♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Saturday, February 20, 2010

..:: ada sape2 tahu pertua batuk berpanjangan tak? ::..



..:: assalamualaikum ::..

n3 kina hari nie kina nak tanya pendapat dan cadangan dekat korang semua pasal pertua bagaimana nak atasi batuk berpanjangan terutama sekali bayi mcm adam ni. puas kina bagi ubt tapi still sampai sekarang x elok2.


 
adessss..... macam maner yew? 

dah 2 minggu adam x dapat tidur lena. mama dia nie lagi lah x dapat tidor lena. kina berjaga sampai lewat malam.. mcm gambo kat bawah nie lah keadaan kina. huuuuuuu...
dah bawak g klinik pun mcm tue jgk. 

adesssss.....
 
ada kawan kina kata kalau ubat dah habis kalau boleh jgn bagi lagi ubat. takut terlebih bagi ubat nanti memudaratkan pada si bayi. betul ker? kina x pasti pasal nie. tue yg kina nak tanya pendapat korang. lepas tue  kawan kina tue bg pertua la. anak dia yg sebaya adam pun pernah batuk2 mcm ni. dia bagi madu batuk HPA. pagi tadi kina dah kirim beli madu tue dekat dia.nanti dah ada terus bagi kat mama kina. leh mama kina bagi hari nie.
kina harap lepas nie adam tidor dengan lena tanpa gangguan batuk lagi. sebab yg kina kesian dengan adam ni kan bila dia batuk mesti dia muntah. keluarlah segala ape yg dia makan dan minum. sampaikan sekarang nie kalau dia tidor kina dah standby  towel kecik tuk lap muntah atau mulut dia. senang kalau dia muntah towel dah ada. x de lah kengkabut nak mencari. badan adam pun dah x semangat macam 3 minggu yang lepas. mesti berat dia dah turun banyak. makan dan minum pun x lalu. adesss....
kina bersyukur sangat sebab anak kina x sederet mcm gambo kat bawah ni. kalau kina mempunyai anak sederet ini. x tahu nak buat ape. nak melayan si adam sorang nie pun macam nak pengsan dibuatnye. kadang2 mama kina macam x yakin yang kina leh handle time adam demam teruk macam ni.(adessss........teruk sangat ke aku nie?)

 # terpikir jap...kalau salah sorang berak mcm ne nak tahu sape yang berak. mau kena ciom montot baby tue 1 per 1 kan? #

alamat nyer pening lah kepala kina. entah2 migraine hari2!!
 

pe pun kena bersyukur ape yang Tuhan kurniakan pada kina. maybe ape yang berlaku sekarang ada HIKMAH yang kina sendiri x tahu. sebelum ini kina leka dlm tanggungjawab kina pada Dia dan sebagainya. bukan x ingat lansung padaNya..cuma terleka sekejap...

adesss.....(sob..sob..sob...)

kina amat berharap adam cepat sembuh dan ceria kembali. 

"adam.... kalau adam dah sehat nanti mama bagi adam buah yg adam suka sangat2 nie. adam makan lah...mama x marah. tapi 1 jer taw? lebih2 x BOLEH!!"


"mama rindu sangat adam punyer senyuman yang ceria. kalau boleh hari2 mama nak tengok adam senyum macam nie"
 

bagi sape2 ada pertua selain bagi madu batuk HPA.. kongsilah pertua korang kat sini. kina amat alu-alukan!!


..:: tamat ::..

Thursday, February 18, 2010

..:: berita terkini tentang *a d a m* ::..


