..assalamualaikum..
Dah lama kina x letak resepi kina dekat blOg. Hari ni kina nak tepek resepi yang kina masak hari pagi Ahad baru nie. Resepi kali ni ialah
" MURTABAK MAGGI KINA"
Bahan² nya ialah
1 bungkus maggi perisa kari
1 genggam daging kisar
(Bahan A)
*1 gengam sayur campur
*1 biji bawang merah besar
*3 ulas bawang putih
*2 biji telur ayam
sedikit minyak untuk menggoreng
sedikit perisa secukup rasa.
masak magginya sahaja sehingga masak. Lepas tu tos kan yew.. Lepas tu ketepikan dulu maggi tu. Kemudian tumis bawang putih dan merah. Bila dah naik bau masukkan daging kisar. Biarkan dia masak sehingga empuk. Bila dah empuk masukkan serbuk maggi kari tu. tak payah lama sangat, nanti hangus pulak.
Bila dah masak daging tu angkat dan ketepikan dulu... Lepas tu masukkan jagung dalam mangkuk maggi yang di tos tadi bersama telur.
Dah campurkan bahan tadi kemudian letak daging yang telah masak tadi dengan sedikit perisa secukup rasa. Gaul sebati dan dah boleh masak. Ia seperti macam kita nak masak telur dadar la.
masak sehingga kulitnya garing sedikit. Sebab bila rangup lagi sedap.
Ini lah rupanya bila dah masak. Lagi sedap makan panas² dan cicah dengan sos cili thai.
semoga mencuba...
sedap taw. kos pun x mahal. Anak² mesti suka!!
11 comments:
sedap!! aku dah terliur dah ni!! adoi la...
boleh le cuba resepi ni nanti..penah buat sekali je ..lama dah
nice! tq for sharing. aida biasa buat lebih simple. hiris bwg besar dan godek dgn telur, mcm nak buat telur dadar. godek sekali dgn rempah kari nya. then, masukkan mee yg da di tos tu. campur sebati. goreng kecik-kecik je. diameter lebih kurang 3-5 cm. tu je. anak-anak suka. aida panggil pai maggi (konon!!!) hi hi...
lapar terus....senang rupanya buat murtabak megi ni....ingat payah bebenor..
wahida ..
cuba la kak buat. senang je...resepi org mls ni. tapi bila siap sedap!
atty's ..
cer cuba lagi..mesti igt lagi kan?
adianiez AIDA..
ok gak resepi tu. kina nak cuba cara mcm akk buat tu jugak la. tq sharing gak!!
SURIA AMANDA..
senang je kan? cer cuba... pasti mengancam!!
dulu selalu juga buat ...skrg ni dah malas sgt ....
wah. boleh lah nk cb gak. ank2 mmg suke mkn maggi pun. heheheh
sedapnya lapo la pulak!!
Post a Comment