♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Showing posts with label mintak TIPS dan PERTUA. Show all posts
Showing posts with label mintak TIPS dan PERTUA. Show all posts

Monday, November 19, 2012

..:: Belum jumpa jalan PENYELESAIAN ::..

..assalamualaikum..

Kina dah lama x update blOg... tup² ada je perubahan baru kat setting. Sekarang nak tepek gambar kat Layout x boleh la... kebanyakannya kina banyak edit gambar tue melaui PICASA. Dulu boleh je nak upload pun. Sekarang x boleh pulak... mesti keluar reminder mcm ni
v
v
v
 v

macam mana nak settlekan masalah ni yew?

Nak tepek gambar biasa boleh je..tapi saje gatal nak kasi lagi lawa la bila korang datang tengok. hehehehe..

Thursday, October 20, 2011

☺Hukum suami isteri menggunakan nama panggilan MAMA dan PAPA☺

..assalamualaikum..

Ptg semalam kina halfday...ada check up utk minggu ke 36. Waaaaa..dah nak dekat due date kina nie kan? tinggal berapa hari je lagi.

Disebabkan cepat balik..kina singgah la ada 1 kedai makan bawah pokok nie sebab kina dengar kedai tue mmg ramai org makan. Dah lama kina nak singgah tapi bila dah petang kedai tue dah tutup. Entah semalam supra blh nak singgah pulak. Kina pun suka lah... mcm² org tue jual. Mcm² gak la kina beli.. . Kina tgk semalam mmg betul pun. lagi² masa kina dtg tue semalam time lunch. 

Berbalik dengan tajuk kat atas tue... ada akk sorang nie,toke kedai kina rasa. dia ckp kat kina

toke: adik....akk nak tanya lah. adk nie ngandung anak 1st ker?

kina: x la kak...nie anak yg kedua. kenapa?

toke: akk ckp nie jgn amek hati pulak. sebenarnya akk terdengar adik panggil suami "papa"... so dia panggil adik "mama" la yew? 

kina: ha'ah kak...kenapa yew?

toke: akk hari tue pernah dengar kat radio Johor..ustat tue ckp isteri x blh panggil suami tu "papa" dan suami x leh panggil isteri "mama". Sebab ustat tue ckp panggilan tu hanya kita blh guna utk  mak ayah kita dan anak je. So bila kita panggil suami kita "papa" maknanya dia ayah kita la. dan begitu sebaliknya.... ape hukumnya tue akk takut nak sebut. takut tersalah info. tapi mcm tue lah ustat tue ckp kat radio.... nie akk dah dengar adik panggil suami tadi "papa"..akk dah tahu benda tue x blh akk pun tegur la. lain la akk x dengar kan... dosa lak akk kalau dah tahu x tegur. Jangan amek hati yew dik....

kina: la..yew ke kak? x pe kak. saya x kisah kalau akk tegur benda betul. kalau x..saya pun x tahu. terima kasih kak...

panjang x dialog kat atas tadi? hehehehe...

so ape pendapat korang tentang persoalan nie? ada yg dah tahu ker? 

bila dah bayar makanan yg kami beli tue kami pun balik la. dlm perjalanan nak balik ke rumah mama kina, kina tanyalah supra... lepas nie nak panggil kina ape? sebab kadang² kina panggil dia "sayang" jugak. tapi lebih kerap "papa" la. kina rasa x de masalah nak panggil dia "sayang". tapi dia nak panggil kina ape tue dia x tahu lagi. masalah jugak tue... x kan nak panggil dua² "sayang" pulak? 

urrrmmmm.... sampai pagi nie kina masih pikir ape panggilan yg sesuai utk dia panggil kina. Ptg semalam pun kami tersasul² lagi taw..dah terbiasakan?..

Kesimpulannye... x kiralah mama papa ke..ibu ayah ke, abah emak ke...semua tak blh guna untuk kita suami isteri. Ape hukumnye kina pun x tahu... kalau ada sape² yg ada info pasal ni share² la kat kina. Yang lain pun baca nanti kan....


Thursday, October 13, 2011

☺kalau ISTERI x nak bersama dengan SUAMI ape hukumnyer?☺

..assalamualaikum..

Tengok tuuuuu soalan punyerlah gempakkan?
nie kina bukan tanya tuk kina...no..no..no... 

citernyer mcm nie, kawan lama kina dia ada masalah dengan suaminya. Dia tanya soalan tue pada kina. Kina jawap la berdosa. Sebab suami blh ckp isteri mcm tue isteri tak taat pada suami. 

Tapi...

tapi...

ia terbalik pulak... si suami yang x nak bersama dengan isteri. Katanya "PENAT".... dah dua kali jugaklah suami tolok permintaan isteri. 

kalau mcm tue pulak... mcm ne? Suami x berdosa ke? 

kina mintak pendapat dari korang la.. mcm kina nie x de lah byk ilmu sgt pasal benda nie semua. sebab tue kina nak mintak tolong pada korang agar kina blh jawab soalan dari kawan kina tue. sedikit sebanyak masalah dia dapat kita selesaikan. 

kina nie org mintak tolong x sampai hati pulak kata x blh...

Thursday, September 8, 2011

☺KEPUTIHAN yg amat menyiksakan☺

selamat petang semua...


kina nak tanya kat korang la. korang pernah kena keputihan tak? 

mcm kinakan..dari anak dara mmg ada keputihan. tapi x byk sgt la.. 

