♣ ♣ KLIK² la kat sini yew...nak penuhkan ASB nie ♣ ♣

☺jOm KLIK²..pastu kina KLIK² kat kOrang pulak☺

♣ ♣ diAKTIFkan oLeh ♣ ♣

Friday, November 13, 2009

.:: AWAS!!! Geng perOmpakan x de Perikemanusiaan!!::.

Sekarang terdapat satu kumpulan perompak yang sedang bergiat aktif di Malaysia Kegiatan mereka semakin ganas dan tiada peri kemanusiaan dan ganas. Setakat ni laporan polis demi laporan dibuat tetapi setakat ni ni belum ada sebarang tangkapan dibuat. Malah polis tidak mengambl sebarang tindakan

Kebanyakan mangsa kehilangan barang barang berharga serta mengalami kecederaan bila cuba mela wan . Dikatakan mereka bergerak dalam kumpulan yang besar semasa menyerang/merompak mangsa

MODUS OPERANDI : BERGERAK SECARA KUMPULAN - SEKITAR 10 - 20

MANGSA - SESIAPA SAJA



KAWASAN HITAM - Kawasan Kampung, berhampiran kawasan Hutan

kat bandar besaR KUALA LUMPUR BELUM LAGI



TAKTIK SERANGAN - DATANG BERAMAI RAMAI




SEORANG JURUGAMBAR AMATUR SEMPAT MERAKAM SALAH SATU KUMPULAN

SEDANG MENYERANG MANGSA.......



Sila scroll ke bawah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**nie dari email aku..kwn aku kasi *intan*


..::infO untOk seMua ~ 1::.







:: iKan bantu kurang berat badan ::

Hebat! Ikan dikatakan boleh membantu korang hilangkan berat badan berbelebihan! menurut satu kajian...makan tuna, salmon atau ikan lain yg kaya dengan Omega 3, sekali dalam sehari dalam diet seharian korang boleh membantu korang menurunkan berat badan dan meningkatkan tahap kesihatan diri secara keseluruhan. Omega 3 melindungi diri drpd penyakit jantung dgn menurunkan kadar tekanan darah dan kolestrol.

:: 1 lagi RAHSIA COKLAT ::
Selain daripada memberikan kesan gumbira, menyemarakkan sistem imunisasi diri serta mengurangkan risiko sakit jantung. Pengkaji Amerika ckp mereka yg gemar mkn coklat dikatakan mampu hidup lebih lama daripada mereka yg menahan diri daripada memakannya! Pe lagi jom arh mkn coklat..tapi awasssss...jgn berlebihan!!








Thursday, November 12, 2009

:: campak a n a k dlm perigi::

LOrrrrr.... ada saje berita yg menghayat hati aku pagi2 nih. mukan nyer ape, sanggup maknye buang ank dia yg baru berusia 2 bulan dalam perigi kat umh dia. Di pahamkan mak dia nih kena gile meroyan!! kesiannyer anak dia nih kan? mcm ne boleh kena gile meroyan nih x de lak diberitahu. so..bg ibu2 yg nak menerima cahaya mata nih berpantanglah betol2. jgn igt dah ada anak 2 atau 3 orang sebelum nih bila dah dpt ank baru jgn la gituh2 jer berpantang. salah tuh....!!! bila dah kena meroyan mcm ne? rosak masa hadapan, dah x normal mcm dulu.... nti ank2 dan suami terabai. cian kat dorang. tul x? adesssss.... jom bc berita tergempar hari nih....


KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan nyaris bersemadi dalam sebuah perigi selepas dicampakkan ibu kandungnya sendiri ke dalam telaga berkenaan berhampiran rumahnya di Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam di sini, kelmarin.Bagaimanapun, ajal belum menjemput bayi berkenaan apabila dia tidak tenggelam dalam perigi berisi air sedalam enam meter berkenaan, sebaliknya terapung di permukaan sambil bertarung dengan maut sejurus dibuang kira-kira jam 5 petang.Malah, keajaiban Tuhan terhadap bayi yang tidak berdosa itu menyelamatkannya apabila dia sempat diselamatkan datuknya, Raja Ibrahim Raja Ali, 64, yang menyedari perbuatan ibu berusia 26 tahun itu.Terkejut dengan perbuatan anak perempuannya, warga emas berkenaan yang tidak sanggup melihat cucu keempatnya terkapai-kapai dalam perigi, nekad turun ke dalam telaga berkenaan dengan hanya berpaut pada dindingnya.

