♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Tuesday, May 21, 2013

..:: ABANG PANAS LA.......!!! ::..

..assalamualaikum..

kina masih seperti dulu...rezeki Alhamdulillah dah bertambah sikit. Rezeki anak-anak.. Siapa kata anak ramai kita x cukup makan pakai? siapa kata? ada yang kata macam tu ker?  Terus terang kina kata.. kina akui memang ada kurang sedikit. Tapi tak banyak...yea la. Anak bertambah perbelanjaan pun bertambahlah. Semua orang rasa macam tu. Tapi kina bersyukur kerana Allah tambahkan rasa kasih sayang kami bertiga dengan kelahiran anak ke 2 iaitu puteri kina yang bernama Marrisa Hannah.

Kina tak kaya.....Kina hanya ada kereta kancil jer...walaupun kereta kami kecik dan rasa sempit ..tapi kami berempat rasa bahagia sangat.  Aircond pun dah tak berapa nak sejuk. Adam selalu kata "mama....abang panas la...berpeluh-peluh abang ni mama...". Suami kina mmg nak bela aircond kereta tu..tapi belum cukup duit lagi nak pergi bela. Kalau setakat seratus dua ratus boleh gagahkan lagi la. Tapi kalau dah makan seribu lebih ambil masa sikit la nak kumpul. Kina kecian kat anak-anak kina....bila hari hujan kina kecian dekat suami kina. Sibuk dia mengelap cermin supaya dia nampak jalan. Tapi bila time panas kina kecian dekat anak-anak pulak. Berpeluh-peluh dorang berdua menahan kepanasan. Kina bersyukur sekurang-kurangnya kami berempat tak naik bus dan tidak basah kerana dek hari hujan.

Insyaallah...kalau ada rezeki lebih kina nak bela aircond... walaupun macam tu kami bersyukur kerana Allah bagi kami kasih sayang yang sempurna kami anak beranak. Kina tahu... susah kina ni..ada lagi yang susah dari kina. Sebab tu kina kena bersyukur dan berusahan dan tahankan hati kina supaya tidak merungut.

Tapi kina insan biasa.... sedikit sebanyak ada jugak merungut. Nak jugak macam orang lain. Naik kereta besar dan selesa..ada rumah sendiri.. boleh pergi shoping dengan rasa senang hati. Semua orang nak macam tu kan?

kina jugak ada pernah terpikir....

kadang² dorang yang naik kereta besar...ada rumah besar...ada duit banyak..tak semestinya mereka bahagia dengan ape yang dorang ada. Itu kina nampak hanya luaran...

ape pun kina bersyukur sangat² sekarang ni.... korang pun kena bersyukur ape yang korang ada sekarang. Dan juga jangan lupa berbaktilah kepada kedua ibubapa korang. Walaupun gaji tak banyak atau BESAR!! sekurang-kurangnya hulurlah rezeki kita ni pada mereka. Walaupun duit dalam poket tinggal sikit tapi hati kita lapang sangat...sangat!!!! Insyallah...tapi hati mau ikhlas yew.....

..:: Subang Mutiara untuk diJUAL ::..

..assalamualaikum..

ape kabar semua? Sehat? Kina nak bagi tahu kat korang ni...kina ada jual Subang Mutiara dari Sabah. Kina jual tak mahal....

setelah di bahagi..ditambah..ditolak..kina kira  subang ni hanya berharga

jeng..jeng..jeng...

sepasang RM20.00 tidak termasuk kos pos. Tapi..beli 2 pasang RM35.00 tidak termasuk kos pos.

STOCK TERHAD!!!


SILA HUBUNGI KINA 01123151897 untuk tempahan SEGERA!!!

insyaallah bulan 9 ni kina nak pergi SABAH untuk melancong. Time tu mcm² kina nak borong dan jual dekat sini dengan harga yang berpatutan.






Friday, May 3, 2013

..:: Harga Rumpai Laut TURUN ::..

