adessss.... itu lah ungkapan jika aku terasa gelisah, mengeluh dan seangkatan dengannya! bukan niat aku utk mengeluh pagi2 sabtu yg membosan kan nih. tapi aku terpaksa mengeluh... korang nak tahu sebab ape aku terpaksa mengeluh?
citer cam ginih..
semalam aku pergi Pavilion dgn sahabat baik aku ain.. dia dpt voucher treatment dari suami dia epul sempena Hadiah Hari Jadi dia pada 18.12.2009 hari tuh. memandangkan dia pregnent ada rawatan dia x boleh buat. tue pasal dia ajak aku temankan dia dan guna voucher yg dia x boleh buat. aku aper lagi kan.... nak la!! bila lagi nak g spa percuma? dah la voucher rawatan tue semuanya yg branded2. rugi kalau x pergi!!!
mula 2 aku g kl naik komuter sampai sogo..pastu kami naik teksi. nak naik bus takut x sempat sebab appointment pukul 10 pagi. yg x best tue..teksi tuh x tahu Pavilion tue kat mana dan aku pun mmg x penah sampai lagi kat situ. (punye la lama aku x g Bkt Bintang) dah kami kena berhenti kat Lot 10. naseb bek aku penah dgr owg cakap Pavilion tue kat belakang Lot 10... kami jln ler kaki. Jauh x jauh la kan...kuar gak la peluh jantan aku. huhuhuhuhu...
ngam2 sampai situ kul 10.. bila dah sampai kat pusat kecantikan tuh kami pun berpecah la mengikut appointment yg telah di buat. aku dah byk kali tanya ain..' betul ker voucer nih blh kasi free?' jawapan ain pun tetap sama. ' betul...epul dah call owg tuh byk kali. free......!!'. tapi hati aku ttp x sedap..tkt kena tipu!!.
aku pun pg la kat tmpt Slimming tuh... aku tunjukkan voucher aku tadi. pastu aku dijemput msk oleh sorang amoi. dia bg aku 1 borong utk diisi... bila beres amoi tu tya aku.
amoi: u nak buat treatment yg mn 1?
aku: mcm voucher nih bg la
amoi: u ada bwk duit berapa?
aku: x der la byk sgt i nak bwk..kenapa?
amaoi: kalau u nak buat treatment nih u kena ada RM1000.00.
aku: uiksss... mahalnya?
amoi: itu kira murah la... selalu ini treatment RM2000.00++ .
adess...mn aku ada duit sebanyak tue..RM1000.00 mcm2 blh buat dari buat treatment nih.. lepas tue aku sms ain..aku bg sms yg aku x nak buat sbb kena tmbh duit. x lama tue ain bls..dia tls x payah buat. dia punyer treatment pun kena tambah duit baru boleh buat. kebetulan mak mertua dia nak jumpa kat sogo kejap lagi... aku pun bls la blk sms dia yg aku nak ikut sekali.
mmm..aku ada dpt 1 idea tuk kuar dari situ.
aku: mis... sorry la. husban i x bagi la buat ini treatment. dia suruh i tanya u.. kalau dia bg RM1000.00, hari jugak ke i blh kurus ke? kalau x blh kurus... dia x mo bagi.
amoi: mana boleh maaaaa.... mesti kena buat 2 or 3 kali baru blh kurus. x pun i boleh kasi u student price la..RM500.00 only.
aku: mmmmm... x pun macam ni. i turun sekejap nak jumpa dia. i nak pujuk dia. mn tahu dia agree kan? u tunggu i akan call back.
amoi: ok lorrrr..... i tgu u call.
cepat2 aku kuar dari tempat tue.. menakutkan betul. dlm hati aku naseb bek dia tanya aku sebelum buat treatment. kalau dia buat dulu lepas tue tup..tup dia suh byr mcm ner?
hbs separuh gaji sebulan aku!!! mmg la aku nak kurus mcm dulu... teringin sgt2. tapi aku x de la duit sebanyak mcm tue untuk kuruskan bdn. adessss...
