♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Tuesday, October 11, 2011

☺citer basi...tapi nak citer jugak!!☺

 ..assalamualaikum..

Selamat pagi semua!!
Pagi nie kina nak kOngsi citer dengan korang pasal aktiviti kina minggu lepas. Walaupun citer dah basi..kina nak kongsi jugak. x pe kan...?

Gambar kat bawah nie gambar terbaru adam. Masa nie dia sebuk nak main gitar paksu nye. 




cOmel tak??

besar nanti kina dia tahu main gitar macam paksu dia. sebab kina mmg suka tgk org main gitar. Bagi kina dorang tue unik... sebab bukan semua org ada bakat mcm tue. tgk mcm kina nie..walaupun minat giler dgn gitar tapi tak de bakat. so sampai sekarang belajar mcm ne pun mcm tue jugak.. tak reti!!!

Hari sabtu lepas kina pergi sepupu kina bertunang dekat Subang.. pergi pun bukan dengan supra. kina pergi dengan ayah..mama..dan adam. Kalau ada function buat hari sabtu mmg supra x dapat nak join. dia kena keja hari tue... melainkan benda tue betul² penting melibatkan family rapat. baru dia dpt cuti... 
jOm layan gambar tue



yg kat bawah ni pulak gambar anak buah kina.. 






bila org sibuk makan..si adam pulak sibuk nak main kat taman permainan dekat dengan rumah tunang sepupu kina tue. nak tak nak kina bawak la jugak adam sekejap sebelum balik.



Dalam perjalanan nak balik tue ayah kina ajak pergi rumah abg kina dekat Ipoh. kebetulan kami pun belum lagi raya rumah abg dan ini je kesempatan yg ada sebelum kina nak bersalin. Kina pun on jelah... supra pun x balik malam tue. pe lagi?? pergi je lah... supra pun kasi pergi masa tue. Balik rumah terus kina amek baju ape yg patut. Petang tue jugak kami bertolak ke Ipoh. Dari Rawang ke Ipoh amek masa 3 jam lah lebih kurang.

Pagi esok mula² abg dan kak Ipar kina ajak pergi mandi².. tapi last² dorang cancel. kata dorang x best la nak g mandi sebab kina bukan leh mandi sungai pun. x elok kata org tua². so ape lagi...dorang ajak g Cameron Highland!!! dari rumah abg ke Cameron lebih kurang 45 minit. so dekat jelah...jOm layan gambar jOm!! 




nak tgk bunga raya besar? 


cantik kan?

Gambar x banyak sangat kami amek. sebab x larat la.. hihihihi.





kami pergi pun x sampai ke atas sangat. Sampai Tanah rata beli sayur sikit pastu balik. Sayangkan? dah sampai tapi x pergi sampai atas. Masa tue supra call kina, dia kata family dia ada datang rumah. Sebab tue kina ajak ayah balik cepat. x sedaplah dorang dtg rumah kina tak ada. 

tapi...

tapi..

tapi..

sampai je Rawang dorang dah balik... penat je rush² balik. rupanya dorang dah balik. urrrrmmmmmm.... tahu tadi balik lambat.

tapi bila sampai rumah tue kan... kina ketuk² pintu supra x bukak². Naseb bek kina ada bawak kunci rumah. Bukak je pintu kina tgk supra dah terbaring merengkok mcm udang kena goreng. Kina rasa badan dia... Ya Allah... Panas nyer badan dia!!

kenapalah x de yang bagi tahu dia demam? geram jugak masa tue... tapi nak wat mcm ne. benda dah jadi..nak marah pun x guna. Kecian supra!!

Lain kali kalau kina nak jalan jauh mesti nak pergi dengan dia sekali. takut jadi mcm nie lagi dekat dia. Naseb bek supra pun x marah or merajuk kina tinggalkan dia sorang² kat rumah.

pepun kenangan manis bercuti dengan family memang manis.