Tindakan itu diambil kerana warga emas berkenaan tidak sanggup melihat bayi tidak berdosa itu terkapai-kapai dalam perigi walaupun menyedari tindakannya itu membahayakan diri jika pautan pada dinding perigi berkenaan terlepas.
Nenek bayi berkenaan, Hasnah Mat Ali, 50, berkata sebelum kejadian, wanita berkenaan yang juga anak angkatnya yang tinggal di rumah sewa berhampiran memberitahu dia geram melihat bayi berkenaan.Katanya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku selepas anaknya yang menghidap penyakit meroyan itu melakukan sesuatu terhadap cucunya, dia cuba menenangkan perasaan wanita berkenaan dan menyuruhnya bersabar.


Bagaimanapun, kebimbangan warga emas itu menjadi kenyataan apabila anaknya yang menghadapi tekanan perasaan mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan.“Mujur saya sedar dan segera mengejutkan suami yang ketika itu sedang tidur. Tanpa berlengah, suami turun ke dalam perigi dengan berpaut pada dinding sebelum mencapai bayi berkenaan yang terapung di permukaan air yang jaraknya lebih satu meter dari muka perigi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.Sementara itu, sumber polis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada datuk bayi berkenaan jam 5 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika diselamatkan, muka bayi berkenaan yang hanya memakai lampin pakai buang kebiru-biruan dipercayai kesejukan selepas dibuang ke dalam perigi berkenaan.“Bagaimanapun, bayi berkenaan sihat dan polis segera mengarahkannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.Siasatan awal polis mendapati wanita berkenaan bertindak demikian kerana dipercayai menghadapi tekanan perasaan dan meroyan selepas melahirkan anak ketiga.Katanya, ketika kejadian, wanita berkenaan turut mengakui tidak menyedari perbuatannya mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan.

“Ketika kejadian suami wanita itu tiada di rumah kerana bertugas di sebuah kilang di Kuantan dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.





Wednesday, November 11, 2009

..:: Jalang Sungguh Ibunya ::..

Aku bengang..aku benci..aku menyampah..aku jijik..dgn manusia yg berhati binatang nih. sanggup dia buang ank dia dkt surau. kalau yew pun x nak bg la dkt org yg ingin kan anak. ini tidak... buang kat surau!! igt selamat ker buang2 mcm tuh?? adesss.... nak ckp byk aku kang sakit hati tahap gaban. korang bc sendiri la berita yg menghayat hati aku pagi2 buta nih.





KUALA TERENGGANU: “Saya ingatkan ada orang tertinggal anak patung dalam surau, tetapi selepas dihendap dua tiga kali, baru perasan ia sebenarnya bayi yang cukup sifat,” kata bilal Surau Budiman, Mohamad Embong, 60, menceritakan detik awal penemuan mayat bayi lelaki ketika mahu melaungkan azan Asar di surau berkenaan, semalam.

Menurutnya, mayat bayi itu ditemui dalam satu bungkusan tuala merah jambu yang ditinggalkan di ruang serba guna surau itu.“Sebaik melangkah masuk ke kawasan surau kira-kira jam 4 petang, saya terpandang satu bungkusan tuala di depan ruang pelbagai guna dan terpaksa mengendap dua tiga kali untuk memastikan objek berkenaan.

“Pada mulanya, saya ingatkan anak patung kerana ia begitu comel dan putih selepuk (gebu) tetapi apabila diperhatikan secara dekat ia mayat seorang bayi sebelum terus menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dikenali sebagai Mohd Khani sebelum menghubungi polis,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan polis mengesahkan objek berkenaan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui.

dipetik dari :

Harian Metro Online

(11.11.09)



Friday, November 6, 2009

..::Cerpen sikit. ade mase bc la weii..nak ngs woooo::..