.. salam semua ..

korang pe macam hari nie? sht? ape...? demam? flu? batok? sakit pale? badan panas? adesss...jgn dibiarkan. cepat pergi spital ke..clinic ke..kalau dibiarkan melarat lak.elok2 kena 2 @ 3 hari jadi 2 @ 3 minggu.macam adam...sob..sob..sob!!

sekarang adam dah ok skt la dari minggu lepas. hari nie aku nak cerita sepanjang aku x update nie. bukan x nak update..aku bz skt la selepas kembali bekerja. byk menda nak buat. huhuhuhuhu...

kat bawah ni gambo terbaru aku. baru je aku amek hari nie.hik...saje jer nak tunjuk kat korang. gatal tangan!! (eh gatal ker?)

hari sabtu lepas aku nak g kenduri kawen kawan adik aku kat Batu Arang. mulanya nak bawak adam sekali. bila sampai rumah mama aku. dia kata x payah bawak adam. coz takut adam merengek je bila sampai sana. gambo kat bawah nih aku snap masa ondeway g rumah mama aku. tersengih je dia..suka sangat la sebab nak bawak dia pergi berjalan.
 
Tapi sebelum sampai rumah mama teringat lak kami bertiga x sarap lagi. jadi kami pergi lah tapau roti canai kat kedai atas. masa tengah tunggu supra g tapau aku pun saje snap gambo kami berdua. tengok muka adam....
cian kan? bila nak gerak g batu arang macam x sampai hati jer tinggalkan dia. dia dah beria2 nak ikut. tapi x dapat ikuttttttt. naseb bek mama aku tido kan dia. so.. dia x nampak lah kami pergi tinggalkan dia.

inilah pengantinnyer... LINDA LATIF. yg macam mak datin tue adik aku. hik...
 aku pun x ketinggalan nak naik pelamin orang. hik..rugi lah kalau x mengambil kesempatan kan? bila lagi dapat naik pelamin bila dah kawen ni kan? time nie lah....!
 
 haaaaa....bawah nie aku amek selepas aku balik dari rumah pengantin tadi. tengok dia semakin sehat..nampak sikit cerianya. naseb bek dia x leh cakap. kalau dapat cakap mesti dia cakap 'mama nape x bawak adam??' hehehehehe..

time nie si adam tengah tolong nenek dia menyapu. rajin kan adam?
senyum sikitttttt...macam tue lah anak mama!
 
 yang nie gambo hari ahad lepas. kami sekeluarga g meru mok cik aku kawen daaaaa... time nie kami tengah tunggu pengantin bersanding. naseb bek kat situ ramai budak2 kecik..so adam x de lah mohsan (bosan). tgk adam tu... mcm kenal je abang tue.
 
yang nie aku x boleh tahannnnn!! tengok budak nie.. siap bersilat depan aku. untuk tidak menghampakan dia aku pun pe lagi amek je lah gambo dia.  yang si adam tengok macam  pelik je kan?
 
ini lah pengantinnyer.... mok cik aku. nama dia sape yew? adesss..lupa nak tanya. boleh gitu?  (aku lupa sebab ramai sangat mok cik yg aku ada) sori yew mok cikkkkkk...
 
sementara aku amek gambo pengantin si adam pandai lak cari kawan. aku rasa adam ni jenis peramah la.(macam mama dia lah nie...hehehehehe)
 
aku kat meru x lama la. coz lepas je pengantin bersanding kami terus balik kampung Sekincan. niat di hati nak bawak adam berubat kat kampung. mana tahu serasi ke kan? aku hanya mencuba..kalau x cuba x tahu kan? 

pagi hari ahad tue kau pergi rumah tukang urut,nama nenek tu aku lupa nak tanya. sori nek..kalau x leh wat iklan x berbayar kat sini. popular nenek nanti... huhuhuhu. mula2 adam menangis gak lah bila nenek tue urut. bila lama2 senyap lah pulak!! sedap kot.... uhuhuuhuhu..

ingat mlm tue nak g berubat adam lak. tapi nenek tue cuti raya daaaa.... mmmmm x pe lah. try malam esok. 

