♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Friday, August 28, 2009

..::c e r i t a_ s e d i h::..

aku dpt email nih dari cousin aku (k.ayu)...mula2 mls nak baca, tapi terdetik hati aku nih nak baca lak. sedey giler citer nih...kalau korang x caya korang baca la citer nih. terlalu menyentuh hati. if x menyentuh hati korang..mmg korang x de perasaan..cewaaahhh...pandai je aku kata yew? hehehehehe....



Subject: : Secebis Kasih Sayang

BACA SMPAI ABIS JGN scroll citer bawah K? BETUL2 MENYENTUH HATI :(

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada
aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia
meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat
rotan panjang sedepa di tangan ayah.



"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
mengangkat
tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata
itu,hayunan
dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu
untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak
tumpah.


Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk..

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku
yang
takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun
bersilih
ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru
semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama
penuh
dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga
sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan
ibu.


"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan
merenung
wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang
mampu
aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana
persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala
menyapu
minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia
membawa
bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin
tempat
dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
dan
akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan
pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang
akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup
tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa
orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok
ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku
lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya
luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

''Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya..

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
serpihan
simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu..

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,
juruacara
majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
memakai
kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia
berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya
berdarah
sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

''Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa
saja
demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

"Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita
dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."



Thursday, August 27, 2009

..:: tagged_dari_mama_niza_a.k.n. hani::..

Nih tagged dari mama niza a.k.n hani..

mmm...byk gak soalan nak kena jwb nih. x pe lah..dari aku ngantok kan?jwb je lah.

tag ini adalah berkenaan dengan Photo Profile Blogger

1. Terangkan maksud gambar itu ?

Gambar nih gambar aku dgn anak bujang aku. ADAM HAZIQ namanya. Tiada maksud untuk gambar nih. aku saje nak letak sbb aku tgk muka adam time nih comey sgt. first time aku amek gambo dia pakai snow cap dia.

.:: ANOTHER TAG ::.

WHAT IS THE MOST IMPORTANT THING IN YOUR LIFE?
Of course suami aku (supra~nih nama timangan dia) ...aDam...family aku...kerja
aku. (x de 4 nih..x tahulah hidup aku mcm mane!!)

WHAT IS THE LAST THING THAT YOU BOUGHT WITH YOUR OWN MONEY?
Hadiah besday suami aku. time tuh aku belikan baju kemeja-T dan sepende jenama RENOMA.

WHERE DO YOU WISH TO GET MARRIED?
aku mmg impikan nak kawen dkt umh aku jer. wat pe nak kawen kat tempat len? umh sendiri sudah...tapi kalau blh aku nak perkahwinan yg serba putih dengan pelamin2 sekali nak putih. pastu ada bunga rose putih dan ada burung merpati putih. mcm perkahwinan ala-ala dlm taman gituh!! tapi kos mahal giler kalau nak mcm tuh....botak pale supra!!

HOW OLD DO YOU THINK YOU WILL BE PERMANENTLY OWNED BY UR LOVE?
adessss...confirm la nak selama-lamanya...bukan takat hujung nyawa jer. (Ya Allah ko tunaikanlah permintaan aku ini. Kau kuncikan la HATI dan CINTA aku hanya utk dia dan dia hanya utk aku)

ARE YOU IN LOVE?
mestilah OOoooiii..setiap saat siot!!

WHERE WAS THE LAST RESTAURANT YOU HAD DINNER?
Nali's , Sentul. (tmpt tuh ctk giler...tapi makanan mhl giler. x berpatutan!!? heheheheheh..)

NAME THE LATEST BOOK THAT YOU BOUGHT?
mmmmm....last beli buku 'nama-nama untuk bayi' tuh yg dapat nama ADAM HAZIQ tuh.

WHAT IS YOUR NAME?
n o r_a s m a w a t i_m a t_a l i a s

DO YOU PREFER YOUR MOTHER OR FATHER?
mmm....father kot.

NAME A PERSON THAT YOU REALLY WISH TO MET IN REAL LIFE FOR THE FIRST TIME?
entah...x de la!!

CHRISTINA OR BRITNEY?
britney.... She's cute! tapi dah x suka dia dah. coz dia seorang MAK yg terlampau. x sesuai jadi mak owang. btl x?

DO YOU DO YOUR OWN LAUNDRY?
No

THE MOST EXCITING PLACE YOU WANT TO GO?
Mekkah...(Ya Allah, bila la tiba masanya aku nak ke sana?)