..Jubah untuk Ibu..

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik,yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidakmenjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nakdengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah.


Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu.

“Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debarnamun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat dikerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar.

Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah,rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu,jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi.

Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.

Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar.

Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetuaitu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini.

Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian diwajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakitihatinya.

Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along adawalaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu.

Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?”Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makananyang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naika tas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut.

Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan.

“Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.

Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal disekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju keP usat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku padasepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagusla kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macam mana?”Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum.

“Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.”Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Diatidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”,soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah,aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”,pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum. Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.

Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh kearah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa laparsekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makanlagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwahayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”,soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripadamenghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi.

Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat mukaselamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.”

Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kataadiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar,berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut disekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.

Along nekad, esok pagi-pagi, diaakan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.S ikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma.

“Azam, kalau aku tanyakau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutt ersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air.

“Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

“Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?”Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurangselesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadiapa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….”

Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

“ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.

Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “AbangJoe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jagasaya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.

Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak.

“Abang Joe, jaga diribaik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.

Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang.

Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu.

Setibanya di sana , tanpaberlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam,mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya.

“Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok,lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.”

Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah niRiz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu.

“Noproblem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan anjang lebar. Fariz mengangguk .

“Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau harini ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.Along keluar daripada kedai.

Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu.

Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledaryang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu.

Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.

Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedangberlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekalia pabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya.

Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk… .ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali.

Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

adesss....sedih dowh... sambung lagi baca!!

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna erah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca.

‘Buatibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’

Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yangbermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak.

Si ibut erkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan.“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi.

Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggotabadannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguhhatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yangs elama ini dianggap derhaka.

sedey gua beb..menetis air mata aku--~--~--- --- ---~--~-- --~------------~-- -----~--~ ----~

SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA... ......... .


yg nih tuan punyer cerita

*
*
*
Sincerely,

Rifqah,
Design Department,
rifqah@jutasama. com.my
Tel: 03–5123 0088
Fax: 03-5123 0077
Ext: 162

Thursday, November 5, 2009

..:: aku M I M P I ke B E T O L??::..

salam..



adessss...pc aku baru kuar klinik OOOoooo.. tue windu gilez pd umh kenit aku nih. dah berhabuk dah..baru 6 hari x msk dah berhabuk!!!.. naseb bek la ada gak owang singgah2 tgk umh kenit aku nih. kalau x...berhantu lah umh kenit aku nih.



haaa..cerita pasal hantu kan. aku hari tue ada mimpi pelik taw. x tahu la ia nye betol2 atau mainan mimpi. Dalam mimpi aku tu kan, aku di apungkan ke udara. keadaan aku berbaring time tue. aku cuba nak trn ke bwh..tapi x blh. mcm dikawal sesuatu. puas lah aku baca itu ini..x gak trn kan!!. x lama tue aku diturun kan ke bawah. igtkan aku dah terlepas ..tapi badan aku still x leh nak bergerak. try bgn nak amek buku Yasin tapi x leh gak bgn. mcm2 aku baca tuk lepaskan diri..tapi still x leh. aku melawan pun x gak terlepas. aku rasa dah bgn tapi badan kat situ gak. tetiba aku terjaga dan terus amek buku Yasin tuh. aku rasa badan aku rasa letih dan rasa bebas dari mimpi tadi.



korang rasa la kan..itu mimpi ke atau betol2 berlaku? selama nih aku x penah mimpi pelik mcm nih. sebelum nih umh aku x selamat untuk kami. sebab ada menda kacau aDam. tue yg dia demam x henti2. bila dah berubat baru ok... tapi rumah x pulihkan lagi. Pakcik yg ubt kan aDam tue kata nak tgk umah aku. tapi sampai sekarang x dtg2... aku tkt dia x leh kacau adam..menda tu kacau aku lak!!! (biar betooooool!!!!!)

Thursday, October 29, 2009

..:: cOntest sEnyuman cEria si cOmel::..