petang isnin tue aku saje call dulu sebelum nak datang. tup..tup..bukan nenek tue yg angkat. sekali cucu dia daaa... aku suh la dia panggilkan nenek dia. dia tanya aku nak tanya ape. aku cakap la nak tanya nenek barang ape nak bawak kalau nak tgk2 kan budak menangis malam dan tolong tengok2 kan rumah. pastu budak tue kata bawak limau nipis paling koman 10 biji, limau purut 5 biji, garam kasar 4 kilo dan kemenyan RM2. aku pun canglibut la cari barang2 tue sebelum petang. puas la aku mencari limau2 tue. banyak tul nak cari nih....cari punyer cari last2 jumpa gak. naseb bek kakak ipar aku tolong carikan. kalau nak harapkan aku? 1 biji pun x de. silap hari bulan aku bawak limau kong ci fa chai kang..!! dah lah supra x de..dia g mancing la pulak petang tue dgn mak dia. dah aku terkontang kanting mencari..kalau kg aku x pe gak..adessss...

aku pergi rumah nenek tue lepas maghrib..igt kami yg paling awal..rupanya ada lagi orang paling awal. adesss...naseb bek kami orang yg ke-4 dari 20 orang. ramai kan? punyer lama aku cerita lupa lak nak bagi tahu nama nenek tue. nama dia nenek UBEH dekat sg. NIBONG. naseb bek adam time tue adam x meragam. alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar. harap2 adam serasilah nenek ubeh tue ubatkan adam. 

aminnn...

Friday, February 12, 2010

..:: adam oh adam ::..

salam semua!!

hari nie adam susah sgt nak tido. bayangkan aku ajak dia tido dari kul 8.00 mlm sampai lah kul 9.00 lebih baru nak tido. baju x basuh lagi..masak pun belum. adesss...time nie lah aku kena bersabar. orang tgh sakit kan..x leh nak paksa2 sgt.nti dia merajuk dah susah..sebut perkataan merajuk nie...adam sekarang kuat merajuk dan merengek. maybe dia nak perhatian lebih kot. sbb mak enon (nana) dah blk,..lagi lah mengada2. nenek dan atok dia lak kuat melayan...mcm nie la jadinya. esok aku cuti...ingat nak bwk adam g berurut.tkt badan dia ada terseliuh ke kan..tue yg dia x sedap badan. sbb aku kata mcm tue..itu hari adam mcm nie lah. aku bwk dia g berurut. x lama tue dia pun elok. tapi itu dia baru 8 ke 9 bulan. x lasak sgt, sekarang? adesss..aku rasa bukan adam yg kena urut. owh tue yg adam urut...hehehehehe (acah je).harap2 dia x lasak sgt la nti.

byk aku dpt feedback dari korang berkenaan mcm ne nak atasi masalah aku. aku terharu sgt2!! nak menangis pun ada!! UUUUuuuuWWWAaaaaa.......huk..huk..huk..(buruk kalau korang tgk aku menangis). harap sape2 lagi yg ada pertua bg tahu aku yew? keperhatinan dari korang amat aku hargai.

mmmmm...ok lah. aku nak sambung basuh baju. coz tadi aku rendam kain2 tue dgn pelembut kain. kang dah lewat penyakit MALAS aku dtg. sekali lagi aku ucapkan ribuan terima kasih di atas keperhatinan korang pada aku dan adam. korang doakan adam supaya cepat sembuh yew?

..:: *a d a m* demam lagi....mcm ne nak atasi yew? ::..


Assalamualaikum...

hai korang..aku betul2 risaukan adam nie. dia demam dah nak 2 minggu taw..hari tue bawak dia g clinic doc. ckp x de pape. nie ubat dah nak hbs kebah x gak. sekarang nie bila dia bgn pagi mesti byk taik mata. sampaikan dia nak bukak mata dia x boleh. itu yg bgn merengek2 tue. adam dia demam malam je taw. bila siang panas badan dia kurang sikit.
ada yg kata dia dmm panas dalam. pastu ada yg bg pertua bg dia minum air kelapa muda, rendamkan kaki dgn air sejuk, mandikan dia dgn air jemuran dan bawak dia pergi berurut. 

anak2 korang ada x pernah jadi macam adam? korang atasi macam maner yew? kalau ada pertua atau cadangan pape BOLEH bg tahu aku?

kerjasama dari korang amat diperlukan sekarang!!