Thursday, October 6, 2011

☺Ikan keli HALAL vs HARAM☺

..assalamualaikum..

ape khabar semua?
kina hari nie x sehat lagi. Still batuk kahak yg tahap melampau (sampai nak terkencing taw!). dah mkn ubt pun mcm nie jugak...

mmg x selesa...

tapi kina amat bersyukur kerana ALLAH bagi kesihatan yg lain.

Al-hamdulillah...

Bila dah batuk nie makan pun kureng la seleranya. Cuma kina minum air masak jer yg banyak. Bila citer pasal mkn kina nak kOngsi citer yg kina dpt kat fb pagi tadi

sape kat sini suka makan ikan keli a.k.a ewak lele (versi jawa)?

kina pun suka jugak..lagi² goreng garing atau masak sambal cili api. mmg mabeles!!

tapi..

tapi..

tapi...

korang tahu tak ape perbezaan ikan keli haram dengan ikan keli halal?

tak tahu kan?

jOm kita baca info nie.

Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. 


Oleh: tOk wan

Wednesday, October 5, 2011

☺RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR☺

..assalamualaikum..

Hari nie kina nak share ilmu agama sikit kat korang. Nak kata pandai agama 100%  tue x de lah. Kina pun masih belajar nak mencari ilmu² agama nie. Mana yg kina rasa best nak share kina mesti share dekat FB atau kat blOg kina nie. Harap ia dapat membantu kOrang semua. Org kata kalau banyak membaca banyak dapat ilmu. Dan kalau kita baca pasal hal² agama kita selangkah demi selangkah dekat dengan ALLAH. 

Subhanallah...

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Friday, September 30, 2011

☺Gara² AIR aku x mandi☺

..assalamualaikum..

Gara²  air aku x mandi pagi tadi...
tapi...

tapi..

tapi...

lek dulu... jgn gelakkan kina dulu yew!

kina mandi lah..tapi bukan mandi kat rumah kina lah. kina mandi kat rumah mama kina.  air mmg x de langsung kat rumah kina. nak masak air pun x de taw. belum lagi nak guna air utk yang tut tue.... 
kina takut kina sakit perut pg tadi kina ajak supra cepat² g rumah mama kina. sampai rumah kina je mama kina dah sengih². dia dah paham dah..nie mesti nak tumpang mandi. hehehehehe...

Lepas nie kina kena jugaklah simpan air kat rumah. Ini kina harapkan air tangki je. Igt x delah sampai 2 hari tak de air. Padan muka kina kan??

Tuesday, September 27, 2011

☺Diana Amir Berubah Kerana Sering Mimpi Kiamat☺

..assalamualaikum..

kenal Diana Amir? ala yg berlakon dlm cerita "Aku Masih Dara" tue.. sekarang dia pun dah berhijrah taw. Ikut jejak artis² yg lain... Nak tahu kisah selanjutnya jOm baca citer nie. Kina dpt citer nie dari sumber² dipercayai.

Baru-baru ini paparan mengenai pelakon yang dikenali menerusi filem 'Aku Masih Dara' iaitu Diana Amir yang kini telah pun melakukan penghijrahan menarik perhatian ramai. Dan akhirnya Diana Amir membuka mulut dan mengakui bahawa beliau telah pun melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik di sebabkan beliau sering bermimpi mengenai hari Kiamat beberapa bulan yang lalu. Beliau mengalami mimpi menegnai kematian yang semakin hampir dan hari pembalasan yang akan berlaku.Meski pun beliau mengakui bahawa beliau masih cetek agama tetapi beliau nekad melakukan penghijrahan tersebut.
Diana juga mengakui bahawa beliau berkongsi cerita dengan rakan baiknya mengenai peristiwa mimpi yang dialaminya dan lebih mengejutkan, rakan baiknya itu yang melakukan penghijrahan tersebut terlebih dahulu diikuti dengan Diana sendiri.
 
Selepas beliau berniat untuk berhijrah, Diana bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan beliau dan ianya disambut dengan baik. Irma kemudiannya membawa Diana berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan dari beliau juga.

Kini, Diana mahu penampilannya dikekalkan sebegini selama-lamanya dan bukan sekadar mengikuti fesyen semata-mata. Sekalung tahniah dari kami di THR Gegar kepada Diana Amir yang kini semakin cantik dengan perubahan terbarunya.