Contest kali nih bagi aku ia sangat2 menarik dengan hadiah yg sungguh menarik pulak tuh kan. Memang besttttt..!! Contest Senyuman Ceria Si Comel ni adalah anjuran SmileyKidz, sebuah blog fotografi yang memfokuskan fotografi untuk family, babies, kids and friends...
.


Online contest ini di buka dari tarikh:15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.




Jom Review hadiah sekejap!! Hadiah nyer besstttttsss !!!
***********************************
Pemenang Utama x 1 org:Outdoor fotografi selama 1 jam~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~
Pemenang sampingan x 2 org:Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50
***********************************

sebelum aku nak letak gambar2 si aDam, meh tengok cara-cara penyertaan k..?

1. Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda -
Done
2. Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - Done
3. Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda -Done
4. Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai. -Done
5. Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya. -
Done
6. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ . -Done
7. AMARAN: no link back will be disqualified -Done
8. Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.-Done

Haaaaa... nih la gambO2 senyuman ceria aDam. Senyuman2 nilah yang membuatkan aku rasa bahagia sgt2. setiap saat aku pasti rindukan senyuman dia. x kira la malam ke..siang ke.. balik keje tention2 bila dah tgk senyuman dia terus hilang tention tuh.



nama : aDam haZiq Bin maZZni (aDam)

uMor : 9 Bln lebih

p/s dari aku :~ meh pakat ramai2 join contest nih. rugi x join!!! (doakan kami yew supaya menang contest nih...huhuhuhu)






Thursday, October 22, 2009

..::bila si a D a m nak sehat?::..

(lebih kurang cam ginih la muka aDam dmm..muka terbaru x de la. hp x ok lagi..x dpt nak amek gambo)

Dah nak dekat 2 minggu aDam x sht. Dgn demamnye lah...dgn tido merengek2 la... cian aku tgk dia. sampai kan aku x tahu dah nak buat ape!!



igtkan demam panas dia yg dulu tue dah ok. la nih kena demam panas balik. selalu badan aDam mcm dedah sikit. nih rasa panas sgt sampai ke 38.7 'c !! panas kan? aku cukup risau tentang kepanasan badan si aDam nih. sampai bila dia nak tanggung mcm nih? bila makan ubat kejap je sejuk badan dia. lepas 4 jam..badan dia panas blk. sampaikan aku masukkan ubt kat bontot dia lagi tau!! macam itu gak... mcm2 aku buat tuk sejukkan bdn dia. letak air asam jawa la...letak daun bunga raya la.. basahkan kain kat pale dan badan dia la... ok kejap je. pastu jadi balik.



ada gak owg kata aDam dmm sebab nak pandai. ia gak kot... sbb skrg nih dia mmg pandai MERAJUK!! pandai BERDIRI ... pandai senyum2 KAMBING... dan pandai nak ikut aku g kerja. adesssss...kalau dulu aku nak g kerja aku babai dia..heran pun x. hehehehehe...


korang ada idea x nak wat mcm ne? aku g bwk di klinik..doc kata dmm biasa. adesssss....



itu bab dia demam panas. 1 bab len ialah dia menangis je mlm2 skrg nih. aku ada gak g berubat mintak air penawar manalah tahu dgn cara itu dia jadi tenang balik ke kan. tapi mcm gitu gak..cuma ada kurang sikit la. kalau hari 1st dia kena, tido pun dia x nak..lagi2 kalau tido terlentang. mcm dia ada takutkan sesuatu. time aku g mintak air panawar tue kan, akk yg ubtkan aDam tue ckp ada menda HALUS kacau dia. dan menda HALUS tue gak tunjukkan muka dia dpn aDam!! x tahu nak caya atau x...?? if x ada menda tu x kacau x kan aDam berkelakuan pelik macam tue? selama nih aDam x mcm tue pun.
aku siap baca kan surah Yasin, 3 kul.. ayat kursi dan mcm2 ayt aku baca. still dia mcm tuh. Korang ada idea x tentang nih?



tolong bg aku cadangan sikit...nasihat kan aku ker..mana tahu aku ada wat silap atau terlepas pandang ker. huk..huk..huk...



Tuesday, October 20, 2009

..:: TIPS Jadikan Anak Kita Winner::..

