♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Saturday, December 26, 2009

..:: adesss...tiPah tertiPu laGi!!! ::..

adessss.... itu lah ungkapan jika aku terasa gelisah, mengeluh dan seangkatan dengannya! bukan niat aku utk mengeluh pagi2 sabtu yg membosan kan nih. tapi aku terpaksa mengeluh... korang nak tahu sebab ape aku terpaksa mengeluh?

citer cam ginih..

semalam aku pergi Pavilion dgn sahabat baik aku ain.. dia dpt voucher treatment dari suami dia epul sempena Hadiah Hari Jadi dia pada 18.12.2009 hari tuh. memandangkan dia pregnent ada rawatan dia x boleh buat. tue pasal dia ajak aku temankan dia dan guna voucher yg dia x boleh buat. aku aper lagi kan.... nak la!! bila lagi nak g spa percuma? dah la voucher rawatan tue semuanya yg branded2. rugi kalau x pergi!!!
mula 2 aku g kl naik komuter sampai sogo..pastu kami naik teksi. nak naik bus takut x sempat sebab appointment pukul 10 pagi. yg x best tue..teksi tuh x tahu Pavilion tue kat mana dan aku pun mmg x penah sampai lagi kat situ. (punye la lama aku x g Bkt Bintang) dah kami kena berhenti kat Lot 10. naseb bek aku penah dgr owg cakap Pavilion tue kat belakang Lot 10... kami jln ler kaki. Jauh x jauh la kan...kuar gak la peluh jantan aku. huhuhuhuhu...
ngam2 sampai situ kul 10.. bila dah sampai kat pusat kecantikan tuh kami pun berpecah la mengikut appointment yg telah di buat. aku dah byk kali tanya ain..' betul ker voucer nih blh kasi free?' jawapan ain pun tetap sama. ' betul...epul dah call owg tuh byk kali. free......!!'. tapi hati aku ttp x sedap..tkt kena tipu!!.
aku pun pg la kat tmpt Slimming tuh... aku tunjukkan voucher aku tadi. pastu aku dijemput msk oleh sorang amoi. dia bg aku 1 borong utk diisi... bila beres amoi tu tya aku.
amoi: u nak buat treatment yg mn 1?
aku: mcm voucher nih bg la
amoi: u ada bwk duit berapa?
aku: x der la byk sgt i nak bwk..kenapa?
amaoi: kalau u nak buat treatment nih u kena ada RM1000.00.
aku: uiksss... mahalnya?
amoi: itu kira murah la... selalu ini treatment RM2000.00++ .
adess...mn aku ada duit sebanyak tue..RM1000.00 mcm2 blh buat dari buat treatment nih.. lepas tue aku sms ain..aku bg sms yg aku x nak buat sbb kena tmbh duit. x lama tue ain bls..dia tls x payah buat. dia punyer treatment pun kena tambah duit baru boleh buat. kebetulan mak mertua dia nak jumpa kat sogo kejap lagi... aku pun bls la blk sms dia yg aku nak ikut sekali.
mmm..aku ada dpt 1 idea tuk kuar dari situ.
aku: mis... sorry la. husban i x bagi la buat ini treatment. dia suruh i tanya u.. kalau dia bg RM1000.00, hari jugak ke i blh kurus ke? kalau x blh kurus... dia x mo bagi.
amoi: mana boleh maaaaa.... mesti kena buat 2 or 3 kali baru blh kurus. x pun i boleh kasi u student price la..RM500.00 only.
aku: mmmmm... x pun macam ni. i turun sekejap nak jumpa dia. i nak pujuk dia. mn tahu dia agree kan? u tunggu i akan call back.
amoi: ok lorrrr..... i tgu u call.
cepat2 aku kuar dari tempat tue.. menakutkan betul. dlm hati aku naseb bek dia tanya aku sebelum buat treatment. kalau dia buat dulu lepas tue tup..tup dia suh byr mcm ner?
hbs separuh gaji sebulan aku!!! mmg la aku nak kurus mcm dulu... teringin sgt2. tapi aku x de la duit sebanyak mcm tue untuk kuruskan bdn. adessss...
aku pun cpt2 la jumpa dgn ain.... ain btl2 mintak maaf dgn aku. dia ingat free..naseb bek sebelum amoi tue buat rawatan tue dia tanya dulu. kalau buat baru nak ckp kos dia berapa...mati aku!!