Oleh Syakireen Othman dari THRFm

Friday, September 23, 2011

☺siti nordiana dah BERHIJRAH☺

..assalamualaikum..


cantik tak??
kina mmg minat dengan siti nordiana nie. dari sekolah lagi taw... bila igt siti nordiana nie teringat pulak arwah acik spin. mmg orang berdua mmg rapat dan sesuai sangat². Kalau korang nak tahu dulu kina pernah ikut dorang pergi bercuti dekat PD anjuran majalah REMAJA waktu zaman gonjeng kina dulu. masa tue kina siap 1 kumpulan dengan arwah acik spin lagi taw masa tue. mmg kenangan manis yg x dpt kina lupakan...

kini siti nordiana dah berhijrah ke arah kehidupan yg lagi bagus. kina suka perhijrahan dia sekarang nie.

menurut sumber yg blh dipercayai...huhuhuhu

Siti Nordiana membuat kemunculan kepada media yang pastinya terkejut dengan perubahan beliau di sebuah majlis baru-baru ini. Dan menurut beliau, penghijrahan yang dilakukan oleh beliau ini bermula sejak bulan Ramadhan yang lalu dan beiau berharap agar penghijrahan beliau ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata tapi mahu ianya kekal sampai bila-bila.

sumber dari SinarFM

semoga hidup siti nordiana akan bertambah bahagia dan tabah menghadapi segala dugaan yg mendatang. amin.....

Thursday, September 22, 2011

☺besday adik Mucukkk!!!☺

Hari Sabtu baru nie kami buat kejutan besday tuk adik kina yg paling bOngsu tue. Kalau ikutkan besday dia 14.09.11 hari tue. Hari Jumaat kina dpt mesej dari aweks adik. Dia kata nak wat kejutan tuk adik... so dia mintak tolong aturkan masjlis tue. Org dah mintak tolong kan.... kena lah buat. 

nak citer panjang kina x nak...hehehehe. kasi layan ini gambar.

jazzzzzzzssss...

:menu hari tue kek coklat strawberi secret recipe + sate ayam & daging + air manggo: 

 : aweks adik kina.... time nie adam yg amek gambar dia. malu lah pulak kan?? :

: masa nie aweks adik dah nak balik...so adik pun amek la gambar tuk kenangan:

: masa nie adam pun cebuk nak potong kek dan tiup lilin :

: nama pun makan sate..habis baju si adam comot. adam dia HANTU sate taw kalau korang nak tahu..tapi muka masam daaaaaa.... :
 
kek tue aweks adik yg beli... sate kami tongtong beli. walaupun x ramai yg ada masa tue masjlis tetap meriah. Buat adik mucukkkk... semOga menjadi anak yg sOleh dan bahagia dunia dan akhirat. amin....

☺TERIMA KASIH..love u ALL!!☺

..assalamualaikum..

N3 kina yg bertajuk "kina takuttttt" mendapat perhatian yg diluar jangkaan. x sangka ramai kakak² dan kawan² sebaya kina memberi semangat dan doa kepada kina. Kina amat terharu atas perhatian yg diberikan.


LOVE U ALL!!!

lepas je baca ape kata² semangat tue hati kina dah lega sikit. x mcm sebelum nie. 

tgk sape kata berblOgging nie membuang masa? 

banyak kita blh belajar dan dpt menambah pengetahuan. 

betul tak??

sape yg x de blog je yg pandai ckp mcm tue. 

huhuhuhuhu...

wat Pn. Stoberi kina nak ucapkan terima kasih bebanyak coz sudi wat n3 khas tuk kina. 

Wednesday, September 21, 2011

☺kina takuttttt... ☺

..assalamualaikum..

makin dekat dengan due makin takut perasaan kina nie. mcm² kina terpikir.  Paling kina takut adalah AJAL.
kina takut.....

hati tue tertanya² je adakah kina selamat bersalin?

adakah baby kina ok?

mcm mane keadaan kina bersalin kali nie?

soalan tue semua asyik bermain² dalam kepala kina.

lagi kina berambah risau...kina risau tentang adam. perangai dia makin hari makin lain. dia terlalu nak manja sangat dengan kina. ada tue dia saje cari pasal buat kina marah pada dia. dia suka kina ambik perhatian lebih pada dia. dia buat mcm tue sampai kina rasa lain semacam je. Itu lagi buat kina rasa sedih... 

kenapa?

kenapa kina rasa mcm nie??

kina takutttttt...