Assalamualaikum..

aku nak kongsi TIPS yg berguna tuk kita kongsi bersama. Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak kita dengan nama panggilan yang baik .
bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari
ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari dri seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
pandangan ini akan membuatkan anak kita lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak.Namanya pun budak kan??…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak korang
cerita itu tak akan dapat kita dengari lagi pada masa akan datang.Tunggu giliran kita untuk bercakap. Ini akan mengajar anak kita tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap.

9. Tenangkan anak korang setiap kali mereka memerlukannya
ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telahTuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah hari jadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak kita belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak kita diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan kita suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka
jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak kita .
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan kita. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg ..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna .
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang kita pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak kita mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti kita .
hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.

aminnn.....


..:: Mamak..oh Mamak... ::.

Salam semua!!

dah lama aku x update nih. mukan nyer ape..aku just nak biarkan owg tahu yg aku baru2 nih bg followers aku award. aku nak entry pasal award aku tuh still ada kat blog list korang... lebih kurang 1 minggu sudah. cukup2 la aku mengwar-warkan pasal award aku tuh. tapi lps nih sape2 followers aku x kiralah baru ker..lama ker..sila2 la jemput mengambilnyer. aku x kisah punyer..lagi byk ada kat blog korang lagi aku suka. huhuhuhu...

berbalik kepada tajuk di atas... (huhuhuhu..ayt skema lakssss)




aku tetiba rajin lak nak baca email aku yg dah berlambak2 dlm inbox tue..aku terbacalah kisah restoran mamak nih. Dan aku terpanggil gak utk dikongsikan kepada korang. aku bukan nak menghina retoran mamak nih.. tapi dah byk aku dgr cerita pengalaman2 kwn2 aku pasal restoran mamak nih. aku sendiri pun suka mkn kat restoran mamak nih. aku rasa korang pun suka kan?? jgn ckp x suka la... aku tahu dlm masyarakat kita melayu nih mmg suka sgt mkn kat restoran mamak nih. antara sebab2 kita suka mkn kat situ ialah:~

1. Order x sampai 5 minit makanan kita order dah sampai.

2. Roti canai sodapppppp....

3. Makanan yg len pun sodapppp...

4. Kedai nye yg meriah..bak kata budak sekarang hepening la...

5. Dekat dengan tempat kita tinggal. senang nak cari kedai mamak nih. berlambak2...

Betul x?

So..meh ler kita sama2 baca pengalaman2 org yg telah mengalami trauma setelah makan di restoran mamak!


RESTORAN MAMAK PENGOTOR


Mangsa 1
Ini satu lagi kisah benar pasal mamak ni. Ianya berlaku di PRESINT 9, PUTRAJAYA dekat Avon. Seorang makcik ni lalu belakang kedai mamak ni. Dia nampak mamak ni na la punye tengah menguli tepung. Kalau uli dengan tangan takpe jugak.

Ini dia uli dengan KAKI!!. Eeee uwekkks. Kedai mamak kat situ ada 2. Satu pekerja2 dia pakai apron merah, satu kedai lagi apron putih. Yang makcik tu nampak ialah di kedai pekerja2 yang pakai apron putih.

Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan kebanyakan mamak ni pengotor. So sendiri mahu ingatlah ye. Seelok-eloknya elaklah makan di kedai yang diragui kehalalannya. Banyak lagi kedai melayu. Kedai melayu pun ada jugak jual roti canai dan teh tarik.



Mangsa 2
Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu saya juga terperasan ketika tengah makan di salah satu kedai MAMAK depan apartment tempat saya tinggal di PUTRA PERDANA PUCHONG.. Saya ternampak salah sorang pekerja dalam kedai mamak buat kerja2 kat dapur dan tiba2 keluar dukung anak ANJING lepas kat luar kedai then masuk ke dapur balik.

Terus saya berhenti makan dan tanya pekerja tu.. You ISLAM? Dengan takut2 dia jawab saya hindu tapi BOSS saya ISLAM. Saya suruh dia panggil BOSS dia and BOSS dia datang minta maaf. Saya cakap "maaf kepala hotak you!!!"