..assalamualaikum..

Hai kawan semua..kina nak mengumumkan bahawa harga Rumpai Laut kat KEDAI KINOKOYU dah turun. Oleh itu jOm la ramai² menikmatinya!!!

Bukan Cobaannnnn..ini BETUL²!!!


 Harga biasa kina jual 100gm RM20.00 termasuk kos pos. SEKARANG kina jual 100gm RM10.00 dan harga tidak termasuk kos pos.

Monday, April 22, 2013

..:: Lesen memandu PART 1::..

..assalamualaikum..

Bab citer pasal ambik lesen x habis lagi tau. Yea la... baru habis kursus 6 jam... Lesen L pun belum dapat lagi. Kata sekolah memandu tu 7hb. 05.2013 nanti baru dapat. Masa tu jugak nanti baru dapat jadual untuk belajar memandu dkt litar dia.

Rasa x sabar pulak...

Baru kina tahu rupanya nak ambik lesen P ni makan masa yang lama. Selama ni dengar jer dorang citer. Tapi tak amek tahu sangat. Konon tak terpikirlah nak amek lesen pun.. Tetiba lak teringin nak ada lesen macam orang lain. Itulah... dah tua-tua baru nak amek.

Tua sangat la sangatttttttt.....

Berbalik pada cerita di atas,  masa kursus 6 jam tue korang mmg sedia maklumkan. Kelas dibahagi kepada 2. 3 jam yang pertama dengar ceramah. 3 jam berikutnya pulak pergi ke litar dia belajar asas memandu. Belajar basic memandulah.... Tengok enjin, minyak hitam kat mana duduknya, tangki air dan banyak lagi. Selama ni tahu naik jer la kan..so sekarang dah tahu banyak perkara yang sebenarnya kena tahu. hihihihi....

Tapi ...

Ada cerita kelakar tau sepanjang hari tu. Kina pinjam kasut adik kina yg bertutup depan. Tapi bukan kasut jenis sport la.  dia jenis kasut karipap? tahu kasut karipap macam mana?


haaaa..mcm ni lah kasut karipap....Nak beli tengah² bulan tak ada lah kan... Sebab kina pikir bukannya nak pakai selalu pun kalau beli kasut sport. Masa kursus ni jer. Kebetulan kami mempunyai saiz kaki yang sama, tak salahkan kina pinjammmmmm? Orang bukan tahu pun!!! hahahaha...

Kina pakai kasut masa pagi tu tak perasan pun ada kekurangan dia. Hari tu pakai ok jer. Second time mcm tu pulak. Nak tahu ape jadinya? Kasut tue jahitannya dah terbukak tepi belah kiri. aduhhhh...blh pulak kan? dah potong stim kina pagi tu. Dalam kepala otak ni asyik terpikir jer tahan ke kasut ni sampai balik rumah? Dah la kejap lagi nak bawak kereta lagi.. kang tetiba kasut tue hilang tapak pulak, lagi lah blh jadi kes. Kes berattttt.....

Kina berdoa jer agar mimpi ngeri tu jadi kenyataan. mana nak letak muka kan? hihihihi... Alhamdulillah la... doa kina menjadi kenyataan. Tak ada ape² yang berlaku. Kasut tu mampu bertahan.

Pengajaran cerita ni...

Sebelum nak pakai kasut atau selipar kita kena cek dulu. Jika ok baru boleh pakai. Mood pun tak spoil bila keluar nanti. Betul tak? hahahahahaha.... 


Saturday, April 20, 2013

..: kursus 6 jam :..


..assalamualaikum..
 pagi ni kina ada kursus 6 jam dkt tempat belajar memandu. doakan kina x ngantok dan blh menimba ilmu ketika kursus tu nti.

tak tahulah mengantok ke tak. hihihihi...





Friday, April 19, 2013

..:: KOLAGEN RUMPAI LAUT ASLI ::..

..assalamualaikum..