kat tangan aku ada 2 lagi voucher. aku x sedap hati blk.. aku ckp dkt ain yg aku tak nak buat lagi. nti kena tambah duit lagi.
ain call balik untuk confirm kan voucher tue free ke x. kedua-duanya free..lega aku!! tgk jam baru pukul 11 lebih. ain kata dia nak jumpa mak mertua dia kat sogo. tgk appointment seterusnya kul 1.30.. kami pun tahan la teksi nak ke sogo. sebelum naik aku tanya...
aku: bp hinggit pg sogo?
dreba teksi: RM30.00
aku & ain: mak aiiiii..mahalnya!!!!
dreba teksi: saya bg diskaun la..RM25.00!
aku: x pe lah..kami naik bus je lah!!
adesss..mhl betul nak byr teksi. nak bus baru RM1 tau... x berpatutan langsung!! dah lama kat sogo kami pun nak g Pavilion balik. hati aku mcm x sedap je taw. aku suh ain call balik tempat tue. owg tue ckp free... kami pun pergilah dgn hati yg berdebar2. bila dah sampai.. aku msk la tempat tue, mmg free tapi kalau nak lebih cantik kena tambah duit. dlm RM288++... kalau dlm RM50.00 blh la aku tambah2. ini mak aaaaiiiii..... terus aku ckp aku nak yg ada free nie jer. naseb bek dia kata blh.
best betul buat treatment nih... kalau la aku ada duit byk mesti aku blh g tempat2 mcm nie selalu. adesss...
bila dah selesai.. aku pergi tempat lagi 1... owg tue ckp mmg free tuk treatment mata. tapi aku kena buat facial dulu. utk buat facial aku kena tambah duit dlm RM98.00. adesss.... berbaloi ker? kalau g saloon biasa x de la semahal nie. betul x? aku terus ckp x nak...
bila aku jumpa ain aku citer la yg aku kena buat facial jgk.. kalau x mn blh buat. mmm... last2 kami pun blk dgn perasaan hampa dan begang. yg ain pulak semua dia punyer treatment x blh buat. sbb dia pregnent... time call semua kata boleh...free... bila dtg hampeh!!
kami g sogo blk naik bus... nak shooping jap. kalau korang nak tahu yg kelakarnye kan, kami blh naik bus yg mula2 kami g sogo tadi. budak kondaktor tue ckp..
bdk kondaktor: aik kak... bkn tadi dah pg sogo ker?
aku: ha'ah..tadi ada hal pastu pergi Pivilion blk. ini nak blk g sogo blk. hehehehehe..
gedebak-gedebuk dak pukul 6.00 ptg. aku trs ajk ain blk..tkt sampai Rawang x ade bus nak blk umh. aku dah igt2 lupa bus last pukul bp. sbb aku dah lama giler x g kl naik bus. selalu dgn supra dgn adik2 aku jer. adesss...
bila sampai Rawang naseb bek ada bus nak ke Tg. malim ada. lama gak la bus nak jln. driver nak tgu bus penuh la pulak. adesss.. lama sampai 1/2 jam aku tgu. baru bus jln...sampai umh dah nak pukul 9.00. pg rumah mama aku untuk amek aDam.. dorang masing2 perli aku. kata dorang ' waaaaahhh...tgk aDam. mama aDam jln sakan yew hari nih'..
hehehehehe... walaupun aku penat tapi aku hepi sebab dpt kuar dgn sahabat baik aku 'ain'. aku harap lepas nih aku dpt kuar dgn dia lagi.....
pengajaran citer di atas
*
*
*
*
zaman sekarang mana ada lagi orang nak bg barang atau service free mcm tue jer..kalau ada pun mesti ada benda disebaliknya. so berhati2 lah kalau dpt mana2 voucher. jgn jadi mcm kami berdua. jadi tipah tertipu lagi!!!

Thursday, December 24, 2009

..:: rindu nak memblOg ::..

salam...

ingat kan pc dah ok bila blk dari hq..rupanya lagi x ok. adesss... silap aku gak coz masa nak amek kat hq aku x cek. men blaaa je hari tuh. tgk dah ada problem blk. computer x rosak cuma tenet aku x leh nak search mana2..blh buka mn2 web tapi x leh nak klik pape dah lepas tuh. dia kuar msj cam nih kat pc...

jap eh..!!