Masa mengandung nie lagi banyak keputihan tue. Naik rimas kina dibuatnye. Kina terpaksa selalu tukar pantis lines jika keputihan banyak sangat. Sekarang nie kina terpaksa 2 hari sekali kena cek tekanan darah disebabkan kina kena kencing kotor dan keputihan nie. 

menyusahkan tul lah... kalaulah boleh kina x nak ada keputihan nie. dah la blh buatkan kegatalan di tempat sulit tue. pastu sen pun kena kuar jugak sebab nak beli pantis lines tue. dulu sebulan 1 kali je beli. skrg 1 bulan 2 atau 3 kali kena beli. Kalau tak mau kina x kuar rumah. sebab x selesa....

korang yg ada keputihan tue..ape cara korang mengatasi masalah nie? share lah dengan kina yg x banyak pengalaman nie.  

boleh kan? 

Tadi kina ada cari maklumat pasal keputihan nie. kalau korang nak baca KLIK sini dan sini

Friday, January 14, 2011

☻☺ADAM kena SEDUT☺☻

..assalamualaikum..

HIDUNG TERSUMBATTTTTTTT!!
menciiiiiii...menciiiiii...

kina paling tak suka bila hidung tersumbat. mana taknyer, bila hidung kina tersumbat selera makan akan hilang, nak minum air susah (rasa mcm lemas dalam air), bibir pecah² (sbb nafas ikut mulut), kepala boleh jadi pening dan nak cakap susah.

biasa kalau hidung tersumbat kina malas nak bercakap. sebabnya.. takut org x paham ape kina ckp. maklumlah sengaukan. pastu kina punyer penafasan akan terbatas. sebab tue bila ckp  sekejap je mencungap-cungap. mcm baru habis lari 100 meter kalau korang nak tahu.

Ini mesti kina berjangkit dgn ADAM. sebabnya dia yg kena dulu. kalau ADAM yg sakit..kina lah yg tak cukup tidO. ini pun dia x sehat lagi...dah sudah..mak sakit anak pun sakit. adesss....

kina bukan sedih sebab kina tidO x cukup kina kecian ADAM...dia x boleh bernafas. hidung dia pun tersumbat masa tue. masa siang ok je dia..bila malam mula nak merengek. mana taknyer.. hidung tersumbat mulut pulak ada punting. mcm maner nak bernafas kan? sbb tue dia merengek je. suhu badan dia turun naik pulak tue. tapi kina dah standby kan ubat fever yg masukkan kat mOntOt tue, temometer dan paracetamol kat rumah. ADAM kalau demam atau selsema memang susah nak cepat sembuh. kenapa yew?

Lagi satu ADAM susah sangat nak makan ubt. dah mcm² cara kami buat. dia still jugak x nak makan ubat. 

kOrang ada pertua tak??

jOm layan gambO ADAM masa kena sedut tue
v
v
~masa nie adam ok lagi taw..senyum² je dgn cik misi tue~
 ~time nie dia tgh tengOk cik misi tue sediakan barang² nak sedut kahak ADAM~

 Lepas tue... bila kena sedut, menangis sakan dia. sakit kOt. tapi gambO tak ada lah beb! sbb masa tue kina tgh pegang ADAM. sori yew...

dOktOr ada tanya kina..antara kami sape ada resdung? kina mengakulah yg kina nie ada resdung. pastu dOkter kata 'patutlah...sbb tue dia sng kena selsema. dalam 30% ia bOleh berjangkit dgn anak. Lepas nie jgn bg dia minum vitagen, makan tembikai dan benda yg sejuk²'. 

sO lepas nie ADAM tak bOleh la minum dan makan benda yg dia tak boleh makan. keciankan??

kalau anak² kOrang cepat kena selsema kena ikut nasihat dOkter tue. biar dia menangis sekarang..jgn kita menangis kemudian hari.

p/s: kalau kOrang ada TIPS atau PERTUA mcm ne nak hilangkan selsema dan batuk dgn cepat bg tahu kina yew.

Monday, December 13, 2010

..:: kOrang ada TIPS HILANGKAN KELEMUMUR?? ::..

::assalamualaikum::

hai..selamat petang semua! kina nak mintak TOLONG sangat² kat kOrang kalau ada sape² tahu pasal mcm mana nak hilangkan kelemumur. kina dah banyak kali cuba syampu anti kelemumur. tapi masih x hilang². untuk pengetahuan kOrang...kina nie berambut panjang dan pakai tudung. lepas tue kina ada lagi satu masalah rambut iaitu rambut gugur. setiap kali basuh rambut, sikat rambut dan ikat rambut mesti rambut akan gugur. sekarang nie kina kumpul rambut² kina tu taw. kalau kOrang nak tahu rambut kina tue dah nak dekat 1 pelastik taw.... 

huk..huk..huk..
(hati dalam kesedihan...tapi stil bOleh amek gambO mcm gitu)

ada tak syampu yg boleh berhentikan rambut gugur dan kelemumur sekali serentak? 

ada tak tips atau pertua?

sekarang kina tengah guna syampu sunslik yg botol gold tue. TAPI TAK HILANG PUN!! lagi bertambah ada lah!!!

kina takut lama² nanti rambut kina semakin nipis dan gegatalan rambut makin bertambah.

TOLONG kina yew...kina harap sangat kOrang bg kerjasama. keciankan lah kina nie... 
(ayat muka sposen ni taw...huhuhuhu)

sebelum ni kina dah dapat 1 pertua yg telah diberikan Oleh CEMPAKAMELATI iaitu

Mula-mula ambil segenggam daun inai (sebaik-baiknya daun inai tua) dan satu sudu teh (yang telah direndam dengan air panas selama sepuluh minit), digiling halus dan lumat.  Lumurkan bahan tersebut di kulit kepala dan perap selama satu jam kemudian dibersihkan.  Amalkanlah petua ini tiga minggu sekali, insyaallah masalah kelemumur akan berkurangan sikit demi sedikit.

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