Rata² ramai dah jadi tokei KOLOGEN RUMPAI LAUT nih... kina pun tak kurang jugak, nak jugak jadi tokei rumpai nih. Untuk permulaan ni kina nak bagi harga promosi. 


Harga Promosi 100gm RM20.00 (warna ungu GRED AAA)
Termasuk harga POS LAJU

Disamping itu kina ada jual KOLOGEN yang dah siap dimasak. Kina jual khas untuk orang yang duduk berdekatan dengan perumahan kina iaitu Serendah, Rawang. 


1 bekas RM5.00 jika ambil 5 bekas kina kira RM20.00 sahaja. 
BOLEH datang ambil sendiri atau kina hantar. Kos penghantaran PERCUMA!! Tapi hanya pembelian 5 bekas ke atas sahaja. 


Rumpai Laut Asli ini adalah sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Ia amat sesuai diamalkan lelaki dan wanita .

Anda nak tahu????

KOLOGEN -
10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.
ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.

Ia sesuai sangat untuk mereka² :-
-bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)
-luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)
-warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)

Selain itu rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyeraplogam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.

KESAN PENGAMBILAN RUMPAI LAUT ASLI:

-
Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.

CARA PENGAMBILAN:

-
Ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan dalam peti sejuk  semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh tika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.

- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.

- Untuk kesan lebih cepat dan bagus, boleh diambil bersama tablet Vitamin C.

- Simpan di dalam peti sejuk supaya kologen ini tidak rosak. Ingat… jgn dibekukan. Cukup sekadar letak di bahagian bawah saja. Pastikan juga kebersihan sudu dan tangan anda  juga bersih.

KELEBIHANNYA LAGI…

menggunakan kolagen asli ini, selain harganya yang jauh lebih murah dan bebas kimia, yang paling penting ia HALAL serta dapat dipelbagaikan rasa apabila diambil bersama minuman kegemaran, ia juga memiliki keistimewaan untuk dibuat masker wajah.

4 Cara yang mudah untuk dilaksanakan…

1.  cuci bersih wajah dengan sabun pembersih dan bilas.

2. Lebih elok jika diwapkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka liang2 pori kulit

3. kemudian baru sapu gel kolagen ini di serata wajah dan leher.

4. Biar ia kering sebelum dibersihkan atau boleh dibuat tidur semalaman sebelum dicuci esok pagi. Ia pantas serap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya pori2 kulit wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk hasil yang lebih menawan.

Selain penyediaan masker wajah asas ini, anda juga boleh mencampurkannya dengan bahan lain mengikut kesesuaian jenis kulit.

kulit berminyak - sebatikan gel kolagen ini bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan dibiar kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.

Berkulit normal - campuran madu bersama gel kolagen ini lalu dibuat masker wajah, akan membuatkan kulit mereka tampak lebih berseri, segar dan bercahaya.

Berkulit kering - boleh cuba mencampurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon bagi mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan anda tampak lebih muda dengan melambatkan tanda2 penuaan lain.

Walau bagaimana pun, pengambilan kolagen ini sebagai pemakanan tambahan setiap hari akan memberikan kesan langsung terhadap kesihatan dalaman diri anda secara keseluruhan, dan akan terserlah di luaran melalui wajah serta kulit badan yang tampak segar dan berseri dari hujung rambut ke hujung kaki..

Setiap penyakit ada Penawarnya dengan Izin ALLAH...Insyaallah...



Perhatian

Untuk setiap pembayaran yang telah dibuat, hendaklah menghantar email ke kinakoyu2@gmail.com bukti bayaran dalam bentuk jpg atau pdf untuk memudahkan kina membuat semakan. Atau send transaction M2U di 01123151897.

..:: Selamat Hari Jumaat ::..

..assalamualaikum..