"microsoft feeds synchronization has encountered a problem and need to close. we are sorry for the inconverience"

pastu dia kuar lagi msj cam nih

"the request lookup key was not found in any active activition context"

so aku x leh nak wat pape taw... nie nak update citer baru pun x syok. sbb x leh nak msk kan gambo. naseb bek leh update yg biasa.... itu pun byk kali try. baru boleh...adesss.... nih dah nak hjg bulan dan hujung tahun. byk benda nak closing.
citer pasal hujung tahun nie kan... aku sure korang semua mesti tgh buat2 rajin kan? mana yg suka memonteng wat2 lekat kat opis la...yg dtg lmbt jadi cepat la... yew lah...time ginih ler bos pasang mata..pasang telinga..!! tul x? prestasi kita semua akan dinilai. ok ker x ok ker kan!! adesssss.... minta2 la bos nampak kat aku benda yg baik2 jer. (blh dpt bonus 2 @ 3 bln ke kan? huhuhuhuhu...)



aminnnn......



nak tanya kat korang la... aku nak beli camera digital taw. harga dlm RM500.00 ke bawah la kan. brand ape yg ok.. dia murah tapi tahan lasak dan byk function.


dan aku nak beli.... handphone pun cm tuh gak. budjet dlm RM600.00 kebawah... tapi tahan lasak, camera ok dan byk function gak!!


nak g kedai x smpat nak jln 1 ke 1 kedai. so..korang tolong bagi cadangan yew? aku tguuuuuuu!!!




Monday, December 21, 2009

..:: PC rOsak lagi!!!! ::..

.. salam semua!!..


kOrang rindu kat aku x?

aku tentiOn tul argh PC aku msk klinik blk.. nie pun pinjam lap tOp kwn. rindu benor nak tgk blOg. dgn muka x berapa nak malu nih terpksa ler meminjam jap.

bagi sesiapa yg singgah kat cini kOrang tingglkan ler jejak yew. bila PC dah Ok aku g blog kOrang lak.

x leh nak pinjam lelama nih. nek segan laa pulak!!

hehehehehehe... k la.. aku chaw dulu yew?

Tuesday, December 15, 2009

..:: take Over!! citer sedeh lagi nih!! ::..

4 thn yg lalu, isteri saya telah meninggal dunia due to kemalangan. saya selalu berfikir macam mana keadaan isteri saya di syurga, adakah dia dalam keadaan sihat. isteri saya mesti berasa sedih kerana tinggalkan suami yang tidak pandai menjaga anak n umah dengan baik kerana saya berfikiran begitu. saya gagal menjadi seorg ayah dan emak

Pada suatu hari, saya terpaksa meninggalkan anak saya yg tengah tido kerana emergency work. memikirkan nasi yang masih ada, saya mengoreng telur. saya memberitahu anak saya yang tengah tidur dan keluar dari umah.

Dengan tanggungjawab saya di umah n office, saya teramatlah penat sampai tak ada tenaga langsung. saya mencium n peluk anak saya ala kadar dan terus pergi tido tanpa makan malam. semasa saya nak baring, saya terdengar mangkuk porcelain pecah n cecair tumpah. bila saya buka blanket, saya nampak mangkuk berisi instant noodle pecah n messy dalam bedsheet n blanket.

saya teramatla marah lalu mengambil, baju hanger dan memukul anak saya. Anak saya tidak menangis tapi memberitahu: -

saya sangat lapar, tapi tak ada nasi. so saya decide utk makan noodles. saya teringat ayah kata tak boleh guna dapur gas kalo tak ada org tua di umah. jadi saya pergi bilik air dan gunakan air panas shower utk membuat noodles utk saya dan ayah. ayah tidak balik umah lagi so saya menyimpan noodles tu dalam blanket kerana takut ia akan menjadi sejuk. saya terlupa nak memberitahu ayah kerana saya syok bermain dgn patung...maafkan saya ayah...

air mata berlinangan tetapi saya tak nak menangis depan anak saya. saya terus masuk bilik air n membuka shower dan terus menangis. selepas tu, saya memeluk anak saya dengan erat n menyapu ubat ke buttock anak saya sambil menidurkan anak saya. saya membersihkan bilik tido saya. selepas siap membersihkan bilik, saya menjenguk anak saya, dia sedang menangis melihat photo mak dia dan bukannya menangis kerana kesakitan.