PLEASE

PLEASE

PLEASE

gambo kat bawah nie gambo terkini adam.
*
*
*
*
V
 

Wednesday, February 10, 2010

..:: Baby Crying cOntest ::..


salam semua...

hari nie aku nak join contest dari kak pah. dia nih mmg rajn buat contest. korang kalau nak join g KLIK sini  Aulad Jannah
 
Syarat nye adalah seperti di bawah:-

1. Jadi follower Auladjannah (dah lama follow kak pah)
2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini.(done)
3. Letakkan link kakpah di blog anda.(done)
4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil. (ok)

DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS
(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan)
5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan.(done)
6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen.(done)
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil.(ok)
 
hadiah yg lumayan!!

Hadiah utama
RM 50.00

5 hadiah saguhati
top up RM10.00 setiap satu
Ini gambo ADAM berumur 11 bulan. dia menagis sebab x mo pakai anak tudung nenek dia. hik... mmg kami suka menyakat dia. suka tengok muka dia menangis..COMEL dan KELAKAR.

..:: Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yg ke-2 tahun ::..


Tanggal 09.02.2010 hari ulang tahun perkahwinan kami yg ke 2 tahun. Patutnya semalam aku buat n3 pasal ni. tapi aku boleh terlupa. itu pun aku mlm tadi godek2 gambo kawen kat laptop aku. aku terpandang tarikh pada gambo tue. Ya Allah... ini tarikh aku nikah nie!! Loooorrr... boleh aku x ingat. adessss.....

selama aku menjadi isteri Supra (mazni nama sebenar) ... aku rasa bahagia sangat2. dia seorang yg x garang. maksud aku bukan yg panas baran. aku selesa dan rasa selamat bila dia di sisi aku. Dia pandai masak.. kadang2 sedap lagi dia masak dari aku. (huhuhuhuhuhu) betul..... aku x tipu!! Dan dia x pernah merungut kalau masakan aku termasin atau terkurang sedap. Itu membuatkan aku sayang sangat pada dia.


nak baca cerita kelakar x?ok..meh sini aku cerita. masa tue kami nak hantar borang nikah dekat pejabat kadi di Kuala Kubu Bharu. bila dah dekat kaunter kerani yg bertugas tanya aku mana borang dari pihak lelaki? aku cakap la ada kat borang aku sekali. pastu dia tersengih... dia ingat mazni tue aku. huhuhuhuhu...

"Ya Allah panjangkan hubungan aku suami isteri. Kau jadikanlah kami sepasang suami isteri yg bahagia selamanya di samping anak2 soleh. Kau kuncikanlah hati dia hanya untuk aku seorang."

aminnnnn....

Monday, February 8, 2010

..:: mak bapak yg x de perasaan!! ::..

salam...

aku dah berapa hari nie nak citer pasal nie. tapi x sempat2 nak update.. pada 05.02.2010 lepas besday adik kesayangan aku (kak Lyn). Petang balik kerja aku tapau la sate..x beli byk pun cukup la kami 1 family. punyer lah lama aku tunggu sate tu masak. naseb bek la ada tv kecik tgh pasang citer 'na o mei' tv3. x de lah aku boring sangat. tgh syok2 aku tengok citer tu tetiba aku dengar budak2 menangis. aku carilah mana dtg nyer suara tuh. bila aku berdiri je memandang ke depan tetiba aku tgk 1 kereta kembara merah tengah berjalan. tapi yg pelik ada budak dua orang yg memakai baju sekolah menangis sambil ketuk pintu dan tingkap suruh bukak pintu. tapi kereta tu terus berjalan menuruni bukit secara pelahan. sampai lah kereta tuh menuju ke jalan besar. aku pun naik berang la kenapa mak bapak budak tue x berhenti?? x perasan ke anak x naik lagi? ke marah sangat kat anak tue sampai x mo bagi dorang naik? perasaan aku time tu mmg sedih dan terkezut. bermacam2 andaian aku fikirkan kerana persoalan tadi masih x terjawab. kebetulan time tue ada sorang pelanggan (lelaki) dia pun cakap la 'cibai tul la orang tuh..x ada akal ke? bodohhhhh!!'. aku sempat dgr itu je..ape lagi yg abg tu membebel aku dah x dengar coz abg tue start motor pastu kejar kereta tuh. x lama tue abg tu pun dtg blk. toke sate tue pun tanya lah 'kenal ke orang nyer?' abg tu pun kata ' kenal sgt'. pastu abg tue byr dan terus pergi. dlm hati aku ' lorrr...itu jer? igt nak cerita lagi...!!'