Saya tanya dia "you ISLAM???" Dia jawab ya! Saya bayar dan terus blah. Sejak hari tu aku dah tak jejak lagi ke kedai MAMAK! Yang aku marah sangat kat kedai tu ada frame Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar-besar. .

Baru aku perasan tak semua MAMAK tu ISLAM, RAMAI PEKERJA HINDU dan tak semestinya ada Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar -besar tu HALAL .. dan RAMAI yang ISLAM selamber je makan... So yang tak perasan lagi berhati2 !!!....
Rosmi Subject:
AWAS DAN BERHATI-HATI KALAU NAK MAKAN DI KEDAI MAMAK...!!!! !





Mangsa 3
Subject: Fw: kedai2 mamak sluruh negara..
Restoran Mamak DI ALOR SETAR. Di suatu ketika dahulu..... kami ada membuat satu program di salah satu hotel di tengah bandaraya Alor Star. Kami menjemput seorang ustaz dari Majlis Agama untuk membacakan do'a pembuka tirai.
Kebetulan ustaz itu diberikan kerusi sebelah dengan saya dan kami pun berbual2. Ustaz itu meminta saya menyampaikan kepada kawan2 muslim dan muslimat akan satu perkara yang menghantui hati dan perasaannya, iaitu pihak Majlis Agama telah menjalankan siasatan dan serbuan dan mendapati bahawa SEMUA KEDAI2 MAMAK DI ALOR STAR DAN SEKITARNYA ADALAH 'CONFIRM' HARAM DIMAKAN kerana TAUKE2 CINA ADALAH PEMBEKAL AYAM kepada restoran2 mamak tersebut!


Terkejut! Saya bertanyakan kepada ustaz itu...mengapakah perkara ini, dgn kuasa yang ada pada Majlis Agama, tidak disebarkan kepada umum? Jawapan ustaz ....... mamak2 tu telah mengikat kontrak bekalan ayam dengan tauke2 cina dan sekiranya Majlis Agama membuat tindakan drastik dan kontrak bekal ayam terjejas maka tauke2 akan saman mamak2 dan mamak2 pula akan saman Majlis Agama....."
Permintaan ustaz, "Tolonglah anta sebarkan kepada kawan2! Itu sahaja yang ana mampu"


Mangsa 4
Shahril wrote: ----
RESTORAN INSAF, JLN TUANKU ABD RAHMAN
-Kisah Benar-Nasi Beriani-
Assalamualaikum. Last week kawan saye gi makan kat RESTORAN INSAF kat Jln TAR.. Lepas makan tu, dia nak gi basuh tangan kat belakang kedai. Lepas selesai membasuh & menyabun tangan yang bau kari tu....dia gi kat tempat lauk untuk tapau sebungkus nasi beriani lagi untuk member.
Nak dijadikan citer......kawan saya ni ternampak bekas nasi beriani yang digunakan disaluti dengan SPENDER LELAKI CAP BUAYA BERWARNA PUTIH.. TANG GETAH SPENDER DIIKAT NGAN GETAH...apa lagi........ dia terus mintak cancel dan bayar nasik yang telah ditelan tadi........ sampai kat opis..... dia terus muntahkan nasik tadi dan sebarkan kat kengkawan lain yang tak pergi.......



Mangsa 5
Satu lagi sesiapa yang suka makan makanan mamak, AWASLAH! BUKAN SEMUA MAMAK TU ISLAM!! Jangan asal nampak macam mamak jer terus pergi makan. Contoh paling jelas, sesiapa yang selalu ke Wisma Central, ada satu stall bawah accelator/tangga, dekat2 dengan kedai2 handphone tu...
Tengok satu stall namanya "BK CORNER" (mungkin Bala Krisnen Corner!!). Kalau terlalu lapar dan tengok sekali imbas nampak OK! Yang kerja kat situ ada dua orang pompuan Indon! TAPI CUBA TELITI SIKIT...!