Selamat Hari Jumaat...korang sehat ker hari nie? Kina harap korang sehat dan ceria selalu. Kina pulak hari ni badan x berapa nak sehat. Rasa nak demam je badan ni. Nak ambil MC semalam dah cuti. Mesti nak tahu kenapa kina cuti semalam kan? Kina semalam ada Ujian Komputer Lesen L. Alhamdulillah LULUS kina!! Agak cuak jugak masa ujian tu. Mana tak nyeee.... kina x ada masa nak baca buku panduan tu. Bila nak baca jer anak kacau...bila nak baca jer nak itu nak ini... sudahnya masa tengah tunggu bus sekolah memandu tu sempat la kina habiskan 1 buku.

Korang pulak mcm mana masa ambil ujian Komputer tu? Senang ke susah?

Suami kina pesan nak jawab tu cari jawapan yang logik la... kalau dulu² dia kata jawapan yang panjang tu lah jawapan yg betul.

naseb baik x dengar cakap dia. hahahahaha.....kalau x mesti kantoi!!!

Esok kina ada kelas amali dan teori selama 6 jam... aduaiiii. mcm mana lak keadaan esok.

itulah....

dah tua² baru nak ambik lesen kereta. amek kaaaauuuuu!!!

Friday, April 12, 2013

..:: Belum tiba masanya aku MATI!!! ::..

..assalamualaikum..

Semalam kina baik kerja mcm biasalah balik naik bus kalau en somi keje. Bila sampai jer bus stop Sg. Choh bus turunkan penumpang yang nak turun. Tetiba mcm ada kekecohan dekat tangga depan pintu bus. Agak lama jugaklah bus berhenti. Kina tinjau² lah ape kes ni kan.. rupanya ada seekor anak kucing yang comel ada dekat tayar depan bus. Siap dia peluk tayar bus lagi kau! Anak kucing tu sebenarnya baru dapat melintas jalan, tetiba bus pulak berhenti. Naseb baik penumpang yang turun tu perasan ada anak kucing kat tayar. Kebetulan budak² sekolah ada lalu situ, lagi kecoh laaaaa. Puaslah dorang memujuk anak kucing tu keluar. sampaikan driver dan konduktur bus pun turun padang sekali.

Akhirnya si anak kucing tu termakan jugak pujukan driver bus tu.... 10 minit jugaklah masa berlalu masa tu. Kina yang dekat dalam bus ni rasa bersyukur sangat anak kucing tu selamat. Budak² sekolah tu pun bertepuk sakan bila kucing tu selamat. Alhamdulillah....

itulahkan.... mesti anak kucing tu kata "belum tiba masanya aku MATI!!!"

Kina ada terdengar ada akk yang baru naik bus tersebut kata sebelum tu anak kucing tu melintas dari seberang sana. Sepanjang dia nak melintas tu kereta banyak sangat. Siap kereta bagi anak kucing tu melintas lagi. Dia tak kena langgar pun. Kuasa TUHAN kan? Urrrrmmm..mmg ajal dia belum tiba. Betul tak??

AJAL kita kawan²? tak tahu bilaaaaaa......

Gambar Kina Yang Paling TERBARU...






Thursday, April 11, 2013

..:: TERLALU RINDU ::..

..assalamualaikum..

Alhamdulillah Ya Allah kerana panjangkan umurku dan memberi ku peluang untuk aku meneruskan  berblOging bersama rakan²ku ini. Aminnnn....

Hai kawan²ku semua!!!

Tak tahu nak kata ape..tapi hati kina tersangat² hepi.

Hepi kerana hati kina dah kembali ingin berblOgging seperti dulu. Sebelum ni kina nak aktif tapi hati ni berat jer nak bukak. Rasa malas² jer...tapi setelah kawan kina tanya kenapa x update blOg? baru kina terasa teruja. Rasa jeles kat kawan² kina sebab sebusy-busy dorang tapi dorang blh jer update blOg dorang.Kenapa kina tak boleh pulak kan?

OK lah..kina nak balik umah dulu. Ada masa esok kina update OK?

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