Ya Allah kuatkanlah semangatku ini...semOga aku selamat melahirkan anak yg sehat dan semOga Allah panjangkan umurku.

aminnn...

p/s: hari nie kina x sehat tapi still dtg kerja.

Tuesday, September 13, 2011

☺Jawapan semalam☺

..assalamualaikum..

Maaflah terlambat bg jawapan tuk soalan semalam. Hari nie mmg bz...la nie barulah x bz sgt. Baru dapat update blOg kesayangan kina nie. 
Mesti ramai yg x sabar nak tahu jawapan tuk soalan semalam kan?

persamaan gambar kina hari Sabtu dan Ahad tue ialah
v
v
v
v
v

kina pakai BAJU YANG SAMA dan TUDUNG YANG SAMA!!!

hahahaha...

permenangnye adalahNURUL . Dia jawap soalan tue dengan cepat dan tepat. So NURUL nanti kak as tOpup kan hp awk yew. nanti k.as bg nombor tOpup tue yew..tgu taw. x hari nie esk k.as bg....

mesti pelikkan kenapa kina pakai baju dan tudung yg sama.. masa kina pergi open house pada malam Sabtu tue kina baru je pakai baju tue. Balik rumah terus tukar baju lain. Tetiba kina dpt mesej dari supra yg dia x dpt nak balik umah mlm tue. Sebab pagi esok dia kena keje. So kina x balik rumah kina mlm tue dan kina tido rumah mama kina. Hari Ahad tue lak kina ajak family pergi umah cousin kina kat Cheras tue. Nak balik rumah kina malas sangat². Pe lagi??? pakai la baju mlm tadi (Sebelum nak pakai kina cium dulu taw... TAK bau ok!!) Sebab tue la kina pakai baju dan tudung yg sama.... 

korang penah wat mcm tue takkkkk??

jgn tipuuuuu...mesti ada jugak kan????

hahahahahahahaha...

Monday, September 12, 2011

☺Beraya lagi ☺

..assalamualaikum..

Semalam rata² jalan kat KL semuanya jem... maklumlah semalam semua org pergi beraya. Family kina pun x lepaskan peluang nie tuk berkunjung rumah sedara. Kebetulan x kemana semalam kina ajaklah family pergi rumah cousin kina dekat Taman Shamelin, Cheras.
Mak aiiii...Jln memang jem giler. Dari depan zoo sampailah Cheras. Bayangkan dari Rawang ke Cheras leh sampai 1 jam je... tapi semalam 2 jam lebih. Naseb bek bukan kina yg drive. Kalau kina...rasanya blh terberanak dibuatnye. 

Sebelum kina nak kOngsikan gambar kina beraya semalam kina nak tepek gambar kina pergi beraya kat rumah cousin kina pada hari Sabtu hari tue. jOm layan...

..:: gambar pada 10.09.11 ::..
 
 
 


..:: Gambar pada 11.09.11 ::..
 ..:: yang baju merah tue la cousin kina ::..
 
 
 

tapi..

sebelum tue kina nak tunjukkan aksi otOmen nak pergi beraya. 
 
 
 

seksi kannn? 

masa nie seluar yg kina nak match dengan baju nie ada kat rumah mama kina. Sebab tue dia pakai mcm nie. 

hehehehe...

p/s: kalau korang perasan ape persamaan gambar kina hari Sabtu dan Ahad tue? sape dpt jawab dengan cepat dan tepat kina tOpupkan line hp korang RM10 hinggit.

lagi satu..segala komen dan jawapan kina hold dulu sehingga pagi esok jam 10.00 pagi (tgk keadaan la...kina blh dilanjutkan lagi masa tue). 

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