ape lah yg dimarah kan tu kan sampai mak bapak budak2 tue buat mcm tu. kalau lah budak2 tue termasuk bawah kerete mcm maner? dah la kereta tue tinggi..ada gak manusia yg x de hati perut. aku doakan supaya jangan lah terjadi ape2 dkt budak2 tue.

aminnnnn...

MMG MAK PAPAK BUDAK TUE X DE PERASAAN!!

Thursday, February 4, 2010

..:: Pretty Zaza Baby Face cOntest ::..

salam semua.... aku petang2 ginih rajin singgah blog kawan2. jengok punyer jengok adalah ternampak contest yg aku rasa rugi kalau x masuk. korang pun kalau nak join sekali meh la KLIK sini yew... contest tersebut adalah 'PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST'
tarikh tutup penyertaan:

05.02.2010

cepat! cepat! tarikh tutup semakin hampir.
*
*
*
ini lah gambo yg aku cuba naseb.


nama model : adam haziq bin mazni (boy)

umo model : 1 tahun 35 hari

jom pakat ramai msk contest nie!!

Monday, February 1, 2010

..:: Macam2 cerita kali ni ::..

Salam semua...

dah berapa hari aku x update blog...berhabuk sikit. Fuh..fuh..fuh.. (buang habuk). byk gambo yg aku kumpul2. baru hari nie aku ada masa yg terluang. bukan byk kerja... aku sedang menyelesaikan masalah yg aku hadapi. (masalah besar x besar la...tapi blh tahan la!!) Nie pun aku start update hari Rabu... tgk jam alamakkkkk..dah kul 5.25 pm.. time dah Out!! aku dah nak balik kerja. so...esok aku sambung balik. Aku balik dulu la yew!! (supra hari nie off. dia jemput aku blk kerja. nie kang kalau aku lmbt turun...bising dia. pot pet pot pet !! huhuhuhuhu..)
*
*
*
*
*
adesss.....

aku tgk tingkap dari atas supra x de. call punyer call x angkat2!! x leh jadi nih!! aku dah agak dah..mesti tido lagi kat umah. sementara tunggu dia bek aku sambung balik cerita aku. huhuhuhu...

gambo kat bawah nie hari ape yew? mmmmm...dah tak igt dah. adesss...itu lah masalah aku. cepat betul lupanya!! (ketuk pale sikit!!..adess...) Time nie rumah aku meriah la dgn kehadiran kakak sepupu aku. yg buat meriah si kembar...adam pun suka lah dia ada geng! time aku snap nie dorang tgh main kat bawah buai adam. tgk mcm main naik kete pun ada...naik bus pun ada.. x tahu lah aku yg mana satu. huhuhuhu...