aku pun cpt2 la jumpa dgn ain.... ain btl2 mintak maaf dgn aku. dia ingat free..naseb bek sebelum amoi tue buat rawatan tue dia tanya dulu. kalau buat baru nak ckp kos dia berapa...mati aku!!
kat tangan aku ada 2 lagi voucher. aku x sedap hati blk.. aku ckp dkt ain yg aku tak nak buat lagi. nti kena tambah duit lagi.
ain call balik untuk confirm kan voucher tue free ke x. kedua-duanya free..lega aku!! tgk jam baru pukul 11 lebih. ain kata dia nak jumpa mak mertua dia kat sogo. tgk appointment seterusnya kul 1.30.. kami pun tahan la teksi nak ke sogo. sebelum naik aku tanya...
aku: bp hinggit pg sogo?
dreba teksi: RM30.00
aku & ain: mak aiiiii..mahalnya!!!!
dreba teksi: saya bg diskaun la..RM25.00!
aku: x pe lah..kami naik bus je lah!!
adesss..mhl betul nak byr teksi. nak bus baru RM1 tau... x berpatutan langsung!! dah lama kat sogo kami pun nak g Pavilion balik. hati aku mcm x sedap je taw. aku suh ain call balik tempat tue. owg tue ckp free... kami pun pergilah dgn hati yg berdebar2. bila dah sampai.. aku msk la tempat tue, mmg free tapi kalau nak lebih cantik kena tambah duit. dlm RM288++... kalau dlm RM50.00 blh la aku tambah2. ini mak aaaaiiiii..... terus aku ckp aku nak yg ada free nie jer. naseb bek dia kata blh.
best betul buat treatment nih... kalau la aku ada duit byk mesti aku blh g tempat2 mcm nie selalu. adesss...
bila dah selesai.. aku pergi tempat lagi 1... owg tue ckp mmg free tuk treatment mata. tapi aku kena buat facial dulu. utk buat facial aku kena tambah duit dlm RM98.00. adesss.... berbaloi ker? kalau g saloon biasa x de la semahal nie. betul x? aku terus ckp x nak...
bila aku jumpa ain aku citer la yg aku kena buat facial jgk.. kalau x mn blh buat. mmm... last2 kami pun blk dgn perasaan hampa dan begang. yg ain pulak semua dia punyer treatment x blh buat. sbb dia pregnent... time call semua kata boleh...free... bila dtg hampeh!!
kami g sogo blk naik bus... nak shooping jap. kalau korang nak tahu yg kelakarnye kan, kami blh naik bus yg mula2 kami g sogo tadi. budak kondaktor tue ckp..
bdk kondaktor: aik kak... bkn tadi dah pg sogo ker?
aku: ha'ah..tadi ada hal pastu pergi Pivilion blk. ini nak blk g sogo blk. hehehehehe..
gedebak-gedebuk dak pukul 6.00 ptg. aku trs ajk ain blk..tkt sampai Rawang x ade bus nak blk umh. aku dah igt2 lupa bus last pukul bp. sbb aku dah lama giler x g kl naik bus. selalu dgn supra dgn adik2 aku jer. adesss...
bila sampai Rawang naseb bek ada bus nak ke Tg. malim ada. lama gak la bus nak jln. driver nak tgu bus penuh la pulak. adesss.. lama sampai 1/2 jam aku tgu. baru bus jln...sampai umh dah nak pukul 9.00. pg rumah mama aku untuk amek aDam.. dorang masing2 perli aku. kata dorang ' waaaaahhh...tgk aDam. mama aDam jln sakan yew hari nih'..
hehehehehe... walaupun aku penat tapi aku hepi sebab dpt kuar dgn sahabat baik aku 'ain'. aku harap lepas nih aku dpt kuar dgn dia lagi.....
pengajaran citer di atas
*
*
*
*
zaman sekarang mana ada lagi orang nak bg barang atau service free mcm tue jer..kalau ada pun mesti ada benda disebaliknya. so berhati2 lah kalau dpt mana2 voucher. jgn jadi mcm kami berdua. jadi tipah tertipu lagi!!!