anak saya sudah tujuh tahun. saya sedaya upaya memberi kasih sayang seperti ayah n ibu, n memenuhi segala kehendak anak saya.

tidak lama selepas tu, saya memukul anak saya kembali. kali ni saya teramatla kesal. cikgu menelefon saya memberitahu anak saya tidak hadir kelas. saya mengambil time off dan mencari anak saya di rumah for explaination. anak saya tidak ada di umah. saya memanggil anak saya n terjumpa di kedai computer games. saya membawa anak saya ke umah dan sebat anak saya. anak saya x cakap apa2. anak saya memberitahu hari ini ada 'takent show' dan pihak sekolah telah menjemput ibu utk hadir. olh kerana dia tak ada ibu, dia tidak mahu join show tersebut n decided utk tidak hadir ke sekolah.

after few days, anak saya memberitahu cikgu telah mengajar cara menulis n belajar. Anak saya terperap dalam bilik utk belajar n menulis bersungguh2. kalo isteri saya ada lagi, mesti dia berbangga dengan pencapaian anak dia begitu juga dengan saya. saya amat berbangga dengan anak saya.

setahun berlalu. kini musim christmas. kali ni anak saya membuat masalah lg. semasa saya balik penat dari kerja, saya mendpt call dari post ofis. postman tu memberitahu, anak saya mengantar beberapa pucuk surat tanpa alamat. saya berjanji tidak akan memukul anak saya, tapi saya merasa anak saya keterlaluan lalu memukul dia. anak saya hanya meminta maaf. saya menolak anak saya ke tepi lalu pergi ke pejabat pos utk mengambil surat tersebut.

saya menanya anak saya atas sikap keterlaluan dia. dia memberitahu, surat tersebut adalah utk ibu. saya menanya dia kenapa antar banyak dalam satu masa. dia kata dia selalu menulis surat utk mak dia tetapi setiap kali dia gi peti surat, dia tak dapat antar kerana dia pendek. tapi ari tu dia pergi, dia dapat mencapai peti surat tersebut, so dia mengantar kesemua surat tersebut.

selepas mendengar kata2 anak saya, saya tergamam dan tidak tahu apa nak cakap. saya memberitahu anak saya, ibu di syurga. kalo nak cakap apa2, just bakar surat n apa yg awak nak katakan akan sampai ke mak awak. lepas anak saya mendengar, dia calm dan terus tido dgn nyenyak. saya terus membakar surat tersebut, tidak berdaya utk membaca isi kandungan tersebut.

saya terbaca salah satu kandungan surat tersebut:

Dear mak,

Saya amat merindui awak. hari ni di sekolah ada 'talent show' n pihak sekolah telah menjemput ibu utk hadir utk pertunjukan tersebut. since awak tak ada, saya tek menyertai pertunjukan tersebut. saya tidak mahu memberitahu ayah kerana dia pasti akan menangis n merindui awak. ayah mencari saya. utk hide kesedihan saya, saya pergi ke salah satu kedai komputer dan bermain games kat sana. ayah rasa curiga, lalu marah dan memukul saya, tetapi saya tidak memberitahu reason sebenar. mak, ayah selalu merindui mak n setiap kali dia mengingati awak, dia akan masuk ke bilik menangis keseorangan. saya rasa kita berdua teramatlah merindui mak. tapi mak, saya start lupa macam mana rupa awak. boleh tak awak datang dlm mimpi saya. saya terdengar, kalo kita memeluk gambo org yang dirindui, mereka akan dtg dalam mimpi, tapi mak, kenapa awak tidak dtg dlm mimpi saya?

selepas membaca surat tersebut, saya start teresak2. saya tidak dapat menutup memenuhi tanggungjawab saya seperti isteri saya.

For the females with children:
jgn keja leih masa. kalo tidak dapat mengabiskan keja, mesti ada problem dalam company dan bukannya masalah awak. beritahu kepada bos awak. keja lebih masa bukanla solution utk problem awak. jaga kesihatan so tat awak boleh jaga n berada lebih masa dgn anak awak.

