petai gergasi ni ditemui di Batu Kurau, Taiping

mak aiii...besar nye!!

kalau dapat seulas nie rasanya 1 family leh makan kan?

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