CAMERA OR MP3 OR HP?
HP

POINT OUT 5 THINGS ABOUT THE PERSON WHO TAGGED YOU
adessss....

3 THINGS I SAY TOO OFTEN?
1. alalalala mucuk mama nih...nih time aku nak pujuk aDam majok.
2. adesss...time aku tgh blurr x tahu nak wat ape dan nak jawab ape.
3. EEeeeeee.....yg nih ada menda yg buat aku geram!! hahahaha...

BOOK I'VE RECENTLY?
mmm...Takdelah!

4 SONGS I COULD LISTEN TO OVER AND OVER AGAIN?
1. agnes monika ~ matahariku
2. faradhiya ~ bertahta dihati
3. Jaclyn Victor ~ bertamu di hati
4. Yuna -Dan sebenarnya

THINGS THAT I LEARNED LAST YEAR?
mmmm...ape yer...? haaaa...aaahhhh!! pasal IBU MENGANDUNG. mcm2 pertua aku nak tahu dan aku belajar.

8 PEOPLE TO TAG?
lily azliyana @ mama zara
intan~ Blurr
yatie
.::f!eRa::.
coOL^^guRL
arnamee
nurul riza
missnera
(klu free jawab ler yer tag ni..huhuhuhu)

S.E.K.I.A.N. S.U.D.A.H.T.A.G.D.I.J.A.W.AB



Wednesday, August 26, 2009

..:: e e e e.._ t a k u t n y e r ::..





eeee..takutnyer!! Jam 10.45 pagi tadi aku baru jer on9 YM..tetiba aku dpt mesej dari kawan aku INTAN..dia suh aku forward msj nih kat semua. jadi aku terus terpikir nak letak kat Blog aku nih. lagi semua umat islam blh baca. nti korang dah baca msj kat bwh nih..terpulanglah nak wat ape..samaada nak:~




  • ahhhhh...wat pe nak forward. lupakan je lah....


  • buang masa je la nak forward2 nih.


  • mmm...info yg bagus!! nak forward la. x rugi pun!!


  • x caya..ah lantak la!!

f0rward msg~~Salam~...bcer nie. Semalam. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. > kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah!! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA .Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalu sayang pada islam.selamat menyambut Ramadhan..





Friday, August 21, 2009

..:: g a m b a r_k a w e n_ k a k_ s h i d a ::..

Gambar nih gambar kawen kakak kesayangan aku....dah byk kali dia send kat email aku. aku jer yg x bukak2 dari hari tuh. sampaikan email dia tulis ' KALAU X DAPAT LAGI AKAK CEKIK ADIK TAU!! (lbh kurang mcm tuh la ayt dia). so buat akak...adk nak mintak maaf sbb lmbt bukak email dari akk. nih adk edit gmbo nih khas tuk akk. if akk nak gmbo nih..adk leh tlg buat kan..tapi kena cas lah...hehehehehe.





..:: d a p a t_k a d_p u a s a..tq ::..

kad kali ni dari Jebat Derhaka....tq.

yang nih lak dari ARNAMEE..tq!!


Kad nih dari MAMA KITER...terima kasih mama!! kalau korang nak gak. jadilah followers MAMA KITER.




Kad nih lak dari MADIE....terima kasih madie. sama2lah kita beramal baik di bulan puasa bulan yg mulia nih. Insyaallah...sama2 la kite yew!!





Thursday, August 20, 2009

..:: a m e k_k a d_n i h ::..

Di kesempatan ini...saya nak bagi kat korang (sahabat2)semua kad sempena menyambut BULAN RAMADHAN ikhlas dari saya.




..:: d a p a t_k a d::..

kad nih dari kak KAMISAH...terima kasih yew kak....


..:: s e l a m a t_b e r p u a s a::..



selamat menyambut bulan Ramadan...semoga amalan yg baik diterima oleh ALLAH.
insyaallah....


Wednesday, August 19, 2009

..:: p e r h a t i a n_ s e m u a ! ! ::..


mulai hari ini dan saat ini..blog saya telah bertukar TITLE dari Bisikan Hatiku ...Dan Tentang Aku kepada k i n a k o y u @ m a m a * aDam...


ini kerana followers2 merungut (jgn marah..saje je!!) kat aku 'kenapa update aku x kuar kat blog list dorang?' so bagi x nak menghampakan permintaan dan kepayahan dorang, aku buat balik blog yg rupanya sama tapi nama je yang len.


♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