For the married men:
jgn merokok n minum arak dgn banyak. nothing can replace your good health, not even business nor clients. cuba berfikir begini, boleh tak awak bekerja sehingga awak boleh mencapai kehendak client dan bos awak / client or boss awak bergantung kepada awak sahaja? jaga kesihat supaya awak boleh menjaga anak n org kesayangan awak.

For those singles out there:
kecantikan dtg semasa awak mencintai diri awak sendiri dulu. With confidence and loving yourself, you will see the beauty in other things around you. awak boleh bekerja dengan bagus n ceria selalu. jgn mengabaikan kesihatan kerana kerja atau bos awak. tidak ada apa yg lebih peting melainkan kesihatan awak.

..:: SesetenGah niKmat daTang seKali::..


Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.


Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada
kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,
mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka
bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya
punya seorang anak
penyejuk mata
. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran
sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak,
kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa
pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang
dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan
diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada
peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan
pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang
saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran
tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir
seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia
bakal menimang
cahaya mata
. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah
datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang
mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki
comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah
itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan
subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku
sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini
mempunyai
perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya
.
Kalau ibunya
sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama
ini kemas teratur sering kali bertukar wajah
menjadi seperti lepas perang,
kena penangan anak ini.
Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah
dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama
sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si
ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan.
Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit
kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya
kembali.

“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.” Itulah
ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan
mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata.
Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih
dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran
dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan
lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu
yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah
terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang
dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

“Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat
daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung
ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu
mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak
melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di
hadapan pagar.


Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu
terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku … Alangkah
terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran
longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah
anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia
meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana,
dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan
menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu
keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah
merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam
raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan
daripada pemandu lain.

“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik
tetapi aku memohon sekali ini … Ya Allah selamatkanlah anakku ini.”

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul
dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan
begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah
terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada
berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.

“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar … tersekat-sekat
kerana kesakitan itu.

“… Abang janji tak akan buat lagi.”

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu
memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian
kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan
mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa
merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat
hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu
yang baik, aku sedar akan kesalahanku …”

“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …”

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan
setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya
merenung penuh pengharapan pada doktor.


“Puan, maafkan … Kami telah cuba melakukan yang terbaik.”

Patah
bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.


“Anak puan … Telah meninggal dunia.”


Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap
sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke
dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya.
Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan
merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah
tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di
sepanjang perjalanan pendekmu ini …”

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin
sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam
itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar
ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam
mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh
koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu
berkata,
“Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di
sepanjang hidup ini.”


“Ibu rindu kepadamu … Ibu rindu kepada nakalmu … Ibu rindu pada
koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”


Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun
hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi.
Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.


**********


Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu
nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.


Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu,
hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Wednesday, December 9, 2009

..:: aBang vs Ayang ::..


Memula skali ayang anto kat abang?

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang... sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah...

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. .. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang



ni abang lak bagi....

Dear Ayang,


Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah...

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta... abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek...hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekap mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekap abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu....pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah tengahari nak morning kiss cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nanti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang...dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahah ahahha

Love,
Abang



rasa2 korang kan..sape yg salah??

Tuesday, December 8, 2009

..:: umah MAMA aku msk perompak!! ::..

Ahad baru2 nih aku g umh kwn 1 company aku kawen kat Kajang. aku excited nak pg sbb nak jumpa kwn2 lama yg keje 1 company dgn aku dulu. dorang semua dah benti kecuali aku, kak ida dagn si pengantin je yg lom benti lagi. kata dorang kami nih syg giler dgn company aku nih. tue pasal masih stay keje. adesss...syg ker? x gakkkk!! gambo kat bwk aksi si aDam menghisap tangan dia..


korang pasan x.... semua gambo adam kat atas..tangan dia kat mana?semua tangan msk mulot kan??adessssss... nak tumbuh gigi dah ker??


tgk muka supra kat bawah nih

*

*

*

*


muka mcm x puas hati je kan? masam jerk!! mana x masam... jln jem kat toll sg.besi. aku tya dia .."kenapa x guna Touch n Go tuh?" dia cakap... " tkt duit x cukup" hehehehehe....tue la kan, sape suh x top up kan?? padam muka dia...hehehehe

tgk adam.... dia pun nak bwk kete jgk!!...