yg nie la owner kete ' tolak-tolak' tue... (nak tahu pe kebenda 'tolak-tolak' tue tgk n3 aku yg lepas2..scroll ke bawah skt yew). nama si comel nie areen... dia mmg pemalu owangnye. macam untie dia nie lah (tukang tulis) hahahahaha..
haaa.... ini pokok mangga belakang umh aku. time nie hari ahad 2 minggu sudah. kami bergotong-royong la membersihkan kawasan rumah. mama aku kata x yah ler potong pokok mangga nie. sayang..sebab byk buah. pokok nie x pernah menghampakan harapan kami dan jiran-jiran (kekadang ada yg men ambek je!) nak makan mangga bila tiba musim nyer. tapi memandangkan big bos nak gak potong.... kami pun potong! potong! potOOooooong! ler pokok tue. innalillah...
tepat kul 5.53 pm..si supra dah bg mesej yg dia dah nak sampai. aku pun nak blaaa dah nie. esk aku continue cerita aku lagi.
*
*
*
*
*
hai.... aku hari nie lmbt msk kerja. penat pun x hilang lagi nie. tadi g spital KL amek ubt mata. jln jem lak kat Selayang. Kebetulan bos call aku supaya cpt blk opis coz ada kerja urgent kena buat. kalau boleh nak hantar document tue sebelum kul 1.00. aku pe lagi kelam kabut la dibuatnye. kejap2 call...kejap2 call. bukan aku sengaja nak msk lmbt. dia call aku mula2 tue aku baru sampai Selayang. 2nd dia call aku dah baru kuar spital jln kaki nak ke parking kete. time tue dah kul 10.45 . kul 11.00 dia dah tanya aku bila nak sampai. aku cakap la ondeway.. pastu kejap2 call..kejap2 call...dah la jln jem kat selayang. sampai Rawang pun jln jem... aku nak buat macam maner? x kan nak terbang lak kan? aku pun risau gak..nti kang dia x caya kat aku. dia igt aku saja2 msk lmbt. x kan la..... aku dah cuba blk opis sebelum kul 1.00.. ngam2 kul 11.30 aku sampai opis.... aku harap bos paham la keadaan aku. bukan aku sengaja nak msk lmbt.

*kalau korang jadi aku..pe korang nak jawab?*

a) diam je...x yah jawab.

b) ckp kat dia jln jem.. dan terangkan keadaan sebenarnya

c) menangis - guling mintak maaf supaya dia x jadi marah aku

d) .......... ke korang ada idea len nak bagi kat aku?

Fuhhhhh.... penatnya nye. (mls nak pikir pasal nie lagi lah. bek aku sambung balik cerita aku semalam)

*
*
*
Yg nie big bOs.... bersama mak enOn!

acara membuang dahan2 yg telah di tebang. Cian dorang..masing2 kulit tetiba jadi golap!! huhuhuhuhu..
ini acara mengecat rumah. sebelum nak tukar kaler..adik aku sempatlah merakamkan saat2 terakhir rumah bertukar kaler.
hai cek abang....bz nampak? ke buat2 rajin nih? hehehehehe..
adam kena kurunggggggg!! cian adam kena kurung...bukan nyer ape nanti dia la yg paling sibuk mengecat.
Dah habis cerita mengecat umh... kita cerita len lak. gambo kat bawah nie aku snap minggu lepas lagi. si mak enOn sebuk nak g umah aku. nak main menan katanya.... mula2 aku tgk mereka berdua nie men masak2. aku pg lah dapur jap. sekali aku g depan balik dorang dah berdiri atas meja. neseb bek la meja tue meja rendah.... kus semangatttttt!!

Nie aku x tahu lah bila masa kena. kena gigit nyamuk ke atau terhantuk.

Gambo nie aku snap hari ahd baru2 nie..g umh sedara supra kawen kat Sg. besar. gambo nie aku snap sendiri..supra x de dkt dgn aku. coz kalau ada kenduri kawen kemah lelaki dgn popuan x sama. dah susah aku nak mkn..neseb bek time nie aDam x lasak.
Bila dah hbs mkn aku dah x kira dah. kemah lelaki ke..popuan ke..aku nak gak g cari supra. dah penat melayan aDam yg semakin lasak time tue. Panas agak nye..tue yg dia merengek je. Bila jumpa supra..ape lagi aku pun serahkan tugas pada dia pulak tuk jaga aDam.
Ini lah sedara supra.... aku mmg x kenal. katanya ini anak tiri Bibik dia. Dan dia pun x kenal pengantin nie. x pe lah.... kenal x kenal owg jemput kita datang. x gitu kawan2?


♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