Tengok pada dua orang India/Mamak tu... tengok kat tangannya ada ikat benang kuning??!! Dan kalau datang awal2 pagi 7.00-7.30 , mereka akan pakai 'calit sarjan' kat dahi...??? MAMAK ISLAM KE TU??
Lagi 1 sesiapa yang selalu ke pasar PUDU, ada satu stall kat belakang stesen minyak ESSO . Kat situ ramai kita tengok orang Melayu singgah makan roti canai! Buta ke mereka?? Cuba perati. Sah-sah pompuan India tu pakai benang merah kat lengan dan kekadang dia laki-bini pakai 'calit-sarjan kat dahi'!!
Kenapa tak mau susah sikit, cross jln. Kenapa makan makanan yang was-was macam tu???



Mangsa 6
Wallahuaklam. . BANYAK lagi kisah yg saya telah dengar dari kekawan
Restoran mamak SHAH JAHAN MAJU di SETIA WANGSA . Kawan kpd kawan saya telah terjumpa benda yg berketul di dalam kuah roti
canai.
Pada mulanya dia sangkakan ianya biji asam jawa tetapi setelah diamati betul2 rupa-rupanya adalah NAJIS yg beku(mungkin kepala taik krn ianya keras sedikit). Tuan restoran tersebut mahu menutup mulut kawan saya dgn memberi RM2000.00. Mungkin pekerja restoran tak tahu dan telah mencedok di peringkat paling bawah dlm periuk kuah dal atau kari. Sekarang restoran ini tak berapa maju jika dibandingkan dgn sebelumnya. Hanya org yg tak tahu sahaja yg terus makan di restoran tersebut.
Ini semua adalah manderam ataupun sihir dgn tujuan utk melariskan makanan mereka walaupun pada hakikatnya tidak sesedap jika dibandingkan dgn tempat lain. Makanan yg bersih jika dicampurkan dgn bahan kotor akan menjadi kotor secara automatik

DI LEBUH AMPANG KL, ada sebuah restoran mamak yg baru dibuka iaitu RESTORAN MAJU CURRY HOUSE IAITU rangkaian SHAH MAJU.
Kemana perginya nama Jahan itu? Sama juga spt yg berlaku di kedai NASI LEMAK ANTARABANGSA yg terletak di KG BARU, KL.
Satu hari seorg lelaki yg alim telah dipelawa oleh kawannya utk belanja makan di kedai tersebut.
Tiba2 beliau ternampak seekor TOYOL sedang kencing di dalam periuk nasi lemak.
Dia pun menyuruh kawannya cancel order dan menceritakan kenapa sebabya dia tak nak makan di kedai itu. Mungkin tuan punya kedai telah meminta pelaris dari tok bomoh tanpa mengetahui tentang toyol tersebut krn bomoh sememangnya takkan beritahu. Tambahan pula
tuan kedai tidak boleh melihat toyol dengan mata kasar....

Wallahualam. ...


huhuhuhu...ape perasaan korang bila baca pengalaman2 mereka di atas? geram? geli? marah? menyesal? mcm2 ada kan? meh cini aku tunjukkan gambo2 yg berkaitan entry aku kali ini.

sempoi je restoran mamak ni kan? mcm nih pun org kita nak mkn...x kisah tempat nyer kat ner. men bedal jer!!
sodap nyer teh tarik dia kan? nyam....nyammm...lor...cian nyer adik nih. dia mukan tahu bersih ker...kotor ker kan? kita sebagai ibu bapa harus la kena amek tahu lepas nih.
P/s : Mencari rezeki biarlah yang halal, baru berkat hidup kita, Insyaallah.


Wednesday, October 14, 2009

..::Jom amek a w a r d::..

Assalamualaikum korang semua!!
hari nih aku gumbira tersangat2 coz followers aku mencecah 100 orang!! adesss.... korang la yg byk memberikan aku inspirasi dlm kehidupan aku. sungguh2 aku ckp nih.... maknanya x de korang x lengkap la blog aku. hehehehe...

x tahu nak bg korang ape. nak wat award cantik x reti.... aku harap korang gantung award aku nih tuk diabadikan dlm blog korang.

♣ kOrang KLIK kina..kina KLIK kOrang ♣