kita mrh dia... dia senyum blk kat kita. x jadi nak mrh dia taw. bkn nye ape..ssh papa dia nak bwk kete kalau dah dia nak amek alih!! adesss.... aduhai ank aku sowang nih!

ini la kwn aku yg kawen tuh... nama pengantin WATIE... aku selalu panggil dia watie kajang je.. sbb dia clerk kajang. kalau aku 'as rawang'. hik..byk sgt clerk!! itu yg ada nama gelaran masing2!!

sori la gambo x ctk sgt... maklum la hp daun aku nih. masing2 hp canggih. aku jerk yg lama. x pe...syukur ape yg ada. huhuhuhuhu...

yg nih kakak yg paling aku syg!! dia dtg dari jauh nih... dari kuantan. TQ kak coz dtg cini. adk nak dtg cana entah bila. tunggu aDam da besor skt kot!!??

Yg nih anak kak sue " ain".. dulu aku panggil kak sue brickfields..skrg kak sue putrajaya lak!!
si ain nih senyap je dari dia dtg sampai lah nak blk. tapi aku suka tgk mata dia. ctk giler!!
aku x leh lama la kat umh watie..sbb mlm nti adk aku ada wat kenduri skt kat umh dia. nti lmbt smpai kang x kan trs nak mkn je kan?? (kalau ikt kan mmg nak mcm tuh siot.. !!)
yg nih...
muka
aDam
KELETIHAN!!
Bila aku dah nak sampai rawang adk aku lin suh aku singgah beli kek Cheese Bluberry yg 1kg nyer. mesti sedap kan..aku dah bayangkan dah bertapa sodap kek itu!! tapi hampeh jer taw...bila mkn jer... x de chesse nyer!! rupanya cheese nye kat belah atas jer!! igt dlm2 sekali ada cheese. x pun pekerja kek tuh mesti salah letak ebel!! adesss....
kek tuh sempena besday adk aku dan ayah aku. adk aku kerol yg ke 24 tahun..dan ayah aku lak yg ke 55 tahun.. hepi besday YB!! hikhikhik... itu nti dah leh msk persatuan YB..(yg boroi..yg buncit..) ~ jgn mrh yew YB!!
tgk aDam tuh... mesti dia tgk geram je tgk pak teh dan atOk dia tiup lilin tuh!!
ini lah kek Cheese Blurberry yg x de cheese tuh!!
ini lah gambo YB kita!!yg nih adik aku kerol... tetamu2 yg hadir dlm majlis mlm tuh...kul 11 mlm aku gerak la blk. si aDam dah x selesa...mata dah ngntok!! bila kami lalu dpn umh mama, adk aku amer panggil(kebetulan dia yg blk umh dulu). kami pun patah la balik... sampai umh amer ckp umh kena msk owg!! bila tgk keadaan umh... bersepah2!! tgk bilik mama lagi lah bersepah.. bila cek kat belakang...tingkap dah kena umpil. naseb bek x de menda yg hilang kecuali walet mama aku. mama leh x bwk g umh adk aku mlm tuh. adesss... mama kate dah repot semalam. dah x pasal2 kena denda RM110.00. cian mama!! (sori la x dpt nak amek gambo umh kena msk pencuri..dek kerana nak cepat msk umh..hp aku x bwk sekali .. tertinggal dlm kete)
hari isnin nyer citer lak!!
*
*
*
semalam aku x keje... aku cek mata kat GH. mmg tiap2 tahun aku ada appointment kat GH. mata aku ada problem skt.. skt?? adess... sebenarnya mata aku nih x de air mata!! punca nyer kecik2 aku suka menangis sambil gosok mata. nangis pun bkn kejap2...berjam2 baru benti!! tue sbb mata aku ada luka kat kornea dan mata tidak akan mengeluarkan air mata. skrg aku kena guna air mata palsu sampai bila2!! huk..huk..huk..
bila sampai je GH..mak aiiiii...byk nye la manusia yg skt mata!! time aku register. aku tgk nombor giliran baru 139 ..nak tggu lagi 88 owg lagi taw...dari kul 9.00 sampai la kul 1 baru dpt jmp Dokter!! adesss....

rasa mcm nak mrh pada owg yg msk umh aku tuh... rasa mcm nak marah je doc. tuh yg lmbt wat keje.. adessss!!!
sbo je lah!!!
p/s: kalau nak ank korang menangis TOLONG jgn biarkan dorang gosok mata. ia blh membawa kerosakkan mata sampai bila2. mata dah rosak susah nak ok mcm dulu...


Friday, December 4, 2009

..:: mOtOr yG Canggih dan peLik::..

salam semua... pg tdi aku ada dgr radio Hot Fm..buat aku tergelak sowang lak tadi!! citer nyer cam ginih. ada owg call Hot Fm pasal pengalaman dia. mesti korang ada dgr gak pagi tadi??.. x der?? LOooorrr yew ker? x pe...!! mn xdgr aku ceritakan kat cini. mesti korang tergelak sowang nti nih!!.
mamat yg call tuh selalu nak basuh suar jeans men msk sekali dgn suar2 dlm dia sekali dlm mesin basuh. 1 hari dia pakai balik ... dating dgn aweks dia. dia rasa len mcm jer dia pakai suar tuh bila dia jalan. tetiba jer.....jeng...jeng..jeng!! bila dia pandang bawah kat kali dia...dia nampak suar dlm dia dah nak terkeluar!! awek dia ckp " awk wat silap mata ker??" dia ape lagi..... cpt2 amek suar dlm dia trs smpn kat poket!!!
pengajaran citer nih
*
*
*
tuk LELAKI saja nih... (perempuan x de wat menda mcm tuh!!) kalau nak bsh suar tuh jgn la SOTONG kering ada dlm suar tuh. bawak2 la asingkan dulu sebelom nak basuh masuk mesin. cian kat mak!!! .... SOTONG kering nyer ada sekali dlm suar!!
hehehehehe..
sebenarnya aku nak tunjukkan gambo kat korang. aku tgk kelakar dan pelik pun ada. so korang tgk la yew... nanti kalau nak komen.. silalah...
sila scroll ke bwh
*
*
*
*



yg nih...cam ne nak bwk yew?
x lenguh ke ketiak dia? kompom ketiak byk bulu nih!! hehehehehe
yg nih aku pelik... mcm ner motor nih leh terlekat kat btg pokok tuh. korang rasa mcm ner leh berlaku?? blh bg tahu aku??
ish!! ish!! pelik..pelik...



Thursday, December 3, 2009

..:: gambo tanduk IBLIS (mesti tengOk!!)




MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN,
BELIAU BACAKAN ARTIKEL TTG FAKTA BAHAWA PLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGAN TERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS. INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKH JUGA AKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA. MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT.
PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DITUTUP... KATA PARA ASTRONOMI PLANET, BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA. MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DIHENTIKAN PENYEBARANNYA OLEH 'NASA' KERANA IA MENGUNTUNGKAN UMAT ISLAM.. AMBILLAH PERANAN...
[istighfa r jom..] wallahu a'lam
Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud... .

" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam ..... maka
sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"

Wednesday, December 2, 2009

..::cOmelnyer PEN DRiVES::..

lorrrr...nape nmpk montot je nih?? ini adalah pen drives yg comey2 aku letak kat cini. puas aku carik kat kedai2 computer... x de pun?? mana dorang beli yea?? mesti mahalkan?? hehehehehe
yg nih lagi lahhhhh...wat perot aku lapo jerk!! Bila wat keje jer pandang CPU... wat keje jer pandang CPU... mau aku terkam je buger nih!! (ini slh satu punca KEGEMOKKAN!!)

alalalala..... comey nyer selipar nih!! Bos ckp byk mau aku sumbat je selipar nih dlm mulut dia!! kah...kah..kah... (jgn mare bossss!!)

yg nih langsung x comey la...tapi aku saje jer edit kat sini. hehehehehe... (aku tgk aym nih mcm nak ready kena sembelih jer??)




..:: Dream Room::..

wahhh...ctk nyer!!! alangkah bestnyer kalau aku dpt bili secantik ini.... nih best..kalau tidor confirm aku x mo bgn g kerja!!
kalau lah ini bilik aDam... mau dia x mo bgn gak!!

yg ini ruang tamu... nih kalau korang dtg umh aku sure x mo blk. tul x??


alangkah bestnyerrrr!!!!


♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